Thursday, October 22, 2009


Mainkan Amanah Rakyat – MARA

Laporan Ketua Audit Negara 2008 telah pun dikeluarkan kepada ahli-ahli Parlimen Malaysia. Laporan ini boleh didapati di laman web Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my

Sepertimana biasa banyaklah perkara-perkara curang dan penyelewengan didedahkan oleh laporan ini. Kerajaan Pusat, kerajaan negeri semuanya tidak terkecuali dari penemuan oleh pihak jabatan ini. Saya sendiri diberi kesempatan oleh YB Teresa Kok untuk melihat laporan berkenaan negeri Selangor ketika bertemu beliau di Subang Jaya baru-baru ini.

Pihak Jabatan memberikan laporan yang sangat baik terhadap pengurusan sekolah agama KAFA dan ini suatu petanda yang baik buat Selangor walaupun tidak dinafikan ada teguran-teguran dibidang lain termasuklah dalam soal pengurusan air.

Berhubung laporam Ketua Audit Negara (KAN) ini apa yang menarik perhatian saya adalah laporan dalam akhbar The Star hari ini yang bertajuk:

RM42,320 for a laptop

Dilaporkan bahawa Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Balik Pulau, Pulau Pinang telah membeli dua unit “laptop” jenis Acer Aspire pada harga RM84,640. sedangkan harga pasaran komputer berkenaan hanyalah sekitar RM4,500 seunit atau RM9,000 untuk dua unit.

Kolej berkenaan turut membeli 15 unit printer laser berjenama HP model P3005X pada harga RM7,722 seunit sedangkan harga pasarannya adalah RM5,000 seunit.

MARA turut membeli sejumlah RM358, 476 buku panduan mengajar (teaching manuals) sedangkan didapati buku-buku ini langsung tidak digunakan. Selain itu ia turut membeli software computer bernilai RM2.08 juta yang ia tidak perlukan.

Banyak lagi pendedahan dari laporan ini berhubung pembelian yang membazir dan menipu rakyat yang telah dilakukan oleh pihak MARA. Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini?

MARA yang ditubuhkan untuk membantu, melatih dan membimbing orang-orang Melayu dan Bumiputera agar berjaya dibidang perdagangan dan industri rupanya menjadi lubuk melesapkan wang dan memperkosa amanah rakyat.

Menurut laporan MStar Perdana Menteri dikhabarkan kecewa dengan penyelewengan-penyelewengan yang didedahkan oleh laporan berkenaan dan berjanji akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Memang beliau wajib bertindak. Pastikan tiada yang terlepas dari pertanggungjawaban hatta jika perlus eret menteri yang berkenaan sekali.

Sesungguhnya pendedahan ini khasnya berkenaan MARA memberi tamparan hebat kepada nama baik institusi berkenaan. Orang Melayu dan masyarakat Bumiputera sepatutnya menyanjung tinggi sumbangan MARA rupanya MARA sendiri adalah buaya yang menjahanamkan bangsa dan negara.

4 comments:

mutiarabp said...

Sdr Roslan,

Ada eloknya laporan audit negara ini "diextract" keluar satu-persatu especially utk negeri2 pakatan rakyat supaya blh dimuhasabah oleh mrk2 yg bkenaan.

Kita pun nk tau sejauh mana pencapaian di negeri2 yg dperintah oleh PR. Mungkin SPRM blh juga jadikan laporan audit ini sbg panduan gerakerja mrk. Jadi tidaklah mrk menyiasat secara membuta-tuli shj.

Wallahua'lam

Unknown said...

salam
kami menyokong penuh usaha kerajaan membasmi secukupnya gejala seperti ini, ia berlaku di mana2 tetapi itu adalah kes terpencil, jasa MARA terlalu banyak. terimakasih.

Anonymous said...

Tahukah anda bahawa laptop Acer adalah laptop paling hampeh? Mudah rosak bateri, LCD, dan motherboard. Sesiapa pun yang jual komputer tahu hal ni.

Bodoh punya MARA

Anonymous said...

Tipu la, aku pakai Acer okey jer.