Friday, February 27, 2009

Samseng dan budaya samseng perlu dinyahkan dari bumi ini

Saya memang melihat gelagat Karpal Singh, ahli politik veteran Negara sejak kebelakangan ini sangat membimbangkan. Jika diusia muda dahulu beliau memang keras dan berani tetapi nampak gaya sampai ke maghrib usianya pun begitu juga malah semakin menjadi.

Karpal pernah berkali-kali dihalau keluar dewan samada Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang. Saya masih ingat berpuluh tahun lalu apabila beliau enggan keluar dari Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang apabila diarahkan oleh Speaker berbuat demikian. Datuk Zaman Khan yang ketika itu Ketua Polis Pulau Pinang perlu diarahkan masuk ke dewan bagi mengangkat beliau keluar. Karpal melontar ke lanati “briefcase” nya dan minta Zaman mengangkatnya sebelum mengiringi beliau keluar.

Tetapi sekarang Karpal sudah tua. Dan ekoran kejadian kemalangan di hadapan rumahnya beberapa tahun lalu beliau kini berkerusi roda setelah lumpuh sebahagian badan. Sepatutnya beliau sudah semakin matang tetapi tidak walaupun fizikalnya begitu tetapi Karpal tetap mahu garang-garang.

Walaupun saya tidak dapat bersetuju dengan banyak dari kenyataan dan pandangan beliau kebelakangan ini namun apa yang berlaku terhadap beliau di Parlimen semalam tidak dapat saya terima. Gelagat samseng Pemuda Umno Selangor dan Wilayah dibangunanParlimen semalam terhadap beliau dan beberapa ahli parlimen pembangkang sangat dikesali. Bukankah Parlimen bangunan dimana di dalamnya dasar dan undang-undang Negara digubal dan dibikin. Institusi keramat ini sepatutnya dihormati dan dipelihara oleh semua pihak sebagai simbol kedaulatan dan kemerdekaan Negara.

Tetapi tidak. Di bangunan ini juga ada pihak mahu bertindak menunjuk samseng. Saya masih ingat peristiwa sebelum pilihan raya dahulu dimana Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato Mustapha Ali ditangkap dan dikasari di bangunan berkenaan. Bermakna bukan hanya Pemuda Umno malah polis pun kadang-kadang macam samseng juga.

Berbalik kepada isu ini, apa yang berlaku semalam ternyata akan menjadi kudis yang kelak membesar sebagai pekung dan menjahanamkan tubuh Umno yang sudah pun berpenyakit itu. Umno bukan baru dalam hal bertindak samseng ini. Dalam pilihan raya kecil Ijok dahulu beberapa ahli PAS telah dibelasah sehingga hampir mati semata-mata kerana isu poster dan kain rentang. Tan Sri Khalid bertanding lawan Parthiban, tetapi yang menggila samseng adalah Pemuda Umno sehingga tergamak hampir membunuh saudara seagama dan sebangsa!

Lebih 20 tahun lalu dalam satu pilihanraya kecil, di FELDA Lubok Merbau, Pendang, Kedah. Seorang hamba Allah ahli PAS bernama Othman Talib telah dibelasah teruk oleh pasukan Pemuda Umno semata-mata kerana berjaga mengawal poster PAS yang bertanding melawan Umno ketika itu. Peristiwa itu berlaku berhampiran tempat ceramah Umno selepas selesai majlis yang dihadiri Timbalan Presiden Umno kini, Najib Tun Razak. Jika tidak silap Najib ketika keluar dari kawasan itu melihat kejadian tetapi berlalu tanpa melakukan apa-apa.
Othman terbunuh “syahid” akibat kejadian tersebut!

Jadi PAS telah biasa menjadi mangsa kepada kebiadaban dan taktik samseng Umno ini, bukan sahaja biasa malah sampai ada yang terkorban akibatnya! Lantas sesuatu perlu dilakukan terhadap samseng-samseng ini agar mereka memilih samada mahu berpolitik atau mahu menjadi jaguh gusti atau tinju. Polis wajib bertindak. Bangunan Parlimen bukan tempat untuk mengugut atau mencetuskan kekacauan. Saya khuatir isu ini cuba dimainkan sehingga meletus menjadi isu perkauman sedangkan ia akibat perlakuand an tindakan individu.

Untuk berlaku adil “Singh is king” juga perlu didisiplinkan. Sebagai ahli parlimen veteran beliau perlu lebih matang dan bijak, behati-hati dan sentiasa memelihara adab. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Dan bumi serta langit yang kita pijak dan junjung ini tidak memerlukan samseng dan mereka yang berbudaya samseng.

Thursday, February 26, 2009

PAS Selangor sentiasa berdiri di belakang Tan Sri MB

Benarkah PAS Selangor tidak berdiri di belakang MB Selangor dalam pertuduhan “salah guna kuasa” yang melibatkan beliau yang kini hangat diperkatakan?

Saya menjangkakan isu ini dimainkan ekoran kenyataan media yang dibuat oleh PAS Selangor baru-baru ini. Mungkin tidak ramai (barangkali termasuk ahli dan pimpinan PAS) yang berpeluang membaca sepenuhnya kenyataan dua muka itu, kerana apabila sampai ke media ianya ditebuk dan diceduk mana yang ada “selling value” atau nilai jual sahaja. Malanglah juga kerana media resmi PAS pun tidak memilih untuk menyiarkan sepenuhnya kenyataan ini.

Kenyatan penuh itu boleh didapati di laman web PAS Selangor di http://selangor.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=335&Itemid=1

Kalau kita baca perenggan pertama dan kedua kenyataan itu sudah dapat menyanggah persoalan yang saya lontarkan di atas: Benarkah PAS Selangor tidak berdiri di belakang MB Selangor? Ia berbunyi:

PAS Selangor ingin merakamkan rasa simpati terhadap apa yang dilalui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama dengan keluarga khususnya yang berkaitan dengan pertuduhan salahguna kuasa seperti yang dilaporkan kelmarin.

PAS Selangor sentiasa berdiri dibelakang Tan Sri untuk mewujudkan pentadbiran negeri yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab. Adalah amat malang pertuduhan itu terkena kepada Tan Sri sendiri yang tidak jemu-jemu mengingatkan ahli EXCOnya supaya pada setiap ketika mengamalkan prinsip-prinsip ketelusan dan keamanahan itu.

Media perdana hanya fokus pada nasihat yang dimuatkan dalam kenyataan itu iaitu di baris-baris akhirnya yang berbunyi:

Seandainya kes ini membawa kepada pertuduhan di mahkamah, atas dasar untuk menjulang kewibawaan pentadbiran negeri dan kestabilan politik dikalangan anggota komponen, adalah wajar bagi Tan Sri Khalid mengambil langkah-langkah yang difikirkan munasabah demi menjaga imej kerajaan negeri disamping tidak menganggu proses perjalanan undang-undang.

Kenyataan PAS Selangor ini bukan kenyataan peribadi mana-mana pemimpin tetapi ia dibuat dengan kehadiran pimpinan terkenan parti termasuklah para ulamak dan pimpinan Pemuda dan Muslimat. Yang pentingnya PAS percaya yang MB Selangor tidak terbabit dengan pertuduhan ini dan besar kemungkinan akan berjaya menerobosinya. Namun sebagai rakan nasihat-menasihati adalah penting kerana kita memiliki amanah untuk memimpin seluruh negeri.

Kemudian ada pula pihak mengatakan seolah kenyataan Presiden PAS bercanggah dengan kenyataan PAS Selangor, dimanakah percanggahannya? Dalam temuramah video itu Dato Seri Tuan Guru menyatakan:

Kita tetap memelihara setiakawan dan perpaduan Pakatan Rakyat. Dan kita akan mempertahankan Menteri Besar kita. Semua Pas bergantung dengan pandangan PAS Pusat. Pakatan diteruskan, perpaduan kita teruskan.


Malah Dewan Harian PAS Selangor telah pun mengunjungi Presiden PAS Isnin lepas untuk menjelaskan keadaan di Selangor, tidak ada pula sebarang percanggahan yang dapat dilihat dalam kemesraan pimpinan negeri dan Pusat itu.

PAS Selangor tetap mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang sama-sama ia bentuk. Sebarang usaha atau agenda untuk meruntuhkannya dengan cara yang tidak demokratik dikutuk sekeras-kerasnya. Dalam kenyataan yang dimaksudkan PAS Selangor menegaskan:

PAS Selangor mengutuk dengan sekeras-kerasnya segala usaha menumbangkan kerajaan negeri dengan berselindung disebalik isu-isu yang berkaitan dengan keamanahan padahal langkah-langkah tersebut mempunyai agenda tersembunyi. PAS Selangor sebaliknya mengalu-alukan usaha badan-badan penguatkuasaan undang-undang seperi SPRM menyiasat segala aduan yang ada kaitannya dengan persoalan integriti dan keamanahan atas pinsip "without fear and favor" dan tidak mendakwa secara berpilih-pilih.

Jangan ada mana-mana pihak cuba melaga atau mengeruhkan hubungan baik antara PAS dan Pakatan Rakyat atau antara pimpinan PAS dengan pimpinan PKR dan DAP negeri termasuklah MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan diharapkan penyokong-penyokong Pakatan juga termasuklah ahli-ahli Pas jangan mudah terperangkap oleh suasana sehingga kita menyerang kawan dan membantu musuh.

