Yang kalah tetap menang dalam Umno

Wednesday, October 27, 2004

YANG KALAH TETAP MENANG DALAM UMNO

Semalam Presiden Umno telah mengumumkan barisan kepimpinan Umno yang penuh selepas pemilihan Umno perigkat tertinggi baru-baru ini. Beliau menggunakan kuasanya untuk melantik 12 orang ahli Majlis Tertinggi tambahan, selain dari 25 yang menang dalam pemilihan tersebut. Selain itu beliau juga mengumumkan penjawat jawatan Ketua Penerangan dan Bendahari yang baru.

Yang menariknya kesemua calon-calon Naib Presiden Umno yang kecundang dalam pemilihan yang lepas iaitu Shahrir Samad, Adnan Yaakob, Mat Taib dan Mustapa Mohamad semuanya diberikan jawatan belaka walaupun telah ditolak oleh para perwakilan.

Shahrir, Adnan dan Mustapa dilantik ke MT manakala Mat Taib dilantik menjadi Ketua Penerangan yang baru menggantikan Megat Junid yang digugurkan.

Saya masih ingat calon-calon Naib Presiden yang kalah ini semuanya enggan bertandig jawatan MT walaupun dicalonkan oleh para perwakilan bahagian. Kononnya DO OR DIE BATTLE, dan pada saya taktik ini semata-mata dilakukan untuk meraih simpati para perwakilan semasa pemilihan. Kalau kalah Naib Presiden bermakna tak ada satu jawatanlah untuk saya diperingkat MT, demikianlah lebih-kurang. Dan Shahrir Samad meupakan salah seorang calon Naib Presiden yang sentiasa menegaskan pekara ini semasa beliau berkempen.



Walaubagaimanapun Pak Lah sayangkan mereka ini, Shahir memang merupakan BLUE EYE BOY Pak Lah dan demikian juga Adnan. Oleh itu tak hairanlah walaupun kalah, Pak Lah tetap tidak akan melupakan kroni-kroni yang disayanginya.

Tak percaya tengoklah pada Rais Yatim, Menteri Warisan yang dikira nasib politiknya akan menjadi sekadar warisan selepas ini, namun terus dilantik oleh Pak Lah sebagai ahli MT.
Sudah pastilah ini dilakukan oleh Pak Lah demi untuk meneguhkan kedudukan beliau dan orang-orangnya dalam MT.

Apabila ditanya pemberita mengapa orang yang tewas dilantik juga Pak Lah berkata:

Mereka yang kalah hanya bertanding Naib Presiden dan menganggap mereka, kalau tidak bertanding jawatan Naib Presiden, dan menjadi anggota MT mereka akan menjalankan tugas dengan baik.

Mereka akan menjadi anggota MT yang baik dan saya memang memahami dan tahu sangat prestasi mereka dan mereka tentu sekali sanggup untuk berkhidmat.

Siapa yang tak sanggup kalau dah dilantik percuma! Tanyalah Radzi orang kuat Pak Lah yang teguh di kerusi Setiausaha Agung.

Kesimpulannya kalau nak jadi ahli MT Umno secara pecuma, pemilihan akan datang bertandinglah jawatan Naib Presiden, barangkali Ku Li di Gua Musang perlu fikirkan perkara ini!


Kota Bharu an Islamic City

Tuesday, October 26, 2004

KOTA BHARU AN ISLAMIC CITY

The PAS led state governmet of Kelantan plans to declare Kota Bharu as an Islamic City next March 2005. What is an Islamic City? Will it be any different from other cities in Malaysia? Will it be any different from Kuala Lumpur the capital city of NEGARA ISLAM Malaysia?



According to Kelantan EXCO member Takiyuddin Hassan as quoted by MALAYSIAKINI recently:

Under the concept, an Islamic city’s leaders and administrators should be trustworthy, possess good knowledge of Islam and be sensitive to the people’s welfare. It also aims to promote the e-government concept and allow space for the public to criticise and advise the administrators.

He said the Islamic city concept is being introduced to ‘upgrade’ the city and this relates to the motto, ‘Develop Together With Islam’, mooted by Kelantan Menteri Besar and PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat.

He added that the municipal council will also encourage new buildings in the town to reflect Islamic architecture, which will also serve as tourist attractions. “Islamic architectural buildings are advisable, but not compulsory,” he said.

Elaborating, Takuyuddin said the PAS state government established Islamic management of Kelantan after winning it in the 1990 general elections and several policies in accordance to this have been implemented.

These include a freeze on gambling licences, the requirement for Muslims to dress according to what is prescribed by the religion and non-Muslims to dress decently at the workplace.

That certaintly seems like somethig to look forward to. Hopefully the leaders in the state would be able to truly transform Kota Bharu into an Islamic City as mentioned. Hopefully it wont be mere political rhetoric nor applying artificial cosmetic change to please political supporters.

On the other had we have seen what has become of Kuala Lumpur. Despite being the capital city of NEGARA ISLAM Malaysia, Kuala Lumpur boasts of having the most pubs, discos, entertainment outlets, licensed and unlicensed ones, that operates up to the wee hours each day. Prostitution is in abundance, readily available day or night, from five star down to Chow Kit standard.

Infact just recently the Federal Territory Mufti anounced that large numbers of GRO in the city are Muslim/Malay women. This despite a fatwa that prohibits Muslim women from becomig a one.

