Wednesday, August 06, 2014

PAS tidak perlukan pemimpin yang tiada akhlak Islam (6/8/14)


Seingat usia saya tidak pernah berada di dalam PAS dimana pemimpin kanan, dalam hal ini AJK PAS Pusat secara terbuka dalam majlis terbuka menghentam, memperlekeh dan menghina Presiden PAS. Rupanya hidup juga saya menyaksikan pengkhianatan dan kebiadaban ini.
Menurut laporan Berita Harian:

Seorang wakil rakyat PAS malam tadi mengkritik Datuk Seri Hadi Awang, Presiden partinya sendiri kerana menyokong Tan Sri bdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor……….
“Kenyataan Hadi adalah peribadi kerana dalam PAS Presiden bukan maksum dan keputusannya dibuat tanpa mesyuarat. Keputusan kami hanya akan diumum10 Ogos ini. Saya berpendapat jika isu ini tidak dapat selesai, jawatan Menteri Besar bolehlah dipertimbangkan kepada DAP sebagai penyelesaiannya.”

Laporan itu memetik pemimpin berkenaan sebagai AJK PAS Pusat dan ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.
Belajarlah adab apalagi apabila berada dalam jemaah. Jangan ingat kepala kita sudah besar dan penuh ilmu maka kita pandang rendah yang lain dan kita menyangka kita punya lesen untuk memaki hamun dan mengatakan apa sahaja yang terlintas di lidah dan bibir kita itu.

Kita punya hak menegur pimpinan namun dalam forum yang bersesuaian, dalam mesyuarat dalam mukatamar, tetapi apabila kita pilih gelanggang terbuka, depan khalayak ramai sebenarnya YB menyelak kain sendiri, depan umum, tak malukah muka YB, siapakah agaknya Naqib dan guru YB, kesian.
Benar sebagaimana YB ucapkan yang YB diangkat oleh Muktamar sebagai AJK PAS Pusat, tapi di sana ada ramai lagi AJK yang bertaraf sama, PAS cuma ada satu Presiden, yang turut diangkat oleh Muktamar.

Jawatan Presiden, meminjam kata-kata Mursyidul Am adalah Nakhoda atas bahtera (PAS) yang besar ini. Barangkali YB menyangka YB sudah setaraf Nakhoda, apalagi pasanglah cita-cita melawan Nakhoda secara terbuka, walau kita lihat kail YB panjang tak sampai sejangkal pun.
Atau barangkali bahtera ini sudah terlalu busuk dan lekeh buat YB, saya secara peribadi sarankan , silalah YB terjun keluar dan naiklah bahtera lain yang pemimpinnya memang YB agung-agungkan itu.

Semoga ahli PAS semua buka mata, telinga dan minda, dan mengadili pemimpin yang seumpama ini. Bahtera PAS telah belayar puluhan tahun atas samudera politik Malaysia yang penuh mencabar dengan penuh istiqomah mengibarkan panji-panji Islam. Kita mendidik dan melahirkan anak-anak kapal yang baik dan mulia akhlaknya, rupanya ada juga segelintir yang tergelincir dan terasa diri lebih hebat dan pandai dari yang lain.
Rihatkanlah mereka atau tunjuk saja jalan keluar.

1 comment:

Nyokomeng said...

betul sebagaimana setengah orang kata...

kalau jenis mamak eee ni.. kat mana-mana pun memang haramjadah..