Kerajaan Pakatan Selangor insyallah dengan majoriti yang selesa akan dapat bertahan sehingga tamat tempohnya, yang penting ia terus menjungjung, mempertahan dan memperjuangkan prinsip-prinsip yang telah sama-sama ia sepakati sehingga diberi mandate yang besar ini oleh rakyat. Demikianlah yang ditegaskan oleh kenyataan Dewan Harian PAS Selangor itu yang berbunyi:

a) Bersama dengan komponen parti Pakatan Rakyat mempertahankan hasrat dan kehendak Menteri Besar Selangor untuk meletakkan negeri di atas kerangka bersih, amanah, telus dan berintegriti;
b) Bersama dengan komponen parti Pakatan Rakyat menuntut supaya tidak berlaku pendakwaan secara berpilih-pilih;
c) Supaya Menteri Besar Selangor tidak menjadi mangsa kerakusan mana-mana pihak untuk mengganggu gugat kestabilan negeri Pakatan Rakyat;
d) Supaya Pakatan Rakyat bertambah kukuh dan Selangor terus menjadi negeri di barisan hadapan dalam mempertahankan prinsip-prinsip ketelusan dan keadilan


Insyallah asas penubuhan PAS (sebagaimana terkandung dalam Muqaddimah Perlembagaannya) akan terus sama-sama kita pertahankan demi mengemudi bahtera perjuangan yang besar dan mencabar ini. Apakah yang disebut dalam Muqaddimah itu? Bahawa PAS ditubuhkan:

Demi untuk menyempurnakan TAQWA kepada ALLAH dan kebaktian kepada semua manusia yang dijadikan bagi menegakkan ALAMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Tuesday, February 24, 2009

Jangan lari dari dasar dasar perjuangan kita

Dalam kita resah menghadapi ketidak tentuan ekonomi dan politik khasnya dalam negara, lega rasanya bila mana ada lagi pimpinan yang mengambil masa untuk menekankan aspek tarbiyah. Saya kagum membaca laporan tentang peringatan Hj Muhammad Sabu, Naib Presiden PAS dalam satu program Muslimat di Selangor agar ahli-ahli PAS memperkukuhkan aspek tarbiyah dikalangan mereka dan menyuburkan sifat berkorban secara ikhlas demi Islam dan perjuangan.

Dikala masing-masing sibuk dengan mempertahankan kuasa dan menyerang musuh, “Abang Mat” memanggil kita bermuhasabah agar jangan longgar dan kendur aspek tarbiyah kita. Bukannya mempertahankan kuasa dan menyerang musuh apabila diserang itu tidak penting, tetapi yang lebih penting adalah kekuatan dalaman yang perlu dipacu dan diperkukuhkan kerana inilah aset terpenting yang berjaya mengekalkan perjuangan PAS sekian lama.

Sesungguhnya tarbiyah menanam, mendidik dan meyakinkan kita agar berpegang dan bergantung kuat pada aqidah yang merupakan jantung dan tunjang perjuangan kita.

Tambah-tambah dalam kita merenangi lautan kemenangan yang dianugerahkan sementara kepada kita ini, jangan sekali-kali kita lari dan terpisah dari dasar dan prinsip kita. Secara asasnya prinsip kaedah tarbiyah kita ialah kaedah Islam yang merujuk terus kepada al Quran dan al Sunnah. Gerakan Islam PAS bergerak atas landasan dan kekuatan ini. Tarbiayah tidak dicetuskan dari logik akal dan nafsu selera, tetapi dari warisan dan disiplin agama yang dipelihara dan dipatuhi.

Amtlah malang dalam suasana kita diberikan sedikit kesenangan lalu kita merasakan yang ianya hasil usaha kita semata-mata, kita merasakan kehebatan diri kita mengatasi penat-jerih, doa dan pengorbanan mereka yang di bawah, lalu kita melonjak kehadapan merasakan yang kitalah yang berhak mencorakkan perjuangan ini, kerana kemenangan ini milik kita.

Perkukuhkanlah kekuatan dalaman kita dengan memastikan yang disiplin tarbiyah kita terus dituruti dan dipatuhi. Bayangkan inilah perkara yang difikir dan dikhuatiri oleh Almarhum Prof Zulkifli Muhammad, Timbalan Presiden PAS (ketika itu) kira-kira 45 tahun yang lalu apabila dihadapan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan beliau berkata:

Jangan ada seorang pun yang takabur, yang merasa dirinya sudah pandai bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran Islam. Bahawa dirinya sudah tidak perlu diajar oleh sesiapa, kerana dia sudah menjadi wakil rakyat. Dia perlu mendekatkan dirinya dengan al quran, dengan buku-buku Islam, dengan hadis-hadis Nabi Muhammad saw, dengan sejarah-sejarah Islam. Supaya kita sentiasa ingat kepada Tuhan.

Kerana itu dalam menghadapi suasana yang genting ini perlu sangat kita terus berpegang pada kepimpinan ulamak, bagi menjadi rujukan dan sumber ilmu yang memandu kita dalam perjuangan yang sangat besar dan sungguh mencabar ini. Dan tiba-tiba saya teringatkan lirik lagu rasmi PAS:

Berjuanglah wahai ansorullah
dengan matlamat Daulah Islamiah
berkorbanlah wahai yang beriman
dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
kalah menang bukan alasannya
sucikanlah niat di hati
hingga nyata benarnya janji Rabbi

Rakaman Untuk Dunia - Media dan dakwah

Semalam, saya ditemuramah oleh sahabat saya kaset79 dalam sirinya,
Rakaman Untuk Dunia siri ke 16-Media dan dakwah

Saudara boleh mendengarnya di bawah ini


rud16.mp3 - DJ Dhuat

atau

Saudara boleh memuat-turun audio ini dengan klik SINI dan save as...

Monday, February 23, 2009

Anjing tersepit di Pasir Mas

Kalau pepatah melepaskan anjing tersepit digunakan, sudah pastilah kasar bunyinya. Tetapi memang pun pepatah Melayu itu mengumpamakan orang yang tidak mengenang jasa bagaikan anjing. Anjing yang tersepit yang dilepaskan kemudian membaham si kawan yang melepaskannya. Memang tiada perbandingan lain menurut bijak pandai Melayu lampau bagi manusia jenis ini melainkan diumpamakan bagai anjing yang tidak mengenang budi.

Lalu begitukah ahli parlimen Pasir Mas?

Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum ke 12 dahulu, kini duduk dibangku “Bebas” dan kebelakangan ini acapkali menyerang dan mengkritik PAS dan pimpinannya tak kiralah di dalam atau di luar Dewan Rakyat.

Tidak salah mengkritik dan menegur, tetapi perlu ada saluran. Tambah-tambah beliau bertindak seolah PAS ini tiada kena-mengena atau kaitan dengannya sedangkan statusnya sebagai ahli Parlimen adalah hasil pengorbanan dan hempas-pulas ahli-ahli dan pendukung serta pimpinan PAS dipelbagai peringkat.

Macam mana Ibrahim boleh terlepas menjadi calon PAS? Itu panjang ceritanya, tetapi apabila berurusan dengan yang “tersepit” kadangkala kita yang ikhlas dan jujur disepitkannya demi membebaskan dirinya. Itu pengalaman biasa bagi PAS dimana-mana. Sahabat saya Sayuti Omar (MSO) http://www.msomelayu.blogspot.com/barangkali boleh menjelaskan susur-galur pemilihan Ibrahim untuk bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas.

Apa pun Ibrahim kalau benar beradab dan bermaruah akan mohon untuk duduk semeja berunding kembali dengan pimpinan PAS darihal apa yang diharapkan oleh PAS dari beliau. Tak kiralah walau beliau bukan ahli PAS namun pasti ada beberapa syarat yang diharapkan dari beliau apabila bertanding dahulu sebagai calon PAS. Kecualilah memang Ibrahim merasakan yang PAS yang terhutang budi dengan beliau, maka kembalilah kita kepada pepatah anjing tersepit tadi.

Kisah Ibrahim ini biar menjadi tauladan yang baik buat PAS, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Saturday, February 21, 2009

Kerja kotor merebak ke Selangor pula

Usaha mengagalkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang ia kuasai semakin rancak kebelakangan ini. Setelah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak di”curi” haknya melalui “politik pintu belakang”, kita mendengar perkhabaran bahawa usaha juga sedang diambil untuk melakukan yang sama di Kedah.

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa terdapat usaha untuk membeli ADUN PKR di Kedah yang diketuai sendiri oleh pimpinan tertinggi Umno negeri. Mungkinkah Kedah kecundang selepas Perak? Kedah kini dikuasai Pakatan Rakyat dengan nisbah 22:14. Kiranya 5 “ekor” dapat dibeli seperti di Perak, Kedah juga tercabar! (Namun insyallah ianya sedang dikawal rapi oleh kepimpinan MB di sana).

Dalam pada itu dada-dada akhbar media perdana hari ini memaparkan pula kisah MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Menurut kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa MB Selangor itu atas pertuduhan salah guna kuasa. Kertas siasatan menurutnya telah diajukan ke Pejabat Peguam Negara untuk pertimbangan pendakwaan.

Aneh kerja pendakwaan kerja Peguam Negara, tetapi kenyataan SPRM seolah mendahului kerja itu dengan seolah memberi persepsi yang MB Selangor itu sudah berada dalam kandang orang salah.

Saya secara peribadi yakin dan percaya Tan Sri Khalid yang saya kenali itu akan bebas dari dakwaan yang sengaja diada-adakan itu. Jika ini sebahagian dari rangkaian kerja kotor untuk memporak-perandakan keutuhan kerajaan PR di Selangor, setelah berjaya dilakukan perkara yang sama di Perak, ternyata ia sangat hodoh dan akan terus ditentang rakyat.

Kerajaan PR di Selangor yang didukungi PAS telah berjaya dalam tempoh masa 11 bulan ini mempamirkan satu corak kepimpinan berdasarkan falsafah bersih, maju dan berkebajikan. Ia terbukti berbeza dan jauh lari dari “style” dan amalan kerajaan BN negeri dahulu. Perbezaan inilah akan mengakibatkan rakyat terus menerimanya dan ia sendiri akan kekal dihati rakyat sampai bia-bila. Inilah yang menghantui BN, bukan hanya di Selangor lebih-lebih lagi di Kelantan, termasuk Pulau Pinang dan Kedah.

Oleh itu seluruh saf kepimpinan PR perlulah berwaspada dan berhati-hati dalam melaksanakan amanah harian masing-masing. Dalang-dalang durjana ini sedang mengekori dan menjejaki kita. Kita akan berjaya menghantar mereka ke kancah kebinasaan kiranya kita terus kekal berada di atas landasan yang kita perjuangkan.

