Demikianlah mudahnya sifir politik mereka yang mentah dan masih berhingus. Dan begitulah mereka yang memang tidak senang dengan politik dan perjalanan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam.
Hakikatnya PAS terang-terangan menyatakan bahawa ia bukan
sekadar mahukan perubahan dengan menundukkan Najib, malah perubahan yang mahu
diperjuangkan PAS adalah perubahan yang total yang melibatkan seluruh sistem
pentadbiran dan pemerintahan. Tiada guna Najib turun hanya untuk diambil-alih
tempatnya oleh pengganti dari Umno dan BN juga.
Jika Najib turun dan naik penggantinya Umno dan BN juga maka
bukankah itu bukti betapa usaha menjatuhkan Najib itu sebenarnya satu usaha
mahu menyelamatkan Umno dan BN, bersekongkol dan bertali-barut dengan Umno dan
BN.Itulah sebenarnya agenda Deklarasi Rakyat yang ditaja Dr Mahathir dan didokong dan disokong oleh Muhyuddin Yasin, Muhkhriz Mahathir termasuklah Lim Kit Siang, Mat Sabu, Rafizi, Zaid Ibrahim dan lain-lain.
Itulah penegasan Dr Mahathir berkali-kali sepanjang penglibatan beliau menjaja Deklarasi Rakyat dan itulah pengakuan terbuka Muhyuddin dan Mukhriz.
Hakikatnya bukan PAS yang bersekongkol dengan Najib tetapi
puak-puak Deklarasi Rakyat itulah sebenarnya yang bersekongkol memberi nyawa
mahu terus mengekalkan Umno dan BN
berkuasa asalkan Najib diterajang keluar.
Hari ini dalam blognya Zaid Ibrahim salah seorang pemikir
dan penyusun catur politik Deklarasi Rakyat dan Selamatkan Malaysia ini
mengakui bahawa kelompok mereka sedang berhadapan dengan delima iaitu siapa
yang bakal mengetuai gerakan mereka, siapa yang akan menggantikan Najib nanti
apabila Najib berjaya diturunkan.Zaid mengaku beliau silap percaturan apabila menyangkakan yang Tengku Razaleigh Hamzah lah calun terbaik menggantikan Najib apabila Najib berjaya diturunkan oleh kelompok Zaid.
Ku Li yang sepatutnya membawa bersama beliau beberapa puluh
ahli Parlimen Umno yang dikatakan akan menyokong usul undi tidak percaya
terhadap Najib di Parlimen itu telah gagal atau enggan berbuat demikian dan
sebaliknya kini telah “U turn” dan memberikan kesetiaan terhadap Najib
sekaligus menghampakan perancangan Zaid dan Dr Mahathir serta mereka yang
bersekongkol bersama mereka ini.
Kini pencarian Zaid terpaksa diteruskan. Kalau Ku Li
berpaling tadah, beliau kini perlu cari pemimpin Melayu yang lain yang layak
dan punya kemampuan.
Dan pencarian itu menurut Zaid akan berligar disekitar
bekas-bekas pemimpin Umno (yang masih Umno) iaitu sudah pastilah samada
Muhyuddin, Shafiee Apdal atau Mukhriz. Dan jika tiada dikalangan mereka itu
maka mana-mana pemimpin Pakatan Harapan perlu ditonjolkan.
Pemimpin PH yang Melayu cuma dua iaitu samada Datuk Seri Dr
Wan Azizah Ismail atau Mat Sabu, Kit Siang dan Guan Eng adalah bukan Melayu
jadi mereka berdua tidak layak.
Malangnya dalam blog beliau itu beliau langsung tidak
menyentuh atau menyebut nama Presiden Pan iaitu Mat Sabu, mungkin Mat Sabu
tidak punya kualiti pemimpin Melayu yang layak jadi PM pada perkiraan Zaid,
satu tamparan hebat buat Pan.
Dan lebih malang lagi beliau menulis (yang saya mohon
rakan-rakan dari PKR beri perhatian):
“I am also assuming
that Pakatan Harapan is willing to consider anyone else other than Wan Azizah
as leader for the opposition in the next election.”
(Saya juga mengandaikan yang PH bersedia menimbangkan siapa
sahaja selain Wan Azizah sebagai ketua blok pembangkang dalam PRU akan datang)
Bermakna Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah juga tidak
layak mengikut percaturan Zaid. Beginikah layanan yang diberikan terhadap
pemimpin nombor satu PKR?
Dalam tulisannya juga Zaid merendahkan harapan PAS. Ini
sesuatu yang tidak menghairan atau mengejutkan kerana Zaid selama ini tidak
pernah mendukung perjuangan Islam yang dibawa PAS malah beliaulah antara yang
vokal menentang segala usaha PAS untuk memperkenalkan Islam termasuklah dalam
perlaksanaan Hudud di Kelantan.
Untuk Zaid menyokong PAS adalah sesuatu yang ajaib dan PAS
pun sebenarnya tidak berkehendakkan sokongan dari beliau.
Zaid mendakwa PAS tidak layak mengajar umat Melayu berkenaan
agama dan PAS kini terlalu akrab dan menyokong Umno.
Dalam hal ini Zaid juga sebenarnya keliru dan mengelirukan.
Beliau yang mahu menaikkan Ku Li dan bekas-bekas pimpinan Umno untuk naik
sebagai PM tetapi PAS pula yang dituduh pro Umno. Siapakah yang bersungguh mahu
menyelamatkan Umno dengan semata-mata menurunkan Najib jika tidak Zaid dan Dr
Mahathir, lalu mengapa diseret PAS dalam hal ini.
Apa pun demikianlah terserlah agenda puak-puak songsang ini.
Sedang mereka sibuk bermain catur, Najib terus mengekalkan kuasanya di
Putrajaya.
Kerana itulah sejujurnya apa yang wajar diberi tumpuan
sebagaimana berulang-kali ditegaskan oleh Presiden PAS adalah bahawa untuk kita
semua bangkit menolak Umno dan BN dalam pilihanraya umum nanti. Biar pentadbiran
yang tempang dan pincang ini dirobah dan digantikan secara menyeluruh pasukan
dan sistem pentadbirannya semua sekali.
Kita terlalu jauh dan meminggirkan Islam selama ini
sedangkan yang akan memberi kemuliaan dan kejayaan kepada kita, rakyat dan
negara adalah apabila kita berpegang teguh dan kembali pada Islam. Dr Mahathir
dan Zaid tidak mampu membawa perubahan seumpama ini lalu mereka pun sepatutunya
bersama Najib dan seluruh pasukan Umno dan BN wajar dirobah dan digantikan.
Yang penting kita istiqomah dan bersama mendukung dan
menjayakan perjuangan mulia ini dan tidak sebaliknya.
No comments:
Post a Comment