Saya secara peribadi menentang sebarang aktiviti tidak berperikemanusiaan melibatkan haiwan liar khususnya yang dilindungi. Aktiviti haram membuuh haiwan-haiwan yang semakin pupus ini semata-mata untuk mendapatkan bahagian-bahagian dan organnya sangat kejam dan menyumbang ke arah pupusnya haiwan berkenaan.
Ia berlaku dimerata dunia khasnya negara Afrika termasuklah Malaysia.
Gajah-gajah dibunuh untuk mendapatkan gadingnya, begitu juga harimau untuk taring dan kukunya selain haiwan lain untuk organnya.
Menurut rekod lebih 20,000 ekor gajah di Afrika telah diburu dan dibunuh bagi aktiviti ini sepanjang 2013 sahaja.
Bagi gading-gading gajah ini Malaysia sering menjadi negara transit dalam menyeludupnya ke negara ketiga. Menurut Menteri Alam Sekitar Dr Wan Junaidi, pihak penguatkuasa telah merampas lebih 4,000 gading gajah dari Afrika.
Cuma saya terkilan apabila dilaporkan dalam akhbar The Star hari ini, betapa pihak kementerian telah memusnahkan lebih 9.55 tan gading yang dirampas ini yang dianggarkan bernilai RM77 juta ataupun 20juta dolar Amerika.
Menyeludup gading-gading ini kita akui satu kesalahan, begitu juga membunuh gajah-gajah dengan kejam bagi mendapatkan gading-gading itu, soalnya mengapa perlu ia kini dimusnahkan?
Apakah tidak ada cara atau kaedah lain untuk memanfaatkan gading-gading yang berharga ini selain dimusnahkan?
RM77 juta hangus begitu sahaja, tak ada cara lainkah?
No comments:
Post a Comment