Thursday, February 19, 2009

Takziah kepada keluarga Allahyarham Ibrahim Hussein

Pagi tadi ketika bersarapan di sebuah restoran Melayu di Subang Jaya saya dimaklumkan oleh wartawan dan penulis veteran Pak Shukor Haron bahawa pelukis terkenal Ibrahim Hussein, adik kepada Prof Ismail Hussein meninggal dunia awal pagi tadi.

Saya tidak mengenali Allahyarham atau lebih dikenali dengan nama “Ib” (Ibrahim kebetulan adalah nama anak bongsu saya) tetapi saya meminati beliau dan mengikuti perkembangan beliau yang sangat mengkagumkan itu. Anak Sungai Limau, Yan , Kedah ini lebih tertonjol dizaman Tun Dr Mahathir sehingga terbinanya Ibrahim Hussein Museum and Cultural Foundation di Gunung Chincang, Langkawi, Kedah.

Karya-karya seninya adalah kelas dunia dan dikenali serta diiktiraf dimana-mana.

Berikut adalah kenyataan akhbar Presiden PAS ekoran pulangnya ke rahmatullah “Raja Senilukis Negara” ini:

Kenyataan Media Pejabat Presiden PAS

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ibrahim Hussein, tokoh senilukis dan senireka negara, yang telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi.

Sesungguhnya Allahyarham, yang berasal dari Sg. Limau, Yan, Kedah telah banyak menyumbang jasa dan khidmat kepada negara dalam bidang yang beliau ceburi dan minati ini yang telah menerima pengiktirafan bukan hanya diperingkat tempatan tetapi juga diperingkat antarabangsa. PAS akur bahawa sumbangan dan jasa beliau telah banyak mengharumkan nama negara. Dan pemergian Allahyarham ini sudah tentulah merupakan satu kehilangan besar khasnya buat bidang senilukis dan senireka negara.

PAS mendokan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Alfatihah.

Tuesday, February 17, 2009

Meniti lautan perjuangan yang penuh bergelombang

Banyak perkembangan berlaku dalam dunia politik tanahair sejak kebelakangan ini. Kekadang kita sehingga kepenatan mengejarnya, lepas satu-satu dan seakan ia tidak akan berakhir. Dari Bukit Gantang ke Bukit Selambau kini kita ke Bukit Lanjan pula.

Apa pandangan saudara berkenaan kes YB Elizabeth? Apa komen anda berhubung pengakuan YB Eli? Gambar bogel memang diakui gambar beliau, tetapi……

Siapakah dalang disebalik penyibaran gambar ini?

Memang kita tersepit. Bukankah semasa PRU lalu kita gunakan isu moral sebagai sebahagian dari modal politik kita? Bukankah skandal Senator Norhayati Onn dengan bekas ahli parlimen Gombak kita tonjolkan sebagai aksi tindak bermoral (walaupun gambar mereka bukan gambar bogel tetapi sekadar berpeluk-pelukan). Kemudian seorang lagi bekas ahli parlimen di Selangor (wanita) juga kita dedahkan skandal moralnya. Itu tidak termasuk skandal membabitkan bekas Menteri Kesihatan Chua Soi Lek. (jangan lupa gambar Pak Lah bersama Michelle Yeoh itu).

Bagi yang lain saya tidak tahu tetapi bagi PAS perkara ini dibangkitkan bukan sebagai “political blackmail” tetapi sebagai suatu tuntutan agar rakyat memilih hanya mereka yang berkahlak mulia dan bermoral sahaja sebagai pemimpin.

“Standard” moral seorang pemimpin bagi kita sangat penting kerana itu kita mengharapkan yang terbaik dari mereka. Bagi seorang pemimpin Islam, ia mestilah berakhlak mulia. Begitu juga bagi rakan-rakan yang bersekutu dengan kita. Mungkin bagi yang bukan Islam kita tidak boleh memaksa mereka mematuhi “standard” seorang pemimpin Islam, tetapi sekurang-kurangnya mereka mestilah bermoral. Kalau Umno dan BN punya pimpinan yang tidak bermoral, maka kita mahukan pimpinan kita samada PAS termasuklah PKR dan DAP juga agar jangan jadi macam Umno dan BN.

Rakan-rakan kita punya hak, tetapi apabila mereka menawarkan diri sebagai calon PR maka mereka mesti bersedia meletakkan “standard” moral yang tinggi ke atas diri mereka jika mereka mahukan orang PAS mengundi dan menyokong mereka.

Semua ahli dan pimpinan PAS tidak boleh lari dari semangat perlembagaan parti yang menegaskan bahawa PAS ditubuhkan atas alasan:

Demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada semua manusia yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ‘ANIL MUNGKAR

Saya yakin bukan hanya orang PAS malah yang bukan PAS yang bukan Islam semuanya mahukan pemimpin mereka pemimpin yang bermoral, menjadi contoh dan tauladan kepada yang dipimpinnya. Menjadi model kepada anak-anak kita dan generasi yang mendatang. Sebagai pemimpin mereka bertanggungjawab membentuk dan membimbing moral dan perlakuan serta mentaliti rakyat, bagaimana mereka mahu berlaku begitu sekiranya mereka sendiri longgar dan kacau moralnya.

Oleh itu berbalik kepada isu yang dihadapan saya, bagi saya jika ekoran pemaparan gambar itu menjadikan moral YB berkenaan dipertikai, persepsi rakyat menurun, nama baik PR terjejas, maka lebih wajarlah beliau berundur demi perjuangan yang tercinta. Jangan jadi macam Senator Umno yang disebutkan, sekurang-kurangnya jadilah macam Soi Lek.

Apa pun kita harapkan yang terbaik buat PR. Perjuangan kita masih jauh lagi, biar kita kikis tungau dan ketuat yang ada demi melicinkan jalan perjuangan. Jangan sampai kita dilihat berpilih-pilih dalam membawa isu sedangkan kita tidak begitu. Maaf tetapi itulah pandangan peribadi saya, anda bagaimana?

Sunday, February 15, 2009

PAS dan Raja-raja Melayu

Dewan Pemuda PAS Pusat yang bermesyuarat di Kedah semalam telah mengeluarkan kenyataan iaitu untuk terus menjunjung tinggi dan mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dalam apa keadaan sekali pun. Menurut Ketua Pemudanya Salahuddin Ayub:

''Dewan Pemuda Pas Pusat tetap konsisten dengan dasar parti iaitu mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dan dalam masa sama berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Saya rasa pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat itu adalah selari dengan kenyataan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang baru-baru ini berhubung perkara yang sama.

Sebagaimana yang kita tahu Raja-raja Melayu adalah merupakan Ketua Agama Islam di negeri masing-masing menurut perlembagaan dan memandangkan dasar PAS adalah untuk mendaulatkan Islam maka sudah pasti apa sahaja yang berkaitand engan Islam khasnya kedudukan Raja-raja Melayu dalam hal ini akan dipertahankan olehnya.

Mungkin insiden yang berlaku ekoran kemelut politik di Perak memberikan persepsi seolah PAS menentang Raja-raja Melayu, tetapi itu hanyalah anggapan mereka sedangkan apa yang berlaku adalah proses peralihan kuasa yang pada anggapan PAS dan PR tidak menepati proses yang sewajarnya samada dari sudut perundangan mahupun politik. Ianya kini telah diajukan ke mahkamah untuk pengadilan, oleh itu soal menetang Raja-raja Melayu tidak berbangkuit sama-sekali.

Kalau kita berhajat mencungkil keluar parti atau individu yang sejak Merdeka telah pernah bersikap durhaka malah mencabar dan mahu menjatuhkan Raja-raja Melayu kita sebenarnya tidak perlu melihat jauh. Bekas Presiden Umno yang ketika itu PM, Tun Dr Mahathir telah meminda Perlembagaan pada tahun 1983 dengan merampas dan menyekat kuasa dan imuniti Raja-raja Melayu yang dipusakai sejak zaman-berzaman.

Dengan perhimpunan “Setia” nya ke seluruh Negara, Tun telah berjaya meyakinkan rakyat bahawa kuasa Raja-raja Melayu termasuklah dalam bab perundangan dan lain-lain perlu disekat kerana kononnya bertentangan dengan hak rakyat. Tiada siapa ketika itu berani menuduh Tun “durhaka”. Saya ingat lagi apabila isu itu masih hangat, samasa Perhimpunan Agung Umno, Tun pernah menyatakan antara lain bahawa kita perlu pada Raja-raja Melayu kerana mereka berikan kitan bintang, tidakkah biadap dan kurang ajar bunyinya itu?!

Di Dewan Rakyat ketika pindaan itu dibahaskan siapakah yang menetangnya jika tidak wakil PAS dari Pengkalan Chepa ketika itu iaitu Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat! (Pada 1993 sekali lagi pindaan dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan berhubung kuasa Raja-raja Melayu ini).

Jika isu di Perak memberikan persepsi seolah PAS durhaka, bagaimana pula dengan perangai Ketua Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa yang pada tahun 1993 menabalkan Tengku Ibarhim Petra sebagai Sultan Kelantan di Ketereh sedangkan Sultan Kelantan yang ada masih bertakhta!
Dan bagaimana pula dengan sikap Ketua penerangan Umno Malaysia kini iaitu Muhammad Mohd Taib ketika beliau MB Selangor di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Selangor terdahulu. Ketika itu Mat Taib telah melarikan anakanda Tuanku dan bernikah tanpa pengetahuan Tuanku di Selatan Thai.

Aksi durhaka Mat Taib itu telah membangkitkan murka Tuanku sehinggalah diwujudkan jawatan Timbalan MB di Selangor kerana Tuanku tidak sanggup menerima sembah Mat Taib lagi!

