Penyudah termanis buat Masjid Nurul Ehsan, PJS
Belum selesai kisah Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan. Masjid yang Umno Selangor cuba peralatkan untuk kepentingan politik mereka tetapi akhirnya dihalang oleh Nazir dan Jawatankuasa Masjid serta ahli kariah.
Umno Selangor sebagaimana posting saya yang lalu akhirnya mengubah tapak dari masjid berkenaan ke perkarangan tempat letak kereta berhampiran masjid lain iaitu masjid as Salam di Taman Sri Manja juga di PJS.
Puak-puak Umno yang marah dengan tindakan ahli-ahli kariah Masjid Nurul Ehsan itu kemudiannya membesar-besarkan isu sumbangan RM50,000 dari Najib, Pengerusi Umno Selangor kepada Masjid as Salam. Kata mereka kerana keras kepala akhirnya Masjid Nurul Ehsan terlepas sumbangan kewangan.
Dengan takdir Allah swt, tanpa dirancang, JK Masjid Nurul Ehsan dimaklumkan bahawa DYMM Tuanku Sultan Selangor mahu bersolat Jumaat di masjid mereka Jumaat lalu. Alangkah gembiranya hati mereka semua. Rupanya ekoran kunjungan Sultan Selangor masjid berkenaan terima ganjaran yang lebih besar.
Berikut SMS yang saya terima dari salah seorang pimpinan masjid berkenaan:
Salam! Masjid Nurul Ehsan dapat aircond baru, cat masjid, baiki tandas dan baiki bumbung yang bocor. Semuanya makan ratusan ribu gak. Tuanku sudi berbuka puasa tahun depan. Ada peruntkkan lain.
Subahanallah, Maha Suci Allah, sempena bulan yang al Quran diturunkan kita diperlihatkan kebesaran Nya secara tunai. Berbekalkan perkembangan ini semoga semangat dan daya juang kea rah membesarkan Allah swt diteruskan oleh sahabat-sahabat di PJS amnya dan di Masjid Nurul Ehsan khasnya
Allah lah sebijak-bijak membalas (perancangan) tipudaya.
(al Maidah:54)
2 comments:
Alhamdulillah.
Salam Ziarah,
Benar, "mereka merancang tapi Allah Perancang yang lebih baik!" Blog yang mantop saudara! Sudi ziarah blog saya tentang pengembaraan dan pemerhatian saya dan perkembangan Islam di Turki di http://mohkembara.blogspot.com Terima kasih dan Selamat Hari Raya!
Post a Comment