“Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama
yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk
meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi
penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan
sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu
digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid
Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Itu keputusan Majlis Syura Ulamak PAS pada 6 Ogos lalu.
Walaubagaimanpun har ini ia tidak terpakai kerana ia telah di “overtaken by
event” apabila PKR telah memecat Tan Sri Khalid sebagai ahli.
Namun oleh kerana proses penyingkiran MB dan perlantikan MB baru
adalah satu proses perundangan yang rumit melibatkan parti yang memerintah,
Tuanku Sultan dan Dewan Negeri maka sehingga ke hari ini Tan Si Khalid kekal
sebagai MB sehinggalah Tuanku Sultan menitahkan proses seterusnya.
PAS ternyata tidak gugup dan gelabah dalam berhadapan dengan
isu yang dicetuskan rakan kongsi politiknya. Malah mengambil keputusan yang
bijak apabila mengarahkan keempat-empat EXCO nya terus kekal dalam ertikata
lain membantu MB yang ada terus memerintah negeri demi kelangsungan kerajaan
ini. EXCO-EXCO PKR dan DAP walaubagaimanapun telah dipecat ekoran berkeras
kepala dan menunjuk sikap gugup dan gelabah.
Langkah PAS ini telah mendapat pujian banyak pihak terutama
rakyat jelata di Selangor.
Berbalik kepada keputusan Majlis Syura Ulamak di atas yang
ternyata mengkaji dan meneliti akhlak kepimpinan Tan Sri Khalid dalam memegang
amanah sebagai MB, hari ini salah seorang EXCO PAS Dr Halimah Ali dilaporkan
oleh The Star Online sebagai berkata bahawa Tan Sri adalah seorang:
“….a man who is very prudent with the people's money’.
“….seorang yang sangat amanah dengan wang rakyat”Menurut Dr Halimah itulah pengalamannya selama dua penggal berkhidmat di bawah Tan Sri sebagai MB.
Dr Halimah dipetik sebagai berkata:
"But if you ask if I had any issues with him, I would
say that it is very difficult to ask for allocations from him," she told
reporters at her office Wednesday. Dr Halimah said Khalid only approved
allocations after scrutinising all details and points of an idea brought to
him.
"But it is a good thing that he (Khalid) is careful
with the people's money," she said
Tetapi jika anda Tanya saya samada saya ada masalah (isu)
dengan beliau, sebenarnya sangat susah mendapatkan peruntukan darinya” ……Kata
Dr Halimah beliau (Khalid) hanya akan meluluskan peruntukkan apabila telah
meneliti secara terperinci semua maklumat dan cadangan yang dikemukakan
kepadanya.
Namun tindakan beliau itu sesuatu yang terpuji kerana ternyata
beliau berhati-hati dengan wang rakyat.Inilah kualiti seorang pemimpin Islam yang baik, iaitu amanah dan berhati-hati dengan wang rakyat yang diamanahkan kepadanya. Menurut sejarah Selangor, antara faktor utama seseorang MB jatuh dari kerusinya di negeri ini adalah apabila ia kecundang dalam mempertahankan amanah itu. Ada yang dipenjarakan, ada yang digugurkan dan ada yang ditolak oleh rakyat angkaranya.
Saya ingat satu ketika dahulu apabila berceramah dengan Tan
Sri ketika beliau belum MB lagi, kata Tan Sri semasa melancarkan ASN/ASB
dahulu, apabila pelabur-pelabur seluruh Negara datang berduyun-duyun melaburkan
wang mereka masing-masing, kata Tan Sri, pernah ibunya berkata (lebih kurang
dalam ingatan saya):
“Sahak (nama timangan Tan Sri) duit orang ramai yang kau ambil
tu kau simpan kat mana. Jaga duit orang nanti hilang”.
Begitulah dengan jenaka Tan Sri sampaikan pengalamannya,
tetapi mesejnya begitulah akhlaknya sejak dahulu.
Inilah MB yang telah kita singkirkan. Seorang yang jujur,
telus dan amanah. Kualiti yang sangat ketandusan bag jawatan MB di Selangor
tetapi dicetuskan oleh Tan Sri Khalid selama beliau menjadi MB.
Berbahagia dan ketawa besarlah mereka yang bersepakat
menjatuhkannya.
5 comments:
Pandangan saya pula dia gagal menjelaskan bagaimana TSKI MENJELASKAN HUTANG RM 70 juta Personal Loan yang umur hutang itu 8 tahun. Sampai hari ini beliau gagal menjelaskan. Benar ada Quality sebagai pemimpin pada term 1st tapi term ke2 sudah ada perubahan. Dalam Commercial crime bukan nampak macam parking tiket. Kena selidik dulu kaji dulu. TSKI perlu tunjukkan dimana dia dapat wang 70 juta yg dibayar oleh bank Al Ragni. Bank itu bayar ada bukti transfer fund dari akaun siapa, siapa punya arahan bukti dokumen itu semua.
Anonymous: Orang yg jujur dan tidak bersalah tidak gelabah. Insyallah saya yakin ada jawabannya yg rasional cuma kita lantaran benci pd org jgnkan rupanya batuk dan bersin oun semua hodoh....
Di mana pula prinsip tidak bersalah selagi tidak dibuktikan? Malah isu itu dijadikan modal hanya setelah PAS berhujah tiada isu besar untuk menyingkirkan TSKI. Namun begitu tidak pula PR mengerakkan sekurang kurangnya SELCAT untuk mendapatkan penjelasan dari TSKI.
Anom 5:02
Isu bank islm sudh diterng oleh azrul azwar. Cuma yg buta mata hati saja tidak mahu mendengar pandangan org lain. Cukup2 lah taktik mengalihkan isu yg diguna pakai oleh saifudin dan rafizi tu. Patut kes liwat tangguh sampai berpuluh2 kali, sepatutnya kalau nak bersih nama slesaikan kes liwat secepat mungkin.
Ikut tan sri, beliau sendiri lapor ke sprm. Org yg menuduh ada buat?
Aku anak Selangor yg tidak menganggotai mana-mana parti. Memilih PR buat kali kedua pada PRU13 atas keyakinan PR adalah apa yang diterjemahkan oleh TSKI dengan cara pentadbirannya yang mengutamakan rakyat.
Ternyata aku silap namun sekarang aku telah belajar dan aku yakin rakyat lain yang telah mengundi juga telah mempelajari sesuatu.
PKR juga silap kerana meletakkan sabun di
atas kekotoran mereka. Jadi sabun telah
dibuang dengan cara yang kotor juga.
Seterunya sabun telah dituduh kotor
Adakah semua akan tersenyum apabila sabun baru cap Nyonya di impot dari Singapura menggantikan sabun yg ada sekarang.
Kebawah Duli Tuanku, Ampun tuanku, hamba rakyat rasa terhina
Post a Comment