Menyanggah pandangan pakar
Kali pertama saya berpeluang duduk sebaris dengan Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang UIAM adalah sekitar bulan Mac 2007 lalu sebelum PRU ke 12. Ketika itu saya mempengerusikan sebuah forum yang beliau selaku ahli panelnyadi Subang Jaya (selain Sdr Anura Mohd Nor dari laman Umno Reform). Satu kenyataan beliau yang masih saya ingat sehingga kini bahawa beliau tidak percaya dan tidak berminat membaca blog dan melayari laman-laman web politik di internet.
Saya terkedu mendengar pandangan beliau yang saya kira jujur itu. Barangkali kerana mahu kekal pada kepakaran beliau selaku “mahaguru” undang-undang khasnya dalam bab perlembagaan negara, maka apa sahaja yang selain itu, tidak menjadi asas keutamaan dan rujukan beliau.
Dr Aziz memang rajin mengeluarkan pandangan samada dalam bentuk berforum atau menulis di akhbar dan majalah. Lazimnya ruang-lingkup perbahasan dan perdebatan beliau terhad pada kepakaran beliau. Masakan seorang pakar bedah mahu menonjol berbahas dalam bab ekonomi atau seorang jurutera angkasa mahu berbahas bab nasib para penajaj kecil atau seorang tok mudim mahu menganyam tikar. Walaupun tidak salah semua itu, tetapi adabnya seorang pakar akan bersilat dalam gelanggang kepakarannya.
Kecualilah pakar yang memilih terjun dalam dunia politik. Biasanya dalam keadaan ini kepakarannya ditinggalkan dan politik menjadi keutamaan. Doktor gigi menjadi Menteri Besar, tidak lagi mencabut atau menampal gigi, tokoh korporat menjadi Menteri Besar tidak lagi sibuk mengurus harta dan empayarnya, jurutera mekanikal menjadi Menteri Besar tidak lagi membida kontrak memperbaiki atau mebekal lif.
Begitulah saya kira Dr Aziz, selagi beliau menguna label pakar undang-undang, maka segala tari dan lenggoknya berkenaan perlembagaan, undang-undang dan peraturan negara hatta diperingkat antarabangsa sekalipun akan dipandang tinggi dan dihormati serta menjadi bahan rujukan.
Bagaimana kalau pakar ini bermain politik?
Dalam artikelnya di akhbar Sinar Harian hari ini Dr Aziz saya lihat cuba menyimpang dari kepakarannya, dan berjinak-jinak pula sebagai pengulas politik. Pakar undang-undang ini mahu membuat analisanya darihal PRK Bagan Pinang yang mana calon PAS dari Pakatan Rakyat kalah baru-baru ini. Dari seorang pakar undang-undang beliau terjun menjadi penganalisa politik.
Bagi Dr Aziz, iktibar dari Bagan Pinang menyeru PAS agar melakukan reformasi kepimpinan Dari Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor sehinggalah Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan malah Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS semuanya perlu ditukar. Malah bagi Dr Hasan bukan sekadar ditukar, meminjam ayat yang digunakannya: “…menyingkirkannya terus.”
Dimana Dr Aziz ketika PAS menang di Bukit Gantang, di Kuala Terengganu (kerusi Umno berjaya PAS rampas), di Manek Urai, di Permatang Pasir? Dimana Dr Aziz ketika PKR tewas di Batang Ai? Kenapa tak disuruh tukar Dato Seri Anwar, singkirkan Azmin Ali, contohnya?
Saya tidak menafikan kekalahan PAS di Bagan Pinang perlu menjadi iktibar buat semua. Kita kalah undi pos, kalah peti undi Melayu, kalah peti undi Cina, kalah peti undi India. Setelah menang beberapa siri pilihanraya kecil, satu kelahan ini perlu menginsafkan semuapihak. Banyaklah sebab musababnya, PAS cuma punya 3 cawangan di DUN berkenaan, kekuatan pengaruh peribadi Isa Samad walaupun bernoda dengan rasuah politik, humbanan sogokkan politik dan kehadiran undi pos yang besar.
Tetapi bagi Dr Aziz, pemimpin tertinggi PAS perlu disalahkan. Sedangkan PAS sejak ia ditubuhkan masuk menyertai pilihanraya dan pilihanraya kecil dalam satu saf ketumbukkan dan pertanggungjawaban bersama. Bila menang kita ucap Alhamdulillah dan kita bersyukur serta menerima kemanangan itu bersama manakala apabila tewas kita begitu juga dan menerimanya bersama jua.
Kekuatan PAS bergantung pada akar umbinya sehinggalah ke puncak tertinggi kuasa di dalamnya iaitu Presiden dan Mursyidul Am. Bagaikan sebuah pohon yang besar, semuanya merasa bersama senang dan susah. Tidak pernah PAS menuntut pemimpinnya ditukar apabila kalah pilihanraya, kecualilah mereka yang berjuang untuk kemenangan semata-mata tanpa mengambil kira ujian dan dugaan dari Allah swt.
Rasulullah saw sendiri dan para sahabat pernah menang dan kalah dalam peperangan, inikan pula kita.
Itulah bezanya orang yang duduk dalam saf perjuangan dan mereka yang melihat dari luar. Orang yang di dalam yang merasa panas terik dan basah dek hujan, menghargai nilai dan erti perjuangan berbanding mereka yang bersenang-senang di luar.
PAS pernah kalah teruk pada PRU ke 11 tahun 2004, hilang Terengganu dan bertahan dengan majoriti kecil di Kelantan. Ketika itu Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang lah pemimpin nombor satunya. Kemudian pada PRU ke 12 tahun 2008 lalu, dengan takdir Allah swt PAS dan rakan-rakan lain menang besar sehingga bersama berkuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak (kemudiannya dirampas melaluipintu belakang), Selangor dan menang bear di Kelantan. Siapa Presidennya ketika itu jika tidak Tuan Guru juga!
Maaf tetapi saya menolak pandangan pakar undang-undang ini dan ulasan beliau itu. Kehebatan dan penguasaan ilmunya dalam bidang undang-undang saya iktiraf dan kagumi, namun apabila berceloteh tentang politik saya kira rakan-rakan kita di peringkat cawangan nun jauh di cerok hutan atau di kaki gunung lebih matang dan tajam.
Dr Aziz berhak mengeluarkan pandangannya, tetapi apabila luar dari kepakarannya, tiadalah sehebat mana dia berbanding kita yang awam ini. Cumanya kerana taraf dan kedudukan beliau, ruang akhbar yang besar menjadi medannya.
Bagi saya PAS perlu konsisten dalam perjuangan. PAS perlu terus bekerja keras dan memperteguhkan kekuatannya di tempat dan negeri yang ia kurang kekuatan dan mempertingkatkan kekuatan ditempat yang ia telah kuat. Tambah ahil, tambah cawangan, jangan kerana nyamuk seekor dua, habis kelambu hangus kita bakar, itu menyimpang dari sukatan tarbiyah yang kita terima.
Hayatilah sebahagian dari senikata lagu PAS:
Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat Daulah Islamiyah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan
Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi……….
15 comments:
Apakah Rasullullah SAW dan para sahabat telah meletakkan jawatan ketika berlaku kekalahan di Medan Uhud?
Kemenangan merampas kerusi daripada BN di Kuala Terengganu adalah sebuah kemenangan sebenar, sementara kemenangan di PRK yang lain hanyalah mempertahankan kemenangan.
Dalam Isu Kuil di Shah Alam, jelas sekali Prof Dr Aziz Bari tidak mengikuti ucapan dan penjelasan sebenar dari TG Presiden tolong suakan link ini kepada beliau :
http://www.youtube.com/watch?v=BKSLop0GloY
Bila sudah ada sentiment dalam diri cukup menebal, kadangkala sePakar mana pun boleh terbabas dari apa yang ditekuninya
Doakan Prof Aziz , bercakaplah atas prinsip < jangan sentimen menguasai diri....
1--dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu (wahai Muhammad) " annisaa' : 78
2--Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: "Ini ialah hasil usaha kami", dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanyadi tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.al a'raaf:131
cuba renung 2 ayat ini..menceritakan sifat buruk 2 umat terhadap nabi mereka..fikir2kanlah
Selamatlah Parti Islam Melangkah
Membimbing Ummah Ke Medan Siasah
Berpedomankan Al-Quran dan Sunnah
Suburlah Hidupnya Dan Pasti Berbuah
pandangan Dr Aziz boleh diterima @ ditolak. Ianya bukan Quran dan Hadis.
Pandangan Dr. Aziz ini sebenarnya mengambarkan tahap mentaliti beliau. Beliau ini jelas seorang yang dikuasai oleh sentiment bila berbicara.
Seorang pakar sepatutnya berupaya memberikan komen yang kritikal, tanpa berpihak dan tidak dipengaruhi oleh sentiment. Walaupun ia mungkin bukan bidang beliau, tetapi sekirannya beliau mempunyai tahap intelektual yang tinggi, beliau masih boleh bersifat kritikal dalam memberikan komen.
Saya membaca juga beberapa tulisan dan pandangan beliau dalam beberapa isu yang lepas dan juga membaca jawapan balas dari pakar-pakar yang lain. Secara jujur, saya sebagai orang tengah mendapati pandangan Dr. Aziz banyak kelemahan. Ia lebih kepada sentimen untuk menyokong puak tertentu sekalipun terpaksa menegakkan benang yang basah.
Jadi tidak hairanlah beliau boleh mengeluarkan post mortem beliau yang begitu dangkal tentang kekalahan PAS di Bagan Pinang.
Amat malang bila PR terus menerus berpaksi pada beliau semata-mata kerana title Dr. dan Prof yang ada pada beliau dan juga kerana sikap beliau yang menyokong PR secara membuta tuli.
anggaplah ia pandangan politik beliau sebagaimana saudara berhak berpandangan politik.
sapa2pun bebas beri pandangan asal ada akhlak dlm kata2 dan tulisan.
kita lihatlah laporan Harakah selepas kalah 2004 dulu.......pimpinan Pas sendiri kritik secara negatif TGHH.
ada yg tulis.....seandainya us. Fadzil masih memimpinlah.............ada yg perli "siapa yg syahid dlm pru 2004" memerli TGHH yg sebut kisah uhud.
kali ni pun ada yg kritik TGHH tak berkampung di bagan pinang.
sedang dia akui dia pun ada di luarnegara.
Prof! Terima kasih di atas ulasan anda. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dipilih oleh perwakilan, Ustaz Nasaruddin juga ditentukan oleh perwakilan sedang Dr. Hassan Ali dilantik oleh para pemimpin yang dipilih oleh perwakilan. Siapa pun boleh memberi pandangan untuk mengekal atau menyingkir seseorang dari barisan kepimpinan sesebuah organisasi namun ahli-ahlilah yang paling berhak menentukan siapa pemimpin mereka. Kami memilih pemimpin kami bukan untuk menang pilihanraya semata-mata tetapi apa yang kami harapkan dari pemimpin kami adalah mereka mampu menunjuk jalan ke arah redha Allah. Ahli PAS adalah ahli kepada gerakan Islam yang matlamatnya adalah redha Allah dan pilihanraya hanyalah wasilah ke arah mencapai cita-cita kami. Lantas kami amat berterima kasih kepada kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Nasaruddin, Dr. Hassan Ali dan yagn lain kerana sudi memimpin kami. Percayalah biar siapa pun di luar jemaah ingin perubahan kepimpinan namun kami lah ahli yang paling berhak menentukan siapa pemimpin kami. Kami biasa menangis bersama dan kami biasa gembira dengan mereka. Pertautan di kalangan kami adalah pertautan hati dengan siraman iman bukan pertautan nafsu disaluti intan. Andai benar kami perlukan perubahan biar kami yang putuskan. Kalau Prof ingin juga perubahan dalam PAS, dapatkan dulu status perwakilan dalam muktamar akan datang.
KENYATAAN IKPNT TERHADAP TULISAN PROFESOR DR AZIZ BARI
Institut Kajian Polisi PAS Negeri Terengganu (IKPNT ) tertarik untuk memberi respon terhadap satu penulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pensyarah Undang-Undang UIAM, Gombak di dalam ruangan Perspektif Sinar Harian Isnin 19 Oktober 2009 di bawah tajuk “Pengajaran dari Bagan Pinang: Pas kena ambil langkah drastik lakukan reformasi kepimpinan”
IKPNT mendapati bahawa penulisan tersebut tidak seimbang dan hujah-hujah yang digunakan tidak bertepatan, memandangkan beliau pada asalnya menyebut “sekadar hendak mengungkap beberapa perkara yang penting dari sudut perlembagaan khususnya dan sistem politik umumnya”. Sepatutnya beliau banyak membicarakan kepincangan dalam PRK tersebut dari sudut undang-undang yang penuh dengan keganasan dan penipuan yang dilindungi oleh undang-undang. Pandangan terhadap keraguan proses undi pos, salahguna jentera kerajaan, ketelusan SPR dan rasuah patut diberikan pandangan dan penjelasan oleh beliau sebagai seorang ahli undang-undang.
Tetapi, sebaliknya, beliau telah membicarakan perubahan kepimpinan yang mesti dilakukan oleh PAS secara drastik. Apakah kepimpinan PAS patut bertukar secara drastik selepas kekalahan di Bagan Pinang? Sedangkan Pas berjaya mengekalkan kemenangan dalam PRK Bukit Gantang, Manik Urai, Pengkalan Pasir dan merampas kerusi BN di Parlimen Kuala Terengganu. Dalam semua PRK tersebut, kepimpinan PAS adalah kepimpinan yang sama dengan PRK N.31 Bagan Pinang. Umum juga mengetahui penyertaan Pas di Bagan Pinang disedari sukar untuk dimenangi atau sebagai “underdog” sebagaimana dikatakan oleh Pengarah PRK N.31 Bagan Pinang, YB Salahudin Ayub.
Prof. Dr Aziz Bari telah berhujah secara tidak professional. Perlu difahami bahawa kepimpinan PAS adalah sebuah kepimpinan berjemaah, dan bukan hanya kepimpinan individu seperti yang disebut oleh beliau. Kepimpinan PAS adalah Kepimpinan Ulamak yang memikul tanggungjawab daripada amanah Allah S.W.T dan RasulNya, Muhammad S.A.W.
Pemimpin-pemimpin PAS bertindak berdasarkan keputusan-keputusan yang diambil di pelbagai peringkat selaras dengan prinsip Syura yang dipakainya. Prof. Dr Aziz Bari hanya melihat PAS sebuah parti politik. Sedangkan PAS adalah sebuah gerakan Islam yang bertanggungjawab dalam menguruskan semua polisi dan kegiatannya di bawah dasar kepimpinannya secara berjemaah.
IKPNT mengharapkan Prof. Dr Aziz Bari meneliti dengan tepat keputusan-keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat di dalam isu-isu yang berkaitan dengan kritikan beliau. Janganlah hanya menjeling kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dan mengatakan bahawa ini betul dan ini tidak betul sedangkan beliau sendiri tidak mendapat penjelasan rasmi daripada pihak yang berautoriti dalam PAS. Inilah yang sepatutnya beliau lakukan sebagai seorang yang arif dalam bidang undang-undang.
Kenapa beliau telah membuat satu persepsi yang tidak adil terhadap kepimpinan PAS dengan membahagikan kepada dua blok: pro-UMNO dan tidak pro-UMNO? Isu ini sepatutnya tidak timbul lagi kerana telah diberikan penjelasan mengenainya oleh pemimpin-pemimpin PAS. Adalah lebih bijaksana sekiranya komentar yang dibuat berlandaskan etika profesionalisme serta kefahaman yang benar terhadap PAS sebagai sebuah gerakan Islam.
Pemimpin-pemimpin PAS daripada dulu sehingga sekarang telah berjaya membuat perubahan politik dalam Negara, bahkan telah terbukti di kalangan pemimpin-pemimpin utamanya memainkan peranan di peringkat antarabangsa dalam memartabatkan Islam dan membela umat sejagat. Kenapa Prof. Dr Aziz Bari membuat penghakiman yang begitu mudah terhadap kepimpinan PAS?
IKPNT percaya kepimpinan PAS bersikap terbuka untuk menerima teguran. Walaupun begitu, kita sepatutnya berhati-hati (hazar) agar tidak terperangkap dengan agenda musuh melemahkan Islam.
Selasa, 20 Oktober 2009.
Kuala Terengganu.
Artikel ni mendatangkan para peng-komentar yang sangat seronok jiwa saya 'mendengar' alunan irama bahsannya... semoga terus lahir pejuang jihad pengangkat pedang, pena dan lain2...
Semoga kita jadi pejuang Islam yang membawa obor Islam di mana bumi dipijak... menang Pilihanraya itu bonus, apa pun Islam tetap dimenangkan dan ditinggikan
Salam,
Saudara Roslan, Teruskan dengan pandangan saudara, harap2 saudara tidak terikut2 dengan menggunakan kata2 yang kasar sperti yang digunakan oleh mereka yang tidak spendapat dengan saudara
Biarlah ahli PAS sendiri menentukan setiap dua tahun sekali untuk memilih siapa sahaja yang patut memimpin mereka.
Saya amat bersetuju bahawa kepakaran manusia adalah terhad dalam bidang mereka masing2 sahaja. Justeru amat tepat utk kita menyingkirkan sahaja pandangan Dr Aziz jika menyimpang daripada kepakarannya bahkan menyimpang juga daripada kebenaran. Cuma saya agak sedih hari ini bila terbaca komen TGNA yg seolah2 menyambut lontaran idea Dr Aziz yang terang2 bukan ahli PAS bahkan bukan perwakilan yg memilih saf kepemimpinan PAS. Komen saya terhadap komen TGNA, suara siapa harus kita dengar? Adakah suara mereka yg di luar PAS atau suara perwakilan kita sendiri? Sudahlah Tuan Guru, hentikan daripada mengungkit lagi baur2 fitnah yang dimulakan oleh mereka yg tidak memahami perjuangan PAS...
Jika TGNA yang bijaksana boleh "Membeli atau terbeli" lontaran idea Dr.Aziz ..!!
Ahli-ahli PAS pun patut setuju saja lah. Kan ke TGNA adalah segala2nya bagi PAS..!! Ikut saja lah nasihat Tok Guru Nik Aziz..!!
Jangan Derhaka nanti tak masuk Syurga..!!!
Salam,
Saya ada poskan 3 komen dalam blog rausyanfikir. Blog tu tak setuju dengan sikap dan pendekatan Ustaz Idris. Saya mungkin boleh bersetuju dengan blogger tu. Boleh tak kita bincang merit yang dinyatakan oleh Ustaz Idris? Merit Ustaz Idris hilang ditelan kritikan terhadap pendekatannya.
Salawat
Post a Comment