Thursday, October 29, 2009

Petunjuk baik buat PR Selangor

Awal pagi tadi saya sempat bertemu dengan YB Iskandar Abd Samad Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor di kediaman Dato Dr Hasan Ali. Memanglah isu Mesyuarat Khas PAS Pusat semalam hangat, tetapi biarlah kita semua menghormati keputusannya. Yang melibatkan PAS Selangor, bahawa satu siasatan akan dilakukan oleh Lembaga Disiplin parti.

Ini suatu keputusan yang baik. Biar disiasat dan diselongkar segala-galanya. Yang menuduh dan dituduh perlu disiasat. Yang bersalah perlu dihukum. Saya yakin semua pihak akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam hal ini.

Biarlah yang diamanahkan menjalankan tugasnya.

Berbalik kepada pertemuan dengan YB Iskandar, beliau menyatakan bahawa sebuah kajian (terbaru) telah mendapati bahawa keyakinan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat semakin meningkat. Beliau nukilkan dalam blognya “Direct Free Kick” di http://iskandar56100.blogspot.com/






Lebih-lebih lagi hasil bancian yang dilakukan oleh sebuah syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Negeri menunjukkan keyakinan rakyat di Selangor terhadap Kerajaan Negeri semakin meningkat. Walaupun di kalangan orang Melayu yang kononnya menurut UMNO masih tetap menyokong mereka. Yang paling penting pula keyakinan rakyat Selangor terhadap PM Najib telah menurun. Ianya tinggi apabila Satu Malaysia dilancarkan tetapi selepas itu menurun.

Walaupun apa yang dikatakan oleh suratkhabar, UMNO di Selangor tidaklah sekukuh mana. Orang di luar Selangor mungkin tidak Nampak. Kerajaan Pakatan Selangor kukuh. Banyak kemajuan telah dicapai sama ada dari hubungan di antara Kerajaan dan rakyat atau di antara anggota-anggota Kerajaan sendiri. Kalau ada "hiccup", itu perkara biasa. Jangan sebab pijat kelambu dibakar.


Ini suatu perkembangan yang baik buat Pakatan Rakyat Selangor khasnya PKR,DAP dan PAS Selangor. Saya percaya kerja kuat semua pihak selama ini dari MB, ahli-ahli EXCO, ADUN-ADUN, ahli-ahli majlis PBT, ketua-ketua kampong dan JKKK serta Nazir dan AJK Masjid, selain para pegawai kerajaan membantu dalam melahirkan keyakinan ini.

Usaha politik merapatkan hubungan sesama komponan khasnya antara PAS dan PKR serta PAS dan DAP termasuklah sidang meja bulat PAS dan DAP Selangor baru-baru ini membuktikan bahawa pakatan ini mampu memikul amanah bersama dan memiliki kekuatan memimpin dan menyelematkan rakyat negeri ini.

Bayangkan orang-orang Melayu (selain Cina dan India) yang dikatakan tegar condongnya pada Umno juga telah beralih sokongan di Selangor, lantas menjanjikan masa depan yang baik buat Pakatan Rakyat Selangor.

Saya fikir rakyat Selangor sudah boleh menerima pakatan baru ini. Mereka sedar ianyan suatu gagasan politik yang baru dan mentah namun mereka sanggup mencuba dan semakin memberi keyakinan kerana ternyata ia terbukti lebi baik dari Barisan Nasional dahulu. Oleh itu marilah kita berikan tumpuan ke arah memantapkan kedudukan kerajaan ini. Selangor yang kuat dan padu akan nanti melonjakkan sokongan di negeri-negeri lain insyallah.

3 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat!

Berbalik kepada motif untuk mengadakan mesyuarat khas yang sebelumnya cadangan untuk mengadakan EGM adalah bagi menyingkirkan mana mana pemimpin yang bermasalah dan tidak seperti EGM MCA bagi membuang pemimpin yang dilihat korup dan tidak bermoral.

Bermaksud bermasaalah disini memerlukan penghuraian dan penjelasan serta penyiasatan terperinci,maka tepat juga seperti kata TGHH perkara ini perlu disiasat terlebih dahulu (orang berkaitan yang dimaksudkan telah pun saya siasat makanya saya mempunyai sebab tersendiri untuk tidak mernyokong "beliau").

Adapun lain lain agenda mesyuarat khas adalah bolih dikatakan sebagai satu medan untuk meraih kembali jawatan yang tidak "lekat" didalam muktamar terdahulu (ke55).

Apa pun bertitik tolak dari situasi disini jika disoal adakah akan ujud kronisme antara prolib dan proulama"? jawapannya tidak seharusnya ditimbulkan.Ini berdasarkan jika merujuk kepada pendekatan berhubung dengan gagasan "pas for all' yang telah pun diterima ramai.Olih itu apa lagi yang kita mahu....?jadi fikir fikirkan !

Anonymous said...

Ye ker bro? KEnapa saya yg di Puchong ni tak pernah tau pasal ada bancian tu?

Dengan wakil rakyat saya di Parlimen dah digantung sebulan, siapa nak jadi suara kami di Parlimen?

Kalo diadakan PRU sekarang, mungkin saya akan swing vote saya kepada BN balik ... mungkin ramai yg sependapat dengan saya ...

tengala said...

MR..
Kalau kau nak swing vote itu langkah bagus..
kurang2nya orang tahu kau tak ada matlamat hidup dan berpolitik...
Seteruk2 kerajaan PR pun mereka ada usaha kearah keadilan...
Kalau kau rasa UMNO itu parti yang bagus terpulanglah...
Malaysia negara Demokrasi...
Kalau kerajaan naik harga petrol kau terimalah seadanya....