Apa pun PAS tidak pernah durhaka atau menetang Raja-raja Melayu. Baru-baru ini semasa tempoh berkempen bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu Presiden PAS memaklumkan yang beliau ingin menziarahi makam Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar yang baru mangkat. Tuan Guru memaklumkan Almarhum berjasa kepada Islam kerana Baginda mempertahankan nama Islam pada PAS dari digugurkan semasa Persidangan Raja-raja Melayu semasa hayatnya.

Demikianlah PAS dengan Raja-raja Melayu jangan selewengkan fakta!

Friday, February 13, 2009

Mengapa pilihan raya kecil selepas Perhimpunan Umno?

Pilihanraya kecil adalah pilihanraya kecil – "Its just another by election". Betul. tetapi sejak kebelakangan ini pengurusannya semakin dicurigai. Baru sahaja kita melihat betapa SPR baru-baru ini membuat keputusan bersejarah apabila enggan memanggil pilihanraya kecil bagi kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang, Perak mempertikaikan kesahihan surat perletakkan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan yang dimajukan oleh Speaker Dewan.

Bagi sesetengah pihak dalam kes kedua-dua ADUN berkenaan, SPR telah mencabar kuasa Speaker. Sedangkan sebelum ini tidak pernah dalam sejarah kuasa speaker dipertikai oleh badan berkenaan yang sebenarnya hanyalah pengurus yang menguruskan pilihan raya dan tidak lebih dari itu.

Hari ini SPR sekali lagi diserahkan tugas iaitu memutuskan status kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Serlambau, Kedah. Alhmadulillah kedua-dua kerusi berkenaan disahkan kosong dan satu pilihan raya kecil akan dipanggil, cuma masalahnya adalah tarikh yang dipilih SPR.

Saya apabila mengikuti ulasan dari radio BERNAMA mendengar bahawa tarikh penamaan calon 29 Mac dan hari pemilihan pada 9 April bagi kedua-dua kerusi berkenaan adalah selepas selesainya Perhimpunan Agung Umno. SPR tidak bermaksud begitu tetapi pengulas radio BERNAMA yang berkata demikian dan hakikatnya ia memang benar.

Mengapa penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac dan tidak Mac 9 iaitu 30 hari selepas kerusi itu kosong atau Mac 19, mengapa mesti Mac 29 meskipun ia masih dalam ruang waktu yang dibenarkan, mengapa?

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz sebagaimana dipetik dari The Star Online:

He said the dates were chosen taking into account the comfort and convenience of all involved, as a shorter campaign period would be less hectic for party leaders and help towards maintaining public order and security.

He said the Commission, which discussed the by-elections during a special meeting Friday morning, pushed the nomination date to almost the end of March as it thought this would allow the current political situation in Perak to cool off.

Memang tempoh kempen yang singkat sudah menjadi amalan SPR tetapi mengapa dari 29 Mac ke 9 April, mengapa tidak lebih awal? Kononnya ia dibuat pada tarikh berkenaan bagi membenarkan situasi politik di Perak kendur atau “sejuk”, sejak bila pula SPR menjadi pemantau suhu politik dalam Negara! Situasi di Perak tidak akan sejuk selagi Dewan Negerinya tidak dibubar, itu hakikatnya. Sampai bila-bila ia akan hangat dan panas percayalah dan kita tidak perlu SPR untuk menjadi Tok Nujum bagi membuat ramalan politik buat rakyat.

Bagi saya yang dapat kita baca bahawa yang mahu dibenarkan sejuk adalah situasi dalam Umno. Umno akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya Mac ini, itulah puncanya. Biar Dollah serah jawatan Presiden Umno dan biar Najib ambil-alih dengan kabinet barunya. Situasi kembali tenang dalam Umno barulah adakan pilihan raya kecil, bukan begitu?

Umno telah kalah teruk dalam dua pilihanraya kecil berturut-turut iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kedua-duanya berlaku diperingkat sisa-sisa akhir hayat politk Dollah. Mungkin bijak pandai dan ahli-ahli nujum mereka menjangkakan jika dibiarkan Umno terus di bawah Dollah kemungkinan kedua-dua kerusi itu akan terus dimenangi Pakatan Rakyat. Maka segala kuasa digunakan agar pilihan raya kecil itu tidak berlaku lagi di bawah Dollah, biar Najib yang pegang teraju dan kita lihat bagaimana.

Tetapi percayalah kalau Dollah tidak berjaya memulihkan keyakinan rakyat, apa istimewanya Najib. Berbalik kepada hal ini saya merasakan SPR di bawah teraju baru ini tidak berubah malah lebih tempang dari Pengerusi tempang yang lama!

Apa pun insyallah rakyat jualah dengan izin Allah akan tentukan kedudukan segala-galanya.

*Maaf tarikh pilihan raya kecil yang dimaksudkan adalah 7 dan bukan 9 April - terima kasih Pak Syed

Thursday, February 12, 2009

Polis tidak berpilih-pilih dalam menjalankan tugas

Kalau tanya saya secara peribadi, saya juga kurang senang dengan cara Pengerusi DAP Karpal Singh menangani isu kemulut politik di Perak. Keceluparannya untuk menyeret istana ke mahkamah dari sudut politiknya bagi saya adalah suatu tindakan yang kurang bijak malah akan merugikan banyak pihak.

Apa pun itu pandangan dan tindakan peribadi beliau dan pada dasarnya tidak membabitkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini. Walaubagaimanapun apa yang mahu saya bangkitkan di sini adalah reaksi Pemuda Umno terhadap Karpal.

Kalau dahulu hanya PKR, PAS dan DAP sahaja yang acap berdemo kini Umno pun tidak kurang juga. Berani buat berani tangguing kata orang. Tetapi mengapa apabila Umno yang berdemo seakan layanan VIP yang diberikan? Adakah ini tuduhan liar?

Cuba buta bandingan. Apabila “rakyat Perak” berdemo selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, mereka dileraikan dengan gas pemedih mata dan tangkapan. Selang beberapa hari gambar-gambar “suspect” keluar dalam media. Mereka diseret ke mahkamah.

Jumaat demo, ditangkap dan Khamis (7 hari) didakwa di mahkamah.

Pemuda Umno berdemo di hadapan pejabat guaman Karpal Singh di Kuala Lumpur, dengan kain rentang dan maki hamun termasuk ancaman terhadap nyawa Karpal pada hari Selasa, tiada tangkapan dibuat, semalam Khamis polis keluarkan kenyataan bahawa perhimpunan berkenaan “haram” dan kenal pasti 5 suspek sebagai “kepala”. Hari ini, Khamis tiada gambar suspek dipaparkan, tiada tangkapan.

Bolehkah mereka yakni 5 orang suspek dikalangan Pemuda Umno itu didakwa dalam tempoh 7 hari, selewat-lewatnya Isnin ini oleh pihak polis atau banyak halangan yang akan dighadapi atau bagaimana?

Dalam akhbar hari ini pihak polis dilaporkan akan merekodkan kenyataan 5 orang suspek itu minggu ini. Kenapa tiada tangkapan?

Polis menafikan yang mereka berpilih-pilih dalam menjalankan kerja mereka. Demonstrasi di Perak dianggap ancaman, di depan pejabat Karpla tidak, saya harap tidak begitu. Apapun siapa yang menyaksikan laporan TV berkenaan demo di pejabat Karpal itu dapat melihat betapa mesra dan tersenyum lebarny para pegawai polis yang mengiringi pemuda-pemuda Umno yang vocal dan liar pada hari itu, atau hanya kaca TV saya sahaja yang begitu??!!
Datuk David Arumugam…….terima kasihhhhh

Artis “evergreen” Malaysia, David Arumugam ataupun nama penuhnya Thiagarajan AR Arumugam dari kumpulan popular Alleycats hari ini menerima darjah DIMP atau Darjah Indera Mahkota Pahang dari Sultan Pahang yang membawa gelaran “Datuk”.







David walaupun berbangsa India namun telah berjaya mempopularkan puluhan lagu-lagu Melayu yang diminati oleh semua kaum tua dan muda. Beliau dan mendiang adiknya bagi saya telah mampu memelihara imej artis Malaysia yang ketimuran, tidak terlibat dengan kes-kes jenayah atau yang mengaibkan dari segi moral.

Tahniah Datuk David!
Pilihanraya-pilihanraya kecil: Sekejap ada sekejap tiada

Dalam kita menunggu-nunggu keputusan SPR berhubung status pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau, Kedah esok, sesuatu yang kita harapkan terlebih awal hari ini rupanya tidak berlaku.

Esok SPR dijangka memutuskan darihal tarikh pilihan raya kecil kedua-dua kerusi berkenaan, satu dikosongkan ekoran kematian ahli parlimen PAS manakala satu lagi ekoran perletakkan jawatan ADUN PKR. Walaupun ada juga desas-desus yang mengatakan kemungkinan keputusan tidak popular bagi kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang akan juga dipakai bagi Bukit Selambau, biarlah kita tunggu mukatamadnya esok.

Sesuatu yang kita harapkan hari ini yang saya maksudkan itu adalah keputusan status kerusi Parlimen Pensiangan di Sabah. Ramai menjangkakan hari ini Mahkamah Persekutuan akan mengisytiharkan yang kerusi parlimen berkenaan menjadi kosong dan pilihan raya baru perlu dipanggil oleh keranan kemenangan tanpa bertanding calon PBRS-BN, Joseph Kurup adalah tidak sah.

Kurup memenagi kerusi berkenaan tanpa bertanding pada PRU ke 12 lalu apabila Pegawai Pilihan raya menolak kertas pencalonan Danny Anthony Andipai dari PKR.

Pada 8 September lalu Andipai telah berjaya di dalam petisyennya apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan keputusan pilihanraya berkenaan sebagai batal oleh kerana penolakan kertas pencalonan pempetisyen Andipai adalah salah dan melanggar hak perlembagaannya untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu dan undang-undang bertulis berkaitan pengendalian pilihan raya itu. Menurut rekod Andipai telah tiba ke pusat penamaan calon sebelum waktu yang ditetapkan tetapi telah dihalang dari mengemukakan kertasnya.

