Apa khabar orang Melayu Singapura?
Bercakap berkenaan Singapura saya masih ingat polemik yang bermain sekitar tahun 2006 lalu apabila mantan PM Singapura, Lee Kuan Yew menuduh yang kerajaan Malaysia mendiskriminasi masyarakat Cina di Malaysia secara sistematik.
Sejarah antara Kuan Yew dan Tunku banyak boleh ditelaah dalam bahan-bahan dan lipatan sejarah. Bagaimana hubungan awal masyarakat Melayu dan Cina pasca Merdeka dicorakkan oleh mainan politik kedua-dua tokoh ini.
Semasa polemik tahun 2006 itu antara yang memberikan hujah adalah Dr Syed Hussin Ali sebagaimana terbit dalam Harakahdaily 29 September 2006:
Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali berkata, rakyat Malaysia tidak memerlukan kritikan yang sekali gus cuba membakar api perkauman daripada tokoh asing seperti Kuan Yew.
Menurut Syed Husin, bekas Perdana Menteri Singapura itu sepatutnya melihat dan menangani masalah minoriti orang Melayu yang kebanyakannya miskin, tertindas dan terbiar di pulau Singapura.
Beliau berkata demikian hari ini dalam mengulas kritikan Kuan Yew berhubung dakwaan peminggiran dan penindasan secara sistematik terhadap kaum minoriti Cina di negara ini dan Indonesia.
Sesungguhnya nasib masyarakat (kini) minoriti Melayu di Singapura sering menjadi cerita sedih yang sampai kepadakita. Setelah terpisah dari Malaysia pada tahun 1965, masyarakat Melayu di Singapura terus menimpa nasib yang malang. Ini realiti bukannya bermaksud mahu melagakan mana-mana pihak di sini. Bersyukurlah di Malaysia hari ini kita dapat hidup aman dan tenteram berkongsi kekayaan negara bersama.
Nasib masyarakat Melayu di Singapura, sekadar untuk makluman kita telah dibaca oleh Almarhum Prof Zulkiflee Mohammad, bekas Timbalan Presiden PAS seawal akhir tahun 50an. Dalam satu pidatonya di Singapura ketika itu Almarhum dipetik sebagai berkata:
“Orang-orang Melayu Singapura yang ada ini akan dipandang sebagai orang yang patutu tidak ada di atas pulau yang kaya menjadi sumber ekonomi dunia ini……… mereka akan dihalau dari[ada rumah-rumah mereka, daripada kampong halaman mereka, dan mereka akanberpisah dari kaum kerabat mereka. Cara mereka dihalau bukanlah dengan menghalakan muncung senapang kepada mereka tetapi dengan menjadikan kamwasan kampong halaman mereka sebagai tempat penting untuk bandaraya itu. Rumah-rumah batu dan gedung-gedung akan didirikan dan dengan bangunan itulah mereka terpaksa berpindah dari kampong halaman mereka”.
Benarkah begitu nasib orang Melayu Singapura hari ini?
3 comments:
terima kasih. Harapa dapat pamer dan sebarkan penulisan Almarhum prof Zulkifli ini untuk bacaan dan tontonan generasi kini.
Lee sebagai KM Singapura memulakan langkah dengan kerjasama bawah tanah dengan PKM bagi menggagalkan musuh politiknya terlebih dahulu. Kemudian, selepas menyertai Malaysia dia telah mewujudkan pelbagai provokasi yang menimbulkan sentimen perkauman.
PAP yang dipimpinnya menggunakan kaedah demi pembangunan, demi pernyatuan kaum dan demi keselamatan negara untuk menghapuskan apa juga peluang orang Melayu untuk menguasai Singapura.
Kini, tidaka da ruang atau peluang sama sekali untuk orang Melayu kembali ke pulau itu.
Sebagi contoh, setiap orang Cina yang ebrhijrah ke AUstralia atau Amerika Utara akan diganti dengan tawaran kerakyatan kepada seorang Cina dari tanah besar atau Taiwan atau dari Malaysia.
Tidak akan berlaku perkara yang sama kepada bangsa Melayu. Orang Melayu juga dipecah mengikut keterunan seperti Bugis dan Jawa.
Orang melayu tidak boleh emmbeli kediaman atau tanah yang dimiliki oleh kaum Cina. tetapi sebaliknya boleh berlaku atas alasan keharmonian kaum dan mengekalkan semua kawasan parlimen akan tetap 2/3 orang Cina.
Akhir kata Yusof Ishak adalah presiden Singpura bangsa Melayu yang pertama dan terakhir.
Untuk pengetahuan semua, keluarga Yusof Ishak yang mempunyai salsilah dari Pulau Pinang dan Taiping juga sudah hampir semua berpindah meninggalkan pulau itu. yang ada cuma kubur mereka.
Mungkin seperti kata Prod Zulkifli, kubur ini jug akan dialihkan DEMI pembangunan negara.
Tidak hairan juga Lee akan menjadikan mayatnya seperti Mao Tze Dong dan Lenin dimuziumkan. Dan dipertontonkan sebagai bapa Singapura dan kematiannya kelak menjadi hari perkabungan semua rakyat Singapura.
Bicara pasal bangsa atau kaum?
Adakah perbincangan ini penting untuk Islam dan umat Islam secara umum? Kita nak ambil berat sebab mereka (orang Singapore) itu bangsa Melayu atau sebab keIslaman mereka? Atau sebab kita nak men'justify'kan 'hak-hak keistimewaan bangsa Bumiputra" di Malaysia ini?
Saya agak khuatir dengan sebarang perasaan dan pandangan bahawa perjuangan Islam (PAS), secara automatik mesti mempertahankan hak kepentingan Bumiputra, barulah Islam (PAS) boleh tegak di Malaysia. Penulis ada perasaan (pegangan) ini ke?
Seterusnya, apa pendapat 'orang Melayu' tentang keadaan mereka di Singapura? Di anaktiri, discriminated, etc?? Mungkin agak menarik kalau dapat feedback drpd mereka.
Sallehan, Semenyih.
Bukan di Singapura saja malah di seluruh negara 1 Mesia juga. Singapura adalah bastion hegemony cina, terimalah hakikat ini! Kejayaan Singapura banyak di bantu oleh Mesia dan Indonesia di mana pemimpin2 dua buah negara ini secara langsong membantu Singapura dengan kebodohana serta korupsi mereka memerintah hingga khabarnya duit negara2 tersebut lebih banyak di Singapura dari negara sendiri!
Post a Comment