Jatuhkan BN bukan Hadi

Sunday, April 24, 2011

Muktamar PAS telah dijadualkan pada 3 hingga 5 Jun 2011 ini di Taman Melewar, Gombak. Oleh kerana muktamar kali ini sekali lagi akan menyaksikan proses pemilihan pimpinan tertinggi PAS maka ia menjadi hangat dan diberi perhatian oleh kawan dan lawan.Parti yang akan menjangkau usia 60 tahun pada 23 Ogos tahun ini merupakan salah sebuah parti yang tertua dalam Negara dan satu-satunya parti yang kekal memperjuangkan Islam dalam Negara.

Semua jawatan tertinggi parti dari Presiden sehinggalah AJK Pusat dipertandingkan. Pimpinan baru nanti akan ditentukan oleh perwakilan parti yang akan memilih berdasarkan pencalonan yang dilakukan oleh kawasan-kawasan seluruh Negara. Calon-calon akan memutuskan samada menerima pencalonan atau tidak, jika menerima maka akan adalah pertandingan berdasarkan syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Sebagai sebuah gerakan Islam, parti Islam, PAS mempunyai adab dan disiplin tersendiri dalam memilih pimpinan. Memang ia memeluk amalan demokrasi, walaubagaimanapun amalan berkenaan diterapkan dengan adab dan disiplin peraturan Islam.

Seluruh ahli PAS akan member tumpuan terhadap muktamar kali ini kerana ia akan menetapkan halatuju dan garispanduan perjuangan seterusnya parti Islam ini khasnya dalam menghadapi PRU ke 13 nanti. Pimpinan yang akan dipilih nanti akan menggalas amanah u ntuk membawa panji-panji PAS menghadapi peperangan pilihanraya selewat-lewatnya pada tahun 2013.

Dalam “excitement” pemilihan ini adalah beberapa pihak yang melontarkan pandangan kononnya ada pimpinan yang merupakan liability kepada PAS. Kiranya PAS mahu bergerak ke hadapan dengan pencapaian lebih baik maka pimpinan tertentu termasuklah Presiden mesti ditukar.

Tukar-tukar ini mengingatkan kita pada kisah Nabi Allah Ibrahim yang menasihatkan anaknya Ismail melalui menantunya agar menukar tiang pintu rumahnya. Nabi Ibrahim berbuat demikian dengan harapan Nabi Ismail meneceraikan isterinya kerana merungut dalam ketiadaan suaminya.

Tetapi dalam hal ini yang memberi pandangan bukannya Nabi dan yang mahu ditukar pula bukannya menantu yang tidak baik.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz dalam hal ini berpandagan:

Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Tok Guru menambah:

Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya.

Dewan Pemuda PAS Wilayah dalam kenyataannya menegaskan:

Di bawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2080 (PAS turut membantu kerajaan Selangor dan Pualau Pinang). Malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari 7 kerusi pada 2004. Sebagai Presiden keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti diseluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. Dan ianya sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS dibawah Presiden.

Tetapi yang paling menarik perhatian saya dalah kenyataan AJK PAS Pusat Datuk Paduka Hj Husam Musa yang menyatakan bahawa PAS kini perlu berkerja untuk menuyrunkan BN dan bukannya Hadi!

Dalam keadaan pencapaian terbaik bagi seorang Presiden PAS dalam sejarah penubuhannya sejak 60 tahun tidak ada sebab mahu ditukarkan tunggak nombor satunya kecualilah Islam mengajar kita sebagaimana diajar oleh Tok Guru jika pemimpin tersebut melanggra syariat Allah swt.

Akhbar media arus perdana sedang menari-nari memain-main dan menghangat-hangatkan isu pemilihan dalam PAS. Walaupun cuma satu kawasan yang tidak mencalonkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang setakat ini mereka mahu menggambarkan seolah separuh negara dibelakang kawasan itu.

Mengikut sejarah PAS, para perwakilan PAS tidak pernah mengganti Presidennya lantaran berpegang kepada adab yang dimaksudkan. Apalagi mahu ganti Presiden yang memberikan prestasi paling baik buat parti setakat ini.Dizaman Allahyarham Datuk Asri Muda, beliau mahu digulingkan, tetapi Asri memilih untuk letak jawatan terlebih dahulu.

Saya yakin Tuan Guru akan kekal sebagai Presiden PAS sebab lazimnya para perwakilan PAS tidak akan lari dari adab dan disiplin Islam dalam membuat pemilihan. Kepimpinan Ulamak masih dan terus akan menjadi teras kepimpinan PAS. Inilah kepimpinan yang telah membangktikan PAS kembali setelah hampir hanyut dihanyutkan oleh Nasionalisma Islam yang mahui dibawa Asri dan rakan-rakan.

Inilah juga kepimpinan yang melonjakkan kembali sokongan anak muda, para professional terhadap PAS. Inilah kepimpinan yang membawa PAS sehingga ke hari ini.

Yang penting sekarang sebagaimana dinyatakan Husam, adalah untuk PAS menjatuhkan BN.

0 comments: