Angkara Ibrahim Melayu malu mengaku Melayu

Friday, April 08, 2011

Pepatah Melayu menyebut “Bahasa melambangkan bangsa” . Ini mencerminkan betapa halus dan sopannya orang Melayu sehingga bahasanya sendiri tersusun indah beradab bermakna jika bahasanya sahaja molek inikan pula bangsanya. Begitulah asalnya orang-orang Melayu.

Kerana itu orang Melayu asalnya tidak kurang ajar. Memelihara dan menjaga budayanya dan apabila Islamnya bangsa Melayu maka lebih tertib dan sopanlah jadi budaya dan pegangannya. Menurut sejarah apabila Portugis mahu kalungkan loket emas pada Bendehara Melaka sehingga tersentuh kepalanya, para pendekar Melayu menghunus keris kerana terhina akan tindakan melanggar adab bangsa itu, tapi Bendehara menghalang, Benggali Putih tidak tahu adab dan budaya kita.

Namun tidak dinafikan ada juga yang terpesong, ada juga yang sesat, korap sehingga menoda budaya sendiri akhirnya mengotori bangsa sendiri. Ini berlaku dalam mana-mana bangsa dan budaya tetapi bagi orang Melayu apabila ada yang jatuh dalam kelompok ini sah ia bukan dari bangsa Melayu, kerana bangsa Melayu tidak kurang ajar begitu.

Ibrahim Ali bagi saya telah melintasi garis sempadan apabila bertutur sesuatu yang bukan dari adab dan budaya Melayu. Di Dewan Rakyat semalam beliau berkata:

Peningkatan kes hubungan sulit luar nikah adalah berpunca daripada "para isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka.

Terus mengaitkan isu ini dengan video panas kononnya melibatkan seorang pemimpin pembangkang. Kononnya pemimpin pembangkang itu terlibat dalam insiden berkenaan kerana isterinya tidak pandai melayan nafsunya.

Bagi saya Ibrahim mencemar kesopanan dan adab Melayu, bagaimana seorang yang mendakwanya dirinya pemimpin NGO Melayu boleh mencabul ketinggian bangsanya sendiri? Ibrahim memang terkenal seorang pemimpin vocal tapi bagi saya lebih kepada seorang yang celupar. Kali ini terbukti keceluparnnya itu terlalu melampaui batas, perlu diajar jika tidak dipulaukan sahaja jenis yang memalukan bangsa sendiri ini.

Jangan sampai orang Melayu malu mengaku dirinya Melayu angkara sepsis seperti Ibrahim ini.

6 comments:

Anonymous said...

Mengapa Ibrahim Ali sanggup cakap begitu kalau dia kat depan saya sekarang kasut akan naik kemuka nya.Otak kecik ....

Anonymous said...

Ibrahim Ali tu Melayu ker???

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Pastinya apa yang dilakukan oleh Sang Katak PERKASA ini ada catatannya di sisi Allah melalui malaikatnya. Tunggulah saat itu di mana tiada apa pun yang boleh membantu dia melainkan amalan-amalannya.

Putra IJ80 said...

Ah! Pak Ibrahim nie sejak dari dulu kini dan selama lama nya tidak ada ketentuan arah perjuangan nya.

Dari zaman di ITM,ia hanya skadar Melukut .

Dia cuma tukang menyebuk dlm apa jua isu yg.berlaku di Kampus,tumpang sekaki Demosrasi di UM,UKM waktu tur di Lembah Pantai.

Dlm Politik sekejap UMNO,46,menumpang PAS,Bebas,.

Sebenar nya dia sekarang berjuang utk dpt tempat jadi Calon di PRU13.,kerana jika dia bertanding atas kapasiti diri nya ,di mana mana saja di bumi Allah ini ,Insyallah ,dia TIDAK akan menang.

Jadik di cari lah apa apa isu yg.mungkin dapat menarik perhatian terutama nya UMNO.,bagi meletakan dirinya dapat undi mcm yg.di lakukan nya terhadap PAS.

Itu aje.

(Gua baca sejarah nya-jgn maree!!)

Anonymous said...

sedih saya baca ucapannya.saya anggap brahim seperti sampah hanyut

Blog Tuan Hamba said...

BEKAS YANG BERHORMAT NAK CARI MAKAN.