Telah lebih tiga bulan Umno selesai menjalankan Perhimpunan
Agung tahunannya di PWTC iaitu pada bulan Disember lalu. Kini cawangan-cawangan
Umno sudah pun mula bermesyuarat agung bagi membuat persediaan untuk menghadapi
Perhimpunan Agung mereka bagi tahun 2016 pula.
Sementara itu bahagian-bahagian Umno seluruh negara akan
mula mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing bermula Julai depan iaitu
selepas Hari Raya Puasa.Walaubagaimanapun Umno selaku parti tertua dan terbesar bagi umat Melayu dalam negara yang dilaporkan mempunyai keahlian mencecah 3.5 juta itu bukan lagi seperti Umno dahulu. Walaupun ia masih merupakan parti tunggak dalam membentuk kerajaan diperingkat Persekutuan bersama-sama rakan-rakan lainnya di dalam Barisan Nasional ia pada hari ini sarat dan penuh dengan pelbagai masalah dalaman.
Hubungan antara Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak dan
Timbalannya Tan Sri Muhyuddin Yasin semakin buruk dan tegang. Ada yang
menjangkakan hubungan dingin itu berupaya dipulihkan pada Perhimpunan Agungnya
Disember 2015 lalu, rupanya ia menjadi semakin parah dan sehingga ke hari ini
sedang mengancam nasib dan masa depan Umno.
Muhyiddin yang dilucutkan dari jawatan Timbalan Perdana
Menterinya dan dirampas haknya sebagai Timbalan Presiden yang dipilih oleh para
perwakilan Umno, semakin “degil” melawan arus mencabar dan mempertikaikan
kepimpinan Najib.
Beliau bersama para penasihat dan “hulubalang” kanannya
Datuk Shafie Apdal serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir enggan berundur secara
terhormat malah bangkit pula bagaikan Hang Jebat untuk menderhaka dan menuntut
bela atas kehilangan jawatan, kedudukan dan hak mereka masing-masing.
Turut membantu kumpulannya itu termasuklah bekas Menteri Besar
Terengganu Datuk Ahmad Said yang gagal menjatuhkan kerajaan negeri Terengganu
baru-baru ini melalui usul undi tidak terpacaya dan ditambah pula dengan
sokongan padu dari bekas Presiden Umno sendiri, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Malah Dr Mahathir hari ini bertindak dengan sukarela sebagai
ayam tambatan Muhyiddin. Melaui beliaulah Muhyiddin dan pasukan cuba menagih
simpati ahli-ahli Umno agar bangkit menolak kepimpinan Najib.
Dr Mahathir pula disokong oleh bekas-bekas pimpinan veteran
Umno termasuklah Sanusi Joned selain Datuk Zaid Ibrahim. Tengku Razaleigh
Hamzah yang diura-ura akan menyokong walaubagaimanapun telah berpaling tadah
menurut Dr Mahathir sendiri.
Namun demikian menurut pelbagai sumber, gelombang yang cuba
dicetuskan oleh Muhyiddin dengan bantuan Mahathir ini seumpama api pelita yang
bekelip-kelip lantaran barangkali basah
sumbunya, tidak marak menyala apalagi menyambar ia sebagaimana yang dihajatkan.
Protes akar umbi yang mahu disemarakkan membakar semangat
ahli-ahli Umno sehingga mampu meningkatkan tekanan lantas menendang keluar
Najib malangnya hanya tertumpu dibeberapa bahagian di Pagoh iaitu kubu
Muhyuddin dan tidak menyeluruh malah di Semporna iaitu bahagian Shafiee dan di
Jerlun yang diketuai Mukhriz pun ia seakan suam-suam sahaja.
Usaha Muhyuddin dan rakan-rakan senasib dengannya yang
kononnya mahu menyelamatkan Umno dari terbakar angkara Najib rupa-rupanya
dilihat lebih membakar dan menghanguskan Umno dari dalam. Rata-rata kalangan dalaman Umno menuding jari
kepada Dr Mahahtir sebagai dalang yang sebenarnya menyalakan api dan membakar
Umno itu sendiri.
