Harta Menteri BN rahsia negara!
Ketua Pengarah SPRM menyebut adalah penting bahawa anggota kabinet mengisytiharkan harta atau aset mereka buat pengetahuan umum. Menurut kenyataannya beliau mahu mengusulkan agar kabinet Najib Tun Razak mengisytiharkan harta masing-masing pada umum.
Sejurus pengumuman itu kita menjangkakan ia akan diterima secara positif oleh anggota kabinet kerajaan BN yang melaungkan slogan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”, rupanya tidak.
Saranan baik oleh Dato Seri Abu Kasim Mohamed itu rupa-rupanmya dipandang serong dan sepi oleh pimpinan “1 Malaysia”.
Menurut Hishamuddin Tun Hussien, saranan itu tidak sesuai. Katanya memadailah amalan sekarang iaitu anggota kabinet mengisytiharkan harta masing-masing kepada Perdana Menteri. Kata Hishamuddin lagi harta anggota kabinet adalah rahsia dan perlu dilindungi dari dipolitikkan oleh pihak lain.
Malah kata beliau lagi kalau saranan ini mahu dilaksanakan ia melibatkan dasar kerajaan dan perlu dibincang dan diluluskan oleh kabinet.
Amboi sampai begitu sekali sukar dan berahsianya anggota kabinet BN. Apa yang usasah dan berhasia sangat?
Sedangkan di Selangor seawal 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, Menteri Besar tanpa susah-susah mahu merobah dasar atau mohon kelulusan telah mengeluarkan arahan agar semua anggota EXCO termasuk beliau sendiri mengisytiharkan harta masing-masing dan maklumat ini ditontonkan buat pengetahuan umum melalui laman web kerajaan negeri.
Apa yang susah sangat?
Kalau Pakatan Rakyat boleh mengapa BN tak boleh? Apa isitimewa sangat PM dan kabinetnya, sehingga harta mereka masing-masing merupakan rahsia negara?
Jelas jika saranan Ketua Pengarah SPRM ini tidak mampu dilaksanakan, sahlah bahawa mereka ada sesuatu yang mahu disorok dari pengetahuan umum…..jangan rakyat dibodh-bodohkan dengan konon dasar kerajaan atau rahsia kerajaan. Samada isytihar atau memang mereka mahu menyorok sesuaut dari diketahui umum!
1 comment:
Assalamu alaikum. Nak harap dia orang ni dedah, rasanay mati hidup semula pun dia tak akan dedah. Baru cadangan Boss SPRM mereka dah bercakap macam tu, macam orang kecut perut.
Apa pun, kalau mereka tak nak dedah maka biar rakyat sendiri yang cari dan dedah. Bagi saya kalau rakyat yang dedah lebih (kata orang kampung) best trillnya dan lebih emmmmm rasanya. Tak percaya, tengok isu banglo bekas menteri besar Selangor yang demam tak baik-baik tu. Kan dapat dirasa ketrillannya. Jadi, mari pakat ramai-ramai cari senarai harta pak menteri dan timbalan menteri. Insya Allah pasti boleh sebab bau tahi tak boleh ditutup.
Post a Comment