Seingat usia saya tidak pernah berada di dalam PAS dimana
pemimpin kanan, dalam hal ini AJK PAS Pusat secara terbuka dalam majlis terbuka
menghentam, memperlekeh dan menghina Presiden PAS. Rupanya hidup juga saya
menyaksikan pengkhianatan dan kebiadaban ini.
Menurut laporan Berita Harian:
Seorang wakil rakyat PAS malam tadi mengkritik Datuk Seri
Hadi Awang, Presiden partinya sendiri kerana menyokong Tan Sri bdul Khalid
Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor……….
“Kenyataan Hadi adalah peribadi kerana dalam PAS Presiden
bukan maksum dan keputusannya dibuat tanpa mesyuarat. Keputusan kami hanya akan
diumum10 Ogos ini. Saya berpendapat jika isu ini tidak dapat selesai, jawatan
Menteri Besar bolehlah dipertimbangkan kepada DAP sebagai penyelesaiannya.”
Laporan itu memetik pemimpin berkenaan sebagai AJK PAS Pusat
dan ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.
Belajarlah adab apalagi apabila berada dalam jemaah. Jangan
ingat kepala kita sudah besar dan penuh ilmu maka kita pandang rendah yang lain dan kita
menyangka kita punya lesen untuk memaki hamun dan mengatakan apa sahaja yang terlintas di
lidah dan bibir kita itu.
Kita punya hak menegur pimpinan namun dalam forum yang
bersesuaian, dalam mesyuarat dalam mukatamar, tetapi apabila kita pilih
gelanggang terbuka, depan khalayak ramai sebenarnya YB menyelak kain sendiri,
depan umum, tak malukah muka YB, siapakah agaknya Naqib dan guru YB, kesian.
Benar sebagaimana YB ucapkan yang YB diangkat oleh Muktamar
sebagai AJK PAS Pusat, tapi di sana ada ramai lagi AJK yang bertaraf sama, PAS cuma
ada satu Presiden, yang turut diangkat oleh Muktamar.
Jawatan Presiden, meminjam kata-kata Mursyidul Am adalah
Nakhoda atas bahtera (PAS) yang besar ini. Barangkali YB menyangka YB sudah
setaraf Nakhoda, apalagi pasanglah cita-cita melawan Nakhoda secara terbuka,
walau kita lihat kail YB panjang tak sampai sejangkal pun.
Atau barangkali bahtera ini sudah terlalu busuk dan lekeh
buat YB, saya secara peribadi sarankan , silalah YB terjun keluar dan naiklah
bahtera lain yang pemimpinnya memang YB agung-agungkan itu.
Semoga ahli PAS semua buka mata, telinga dan minda, dan
mengadili pemimpin yang seumpama ini. Bahtera PAS telah belayar puluhan tahun
atas samudera politik Malaysia yang penuh mencabar dengan penuh istiqomah
mengibarkan panji-panji Islam. Kita mendidik dan melahirkan anak-anak kapal
yang baik dan mulia akhlaknya, rupanya ada juga segelintir yang tergelincir dan
terasa diri lebih hebat dan pandai dari yang lain.
Rihatkanlah mereka atau tunjuk saja jalan keluar.
1 comment:
betul sebagaimana setengah orang kata...
kalau jenis mamak eee ni.. kat mana-mana pun memang haramjadah..
Post a Comment