Lagi-lagi Dr Aziz Bari

Tuesday, April 19, 2011

Komen Prof Aziz Bari diberikan liputan meluas oleh akhbar arus perdana. Beliau menganggap Presiden PAS adalah liability buat PAS dan sewajarnya ditukar.

Alasan beliau Hadi gagal membawa PAS memenangi sebarang kerusi di Sarawak dan kegagalan PAS menawan kembali Terengganu dalam PRU ke 12 lalu. Kebetulan komen Aziz ini muncul disaat PAS akan mengadakan Muktamar pemilihannya pada bulan Jun nanti.

Saya perhatikan Dr Aziz memang tidak pernah mempunyai pandangan baik terhadap Hj Hadi termasuklah Timbalannya Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Sebarang komen dan ulasan beliau terhadap PAS pastinya menyerang dan menyelar kedua-dua pimpinan tertinggi PAS ini.

Beliau dan sesiapa sahaja memang berhak nak member ulasan dan komen.

Saya perhatikan komen yang sama turut terbit dalam portal berita Malaysia Insider cuma yang menariknya dalam ruangan komen seorang pengunjung bernama Sulaiman menulis:

what a shame for academician who suppose to be a conti. expert to give such comments. That is nothing to do with his expertise

(malang seorang ahli akademik yang pakar dibidang perlemabgaan boleh member komen seumpama ini. Ia tiada kena mengena dengan kepakaran beliau)

Begitulah dalam dunia kebelakangan ini, semua menyangka diri masing-masing terlebih pakar dan terlebih handal dari yang lain. Biarlah orang PAS menentukan siapa yang mahu mereka naikkan sebagai pemimpin mereka kerana PAS sebuah Gerakan Islam, adab dan disiplinnya berbeza dengan parti-parti lain malah kriteria pemilihan pemimpin pun jauh berbeza.

Allah swt berfirman (as Sajadah:24):

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

Allah swt berfirman (al Anbiyaa:73):

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.

Prof Madya Dr Zulkiple Abd Ghani dalam hal memilih pemimpin dalam Islam ada menulis:

Oleh kerana ilmu pengetahuan merupakan syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin, mereka sepatutnya mengetahui kebenaran hakiki di sisi Islam. Kebenaran Islam perlu ditegakkan meskipun ia boleh menggugat kepimpinan atau darjat seorang pemimpin ataupun mungkin akan menimbulkan kepayahan, kepahitan dan kesukaran.

Oleh itu, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit”.

Begitu juga Allah S.W.T. berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 39:

Maksudnya: “(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapapun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhluknya untuk membalas mereka)”.

6 comments:

puakPas said...

aku rasa ahli dan kepimpinan PAS sepatutnya berterima kasih kpd dr.Aziz Bari, kerana membuat komen kpd kepimpinan PAS, khususnya kpd TGHH.
Keterbukaan kepimpinan PAS untuk menerima komen dan tidak menjadikan orang sanggup memberi komen sebagai musuh merupakan kunci utama kpd keikhlasan perjuangan PAS. Apa yg boleh dilakukan oleh dr. Aziz utk membantu PAS, kecuali memberi komen dan pendapat mengenai PAS. Sejarah telah membuktikan bahawa dr.Aziz berbeza dgn beberapa prof. kangkung yg mengkritik PAS dgn tujuan membodek UMNO. Sejarah ini sepatutnya dihargai oleh kepimpinan PAS.
Begitu juga, ucapan ribuan terima kasih diberikan kepada mana-mana pihak yang mempertahankan PAS dan kepimpinan (TQ, Roslan SMS). Kesetiaan dan kasih sayang kepada kepimpinan parti murupakan suatu sifat mulia yang disanjung dalam agama Islam.
NAMUN setiap komen terhadap PAS atau kepimpinannya, tidak semestinya benar, atau diterima kepimpinan PAS. Kerana kepimpinan bukan sahaja bertanggungjawab ke atas individu tertentu, bahkan ke atas parti dan semua ahli. Setiap komen yang benar, kadang-kadang terpaksa dikebelakangkan demi mempertahankan sesuatu yang lebih benar.
Komen dr. Bari yang dituju kpd TGHH adalah implikasi daripada kegagalan kepimpinan PAS dan kelalaian Dewan Ulamak PAS menjelaskan kepada umum wadah sebenar perjuangan PAS. Bahkan sebahagian besar ahli PAS peringkat cawangan dan negeri tidak mengetahui halu tuju dan matlamat perjuangan PAS.
dr. Bari yg mewakili masyarakat umum yang berpendapat bahawa PAS adalah sama dengan UMNO, PKR, DAP, dan MIC. Yang berbeza PAS dari parti-parti politik lain adalah PAS parti politik yg berteraskan Islam. Fahaman yang silap ini telah menjadi sebati dengan ahli dan kepimpinan PAS kini.
PAS adalah gerakan Islam yang mendaulatkan al-Qur'an sebagai dasar hidup. Sebahagian daripada medan perjuangan PAS adalah medan politik. Jelas sekali bahawa kepimpinan PAS gagal menerapkan kpd ahli PAS bahawa ini adalah asas penting dalam perjuangan PAS. Bahkan kebanyakan pimpinan PAS telah menyeleweng drpd asas ini.
Mereka dgn megah telah memperkenalkan PAS sebagai parti politik. Akhir ukuran kejayaan PAS adalah kejayaan dalam perang politik. TGHH sebagai ketua gagal apabila PAS gagal di Sarawak. PAS Kelantan berjaya kerana berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan drpd UMNO.
Sebagai rujukan lihatlah apa yang berlaku di Kelantan, ahli-ahli kepimpinan PAS peringkat negeri dirasuk sindrom PAS parti politik, dimana politik PAS adalah segala-galanya, lawan UMNO adalah segala-galanya, ceramah politik segala-galanya.
Masa belum terlambat kepada majlis syura dan kepimpinan PAS untuk mengembalikan masyarakat kepada perjuangan Islam melalui PAS.

Nor Azman bin Sukerman said...

Biar apa pun komen kita semua hanya ahli PAS yang tahu siapa Tuan Guru Haji Hadi tu. Yang setuju dengan Prof Aziz anda boleh terus setuju dan yang tak setuju
juga anda boleh terus dengan pendirian anda. Tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah. Namun meletakkan Tuan Guru sebagai liabiliti adalah keterlaluan.
Bagaimana dengan isu begitu banyak yang terpalit kepada Datuk Sri Anwar, kenapa itu tidak dianggap liabiliti? Bagaimana dengan orang-orang PKR yang melompat,
apakah itu juga bukan liabiliti kepada Pakatan Rakyat? Apakah hanya kalau menang lantas itu adalah aset sedang kalah dianggap liabiliti? Dari menang kemudian
melompat sehingga menjatuhkan kerajaan negeri, biarlah kalah dan memang tak menang kerusi tapi meningkat sokongan secara perlahan-lahan. Sebagai orang
Islam dan ahli PAS kami diajar oleh Rasulullah akan kemenangan yang hakiki bukan kemenangan sementara. Namun adalah hak Prof Aziz juga untuk memberi pendapat
dan kita tidak juga seharusnya melampau dalam menilai pandangan dan pendapat beliau dan orang lain.

Antibarua said...

Aziz Bari paling layak jadi Presiden PAS... hahaha.

gegar95 said...

Ahli-ahli PAS tidak harus termakan dengan pandangan Aziz Bari yang hanya menonton dari luar gelanggang politik parti, dia bukan ahli PAS, pandangannya telah digunakan oleh media BN untuk memecahbelahkan ahli-ahli PAS yang selama ini berjuang bertungkuslumus pagi petang, siang malam, tidak mengira penat lelah.

Aziz Bari sebenarnya seorang yang berpenyakit.

Awas! Apa pun ahli-ahli PAS jagalah perpaduan parti.

Ku ingat Taqwa said...

assalam. pedulikan dengan komen prof. aziz bari. kalau di zaman almarhum ust fadzil dulu dah lama kena tibai aziz bari ni. pandai mengkritik tapi tak dak satu pun cadangan yang membina. apapun, hak untuk bersuara adalah dijamin oleh perlembagaan malaysia, cumanya ahli-ahli pas kena sentiasa menjaga adab-adab dalam memilih kepimpinan. saraf dah mai oii di musim pemilihan ni. wassalam

aro said...

Sdra Roslan,

saya setuju dgn pandangan sdra. setiap kali pemilihan hampir, pasti ada2 saja perkara yg dibangkitkan oleh aziz terhadap TGHH dan Ust Naza.
ada udang sebalik batu ke atau masih terkilan dgn TGHH dan Ust Naza yg begitu berhati2 dlm 16sep.

kalau tak puas hati bukan cara begini hentam org. Aziz boleh jadi ahli Pas dan masuklah bertanding apa jua jawatan yg ada. mudah kita komen dari luar tapi apa sumbangan kita?