Sunday, October 04, 2009

Mungkinkah Bagan Pinang nesan buat Umno?

Lama juga tidak update posting di sini. Hari Raya dan banyak lagi perkembangan semasa melarikan tumpun untuk menulis. Tambah-tambah masalah network dan sebagainya.

Sabtu lepas penamaan calon di DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. PAS lawan BN dalam pilihanraya kecil yang ke 9 selepas PRU ke 12 lalu. Apakah harapan PAS? Mungkinkah Umno berjaya menahan kemaraan Pakatan Rakyat?







Malangnya gelanggang pertempuran di Bagan Pinang tidak rata sejak hari pertama lagi. Dari 14,192 pengundi berdaftar terdapat 4,925 pengundi pos (angka PRU 12) iaitu hampir 35%.

Kalau proses pengundian pos ini telus dan bebas sebagaimana porses pengundian awam, ia tidak menjadi masalah. Masalahnya dalam sejarah pilihanraya di Malaysia proses pengundian pos memang dipertikaikan. Parti-parti bertanding khasnya pembangkang tidak memiliki akses untuk berkempen dikalangan pengundi-pengundi ini. Dalam pada itu parti kerajaan pula bebas keluar masuk, biasanya menggunakan portfolio menteri untuk berkempen secara tidak langusng dan ada yang secara langsung.

Kerana itu PAS dan Pakatan Rakyat bangkit memprotes. Kita yakin kiranya saudara-saudara kita dari kalangan anggota dan pegawai tentera dan polis ini diberikan kebebasan sebagaimana orang awam, berkemungkinan keputusan mereka berbeza dari yang biasa-biasa.

Dalam hal ini kalau kita melihat pilihanraya Palestin beberapa tahun lalu, negara yang berkonflik dan sentiasa dalam keadaan cemas pun, anggota tenteranya berbaris bersama orang awam untuk mengundi. Di Malaysia yang aman dan tenteram ini mengapa perlu diasing-asingkan?

Namun jentera PAS dan PR perlu terus bergerak. Pertolongan Allah swt jangan kita ragui, 313 boleh menumpaskan 1000 di Badar, tidak mustahil Bagan Pinang pun boleh dengan syarat kita memenuhi kehendak dan tuntutan Nya.

Bagi PAS pilihanraya kecil inisangat penting dan significant. Kiranya kita berjaya menundukkan Umno di sini maka Bagan Pinang adalah batu nesan Umno. Di Kuala Terengganu kita telah buktikan, kerusi milik Umno berjaya kita rampas. Bagan Pinang juga kerusi tradisi Umno, bezanya PAS tidak pernah menang di sini. Kiranya kali ini hasil dari bantuan Allah swt dan kekuatan serta istiqomah jentera kita, tersungkur juga Umno, sah ia sudah tiada masa depan lagi!

Sebagaimana dinyatakan Tuan Guru Presiden, medan di Bagan Pinang sukar, tetapi lawan tetap lawan. Semoga Allah swt mengunriakan kejayaan pada kita.

No comments: