Apakah sebenarnya isu di Selangor hari ini? Bahawa PKR mahu
tukar MB Selangor, bahawa DAP setuju dengan hasrat PKR itu dan bahawa PAS
khasnya PAS Negeri Selangor, Presiden PAS, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulamak
PAS lebih selesa MB sekarang dikekalkan hingga hujung penggal.
Saya terkejut membaca The Star Online sebentar tadi yang memetik
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai berkata bahawa isu penting yang akan
dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat 10 Ogos nanti adalah samada boleh
atau tidak seorang wanita menerajui Selangor sebagai MB. Benarkah itu isunya?
Lim dipetik sebagai berkata:
“We intend to "clear the first hurdle" by
obtaining a stand from all political leaders that there would be no objection
to a woman being a mentri besar.”
PAS (sekurang-kurangnya PAS Selangor, Presiden dan Mursyidul
Amnya) telah menegaskan isunya bukan siapa ganti Tan Sri Khalid, isunya adalah
bahawa tidak sesuai kerusi MB ditukar pada waktu dan ketika ini, sebagaimana
kenyataan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang:
SAYA menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar
Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor
kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang
rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS
Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan
urusan PAS negeri Selangor.
Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS)
di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak
sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati
bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi
Menteri Besar.
Kedua, kita tidak boleh membelakangi Duli Yang Mulia Sultan
Selangor dan kita (PAS) serah kepada bagindalah untuk menentukan dan tidak
boleh dibelakangi baginda dalam isu (MB) ini, itu (keputusan) terpulang kepada
baginda (Sultan).
Ketiga, alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak
kukuh. Di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak
melibatkan amanah-amanah yang besar. Jika sekiranya, beliau (Khalid) terlibat
dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu
boleh kita tukar. Tapi, jika alasan yang lain itu boleh kita urus dan bukan
dengan tukar Menteri Besar. Ini kerana, kita anggap masih dalam 'perjalanan'
dan tidak boleh 'dipintas' dalam perjalanan, kena tunggu hingga habis tempoh
penggallah. Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat dari Pesuruhjaya
PAS negeri Selangor dan rakan-rakan Exco (kerajaan) Selangor dan wakil-wakil
rakyat Dun Selangor dari PAS.
Kenyataan Presiden PAS ini kemudiannya disokong oleh
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulamak PAS
Pusat Ustaz Dato Mohammad Yakub yang juga MB Kelantan.
Tidak berbangkit langsung isu wanita jadi MB sebagaimana
dibayangi oleh Guan Eng.
Memang PKR mahu Khalid digantikan oleh Dr Wan Azizah, namun
bagi PAS bukan siapa pengganti isunya, isunya adalah kesesuaian masa dan ruang.
Diketika ini adalah difikirkan Tan Sri Khalid sesuai dikekalkan, kalau perlu
sangat tukar maka biarlah sehingga ke penghujung penggal.
Silap Guan Eng tu.
1 comment:
Cer berlapang dada..mereka DAP penyokong kuat utk tukar MB sbelum nie jdi satelah byk yg menentang mlh mungkin membwa perpecahan PR mereka guna alasan itu utk bincang wpun nmpak. Janggal tpi ckup lh di jadikan alasan bgi mereka selari dgn pandangan UMNO..dan sya yakin akhirnya DAP stuju kekalkan TSKI bukan ganti Azmin kah kah kah..(politik)
Post a Comment