Belum pun selesai isu “tukar paksa” MB Selangor, tiba-tiba
meletus pula isu lain. Sekali lagi PAS yang menjadi fokusnya. Kali ini isu “whatsapp”
bocor.
Bayangkan perbincangan sulit pimpinan PAS Pusat, gerakan
Islam tersohor di rantau ini dan terbilang peringkat dunia, dalam group
whatsapp boleh bocor! Bukan dibocorkan oleh orang luar kerana tiada siapa yang
boleh akses group itu kecuali ahli, ternyata dibocorkan oleh ahli sendiri,
iaitu pemimpim yang diberi amanah oleh ahli-ahli untuk memimpin gerakan ini.
Apabila bocor maka “perca” kecil (meminjam kata-kata Ustaz
Nasaruddin – ahli Parlimen Temerloh) yang tiada hujung dan pangkal itu apalagi menjadi
ulasan dan bahan bahas mulut-mulut gatal, kononnya pendukung keadilan, tetapi
tidak pula memberi ruang atau hak kepada tertuduh membela diri.
“Perca” ulasan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas
Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki terus dserang dan dilabel “rasis”, penghasut,
anti perpaduan, melampau dan macam-macam lagi. Pengarah Strategi PKR, Rafizi
Ramli dilaporkan mendesak Presiden PAS menyatakan apakah tindakan disiplin yang
akan diambil terhadap Dr Zuhdi. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony
Loke Siew Fook pula dilaporkan endesak PAS mengambil pendirian tegas terhadap Dr
Zudi selain menyifatkan cadangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas itu
sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat.
Sejujurnya, ada tidak Rafizi atau Loke mendapatkan
penjelasan dari Dr Zuhdi? Menurut kenyataan Ustaz Nasaruddin yang juga
merupakan ahli group whatsapp itu sekiranya keseluruhan perbincangan topik senario
politik semasa berkenaan dimuat-turun dan dicetak ia akan mengambil ruang 115
mukasurat jika dicetak atas kertas A4 dengan fon bersaiz 12. Tahu tidak Rafizi
dan Loke, atau memang mereka jenis mulut gatal dan cepat melenting dan melompat
atau barangkali mereka sebenarnya bersekongkol dengan petualang yang
membocorkan whatsapp itu semata-mata untuk mengkambing hitamkan Dr Zuhdi.
Perbincangan dalam kumpulan itu adalah sulit, masalah dalam
kelambu. Saya pasti hal-hal dalam kelambu PKR dan DAP lebih panas dan hancing.
Mengapa mahu selak kelambu orang?
Saya bimbang apabila membaca kenyataan Dr Zuhdi yang
menyebut:
Tujuan si pembocor adalah untuk mendesak PAS khususnya Tuan
Guru Hj Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadap saya kerana saya adalah
antara penentang kuat “Kajang Move” yang dicita-citakan oleh Dato Seri Anwar
Ibrahim. Secara tidak langsung juga mereka yang berada di pihak pembocor
memberi tekanan supaya pimpinan PAS bersetuju dengan langkah itu.
Bimbang kerana apa? Kerana amalan politik kotor dan rakus
mush kita yang kita selar selama ini rupa-rupanya telah meresap masuk dalam
tubuh kita. Politik kotor, cantas-mencantas, mengadu-domba dan fitnah yang kita
serang, hari ini kita pula “player” nya.
Berkali-kali saya pernah post kan dalam blog ini bahawa
kerja biadap dan hina “membocor” rahsia parti ini sudah lama berlaku. Ada
sehingga seorang wartawan boleh tahu siapa yang batuk dan siapa yang terlelap
dalam Mesyuarat Jawatakankuasa PAS Pusat, bukan kerana dia memiliki alat “spyware”
tetapi kerana ada pengkhianat dikalangan ahli mesyuarat yang seakan menyalurkan
maklumat secara langsung kepada beliau.
Tindakan tegas perlu diambil, tidak kiralah siapa pemimpin
pengkhianat itu. PAS apalagi gerakan Islam ini, tidak perlukan seorang pemimpin
yang tidak tahu memelihara rahsia parti, apalagi bertindak subversif (geli saya
menggunakan istilah ini kerana istilah inilah digubakan oleh seorang pemimpin
terhadap saya semasa saya Setiausaha Akhbar Presiden dahulu) mahu meroboh dan
menjahanamkan parti.
Dalam pada itu saya hairan apabila seorang pemimpin kanan
PAS yang mengaku beliau tidak menjadi ahli dalam group whatsapp berkenaan
menuntut supaya Dr Zuhdi dikenakan tindakan. Kata beliau kepada sebuah portal
berita:
Memang pihak yang membocorkan tulisan dalaman itu juga salah
tetapi tanpa ada pihak yang menulis sedemikian rupa ini tidak akan berlaku
(Ini bukan tulisan YB Datuk ini perbincangan, pertukaran idea)
Sepatutnya Ustaz Nasaruddin menyerahkan 115 mukasurat
perbincangan hampir 2 hari itu kepada pemimpin ini biar di abaca dan faham
lumat sebelum gatal-gatal mahu ulas tanpa tahu hujung pangkal.
Apa pun PAS perlu bertindak, dan rakan-rakan PAS berlapang
dadalah, jangan sampai nak masuk kelambu orang sedang kelambu sendiri penuh
pijat dan onar.
1 comment:
Setelah membaca semua komen yang berkaitan sehingga ke hari ini, bermula dari jam pertama WA printscreen di upload, saya lebih meyakini Husam Musa lah individu yang boleh disyakki berkaitan dengan kebocoran ini.
Post a Comment