Bersuaralah dengan berani rakyat SARAWAK

Monday, April 11, 2011

Tinggal 5 hari lagi tempoh berkempen di Sarawak. Para pengundi berdaftar di Sarawak akan keluar mengundi pada hari Sabtu 16 April ini dan kerajaan baru penggal ke 10 dijangka dibentuk pada awal pagi Ahad 17 April.

Setelah hampir 5 hari berkempen rakyat Sarawak mula menampakkan keinginan untuk menikmati angin perubahan. Samada angin itu akan membawa perubahan sehingga membentuk kerajaan baru diperingkat negeri tidaklah diketahu tetapi yang nyatanya setekah lebih 5 hari ia memang bertiup kencang.

Di sana-sini ungkapan “crocodile catcher” atau “pemburu buaya” dinisbahkan kepada rakyat Sarawak jika berjaya menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Taib meniti di bibir rakyat. “Buaya putih” dikatakan sedang menghitung hari-hari terakhirnya. Mampukah rakyat Sarawak berbuat demikian?

Sesungguhnya dalam politik Malaysia tiada yang mustahil. Buaya besar di Kota Kinabalu bernaung bawah parti BERJAYA pernah jatuh tersungkur dibelasah rakyat Sabah satu ketika dahulu, begitu juga buaya di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, apa isitmewanya yang di Sarawak?

Kita haru ingat dalam pilihanraya negeri Sarawak ke 9 dahulu rakyat melihat pembangkang mendapat tempat buat pertama kali di negeri tersebut, DAP emmang besar dengan 6 kerusi diikuti satu oleh PKR manakala PAS Cuma tewas 800 undi di Beting Maro.

Hasil dari kebangkitan rakyat di Sarawak itu melihat rakan-rakan di Semenanjung membawa tsunami yang lebih besar sehingga menghilangkan majority dua pertiga BN di Dewan Rakyat dan merebahkan kerajaan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain mempertahankan Kelantan dengan majority yang lebih besar.

Sarawak hari ini akan berdiri sebagai pemangkin buat Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Jika Pakatan Rakyat dapat meningkatkan pencapaiannya tidak mustahil ianya akan menular sehinga ke PRU ke 13 tetapi jika berlaku perubahan besar sehingga terbentuk kerajaan baru di Sarawak tidak mustahil esok tiada lagi BN di Putrajaya.

Bersuaralah dengan berani rakyat SARAWAK!

3 comments:

Fencesitter said...

Ya....kami nak kerajaan baru........BN....... hahahahahaah

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum.

Buat Pakatan Rakyat, bergeraklah, singgahlah kamu di Petrajaya untuk menuju destinasi sebenar iaituPutrajaya.

Anonymous said...

BN akan kehilangan banyak kerusi. SUPP akan terkubur. Kemungkinan besar Geeorge Chan akan mengalami nasib yang sama seperti Tsu Koon! Taib tidak akan turun takhta. Najib akan mengalami migraine yang lebih teruk.