Wednesday, April 13, 2011

BN Sarawak mula panas..............

Hari ini dalam akhbar The Star sisipan Sarwak yang hanya dijual di negeri ini pimpinan BN member amaran kiranya masyarakat Cina Sarawak mengundi calon DAP dan menolak calon SUPP maka kuota Timbalan Ketua Menteri Sarawak nanti akan diberikan kepada wakil bukan Cina.

Jika ini bukan satu ugutan berbau rasis, apalagi?!

Ada pula seorang lagi mengatakan Sarawak bukan majority Cina sebagaimana Pulau Pinang yang boleh melihat DAP menang menjadi Ketua Menteri.

Sekali lagi sentimen perkauman dimain, dan siapa lagi pemainnya jika tidak BN yang tiada modal melainkan politik murahan untuk berhadapan dengan asakkan dari Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 ini.

Ternyata kehadiran calon-calon PR yang lebih berwibawa serta pengekalan calon-calon BN yang sudah tercemar rekod masing-masing mula menampakkan kebimbangan pada kem BN. Kesatuan PR yang dari berbilang parti cuba dipecah-pecahkan dengan menyerang parti-parti komponan PR secara berasingan.

Selepas keputusan PRU Negeri Sarawak ke 9 lalu yang membangkitkan kesedaran politik dikalangan rakyat Sarawak serta kemenangan Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu, jelas rakyat Sarawak sudah semakin matang kesedaran politiknya. Walaupun terpisah jauh dengan Laut Cina Selatan namun kemajuan teknologi tidak menghalang rakyat negeri ini untuk turut bangkit menuntut perubahan.

Riuh kem BN Sarawak terpaksa meyakinkan yang Taib Mahmud akan letak jawatan selepas BN menang kembali, jika begitu mengapa tidak bersara sahaja sebelum PRU dan beri peluang kepada tenaga baru.

Dalam kecelaruan dan kebimbangan kem BN Sarawak, jentera PR perlu terus mengasak dan tidak mustahil sesuatu yang luar biasa boleh tercipta tanggal 16 April ini. Dahulu pun semasa Datuk Haris Salleh di bawah naungan BN menghadapi pilihanraya negeri Sabah berhadapan dengan PBS (parti baru pimpinan Pairin ketika itu) tiada pihak yang menyangka pemimpin sehebat Harris boleh jatuh kecundang. Bukan sahaja partinya hampir lenyap tetapi Harris pun turut lingkup di kerusinya sendiri di Tenom.

Oleh itu jangan pandangan rendah kemampuan rakyat Sarawak. Ayuh bangkit dan pelopori perubahan yang bakal merobah seluruh senario politik seluruh Negara.

4 comments:

Fencesitter said...

Hah??? biar betul ko ni kata Calon PR lebih berwibawa dari calon BN??? Jangan buat aku ketawakan kau ... tengok dan baca betul2 latarbelang calon PR lepas tu baru tulis boleh tak???? 80% calon PR adalah HAMPEH ... diulangi HAMPEH ... kebanyakan nya sekolah satu tingkat sahaja .. tak sekolah sampai 4 tingkat (tak sekolah tinggi2) hahahahah ... kalau menang nak kata aper dalan DUN pun tak tau. ... hahaha buat aku ketawa saja ....

Blog Tuan Hamba said...

SAMA-SAMALAH KITA MENANTI HARI KEPUTUSAN YANG MENDEBARKAN BAGI PARTI YANG BERTANDING. RAKYAT SARAWAK KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.

Telahanku said...

Salam ya Sheikh..

Munkinkah PRU12 menjadi inspirasi kepada rakyat Sarawak untuk membuat perubahan yang selama ini dibelenggu dengan momokan demi momokan semata.
Kita tunggu dan lihat kisah seterusnya... InsyaAllah.

Anonymous said...

Haris Salleh dan BN tumbang dulu kerana SPR sendiri tidak menjangka akan berlaku Tsunami..maka bantuan oleh SPR tidak berada pada tahap maksimum ketika itu...BN pun ketika itu overconfident..mereka berasa rakyat selamanya akan memilih mereka...

kini SPR telah bersedia sejak dari awal lagi untuk memastikan BN terus memerintah..

PAS harus terus membongkar kemungkaran dan kecurangan yang dilakukan SPR...

sentiasa ingatkan Pengerusi SPR itu bahawa apa yang beliau lakukan itu akan dituntut oleh semua orang yang dianiaya dan dizalimi beliau di Mahsyar kelak (melainkan beliau sendiri tidak percaya akan hari akhirat)