Sepatutnya kerusi parlimen Pensiangan diisytiharkan kosong hari ini dan kita berhadapan dengan 3 pilihan raya kecil (sepatutnya 5 jika SPR tidak menjadi pendakwa dan hakim bagi kerusi Changkat Jering dan Behrang tempoh hari). Malangnya tiada keputusan bagi Pensiangan keranan keputusannya ditangguh sehingga suatu waktu yang akan ditetapkan kelak?!!

Semoga penangguhan ini tidak mengambil kira factor politik.

Tuesday, February 10, 2009

Waran tangkap ke atas ADUN yang berpaling tadah!

Hari ini selain hari EXCO-EXCO BN Perak “pintu belakang” mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, adalah juga hari pembicaraan kes rasuah yang melibatkan dua orang bekas EXCO Pakatan Rakyat yang telah kini menjadi Bebas dan menyokong BN Perak “pintu belakang”.

Kedua-dua mereka iaitu ADUN Changkat Jering Kapt (B) Osman Jailu dan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos lalu kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Menurut laporan kedua-dua tertuduh telah tidak hadir di mahkamah pagi tadi. Jamaluddin melalui peguamnya telah mengemukakan surat sakit (MC) manakala Kapt Osman tidak memberikan alasan dan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau.

Dimana Osman?

Dalam keadaan orang PAS saban malam mengerjakan solat hajat terhadap beliau kerana telah berpaling tadah dan memungkiri janji terhadap para pengundi dan parti, Osman tidak diketahui berada dimana. Malam tadi saya difahamkan lebih 1,000 orang menghadiri majlis solat hajat di kawasannya.

Sementara itu seorang rakan wartawan memaklumkan yang Osman kini terlantar di wad CCU salah sebuah hospital di Lembah Kelang, betulkah?

Memang dari pengalaman kita melihat sesiapa sahaja yang berpaling tadah dan memungkiri janji terhadap rakyat, biasanya berkesudahan dengan kesudahan yang hina dan dicemuh masyarakat. Tambahan pula jika rakyat mengadu kepada Allah swt. Seorang bekas calon PAS suatu ketika dahulu yang berpaling tadah sebelum hari mengundi, rasa saya boleh mengiakan kesengsaraan dan penghinaan yang diterima beliau akibat tindakannya dahulu.

Apa pun kepada Allah swt kita berserah, mereka yang ingkar dan menjual maruah kerana kepentingan habuan dunia jika tidak pun dihukum secara tunai di dunia pasti tidak terlepas azab di hari kemudian.
Angkara nak jadi Husin Lempoyang

Alkisah seorang peniaga minyak urat dicadangkan berjual beli manusia. Lebih lumayan dan banyak untung. Maka dipersetujui dan digadaikanlah hambanya untuk wang ringgit. Kalau ikut skrip Allahyarham P. Ramlee, si Husin Lempoyang, saudagar minyak urat itu melonjak kegembiraan bila beroleh wang yang lumayan kerana berdagang manusia.

“Wow” jeritnya bila mengira dirham ditangan. Berniaga manusia lebih baik dari berniaga minyak urat!

Begitu juga barangkali kini. Bezanya si peniaga jering tidak menyangkakan wang sogokannya begitu lumayan. Maklumlah kalau berniaga jering dapatlah sekadar seringgit dua. Beliau pun melonjak bagai si Husin lempoyang, tetapi kerana terlalu tinggi berlonjak tubuhnya kejang dan terus terlentang. Akibatnya sipeniaga jering kini dirawat di hospital.

Moralnya kalau berniaga jering jangan cuba nak berniaga diri pula. Buruk padahnya.

(cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau telah mati.........jika ada pun sipi-sipi sahaja)

Monday, February 09, 2009

Bukit Gantang: Penebus maruah rakyat

Apabila menerima berita kematian ahli parlimen Bukit Gantang Allahyarham Roslan Shahrom pagi tadi saya sedih. Perkara pertama yang terlintas di kepala saya betapa rasanya begitu besar cabaran terhadap kita di Perak. Dalam kelam kita menghadapi krisis perlembagaan di Perak kini dikejutkan pula dengan kematian ahli parlimen kita ini sekaligus memaksa pilihan raya kecil dalam tempuh 60 hari setelah SPR dimaklumkan oleh Spekaer Dewan Rakyat.

Kemudian saya terfikir pula barangkali kita perlu anggap ini sebagai lorong yang dibuka oleh Allah swt. Diambilnya Allahyarham untuk mendahului kita, kemudian dibukanya peluang buat kita untuk membuktikan kepada rakyat Perak, melalui “politik pintu belakang” yang kotor kita kehilangan negeri, sekarang kita berpeluang buktikan yang rakyat tetap bersama kita. Lalu diberi peluang kepada kita untuk tunjukkan kepada rakyat Perak dari hutan, desa, pekan sehingga ke istana, bahawa sokongan rakyat tetap di belakang kita.

Apabila ternampak seakan segala pintu ditutup menyekat kita, tiba-tiba Allah swt membuka pintu Nya buat kita. Ayuh kita sahut peluang ini. Ia jarang-jarang datang begini tetapi dihayat kita Allah tunjukkan secara tunai untuk dilihat semua.

Setelah jenazah Allahyarham ini disempurnakan petang tadi, kini masanya untuk kita bertindak. Ayuh kita bekerja bagi menebus maruah bukan PAS, bukan Pakatan Rakyat tetapi maruah rakyat Perak yang telah “dicuri” itu. Kuala Terengganu telah mencetuskan momentum besar buat rakyat, jadikan Bukit Gantang kemucaknya, insyallah.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditemapatkan dikalangan mereka yang hampir pada Allah swt. Alfatihah

Friday, February 06, 2009

Kita tidak kalah dan tidak akan bersedih

Kita tidak kalah di Perak, kita terima kuasa dari mandat rakyat tetapi kita jatuh angkara “politik pintu belakang”. Pokoknya rakyat tidak menolak kita yang menolak kita adalah mereka yang bermain “politik pintu belakang” itu.

Lalu sebagaimana dianjurkan oleh sahabat saya adinda Nik Abduh didalam blog beliau:

Jika anda yakin rakyat sedang berubah untuk menolak rasuah dan pemimpin rasuah, yakinlah kita pembangkang sedang berada di laluan tepat menuju kemenangan. Rakyat bersama kita dan kita bersama rakyat. Kuala Terengganu masih segar menjadi sumber kekuatan.

Jika rakyat pun menolak kita, janganlah juga anda bersedih. Jika tidak, anda termasuk dalam kalangan orang - orang yang tidak yakin dengan janjiNya.

Beliau sebelumnya menyebut:

Anda baca buku ‘La Tahzan’ karangan seorang ulama masyhur itu? Baca tak?
Jika belum, beli dan baca. Saya telah membacanya dalam teks asal Arabiyyahnya. Ayahanda juga telah membacanya sebab saya telah membacanya setelah saya mengambil buku itu daripadanya setelah dibacanya buku itu.

Jika anda telah membacanya, maka amalkannya.

Apa? ‘La Tahzan’. Jangan bersedih!

“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”

“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.

Di mata rakyat kita adalah pejuang sebenar, pemimpin sebenar dan lebih penting lagi kita tahu di hadapan Allah swt kita beroleh redha Nya. Oleh itu terimalah dugaan kecil ini dengan tenang, kita yakin dengan izin Allah swt, apabila kuasa kembali ketangan rakyat, ia tidak akan diserahkan kembali kecuali kepada pemimpin yang mereka senangi dan yakini!

Kita dari dahulu sehingga kini dan insyallah sampai bila-bila akan tetap yakin dengan janji Allah swt, ia pasti datang, lantas orang PAS tidak akan bersedih tetapi bekerja dan terus bekerja untuk memperoleh janji Allah swt itu samada kita syahid atau menang untuk mendapatkannya.
Bahtera kita menghadapi lautan yang luas

Seingat saya mendengar kalimat sembah derhaka ini dalam riwayat Hang Tuah apabila Datuk Bendehara memohon sembah derhaka kepada Tuanku Sultan Melaka dalam mengakui bahawa Laksamana Hang Tuah tidak beliau bunuh sebagaimana yang dititahkan Baginda, tetapi sebenarnya disembunyikan dan masih hidup.

Semalam MB Perak turut bersembah derhaka kepada Paduka Sultan Perak, kerana enggan meletakkan jawatannya sebagai MB atas alasan beliau sebenarnya masih berkuasa.

Saya menerima banyak komen dan reaksi dari orang-ramai terhadap perkembangan yang agak mengejutkan ini sehingga Utusan Malaysia memaparkannya di muka depannnya hari ini. Sudah pasti agenda Utusan adalah bagi menggambarkan bahawa MB Perak dari PAS ini tergamak derhaka kepada Tuanku, suatu tindakan yang tidak pernah didengari oleh telinga umat Melayu kecuali dizaman Sultan Melaka!

Secara peribadi saya sendiri terganggu dengan perkembangan ini. Minta maaf tapi saya pohon untuk berterus-terang.

Saya telah menyatakan bahawa sebelum ini rakyat khususnya rakyat Perak memandang tinggi sumbangan Nizar, walaupun dalam tempoh singkat 11 bulan namun impak kepimpinan beliau sebagai MB jelas dirasai bezanya oleh rakyat jelata berbilang kaum. Siapa yang tidak megah dan berbangga dengan Nizar sebagai MB, seorang jurutera, fasih berbahasa Inggeris dan Cina, boleh pula membaca kuliah dan menyampaikan tazkirah, baik sungguh budi dan akhlaknya. Bagi PAS pula ia telah menjulang panji-panji parti ke mercu yang sebelum ini hanya dirasai dari karisma dan aura Tok Guru Nik Aziz sahaja (sebagai MB Kelantan).

Saya bimbang dari perkembangan ini ia mungkin terjejas dan digunakan musuh untuk “delete” segala yang tercapai di atas.