Tindakan Dr Mahahtir melnacarkan “Deklarasi Rakyat” bagi
menggulingkan Najib dengan bergabung
bersama tokoh-tokoh dan parti pembangkang termasuklah Lim Kit Siang dilihat
sebagai punca Umno terbakar dan membakar.
Umno bakal terus terbakar kerana penderhakaan Jebat untuk
mejatuhkan Najib belum berakhir malah semakin menebal.
Untuk mengumpan orang-orang Umno, Muhyiddin dan Dr Mahathir
mengulang-ulang mantera bahawa tindakan mereka ini sebenarnya kerana mahu menyelamatkan
Umno, jatuh Najib sebagai Presiden dan Perdana Menteri maka selamatlah Umno,
dan boleh parti yang kononnya keramat itu terus memerintah negara sehingga
sampai entah bila.
Malangnya bukan hanya kalangan ahli-ahli Umno malah rakyat
jelata diluar pun semakin bimbang dan gusar dengan nafsu politik Muhyiddin dan
Dr Mahathir ini. Ahli-ahli Umno bimbang jika penderhakaan mereka berterusan
Umno akan terus kacau-bilau dan berkemungkinan hangus dan pupus. Manakala
rakyat di luar bimbang jika kekalutan ini berterusan ia boleh membusung
sehingga mengancam kestablian negara. Rakyat lebih percayakan perubahan melalui
proses pilihanraya dan tidak secara semborono begini.
Apa pun yang pasti Umno hari ini bukan lagi bagai Umno
dahulu. Ia lesu, ia goyang dan ia semakin goncang angkara percakaran dalaman
ini yang telah merebak hingga ke luar.
Sementara itu PAS yang merupakan seteru utama politik Umno
terus bergerak dan menguasai sokongan diperingkat akar-umbi. Ahli-ahli dan
penyokong Umno yang semakin kecewa dengan partinya dilihat lebih cenderung
mendekati dan beraik-baik dengan PAS.
Politik Melayu yang merupakan agenda utama perjuangan Umno
selama ini semakin kelam digerhanai oleh pimpinannya yang bertikam dan
bercakaran sesama sendiri demi agenda peribadi masing-masing. Atas kekalutan
itu PAS lah menjadi wadah yang paling “favourite” dan disenangi diperingkat
ini.
Ketenangan dan politik matang yang berjaya dizahirkan oleh
pimpinan PAS dipelbagai peringkat sedang menarik dan mencuri sokongan
orang-orang yang selama ini berpayung di bawah Umno.
Mereka sekali-kali tidak akan mengadu nasib dan condong pada parti-parti nyamuk yang diasaskan oleh
kalangan yang kecewa yang sarat dengan kepentingan dan agenda peribadi. Lagikan
pula DAP yang didakwa anti Melayu dan Islam itu. Malah golongan ini dilihat
bersatu dengan Dr Mahahtir untuk sebenarnya membakar hangus Umno.Masyarakat Melayu dikesan akan bernaung di atas nama Islam demi mencari politik yang lebih meyakinkan, selamat dan akan menyelamatkan diri mereka dan keluarga masing-masing di dunia dan akhirat. Atas kepercayaan itulah maka PAS akan menjadi pilihan yang terbaik dan sedang menjadi tumpuan rakyat.
Berantakanlah Najib dan Muhyiddin, Najib dan Dr Mahathir
serta segala kuasa dan pengaruh dalam dan luar Umno dengan bantuan mereka yang
mahu dan bernafsu menangguk di air yang keruh.
PAS biar bijak main peranan. Terus yakinkanlah seluruh
rakyat bahwa Islamlah penyelesaian terbaik yang akan membawa kita keluar dari
kegelapan yang sedia ada kepada cahaya kebenaran dan kejayaan. Umno,
orang-orang Najib, orang-orang Muhyiddin dan Dr Mahahtir malah semuanya akan
selamat jika kita kembali kepada Islam, itulah penyelesaian sebenarnya. roslansms@gmail.com
No comments:
Post a Comment