Friday, August 13, 2010

Khir Toyo hina rakyat Selangor

Dalam akhbar Sinar Harian hari ini Ketua Pembangkang Selangor, Khir Toyo marah-marah dengan kenyataan saya sehari sebelumnya yang menuduh program Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan sebagai tidak berjaya dan tidak mendapat sambutan.

Beliau dilaporkan berkata:

“Dia (Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir) tidak turun ke program itu.”

Beliau mendakwa bagaimana saya boleh kata programnya gagal sedangkan saya tidak turun melihatnya.

Untuk makluman Khir saya menerima laporan mengenai semua program-programbeliau itu malah salah satunya iaitu di Ampang, saya sendiri telah turun dan meninjau dan dari situlah sayamembuat rumusan bahawa memang sah, program anjuran partinya itu GAGAL!

Kalau sebut gelombang tetapi yang hadir setakat muka-muka tegar Umno yang sama selain kanak-kanak sekolah yang diberi upah, itu bukan gelombang tetapi titisan air dari paip bocor yang usang!

Khir sendiri hanya diseret pada program terakhir bersama Noh sedangkan sebelum itu beliau sendiri disisihkan. Malah dalam program pelancaran gelombang di Shah Alam, yang hadir tidak sampai 500 orang ada yang kata sekadar 200 orang, jadi bagaimana Khir boleh mendakwa ia berjaya?

Khir turut menambah dalam akhbar yang sama bahawa rakyat Selangor kini sudah serik setelah tersalah membuat keputusan pada PRU yang lalu. Bolehmasuk akal kah, rakyat tersilap pilih? Khir seakan merendah-rendahkan tahap pemikiran dan minda rakyat Selangor dengan kenyataan cetek beliau itu.

Beliau lupa yang partinya ditolak oleh rakyat angkara kepincangan pengurusan dan pentadbiran beliau dan rakan-rakannya. Keranamuak dan bosan dengan amalan kronisma, nepotisma dan rasuah Umno dan BN Selangor maka rakyat bangkit menendang mereka keluar. Ia bukan kerja main-mainan, ia kehendak dan keputsan rakyat. Khir perlu belajar menghormatinya.

Apa pun saya masih berpandangan bahawa Umno Selangor sudah sampai ke penghujung jalan, samada mereka tukar kenderaan dan bersama kami dalam PR atau berihat sahaja menghabiskan usia tua mereka.

1 comments:

SyawaL said...

En Roslan,
Program mereke berjaya. Kita telah buat silap menuduh program mereka tidak berjaya dan tiada sambutan.
Sebabnya kita membuat perbandingan dengan program anjuran PR.

Bagi mereka, kehadiran 200 hingga 500 org tu sudah cukup berjaya.....itupun sbb kena paksa datang....heheheheh