Alahai kesian Azeez…………..
Semalam bagi yang sempat menonton berita di TV, kelihatan ahli MT Umno Azeez Abdul Rahim sihat dan “relax” sahaja setelah dikatakan kononnya “ditumbuk” oleh penyokong PAS. Beliau dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Ismail Sabri dikatakan telah dikerumuni penyokong PAS dan kemudian dakwa mereka Azeez ditumbuk berkali-kali oleh penyokong PAS itu.
Azeez ini tubuh badannya bukan macam Nik Aziz (kebetulan nama hampir sama), siapa yang tak kenal beliau. Tegap, sasa dan berisi. Kalau setakat ditunjal dan ditolak, belum tentu boleh ditundukkan.
Saya membawa kisah ini kerana terperanjat apabila melihat laporan terkini NST online (siapdengan gambar seperti di atas) yang memetik BERNAMA menyatakan bahawa Azeez dikejarkan ke hospital apabila kononnya tiba-tiba terasa mahu pitam berpuluh jam setelah kejadian. NST melaporkan Azeez sebagai berkata:
"After the Maghrib prayer, I felt like fainting, I threw up and passed out. I was in pain and my blood pressure shot up to 65/95. It was never that high before," he told reporters at the hospital today.
Anehnya xray yang dilakukan di hospital sebagaimana dilaporkan tidak menunjukkan sebarang kecederaan ke atas leher Azeez.
Bagi saya secara peribadi jika benar dan terbukti mana-mana penyokong PAS bertindak menumbuk dan mencederakan Azeez sebagaimana di dakwa, maka mereka itu perlu bertanggungjawab di atas tindakan mereka.(Malangnya tiada penyokong Umno yang bertanggungjawab di atas kematian Allahyarham Othman Talib di Lubuk Merbau puluhan tahun lalu dalam satu PRK antara PAS dan Umno. Othman telah dibelasah oleh penyokong Umno kerana mempertahankan poster PAS sehingga akhirnya meninggal dunia di hospital)
Biarlah mahkamah yang menentukan nanti jika ada kes.
Cuma sehubungan dengan ini, saya rasa elok juga jika kita maklum bahawa salah seorang pemimpin MT Umno yang dikatakan terlibat dalam penipuan ijazah (yang pernah saya bangkitkan secara terperinci diblog ini satu ketika dahulu), kononnya memiliki MBA sedangkan SPM pun tak lulus rasanya Azeez kenal siapa.
Siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong tak kan nak jadi menteri!!
11 comments:
Baru Balik bang Mid... huah huah huah
mungkin dia makan kambing kot.. tu darah dia naik tu
Salam abg lan, saya mamak dan x marah kalau orang panggil saya mamak, saya nak pesan dekat mamak-mamak yang masih bersama umno, umno adalah parti melayu, mamak x layak masuk parti tu, tapi kalau rasa nak dilayan sebagai saudara seislam dengan saksama, jadilah ahli parti islam, anda akan mendapat hak sebagai orang Islam... Yang bodoh sangat nak jadi second class bumipura tu buat apa!!!
tak tumbuk bgtau kena tumbuk...bagi penumbuk betul2 baru tau....
ameno hilang kejantanannya stlah blajar dari brite mnumbuk amoi mogolia dgn c4...
wakakakakaka
Azeez tu bukan sahaja lebam di tengkuk, malah lebam di seluruh badan, termasuklah di.... "tak percaya, suruh orang UMNO tengok".
Dah habis isu...maka buatlah apa2 isu asalkan rakyat membenci PR
salam,
mohon siarkan kembali artikel ttg penipuan ijazah oleh pemimpin umno itu.
AKU NK KOMEN PASAL N3 NI.PENTING SNGT2.HARAP SEMUA BACE:
2tahun lepas ak de tngk cte tamil..cte politik tamil..cte polisnya yg mana sangat jahat dan bekerjasama dngn ahli politik yg kuat.dan stategi ahli poltik tamil ni lbh krng jerk cam yg br berlaku kt malaysia ni..ctenye begini..partiB mempunyai pengaruh yg kuat jgk untuk mengalahkan parti dia ni..jd dia rasa tergugat..lagi dia pun rancang satu strategi tuk tarik minat pengundi..dia plane suh orang2nye tikam dia waktu dia habis berceramah..tetapi rancangannya amatlah rapi..dia dah kaji dh fikikal badan manusia ni.dia dh kaji dh tmpt mane bila tikam x kn mati.
jadi dia pun suh la orng2 dia tikam dirinya kt tmpt2 yg telah dikaji tadi yg x mungkin boleh membunuh..lalu bila tiba masanya mereka pun bertindak.dan hebohlah kt tv.dan dia pun ckp pihak parti lawan yg bwt semu ni.jd rakyat waktu tu jd marah lalu protes.dan akhirnya parti lawannya kalah teruk.dan dia berjaya jgk dngn tekniknye..jadi sme jela ape yg berlaku kt negara kte ni.cme si mamat ni x dela seberani tamil tu.x nk la tikam2 ni,silap2 mampos.haha..so dia upah orang suh belasah dia..tu pun sket jerk.jngn belasah teruk2.hahA..pandai latu..tektik ni sbnrnye dah basi la..and bnda ni dah didedahkan dlm cerita tamil yg nk tunjukkan fenomena politik di negaranya..umno pun nk tiru jgk.haha..ak harap korang sebarkn bnda yg bermanfaat ni..spya kte semua x tertipu dngn tindak tanduk najis umno
Blood pressure shot up 65/95???? Normally 120/90 i think... Ntah hape2 amno nih... nak menipu biar la logik skit....
haha.. LOL.. i thought it shot down to 65/95? what the fish?
hero tamik iilam azeez kota telah kembali dengan cerita terbaru ,bertajuk leher ku lebam kena cium
Post a Comment