Tuesday, October 06, 2009

Bersama melakarkan perubahan di Bagan Pinang

Jentera pilihanraya Pakatan Rakyat terus bekerja siang dan malam bagi memastikan calon PAS Zulkefly Mohd Omar dipilih oleh para pengundi DUN Bagan Pinang pada hari Ahad nanti. Kemenangan PAS di sana adalah penting keranam ia akan menandakan yang rakyat telah hilang sama-sekali keyakinan terhadaop Umno dan BN yang semakin berkecamuk rumah tangganya dari hari ke hari. MCA sedang bergelut sesama mereka, MIC luka parah setelah gagal menundukkan diktator mereka, Gerakan sudah tinggal suku nyawa manakala Umno terus gagal apabila menaja seorang calon yang mereka sendiri sahkan terlibat dengan politik wang atau rasuah.




Kontraktor sedang menurap jalan sekitar
Bagan Pinang siang tadi



Rakyat khasnya pengundi di Bagan Pinang mempunyai peranan besar Ahad ini. Mereka bukan sekadar akan bertanggungjawab memilih wakil DUN mereka tetapi juga menentukan politik masa depan negara. Tidak mustahil jika PAS menang di Bagan Pinang ini (kerusi kedua buatnya di Negeri Sembilan) senario politik negara akan berubah. Isyarat kuat dari rakyat Ahad ini tidak mustahil memungkinkan pimpinan dan ahli-ahli parlimen serta ADUN BN samada dari Umno atau parti-parti lain berfikir panjang dan menyemak semula pendirian serta pegangan politik masing-masing. Tolakkan rakyat terhadap BN berlaku terus-menerus walaupun Umno menukar ganti pimpinannya.

Jangan berteduh di bawah pohon lapuk yang bakal rebah dan mencederakan diri. Bernaunglah di bawah pohon yang segar dan menjanjikan masa depan yang meyakinkan.

Saya yakin jikas para pengundi di Bagan Pinang termasuklah wira-wira pengundi pos, berani memainkan peranan, sikap mereka Ahad ini akan melakar masa depan baru negara.

Sementara itu BN terus menggila untuk mempertahankan kubunya yang semakin senget itu. Bermula dengan politik silap mata Azeez dan kini diikuti dengan projek “segera” yang satu ketika pernah ditolak oleh Presiden Umno, Najib Tun Razak sendiri. Pagi tadi saya melihat jalan-jalan terus diturap, sedangkan Najib pernah berkata BN tidak akan menggunakan taktik sebegini lagi.

Pasti BN yang bakal rebah itu akan bergelut bagi memastikan ia tidak maut Ahad ini. Namun segalanya terletak pada pengundi Bagan Pinang. Semoga Allah swt menggerakkan hati kita untuk bersama membawa perubahan. Sejarah politik negara akan tercatit dengan peranan anak-anak Bagan Pinang Ahad ini. Lakukanlah tugas anda demi agama, bangsa dan negara. Undilah PAS.

1 comment:

Anonymous said...

Bro,
Keputusan Bagan Pinang menunjukkan rakyat dah kembali kepada BN (majoriti lebih besar).

PRU12 hanya utk ajar BN buat sementara.

PR pula dah dapat kuasa tak pandai nak tunjukkan kepada rakyat bahawa mereka mampu membawa perubahan.

Pandangan saya, Selangor dan Penang akan rebah PRU13 jika PR tak mampu nak buktikan apa2 ...