Memang kita terkilan, marah dan tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di Perak. Ini lebih-lebih lagi dirasai oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS yang menganggap amanah ini sebagai suatu kurnia dari Allah swt dan wajib dilaksanakan sebaik-baiknya. Ia tidak boleh dijual-beli apalagi disalah-gunakan.

Namun perasaan kita tidak boleh mengatasi maslahah dan kepentingan jemaah dan perjuangan. Sebagaimana pesan Dato Seri Tuan Guru Presiden semasa Mukatamar di Ipoh tahun lalu:

Sasaran perjuangan kita luas dan bahtera kita menghadapi lautan yang luas.

Dalam mendepani perjuangan yang serba mencabar ini yang pentingnya kita tidak karam atau lemas di lautan dunia yang sentiasa bergelombang dan memukul kita ini. Bahtera ini membawa muatan Islam, ia mesti sampai ke destinasi kemenangan, cumanya lewat atau cepat, insyallah kita akan sampai jua, Cuma perlu berhati-hati.

PAS tidak rugi di Perak, Pakatan Rakyat juga tidak rugi. Di Kelantan sepanjang-panjang pemerintahan kita apa yang tidak kita hadapi, teringat saya kata Tok Guru sampai perlu menelannya walaupun pahit, tetapi yang pentingnya Islam ini terus ke hadapan.

Saya yakin jika esok atau lusa (malah hari ini pun), Nizar dan rakan-rakan turun ke Ipoh atau Teluk Intan atau Lenggong, mana-mana sahaja ceruk di Perak, dengan rekod pentadbiran yang walaupun singkat namun bermakna, rakyat akan keluar menyambut dengan mesra dan baik. Biar rakyat yang menghakimi kita. Sebagaimana kenyataan Tok Guru MB Kelantan dalam Sinar Harian hari ini, apa yang berlaku adalah hak dan kuasa Baginda, lalu kita terimanya.

Kita tidak bertelagah dengan istana apalagi dengan rakyat Perak. Musuh kita adalah orang-orang politik. Sebagaimana pesan Tuan Guru Presiden di Muktamar yang sama:

Kita perlu bina parti kita menjadi parti yang perkasa dan diri kita menjadi diri yang perkasa sebagaimana ditunjuk oleh Islam.

Ayuh kita merancang dan bekerja untuk mendapatkan kembali mandat rakyat melalui proses demokrasi pada pilihan raya umum ke 13 nanti, rakyat insyallah di belakang kita. Allahu Akbar!
Biar Dollah kekal sebagai PM lagi............

Apabila Presiden PAS mencadang agar Dollah Badawi tidak berundur lagi Mac ini dan kekal sebagai PM ramai yang tertanya-tanya dan tidak kurang yang memandang serong terhadap kenyataan Tuan Guru itu. Kelebihan PAS ia dipimpin oleh ulamak, maka segala pandangan dan susun katanya sentiasa penuh dengan ilmu dan tunjuk ajar disamping iktibar dan pandang jauh.

Tuan Guru berpandangan biarlah Dollah selesaikan segala pertugasannya yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia khasnya dalam pilihan raya umum lalu. Dan dalam pada itu, dalam memperkenal dan melaksanakan janji-janjinya itu, turut melihat di keliling-kelalangnya, manalah tahu ada yang perlu dicuci dan disucikan.

Beberapa hari kebelakangan ini kita telah menyaksikan sendiri perisitiwa yang “luar biasa” yang mencetuskan suasana tegang dan ketidak-tentuan rakyat hasil dari kerja tangan seorang yang bakal menggantikan Dollah kiranya beliau berundur Mac ini.

Perisitiwa yang saya maksudkan bukan sekadar berlaku di Ipoh yang kebanyakkan kita berikan tumpuan tetapi juga berlaku di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membicarakan kes berprofil tinggi, pembunuhan bekas model Mongolia, Altantuya. Tertuduh mengatakan saya menjadi “scapegoat” (buat siapa?) ??!!


Mungkin dalam keghairahan Dollah menghabiskan saki-baki tempuh pentadbirannya ini, memperkenalkan “reformasi” dalam bidang kehakiman dan pencegahan rasuah, ketelusan dan keterbukaan, beliau juga perlu lihat samada apa yang diperkenalkannya itu terpakai terhadap semua, dari rakyat kebanyakkan di hutan dan di desa sehinggalah ke para penghuni Putrajaya!

Kerana itu saya percaya Tuan Guru merasakan Dollah perlu melanjutkan tempohnya. Biar beliau keluar bukan hanya sebagai PM yang sempat memperkenalkan pembaharuan dipenghujung usia pentadbirannya, tetapi juga PM yang berani mengekang dan menghalang malapetaka besar dari menimpa Negara ini sejurus beliau keluar.

Tun Dr Mahathir sendiri marah-marah apabila BN menerima dua EXCO PKR di Perak yang sedang menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah. Meskipun mereka tidak menyertai Umno (barangkali atas alasan rasuah itu) tetapi mereka berikan sokongan padu kepada BN yang dipimpin Najib di Perak sekaligus bagaikan kerbau akan memalit lumpur-lumpurnya ke kepala dan wajah mereka yang berada dalam kandang Umno/BN itu.

Tetapi mahukah seorang bakal Bendehara mendengar nasihat dan pandangan mereka yang lebih tua dari beliau? Keghairahan untuk ditabalkan sebagai Bendehara sedang meluap-luap dan telah meresap dan menjalar deras dalam saluran dan pembuluhnya. Persetan dan pedulikan mereka itu. Bila jadi Bendehara nanti beliau akan dikenang sebagai Bendehara tersohor, menebus sebuah kerajaan sebelum pun mengangkat sumpah dan senarai kehebatan ini akan berjela-jela lagi sebaik beliau dinobatkan. Inilah yang dibimbangi Tuan Guru, dari bacaan saya.

Kini bagaimana, haurkah Dollah lanjutkan tempohnya atau bagaimana?

Thursday, February 05, 2009

Jatuhnya kerajaan pilihan rakyat
(Titah DYMM Sultan Perak)

Media statement from the Office of DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul RidzuanYang Amat Berhormat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin was granted an audience by Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan of Perak Darul Ridzuan on Feb 4, to ask for his Royal Highness’s consent to dissolve the Perak State Assembly.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Razak, Deputy Prime Minister of Malaysia, also requested for an audience with his Royal Highness in his capacity as the Perak Barisan Nasional chairman and consent was granted to be present before his Royal Highness on Feb 5.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib informed that the Barisan Nasional and its supporters, now comprising 31 state assemblymen, had the majority in the State Assembly.

On the order of the Duli Yang Maha Mulia to ascertain that the information given was accurate, all the 31 state assemblyman were to present themselves before Paduka Seri Sultan.
After meeting all the 31 assemblymen, DYMM Paduka Seri Sultan of Perak was convinced that YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin had ceased to command the confidence of the majority of the State Assembly members.

DYMM Paduka Seri Sultan of Perak had also considered thoroughly YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin’s application on Feb 4, 2009 for his Royal Highness’s consent to dissolve the Perak State Assembly.

His Royal Highness had used his discretion under Article XVIII (2)(b) of the Perak Darul Ridzuan State Constitution and did not consent to the dissolution of the Perak State Assembly.
YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin was summoned to an audience with the Sultan to be informed of his Royal Highness’s decision not to dissolve the State Assembly, and in accordance with the provisions of Article XVI(6) of the Perak Darul Ridzuan State Constitution,

DYMM Paduka Seri Sultan of Perak ordered YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin to resign from his post as Perak Mentri Besar together with the members of the state executive council with immediate effect.

If YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin does not resign from his post as Perak Mentri Besar together with the state executive council members, then the posts of Mentri Besar and state executive councillors are regarded as vacant.

This statement is issued with the consent of Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan of Perak Darul Ridzuan. (BERNAMA)


Kepada Allah kami mengadu dan berserah............
Kerajaan pintu belakang BN Perak

Berdasarkan berita terkini berakhirlah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Sultan Perak telah pun menitahkan agar MB Nizar meletak jawatan dan begitu juga dengan semua EXCO Pakatan Rakyat. SUK pula telah pun mengarahkan agar segala harta kerajaan diserahkan kembali manakala pegawai khas dan pembantu peribadi masing-masing diminta agar segera meninggalkan bangunan kerajaan negeri.

Apa pun hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat gabungan PAS, PKR dan DAP yang diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya umum 2008 lalu telah jatuh bukan akibat skandal atau salah-laku atau kalah dalam pilihan raya tetapi jatuh angkara "politik pintu belakang".

Mereka dari MB sehinggalah ahli-ahli EXCO perlulah diberi penghormatan kerana walaupun sekadar 11 bulan memegang amanah ternyata mereka telah menonjolkan corak kepimpinan yang terbaik lebih baik dari mana-mana pentadbiran di bawah BN atau sebelumnya Perikatan. Hayat politik mereka bukan ditentukan oleh rakyat tetapi oleh beberapa anasir yang memilih untuk berpaling-tadah.

Begitulah politik di Malaysia dalam keadaan seadanya. Kita mungkin boleh marah pada mereka yang berpaling tadah itu, tetapi dalam ketiadaan peraturan atau undang-undang yang boleh mensabitkan tindakan mereka itu sebagai satu kesalahan maka terpaksalah kita menerimanya walaupun pedih.

Umno dan BN perlu sedar bahawa mereka telah diajar oleh rakyat pada 8 Mac 2008 lalu. Rakyat mahukan kerajaan dan pimpinan yang bersih, telus, adil dan berkebajikan. Kini mereka telah berjaya mematahkan kerajaan rakyat itu dan menaikkan kerajaan melalui "politik pintu belakang". Mampukah mereka memikul aspirasi rakyat itu atau mereka akan kembali ke amalan dan cara lama mereka yang ditolak rakyat?

