Sekali lagi Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi
Awang menegaskan bahawa perubahan kepimpinan perlulah melalui proses demokrasi
dan tidak sebaliknya. Pilihan menurut proses demokrasi yang ada bagi
menjatuhkan mana-mana pimpinan adalah samada melalui undi tidak percaya di Parlimen
ataupun melalui pilihanraya.
Beliau memberikan reaksi berkenaan apabila ditanya pemberita
di bangunan Parlimen sebentar tadi.
Mengulas tindakan bekas PM Tun Dr Mahathir yang mahu rakyat
menandatangani Deklrasi Rakyat supaya ianya dapat disembahkan kepada Raja-Raja
Melayu bagi memaksa PM Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan Tuan Guru
menjelaskan pihak yang tidak sepatutnya dilibatkan dalam proses ini jangan
dikaitkan.
Ternyata Tun Dr Mahathir begitu tertekan untuk menjayakan
agendanya, lebih-lebih lagi apabila sambutan yang diterima setakat ini sungguh
hambar. Bagi beliau Najib apa hal sekalipun wajib diturunkan, dan kalau perlu
beliau menyembah petisyen ke Raja-raja Melayu, institusi yang pernah beliau
serang dan perlekeh semasa beliau berkuasa dahulu, beliau sanggup lakukan demi
memuaskan nafsunya. Demikinalah bersungguh benar Tun demi memastikan Umno terus
hidup berketuakan kroni dan anaknya.
Penegasan Tuan Guru ini membuktikan bahawa PAS juga inginkan
perubahan namun demikian, proses perubahan itu mestilah berjalan secara tertib
dan paling penting bertepatan dengan proses undang-undang dan Perlembagaan
Negara.
Memang kita kecewa dan hilang kepercayaan pada Najib namun
itu tidak memberikan kita lesen untuk turun ke jalanan sehingga mencetuskan
huru-hara dan mengancam kehidupan rakyat jelata dan kestabilan negara.
PAS punya rekod lebih 60 tahun menyertai politik di Malaysia. Ia
pernah menang dan pernah kalah, pernah berkuasa dibeberapa negeri dan pernah
menjadi pembangkang. Namun sepanjang usianya itu ia terus berkerja dengan penuh
kesabaran kerana ia yakin perubahan total akan berlaku yang penting ianya mesti
dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab.
PAS belajar dari kegagalan kaedah di negara-negara lain
khususnya gelombang “Arab Spring” yang rupanya tidak kekal lama.
Dalam pada Tun dan konco-konconya sibuk dengan kempen
tandatangan dan demonstrasi, disaat ini diseluruh negara, jentera PAS bergerak
memenangi hati dan fikiran rakyat. Program-program kemasyarakatan diatur dan
dipertingkatkan, kempen-kempen penambahan ahli dan pendaftaran pengudi
dipertingkatkan.
Melihatkan suasana yang ada ahli-ahli PAS semakin yakin dan keras
berkerja kerana mahu mencetuskan perubahan sebagaimana ditegaskan oleh Tuan
Guru Presiden melalui proses demokrasi, iaitu pilihanraya yang bakal tiba
bila-bila masa.
Biarlah Tun ke hulu ke hilir dengan deklarasinya, kami mahu
mantapkan jentera dan kekuatan kami, kami mahu menyantuni rakyat agar bersama
perjuangan Islam ini.
Kami taat pada arahan pimpinan kami dan bukannya pemimpin
yang sarat dengan agenda peribadi yang sedia bersekongkol dengan siapa pun asal
mimpinya tercapai.
No comments:
Post a Comment