Banyak betul perkembangan politik yang berlaku kebelakangan
ini sehingga saya akui telah tercicir dalam mahu mengulas dan menyatakan
pendirian. Krisi MB Selangor memang hangat. Masalahnya kadangkala kita lihat
perkembangannya bagaikan pementasan sandiwara Melayu dan kadangkala pula lucu
bagaikan siri komedi malah terkadang bagaikan siri karton tontonan kanak-kanak.
Ia jadi begitu kerana krisis yang tercetus ditangani
bukannya oleh orang politik yang “statesman” dan matang, sebaliknya oleh
konco-konco hingusan yang menyangkakan krisis berkenaan boleh diselesaikan ikut
nafsu dan acuan mereka. Masing-masing mahu menonjol diri menjadi “hero” tak
sedar perlakuan mereka sebenarnya sumbang dan menyumbang kea rah kebencian dan
kebosanan rakyat yang menyaksikan. Tak terkecualilah samada dari PAS, DAP apalgi
PKR
Saya tertarik akan komen terbaru orang kuat dan veteran DAP,
Lim Kit Siang. Beliau dilaporkan berkata bahawa apa yang penting sekarang buat
Pakatan (PR) adalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya ekoran
krisis MB Selangor tempoh hari.
Sesungguhnya krisis MB Selangor ini belum selesai, banyak
lagi babak dan siri yang perlu dan akan ditempuhi, apa pun Kit Siang akui bahawa
keyakinan rakyat terhadap PR telah lemah dan tercalar.
Soalnya angkara siapa?
Ia bermula dengan keghairahan mahu memecat dan menyingkirkan
seorang MB yang pada mata rakyat baik dan tidak bermasalah. Agendanya bukan
sekadar memecat dan menyingkir malah mahu dinobatkan pula orang tertentu yang
secara jujur tiada apa pengalaman pun melainkan menjaga rumahtangga orang
tertinggi PKR.
Maka bermulalah dramanya.
PKR bersungguh dan berkobar-kobar nafsunya, tiada belas
kasihan dan tiada pertimbangan serta ruang perundingan lagi. Tan Sri Khalid
mesti dihalau keluar, atas alasan-alasan yang bukannya meyakinkan rakyat tetapi
sebaliknya mencetuskan syak wasangka dan terkadang menjadi bahan ketawa.
DAP pula seakan dirasuk menjadi pak hangguk. DAP yang dahulu
mengangungkan “meritokrasi” sebaliknya dalam sekelip mata menjadi parti yang
tiada lagi pertimbangan demokrasi dan hak untuk bersuara dan didengar. Mereka
juga menghunus pedang, mahu mencantas Khalid, memakan mentah-mentah apa yang
dimuntahkan oleh PKR, sedangkan sebagai parti yang berumur mereka dijangka ada
pendirian sendiri.
Tinggalah PAS yang sudah masak dengan berbagai opengalaman
dan krisis dari yang nmelanda Terengganu seawal PRU pertama 1959 sehinggalah
krisis Kelantan dan lain-lain. Pimpinan tertinggi dan Majlis Syura Ulamak PAS
begitu teliti dan prihatin, sedar bahawa isu pertukaran MB melibatkan banyak
pihak bukan orang politik sahaja, pihak istana mahu diambil kira dan begitu
juga ketenteraman rakyat.
Malangnya PAS bukan lagi PAS dahulu. PAS hari ini turut
ditunggangi oleh mereka yang “parachute” masuk diwaktu senang. Sudahlah itu
mereka menyangka segala yang dicapai PAS hari ini hasil dari kehebatan peribadi
mereka, bukan lagi menghargai pengorbanan doa darah dan air mata orang
terdahulu yang bersusah payah memacak panji-panji PAS di saat tiada orang mahu
bersama PAS.
Lalu PAS yang ditunggu-tunggu reaksinya oleh orang ramai,
turut menyumbang kepada sketsa komedi dan huru-hara apabila ada suara
sumbang-sumbang yang berkokok bagaikan kaduk naik junjung. Perihal walak dan
disiplin parti diinajk-injak semata-mata kerana mahu menegakkan kemahuan PKR.
Lebih menyedihkan apabila 2 orang ADUN PAS Selangor, yang
sepatutnya akur dan menghormati keputusan pimpinan tiba-tiba melepaskan diri
mereka dari jemaah dengan memberi sokonga pra matang kepada PKR dan DAP,
sanggup membelakangkan pimpinan dan ahli PAS. Angkara mereka keputusan
Presiden, Mursyidul Am, Majlis Syura Ulamak, mejadi mainan orang.
Dalam pada itu mulut-mulut gatal dalam PKR dan DAP
menghalakan senjata mereka kea rah PAS. Sehingga ada bekas EXCO DAP tergamak
menaggil salah seorang EXCO PAS yang kela dalam kerajaan negeri sebagai “munafik”
Dan hari ini kata Kit Siang ayuh kita kembalikan keyakinan
rakyat kepada Pakatan.
Kalau beginilah berterusan sikap dan perangai pimpinan
Pakatan, percayalah keyakinan rakyat akan semakin kendur dan pudar bukan kerana
mereka sukakan BN, tetapi mereka muak, mual dan menyampah dengan cara Pakatan
menangani sesuatu permasalahan.
Krisis MB Selangor yang boleh ditangani dengan tenang dan
penuh teliti dan matang, menjadi caca-marba, benar-benar mencalar keyakinan
rakyat.
Benar keyakinan rakyat terhadap PR goyang sebagaimana kata
Kit Siang, tetapi Kit Siang dan mereka yang senafsunya dengannya tak kiralah
samada dari DAP, PAS apalagi PKR semuanya perlu memikul tanggungjawabnya.
No comments:
Post a Comment