Mungkin atas sebab-sebab yang diluar kemampuan rakyat maka mereka boleh berkuasa hari ini walaupun melalui "pintu belakang", namun saya yakin semangat Kuala Terengganu yang dibayangi oleh pengundi "solid" Melayu akan terus berligar di atas kepala mereka, dan jika dikembalikan mandat kepada rakyat tidak mustahil kerusi-kerusi Umno yang ada akan berkecai sebagaimana berkecainya kerusi di Kuala Terengganu.

Ambillah kerajaan ini kerana liciknya cara kamu, namun rakyat hari ini bukan lagi rakyat tahun 50an dan 60an. Pemimpin mungkin boleh dijual beli tetapi rakyatlah yang mengangkat mereka. Kuasa "pintu belakang" ini bukan kekal buat selama-lamanya, bila tamat tempoh nanti kepada rakyat jualah kamu terpaksa serahkan segala-galanya selain yang Maha Perkasa dan Maha Adil yang tidak pernah henti melihat setiap langkah dan gerak-laku kamu.
Judi membawa bala kepada negara

Lari sekejap dari kemelut di Perak.

Saya tertarik dengan satu artikel dalam Star Biz hari ini berkenaan dengan perkembangan industri NFO (number forecast operators) atau kedai-kedai judi tikam nombor "halal" di negara kita. Tahukah anda tiga NFO terbesar yang dilesenkan oleh kerajaan adalah Magnum, Berjaya (Sports Toto) dan Tanjong (3D dan 1+3D).

Keuntungan syarikat-syarikat judi berlesen ini sudah pastilah bergantung pada kekerapan hari yang dibenarkan untuk ia menjual tiket-tiketnya. Menurut laporan kerajaan membenarkan tiap-tiap NFO mengadakan 150 hari cabutan tikaman setiap tahun disamping beberapa hari tertentu sebagai "special draws" atau cabutan khas.

Hari-hari cabutan khas ini biasanya ditentukan oleh kerajaan dari tahun ke tahun.Menurut para penganalisa pada tahun ini kerajaan dijangka membenarkan tiap-tiap NFO mengadakan 10 cabutan khas.

Bayangkan dalam keadaan kita berhadapan dengan suasana ekonomi yang kelam dan tidak menentu, rakyat mula kehilangan kerja, tiba-tiba kerajaan kita masih ghairah untuk memerah keuntungan dari industri yang walaupun di "halalkan" tetapi haram dan dibenci Allah swt.

Memang sedap kita menangguk untung apabila kita tiada lagi pertimbangan syurga dan neraka, tetapi sekurang-kurangnya kita perlu sedar bahawa kita membuka pintu maksiat kepada rakyat yang hidup susah. Mereka yang dibuang kerja, yang di VSS yang dalam kesempitan hidup akan tergiur untuk cepat kaya dan senang. Kita sebagai kerajaan yang sepatutnya membela dan mempertahankan nasib mereka, sebaliknya kita kangkangkan seluas-luasnya peluang untuk mereka turut terjerumus sekali ke kancah kebinasaan.

Dalam zaman susah ini kita tidak perlukan lagi industri jahanam ini, tutup dan haramkan sahaja ia dan kita memohon pertolongan Allah untuk membantu kita keluar dari kesempitan ini. Kalau hidup sempit tetapi mengundang pula bala Allah, apa lagi yang mahu diharapkan.

Wednesday, February 04, 2009

Najib mencabul demokrasi untuk berkuasa

Apabila SPR semalam mengumumkan yang tiada pilihan raya kecil untuk kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering saya sudah merasakan sesuatu yang luar dari amalan biasa bakal berlaku di Perak. Tidak pernah SPR menolak permohonan dari Speaker, tetapi semalam ia berlaku.

Dan apabila MB Perak Dato Seri Nizar gagal mendapatkan perkenan Sultan Perak tadi untuk membubarkan dewan undangan negeri bagi memanggil pilihan raya yang baru (setelah berada di istana sejak jam 3 petang) syak wasangka itu semakin membukit. Tepat sekali jam 4.00 petang tadi TPM Najib Tun Razak mengumumkan di Putrajaya dengan dikelilingi 4 orang wakil rakyat (yang telah membelakangkan mandate rakyat) DUN Perak dari Pakatan Rakyat iaitu ADUN Behrang dan Changkat Jering, selain ADUN Bota yang melompat ke PKR baru-baru ini dan ADUN DAP Jelapang yang juga merupakan Timbalan Speaker.







Mereka kelihatan gembira dan senang hati mengelilingi “boss” baru mereka. Mungkin belum terfikir di kepala mereka betapa tindakan mereka sebenarnya membunuh mandate yang diberikan kepada rakyat melalui parti mereka masing-masing. Demikianlah hebatnya “aura” Najib sehingga undi rakyat dipersetankan demi kerana mahu “berdakap” dengan Umno dan BN

Kiranya lewat petang atau malam ini atau mungkin esok Najib mendapat perkenan mengadap Sultan, maka berakhirlah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan kembali berkuasalah kerajaan BN yang didominasi Umno (kecuali dua ADUN Tionghua) masuk secara kotor melalui pintu belakang.

Bagi MB Perak, EXCO PAS dan ADUN-ADUN PAS, jangan gundah-gulana. Anda telah mempamirkan kualiti kepimpinan yang dipandang tinggi oleh rakyat. Walaupun kita sekadar merasa kuasa selama 11 bulan, namun yakinlah kita telah melakukan yang sebaiknya. Terus yakin dan istiqomahlah dalam perjuangan.

Bagi rakan-rakan dari PKR dan DAP Perak, inilah harga yang terpaksa kita bayar demi meniti perjuangan yang penuh ranjau dan duri ini.

Kepada Najib Tun Razak, jika inilah piala yang mahu anda usung dan bangga-banggakan bagi meraikan pertabalan anda sebagai PM tak lama lagi, ternyata ianya busuk bagaikan bangkai baunya. Sesungguhnya ini suatu permulaan yang hodoh dan pasti akan berkesudahan dengan kesudahan yang hodoh juga. Terima kasih rakyat Perak kerana memberikan kami dari PR untuk memerintah secara demokratik, kini terimalah kerajaan baru yang mencabul demokrasi demi mahukan kuasa.

Tuesday, February 03, 2009

Operasi tawan Perak gagal

Nampak gayanya suasana semakin reda di Perak. Apa yang dikatakan lompatan sekurang-kurangnya 3 ADUN Pakatan Rakyat ke BN sehingga kononnya mampu mencuri majoriti kerajaan negeri dan menumbangkannya, setakat hari ini nampaknya tidak berhasil. Ada tidak hanya 2 “ekor” yang melompat, itu pun sekejap sedar sekejap tak sedar, apa pun kesudahannya jika sekadar itu sahaja yang mampu dipancing BN secara kotor maka tidaklah jatuh kerajaan pilihan rakyat itu selain bersandar pada majoriti “1” kerusi.

PR tidak perlu membubarkan dewan, PR masih boleh terus kekal memerintah sebagaimana Kelantan pada penggal yang lalu.

Oleh itu jika ditakdirkan SPR memanggil pilihan raya kecil maka akan berlakulah pertarungan lagi selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu kini di kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang pula.

Bersedialah kita semua untuk turun ke sana dan menebus hak kita yang cuba dicuri itu. Jika kita mampu mempertahankan kedua-dua kerusi ini, saya yakin, lanskpa politik baru buat Malaysia sebagaimana saya gambarkan pasca Kuala Terengganu akan lengkap terlukis, maka tidak mustahil “tahun lembu” dalam kalendar Cina tahun ini adalah tahun terakhir buat hayat dan riwayat Umno dan BN!

Buat masa ini apa yang perlu kita lakukan adalah memastikan parti-parti rakan dalam PR masing-masing dapat mempertahan dan membela wakil-wakil rakyat masing-masing. Jangan lagi ada yang sanggup menggadaikan maruah dan nama baik demi sekarung kekayaan dunia. Sama-sama kita berjaga dan berkawal. Umno semakin sesak nafas dan talian hayatnya ada ditangan kita, fikirkanlah.

Monday, February 02, 2009

Dalam ghairah jangan silap fakta

Rata-rata para pemerhati politik dan masyarakat kebanyakkan sedang mengikuti dengan penuh minat dan teliti perkembangan di Perak. Asalnya dua orang EXCO kerajaan Perak dari PKR dikatakan telah “menghilangkan diri”. Ini diikuti dengan spekulasi yang mereka telah condong pada Umno dan terakhir semalam bahawa Speaker Dewan Perak menerima surat perletakkan jawatan mereka berdua.

Sebentar tadi di dua hotel berasingan kedua-dua ADUN berkenaan menyatakan bahawa mereka masih ADUN PKR dan tidak pernah keluar parti. Dalam pada itu pagi tadi dimaklumkan bahawa Menteri Besar telah mengadap Sultan Perak menyembahkan perkembangan perletakkan jawatan berkenaan.

Bagaimana kesudahannya, tidaklah dapat kita baca dengan tepat pada waktu ini, apa pun tidak dinafikan krisis ini telah membantutkan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri PR yang baru itu.

Dalam pada itu juga para pengulas politik dan penulis di akhbar-akhbar tempatan dan portal berita sibuk membikin dan mengenengahkan pandangan, ulasan dan bacaan masing-masing. Ada yang menarik dan berfakta, ada yang mengarut dan kadangkala ada juga yang tersilap. Umpamanya analisa Wong Sai Wan dalam akhbar The Star hari ini. Beliau menukilkan sebuah artikel bertajuk:

Pakatan mess may end up in court

Antara kandungannya menyebut:

The Supreme Court in 1992 decided that this freedom necessarily includes the right to dissociate.

In this case where Nordin Salleh and a few others quit PAS to join Barisan in 1990 but the State Constitution had an anti-hopping law.

In so concluding, the Supreme Court struck down as unconstitutional legislation by which the Kelantan state constitution had been amended to declare a seat vacant if an assemblyman resigned from his political party.

Kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin Salleh kini muncul menjadi bahan perbahasan dalam menghujahkan kes dua ADUN yang sekejap melompat sekejap tidak di Perak itu. Yang saya maksudkan sebagai kesilapan fakta itu adalah apabila Wong menyatakan bahawa “Nordin and few other quit PAS to join Barisan in 1990”.

Mengikut rekod tiga orang wakil rakyat yang melompat menyertai Umno/BN pada tahun 1990 itu selepas pilihan raya umum 1990 adalah:

Nordin Salleh ADUN Sg. Pinang
Wan Najib ADUN Limbongan
Ibrahim Ali ahli parlimen Pasir Mas

Dan mereka bertiga kesemua dari parti Semangat 46 dan bukannya PAS sebagaimana dilaporkan. (Apabila saya mebuat “cross reference” rupanya Presiden BAR Council dalam laporan mereka juga memetik yang Nordin dan rakan-rakan dari PAS!)

Berikut saya petik kenyataan Tok Guru Nik Abd Aziz ketika berceramah sempena Majlis Meraikan Petugas-Petugas PRU ke 12, di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK), di Pengkalan Chepa, selepas PRU ke 12 pada bulan Mac, 2008:

Masalah lompat parti ini bermula sewaktu wakil rakyat Sungai Pinang, Nordin Salleh yang lompat daripada Semangat 46 masuk UMNO. Begitu juga waktu wakil rakyat Pasir Puteh (Limbongan) yang juga lompat dari Parti Semangat 46 masuk UMNO…Ekoran timbul masalah itu kita sudah pun baiki dah peraturannya malah kita bawa masalah itu pergi ke mahkamah bagaimanapun mereka tolak kita dan kita kalah…Tapi hari ini tahu-tahu dia nak buat pula yang dia sendiri tidak boleh buat sebelum ini sebab itu saya setujulah.

Diharapkan para penulis dan penganailsa memperbetulkan ulasan masing-masing apabila memetik kes ini, mereka bukan dari PAS tetapi Semangat 46.

Sunday, February 01, 2009

Perak terus bergolak

Berita terkini dari Perak, kedua-dua EXCO PKR yang dilaporkan “hilang” dikatakan telah mengirim surat perletakkan jawatan masing-masing kepada Speaker Dewan V. Sivakumar. Ini bermakna dua pilihan raya kecil terpaksa dipanggil iaitu untuk DUN N.59 Behrang (majoriti 1,027) dan N.14 Changkat Jering (majoriti 1.102).

Apakah muslihat BN sehingga memaksa kedua mereka mengosongkan kerusi?

Sementara itu The Star online melaporkan Timbalan Speaker DUN Perak Hee Yit Fong dari DAP yang mewakili kerusi DUN Jelapang akan menyertai MCA. Jika kedua-dua EXCO berkenaan dikatakan mengambil tindakan drastic itu lantaran kes rasuah mereka, tidak pula diketahui apakah alasan Hee, OKU pertama yang dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengusai 32 dari 59 kerusi DUN Perak, iaitu DAP 18, PKR 8 dan PAS 6, sementara BN memiliki 27 kerusi iaitu 26 Umno dan 1 MCA.

Saya masih tidak dapat membaca apakah muslihat BN memaksa kedua-dua bekas ADUN PKR itu mengosongkan kerusi mereka, malah Hee juga dilaporkan akan berbuat demikian. Dalam keadaan ini mungkin opsyen yang tinggal pada MB Perak Datuk Seri Nizar adalah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Jangan kita biarkan kerajaan negeri pilihan rakyat ini “dicuri” begitu sahaja depan mata kita. Lebih baik kita serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan. Ini lebih baik dari kita menyerah begitu sahaja. Walaubagaimanapun terpulanglah pada pucuk pimpinan PR Perak untuk membuat keputusan.

Sementara itu bagi PAS sendiri adakah kita mampu pertahankan enam kerusi yang kita miliki iaitu N. 8 Titi Serong (majoriti 1,149), N.11 Gunung Semanggol (majoriti 2,070), N.12 Selinsing (majoriti 547), N.20 Lubok Merbau (majoriti 72), N.51 Pasir Panjang (majoriti 4,474 – kerusi MB) N.56 Changkat Jong (majoriti 899)?

Adakah kita mampu menebus 5 kerusi lagi yang kita tewas di bawah 500 undi antaranya N. 36 Pengkalan Baru (14 undi), N. 6 Kubu Gajah (66 undi), N.23 Manjoi (348 undi), N.5 Selama (355 undi) dan N.53 Rungkup (454 undi).

Apa pun jika benar berlaku pembubaran dewan, maka seluruh jentera, tenaga dan kekuatan PAS perlu dikerahkan ke Perak bagi mempertahankan kubu-kubu PAS ini selain merampas kubu-kubu yang berpotensi dan yang paling penting mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Apa perkembangan selanjutnya sama-samalah kita ikuti.
Biar Muhyuddin seorang berteduh bawah pokok “hampir mati”

Naib Presiden Umno Muhyuddin Yassin terkilan apabila Tok Guru Nik Abd Aziz mengeluarkan kenyataan baru-baru ini menganggap yang Umno bagikan pokok yang “hampir mati”. Kata Muhyuddin dari Tawau sebentar tadi:

Setiap pertubuhan politik ada musimnya. Pas pun begitu, Umno pun begitu juga. Ada waktu kita berada dalam keadaan yang kukuh, kadang-kadang kita menghadapi masalah.

Tapi Muhyuddin enggan mengalah apabila beliau menambah:

Tidak apalah, itu pandangan beliau. Bagi kami, Umno merupakan sebuah parti yang sudah lama tertubuh dan kita masih mempunyai ahli lebih daripada tiga juta orang. Kalau dilihat dari sudut itu kita merupakan pertubuhan politik yang terbesar.

Memang kenyataan Tok Guru itu nampak macam kasar, tetapi kalau diamati secara teliti ia sebenarnya lembut dan seakan cuba memberi harapan baru kepada Umno. Tok Guru kata Umno bagaikan pokok yang “hampir mati”, maknanya belum mati lagi. Ada harapan untuk hidup, soalnya bagaimana?







Agaknya kerana itulah dalam akhbar Sinar Harian hari ini Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa terbit di muka hadapan mengalu-alukan pemimpin Umno yang mahu bersama dengan PAS (ekoran cadangan ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin). Bermakna pokok yang ada sudah hampir mati, tetapi ahli memang masih ramai, oleh itu saranan pimpinan PAS jangan lagi berteduh di bawah atau bergayut pada pokok yang sedemikian rupa. Bahaya, berbagai risikonya. Harapan yang tinggal nun pohon rendang PAS sedang menunggu, ayuh kita ke sana.

Kalau Muhyuddin rasa tersentuh dan terkilan, tak mengapalah, maklum beliau bakal dinobatkan sebagai orang nombor dua pokok “hampir mati” itu, tetapi yang lain-lain bagaimana? Biarkan Muhyuddin seorang beteduh di bawah atau bergayut pada pokok hampir mati itu, silap hari terhempap ia olehnya, padan muka. Yang lain jangan cari penyakit!
Perak dalam bahaya............

Pelbagai berita dan perkhabaran diterima dari Perak yang ada diantaranya menggambarkan kesudahan yang buruk buat Pakatan Rakyat di negeri berkenaan. Baru sahaja kita meraikan penyertaaan ADUN Umno dari Bota yang menyertai PKR, kini kita mendengar berita bahawa ada lagi yang akan melompat, kini bukan dari BN ke PKR tetapi sebaliknya, sehingga mampu menumbangkan kerajaan!

Sejauh manakah tepat berita yang diterima tidak dapat dipastikan tetapi ternyata keadaan begitu meruncing dan mencemaskan di Perak.

Kita mendoakan agar PR akan dapat bertahan dan segala perancangan BN untuk meruntuhkan kerajaan yang baru berusia 11 bulan itu akan gagal. Rakan saya MSO di dalam blognya mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Terengganu selepas pilihan raya umum pertama pada tahun 1959. Akibat dari lompat melompat, kerajaan PAS tumbang pada tahun 1961 apabila gagal menahan ADUNnya dari berpaling tadah.

Tetapi MSO tidak menyebut yang ada juga kerajaan yang mampu bertahan walaupun dengan majoriti 1 kerusi. Kelantan pasca pilihanraya umum 2004 selepas berlaku pilihan raya kecil di Permatang Pasir tetap dapat bertahan sehingga kepenghujung penggal walaupun dengan kelebihan 1 kerusi!

Segala-galanya terpulang kepada ketahanan diri dan matlamat perjuangan.

Bagi saya apa yang berlaku di Perak seharusnya menjadi iktibar dan pengajaran buat kerajaan PR di negeri-negeri lain. Tidak dapat dinafikan kerjasama sesama PR diperingkat Parlimen, DUN dan akar umbi masih belum kukuh dan perlu banyak diperbaiki. Kita banyak melatah dalam isu sesama parti tetapi kuruang menumpukan kea rah penyatuan bagi menghadapi musuh yang satu.

Semua pihak perlu hormat-menghormati dan jangan menyinggung pihak yang lain. Sikap toleransi dan kematangan politik sangat dituntut. Jika PR dapat membina dan meneguhkan aspek ini insyallah segala terjahan dan gertak BN bakal kita hadapi dengan mudah. Jika tidak, kita yang menanggung kesusahan.

Sesungguhnya keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini menunjukkan lonjakkan sokongan pengundi-pengundi Melayu terhadap PAS dan PR. Ini satu perkembangan yang sihat dan jika ianya berterusan dicampur dengan kekalnya anjakkan sokongan pengundi bukan Melayu, tidak mustahil BN mampu ditumbangkan pada PRU ke 13 nanti.

Namun lonjakkan dan anjakkan ini tidak bermakna jika pimpinan dalam parti tidak memiliki ketahanan diri dan mudah dibuai pujuk rayu dan habuan. Belajarlah dari perisitiwa di Terengganu 1959-61, belajarlah dari kekuatan di Kelantan 2004-08.