Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Merdeka ke 53

Esok kita akan merayakan Ulangtahun Hari Kemerdekaan yang ke 53. Sudah jauh berarak usia negara setelah bebas dari cengkaman penjajah yang datang dan pergi berpuluh-puluh tahun lamanya bermula dari Portugis, Belanda,Inggeris, Jepun kembali Inggeris dan dibeberapa negeri Siam.

Seperti biasa selain mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda patrotik kita berbangga dengan kedaulatan dan kebebasan bumi tanah tumpah darah kita (walaupun di negara seberang panji-panji kita itu diinjak dan dibakar), maka tanggal ini akan melihatkan tokoh-tokoh dan kumpulan tertentu dijulang-julang, seolah merekalah sahaja yang berkorban memerdekakan bumi ini.

Tokoh-tokoh lain, walau besar sumbangannya besar pengorbanannya, sepi dibiarkan begitu sahaja.

Saya teringat membaca memoir Allahyraham Khadijah Sidek dimana beliau menyebut menitiskan airmata ketika “Union Jack” diturunkan di Dataran Merdeka 53 tahun lalu. Beliau yang bergolok gadai nyawa, harta dan airmata tetapi yang dibanggakan pada hari itu adalah mereka yang baru berjuang sehari dua.

Begitu juga saya melihat di Astro baru-baru ini keluarga Mustapha Hussin begitu pilu menceritakan darihal pengorbanan Allahyarham. Siapa yang kenal beliau lagi hari ini? Orang yang kalah pada Tunku dengan hanya 2 undi bagi jawatan Presiden Umno apabila Dato Onn letak jawatan (bayangkan jika beliau menang ketika itu, pasti beliaulah yang dijulang hari ini). Yang berkorban segala-galanya berjuang untuk mengembalikan maruah bangsa tetapi dilupakan bagai tunggul yang tidak berguna.

Begitu juga Ibrahim Yaacob, Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi. Mereka langsung tidak disebut-sebut lagi sedangkan merekalah yang terjun ke hadapan demi agama,bangsa dan negara satu ketiak dahulu.

Malah pernah saya nukilkan di sini, para pelacur di Kuala Lumpur sebelum Merdeka juga pernah berkorban untuk negara. Tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya, sejarah yang dilupakan. Saya pernah menulis: http://n32.blogspot.com/2007_08_01_archive.html

Nama mereka ini tidak terdapat dalam mana-mana buku atau tulisan sejarah, tetapi percayakah anda mereka ini walaupun hina tetapi berjuang sehingga dipenjarakan oleh penjajah Inggeris!Boestamam merakamkan dalam bukunya: Lambaian Dari Puncak, ketika beliau sedang diangkut oleh trak penjajah untuk dihumban ke kem tahanan.

Betapa beliau terserempak dengan sekumpulan wanita yang beliau percaya berasal dari Pantai Timur yang turut ditahan seperti beliau.

Boestmama menulis:Adik-adik ini sebelum ditahan bekerja sebagai apa, tanya saya.

Wanita yang duduk di sebelah saya, yang bergesel bahu dengan saya menjawab: Kami semuanya wanita yang mencari rezeki dengan memuaskan nadsu laki-laki dengan bayaran. Wanita lacur kata orang.

Kenapa pula ditangkap? (tanya Boestamam)

Kerana kami orang Berahim Yaakub

Jadi semuanya menjadi anggota KMM begitu?, saya bertanya

Tidak (jawap mereka)

Kalau tidak kenapa ditangkap!

Kami menjadi pengintip rahsianya. Wanita itupun menceritakan. Kami kenal baik dengan Berahim Yaakub malah rapat dan mesra. Sewaktu meladeni askar-askar Inggeris yang hendak memuaskan nafsu mereka dengan kami, dia meminta kami supaya mengorek rahsia mereka, seperti berapa ramai jumlah mereka, dimana kubu mereka diseluruh negeri, dan banyak lagi.

