Umno dan BN main senjata perkauman
Umno dan BN terus terdesak kebelakangan ini. Pelbagai taktik dan muslihat jahat termasuklah fitnah dan pembohongan terpaksa digunakan untuk menundukkan Pakatan Rakyat dan menonjolkan mereka sebagai juara.
Suatu senjata yang mudah sekali digunakan adalah membakar api perkauman. Sewajarnya pihak polis memantau perkara ini kerana terbukti sejak PRU 2008 sehingga kini yang banyak menyala dan mencucuhkan api ini adalah Umno dan kaum kerabatnya di dalam BN.
Lima patah perkataan terpampang di dada muka depan Utusan hari ini iaitu:
Nama Guan Eng ganti Agong
Kononnya menurut Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Umno Pulau Pinang ada khutbah Jumaat di Pulau Pinang yang menggantikan nama Yang Dipertuan Agong dengan nama Ketua Menteri itu dalam bacaan doanya.
Soalnya betulkah kenyataan itu?
Boleh masukkah ke dalam akal orang yang waras bahawa khatib di mimbar mahu mendoakan sedemikian walau diarah melakukannya sekalipun? Tolak tepi bab masuk akal sebab puak-puak “desperado” ini sesungguhnya sudah hilang pertimbangan kewarasan pun, sahihkah berita ini?
Hari ini Guan Eng menafikan sekeras-kerasnya kenyataan jahat itu Tweet terkini dari Lim yang sedang menghadiri mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Putrajaya berbunyi:
TS Khalid's gd suggestn pg write 2Majlis Raja-Raja complain umno lie n dat teks khutbah jumaat did not replaced YDP Agung wid Pg CM's name.
Begitulah burknya perangai Umno semata-mata kerana ketagihkan kuasa. Di bulan ramadhan yang mulia ini pun ada yang sanggup menabur fitnah dan berbohong!
Saya sendiri malam tadi menerima SMS dari EXCO Selangor YB Teresa Kok bertanyakan berkenaan satu isu yang dibangkitkan oleh bekas ADUN Kinrara dari MCA. Beliau menabur fitnah kononnya pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah membekukan pengeluaran papan tanda besar sempena perayaan “Hungry Ghost Festival” atau upacara memuja roh kaum Cina di kawasannya.
Lebih parah lagi kata beas ADUN MCA itu, saya (ROSLAN SHAHIR) selaku ahli majlis mewakili PAS lah yang telah mengeluarkan arahan itu!
Nampak gaya bukan Umno malah kerabatnya MCA pun kini terdesak menabur fitnah dan berbohong secara terbuka untuk mencetuskan ketegangan dikalangan rakyat.
Matlamat pemimpin MCA itu sudah pastilah mahu menunjukkan di hadapan masyarakat Cina bahawa kerajaan PR sekarang ini di bawah telunjuk PAS. Kelakar juga sebab baru-baru ini Umno Selangor mendakwa yang PAS Selangor ditindik hidung oleh DAP.
Yang tepatnya saya dan rakan-rakan dari DAP dan PKR di dalam Jawatankuasa Pelesenan MPSJ tidak pernah membuat apa-apa keputusan seperti yang didakwa itu. Malah semua permohonan untuk upacara kepercayaan masyarakat Cina itu telah diluluskan tanpa halangan.
Kesimpulannya yang mampu mereka menggunakan terhadap PR adalah senjata perkauman. Ia akan terus mereka gunakan sebab menyangka rakyat Selangor khasnya akan mudah termakan dengan senjata mereka itu dan akhirnya kerana takut dan bimbang akan mengalihkan sokongan kepada BN.
Mudah sangatkah rakyat Selangor tidak kira Melayu, Cina atau India termakan dengan jerat dangkal dan tidak berakal mereka itu? Bolehkah rakyat Selangor melupakan segala kepincangan dan kekotoran yang BN telah lakukan di Selangor selama lebih 50tahun itu?
Politik fitnah, perkauman dan adu domba sudah pupus di Selangor. Yang tinggal adalah politik kejujuran, politik keikhlasan dan politik kebenaran yang hanya mampu dibawa dan ditegakkan oleh Pakatan Rakyat.
3 comments:
Just nak peringatkan..War-warkan kepada rakyat dengan segera..
Kalau kita tgk, perancangan UMNO untuk melagakan MElayu / India dengan Cina semuanya gagal. Bermula dengan isu kepala lembu, kepada isu Kg Buah Pala, kepada isu tanah di penang, isu penjaja di Penang, isu pasir..semuanya gagal.
Terbaru isu Lim Guan Eng kununnya nama beliau disebut dalam khutbah. Mungkin akan gagal..
Tologn war-warkan..
Lepas ni UMNO mungkin akan MEMBUNUH seorang melayu di negeri pakatan rakyat dan pembunuh itu mungkin DITUDUH dari DAP atau PKR. Melayu itu mungkin PAS atau Keadilan.
Perancangan ini sebiji dengan apa berlaku waktu 13 mei bila seorg adun melayu dibunuh. Dan sebiji waktu WTC runtuh dan Taliban / Umat Islam menjadi mangsa…
Harap dato dapat war2 kan kemiungkinan ini akan berlaku….Tolong selamatkan Malaysia…
Salam, dengan senario UMNO BN memainkan isu perkauman maka semakin jauhlah kaum-kaum lain untuk mendekati BN...terutama di kawasan bandar Negeri Selangor..nescaya PR akan kekal dengan tampuk pemerintahan dan tak mustahil Putrajaya dalam genggaman.
Assalamu alaikum. Inilah yang dinamakan gila kuasa. Dia lebih teruk dari gila talak. Walau pun orang gila talak khususnya talak tiga sanggup bayar upah untuk bekas isterinya dinikahi dan disetubuhi oleh orang lain namun akhirnya dia dapat juga jadi suami kembali dengan nikah baru. Segala yang berlaku dalam tempoh cina buta dalam keadaan halal sama ada pernikahan paksanggup atau persetubuhan pak sanggup dengan bekas isterinya. Yang haram dan terkutuk adalah perlakuan cina buta itu iaitu merancang dan menjalankan cina buta itu.
Dalam isu di Pulau Pinang ini kita dapati UMNO memang dah hilang akal dan kewarasan. Saya sendiri sukar untuk memikirkan secara munasabah dan lohik untuk khatib membaca doa untuk Lim Guan Eng dalam solat jumaat tambahan menggantikan kedudukan Yang Dipertuan Agung. Bagi saya yang merupakan murid yang nakal masa sekolah lebih-lebih lagi semasa di asrama dulu, sebarang perkara nakal yang hendak kami lakukan, antara yang kami fikirkan adalah cara untuk melepas diri di mana bila kami kelentung cikgu, cikgu dapat menerima kelentung kami dan alasan kami munasabah. Entahlah, sampai waktu ini saya masih tak nampak kewajaran cerita Zahid Hamidi itu. Jadi macam mana rakyat nak terima? Saya dulu kelentung seorang atau dua orang cikgu sahaja tapi Naib Presiden ini nak tipu rakyat Malaysia yang mungkin pemikirannya jauh lebih tinggi dari beliau sendiri walau pun mereka tidak mempunyai PHD.
Buat Si mentri pertahanan itu, sebenarnya nak kelintung pun kena ada skill, bukan main hentam saja. kantoi kita. Bila dah kantoi malu beb! Yang jadi masalah UMNO juga.
Akhirnya, UMNO-BN memang dah tenat dan talian hayatnya tinggal satu iaitu kuasa yang masih bersisa. Kalau ini tiada dah lama UMNO-BN mampus.
Post a Comment