Menteri Singapura akui buruknya judi

Tuesday, April 12, 2011

Saya kagum membaca laporan dari seberang Tambak Johor. Di Singapura dilaporkan http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/view/1122134/1/.html Pengerusi parti pemerintah PAP Lim Boon Heng yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Singapura sebak ketika satu sidang akhbar mengumumkan barisan calon-calon baru PAP untuk Pilihanraya Umum Republik berkenaan selain juga mengumumkan persaraan beliau.

Menurut laporan antara yang menyebabkan beliau sebak apabila melaporkan darihal keputsan kabinet Singapura mengizinkan lesen perjudian dua buah kasino di Republik berkenaan 6 tahun lalu. Beliau salah seorang yang menentang keras industri perjudian bertapak di Singapura.

Kata beliau hanya setelah diyakinkan bahawa industri judi berkenaan akan membawa peluang pekerjaan sebanyak 35,000 barulah beliau dengan berat hati bersetuju kerana 6 tahun lalu Singapura berhadapan dengan masalah penagngguran.

Kini kata beliau tiada lagi masalah pengangguran tetapi Singapura menanggung kesan dari kelulusan kasino berkenaan apabila ia mendatang impak sosial kepada masyarakat. Kata Lim:

The casinos have only been around for a year yet there are already accounts of people who have blown fortunes”

Tambah beliau jika yang berjudi itu hanya yang kaya beliau tidak peduli tetapi nyatanya banyak keluarga yang telah terjejas dan terbukti judi ini tidak baik untuk Singapura!

Saya kagum kerana ini perakuan dari seorang Cina bukan Islam bertaraf menteri yang mengaku bahawa judi itu buruk buat masyarakat. Sedang di Malaysia pemimpin politik bertaraf Menteri berbangsa Melayu dan beragama Islam (yang mengharamkan JUDI) mempertahankan judi di Malaysia atas alasan ia hak masyarakat bukan Islam. Begitu juga seorang ahli parlimen veteran dari Kelantan tanpa segan-silu mempertahankan industri judi di Malaysia.

Sebelum ini saya pernah buat posting di blog ini betapa MB Johor marah-marah apabila kasino di Singapura menawarkan bas percuma kepada rakyat Johor untuk berjudi di sana. Rosak masyarakat di Johor akibat berjudi di sana kata MB Umno itu.

Tiada pula kita dengar di Singapura bahawa judi itu hak masyarakat bukan Islam atau judi itu sebahagian dari tradisi masyarakat tertentu?!

Kalau Menteri di Singapura pun menentang indsutri judi dan mengakui kesan buruknya kepada masyarakat apalah salahnya kerajaan Kelantan mahu mengharamkan judi di negeri berkenaan yang lebih 90% rakyatnya beragama Islam.

1 comments:

anakzaman said...

Tuan Roslan,

Di negara ini menjaga hati masyarakat bukan islam adalah lebih penting daripada menunaikan suruhan Allah. Itulah agenda politik di Malaysia kalau hendak berkuasa.

Layang-layang sudah tinggi, talinya sudak terik,tidak boleh sekali sentap.Siapa yang menaikkan layang-layang hingga bagitu.Puncanya orang melayu yang dinobatkan sebagai berugama islam.

Kuasa membuatkan sesiapa sahaja sanggup melupakan apa disuruh Allah.Sudah berkuasa lebih 50 tahun, hendak berkuasa sampai mati maka sanggup membiarkan aktiviti dilaknati Allah di negara ini.

Orang melayu yang mengaku islam yang marah dikatakan kafir tidak bersatu menjaga politik dan agamanya.Sampai bilapun tidak akan dapat melaksanakan hukum Allah.

Datang pun bala Allah orang melayu islam masih mengatak rutin hidup .Tidak atau masih tidak mengaku kelebihan Allah.

Sekiranya pentadbiran negara berdasarkan susunatur tahun 60an,70an,dan 80an pasti untuk melaksanakan hukum Allah tidak banyak halangan.Kenapa saya kata bagitu kerana ketika itu kuasa melayu islam tidak tergugat.