Bermakna pelacur-pelacur yang beroperasi di KL sebelum pendudukan Jepun itu turut menyumbang ke arah perjuangan nasionalisma sehingga ditangkap dan dipenjarakan. Boestmama menulis:Saya termenung dan kagum memikirkan keberanian mereka mendedahkan rahsia yang didengar oleh para pengawal wanita yang ada bersama di situ.

Nanti esok begitulah sahaja akan berlalu tanggal 31 Ogos. Jasa dan sumbangan mereka yang tidak bernama ini akan terus dilupakan. Itulah lumrah dunia.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke53!

2 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. "Anak dara pergi ke utara, makan mangga di atas dulang, kalau anda sayangkan negara,
kibarkanlah jalur gemilang". Itulah pantun Rais yatim yang diulang siar di radio Klasik Nasional yang langsung tidak bertaraf nasional mutu siarannya menjelang hari kemerdekaan,
namun jalur gemilang masih tidak berkibar macam diharapkan. Itulah kegagalan Rais
dan dia wajar letakkan jawatan. Mungkinkah rakyat mual dengan momokan kalau gantung
bendera macam sokong BN dan rakyat dah tak nak sangat sokong BN. Orang UMNO dan BN
pun tak kibar juga.

Rasanya inilah balasan yang UMNO dan pengkhianat perjuangan bangsa sedang rasai. Bayangkanlah belum pernah kempen kibar bendera dilakukan seagresif sekarang tapi natijahnya amat mengecewakan. Rakyat bukan tak bangga dengan bendera negara (Malaysia) namun apa guna kibar bendera jika kemudiamnya hanya ddimanipulasi kibaran itu sebagai sokongan kepada UMNO dan BN.

Sebenarnya telah sekian lama kita diajar dengan momokan "UMNO adalah Malaysia". Tak sokong UMNO maka kita dilebel tidak petriotik. Kini, rakyat mahu menunjukkan bahawa mereka bukan tak sayang Malaysia dengan tidak mengibarkan bendera tetapi ini adalah pengajaran terbaik buat UMNO bahawa nbegara ini adalah milik kita bersama seluruh anak Malaysia bukan milik "1 Malaysia"

Selamat hari kebangsaan ke-53 dan marilah kita merdekakan negara
dengan memberi kuasa kepada rakyat melalui Pakatan Rakyat.

Insya Allah sekiranya
Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya kibaran bendera akan pasti terjulang tanpa kempen seperti sekarang.

Anonymous said...

Nampaknya buku-buku sejarah mengenai Kemerdekaan Malaya dan penubuhan Malaysia yang sudah nyata menyeleweng perlu dikaji dan diperbetul faktanya.
Kita tidak mahu "lembu punya susu sapi dapat nama".
Diharap PR dapat mengumpulkan para ilmuan sejarah supaya mereka membuat penyelidikan dan seterusnya melahirkan buku-buku sejarah Kemerdekaan Malaya dan penubuhan Malaysia yang "betul dan tepat".
Dalam menyambut ulangtahun Kemerdekaan Malaysia pun kita melanggar fakta.
Bukannya 31 Ogos tapi 16 September.
Itu pun bukannya Kemerdekaan tapi penubuhan Malaysia.
Malaysia ialah gabungan Sabah, Sarawak dan Malaya (Johor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan dan Trengganu).
Ada yang keliru dan menganggap Sabah dan Sarawak sama tarafnya dengan Johor, Kelantan atau pun Kedah.
31 Ogos Kemerdekaan Malaya bukannya Kemerdekaan Malaysia.
Pengorbanan Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Dr. Burhanuddin Helmi, Khatijah Sidek, Ishak Muhammad, Mustafa Hussain, Shamsiah Fakir dan ramai lagi termasuk Chin Peng harus di highlight bersama Kemerdekaan Malaya.
Jangan asyik-asyik muka Tungku Abdul Rahman, Razak Hussain, Hussein Onn apatah lagi Mahathir Mohammad, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak saja ditonjolkan setiap kali menyambut Kemerdekaan.
Itulah salah satu sebab agaknya, kenapa rakyat Malaysia dah bosan nak kibarkan Jalur Gemilang.