Of course meanwhile KL as NEGARA ISLAM Malaysia's capital city also boasts of having beautiful Islamic MONUMENTS such as the National mosque, the FT mosque, IKIM complex, Islamic museum and so on. Not forgeting loads of licensed gambling outlets that of course prohibits Muslims from participating.

All in all we hope Kota Bharu could really become a model Islamic City true to its meaning and philosophy. On this matter I recently got an email from a friend whose suggestions, findings and ideas are something that I feel the state should seriously look into, thank you Abu Hafidz:

Assalamu'alaikum wr wb

I picked up this piece of news item from MalaysiaKini early today attributed to Taqiyuddin Hasan. Kudos to the State Government of Kelantan under the guidance of YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

I stayed at Hotel Ansar during the recent PAS Muqtamar and found it to be very much wanting. It did not reflect, what more exude, the spirits of Islam which promote excellence in service quality and ambience.So the State, particularly the Municipal (City?) Council should ensure that public facilities such as mosques, hotels, bus terminals, streets, toilets are maintained at a high level of cleanliness and hygiene as espoused by Islam.

If this is upheld, then Kota Bharu is essentially an Islamic City. Allahu Akbar !!

Fi amanillah, wassalam

Abu Hafidz

Guna ISA

Friday, October 22, 2004

GUNA ISA TANGANI POLITIK WANG

Hari ini dah lapan hari umat Islam berpuasa. Memelihara diri agar tidak tewas dengan godaan dunia merupakan satu ujian yang perlu dilalui oleh setiap Muslim disiang hari di bulan Ramadhan. Ramai yang berjaya namun ramai juga yang kecundang.

Dalam menempuh dugaan ini muncul satu berita menarik dari BERNAMA. Khabarnya MB Pahang yang kalah jawatan Naib Presiden Umno masih belum selesai mengkisahkan darihal politik wang dalam pemilihan Umno berkenaan. Akan tetapi beliau masih berdegil enggan mendedahkan petualang berkenaan. Kata beliau:

I don't want to hurt the political career of my friends. If any Umno leader is caught for practising money politics, I don't want to get involved. Let the explanation come from other people, and not me," he told reporters at a hurriedly called press conference at his official residence here Thursday.

Sebagaimana tulisan saya yang lalu KREDIBILITI UMNO DIPERTIKAIKAN: DR. M nampaknya Adnan masih berahsia, tapi dalam pada berahsia tu marah, masih marah lagi.

Marahnya Adnan sehingga mengesyorkan dalam sidang akhbar yang sama agar ISA sepatutnya digunakan terhadap mereka yang mengunakan politik wang untuk menang itu. Kalau dalam masalah keselamatan negara ISA boleh digunakan mengapa tidak dalam kes politik wang? Kasar nampaknya cadangan tersebut, dalam erti kata lain kalaulah ISA digunakan maka sahlah kawan-kawan Adnanlah yang melambak merengkok di kamunting nanti.

Apa halnya Adnan takut sangat nak mendedahkan mereka ini? Dah tentu mereka ini orang keliling-kelalang calon yang menang. Bulan puasa ni berani kerana benarlah Dato' Seri, walau kawan sekali pun kalau dah penyangak dedahkan saja biar satu dunia tahu. Atau jangan-jangan orang Dato' Seri pun ada terlibat, guna politik wang tapi kalah, entahlah!

Ke mana orang Melayu

Wednesday, October 20, 2004

KE MANA ORANG MELAYU

Saya terbaca satu artikel baru-baru ini kalau tak silap dalam akhbar THE STAR berhubung keputusan pertandingan Malaysian Idol . Jaclyn atau JAC yang berketurunnan India telah berjaya mengalahkan DINA seorang Melayu dalam pertandingan akhir melalui undi SMS penonton seluruh negara. Artikel tersebut menyatakan rata-rata para pengundi tidak mengundi berdasarkan kaum tetapi mengundi artis yang paling berkualiti antara kedua-dua finalist.

JAC dan DINA

Malah dilaporkan dalam pertandingan Akademi Fantasia I juga peserta Cina Vince berjaya mengalahkan finalist yang rata-rata berbangsa Melayu.

Bermakna artikel tersebut cuba mengambarkan betapa harmonisnya negara ini. Penduduk keturunan Melayu khususnya sanggup mengenepikan ras bangsa masing-masing demi memburu pemenang yang terbaik. Malah itulah realiti dunia hiburan hari ini, tak mengapalah.

Masalahnya orang Melayu bukan dalam soal berhibur sahaja malah dalam hal kepimpinan, memilih pemimpin pun hari ini mereka sudah tidak berapa kisah. Sedangkan memilih pemimpin bukan macam memilih penghibur. Memilih pemimpin memerlukan beberapa kriteria dan merit penting kerana pemimpin tadi bertanggungjawab memimpin nasib dan masa depan kita. Kalau tersalah pilih sudah pasti implikasinya besar dan itu rata-rata orang Melayu khususnya yang memahami agama tahu sangat.

Tetapi dalam soal memilih pemimpin hari ini orang Melayu dah tidak kisah, serupa sahaja macam pilih penghibur. Dalam Pilihanraya Umum ke 11 lalu kita lihat orang Melayu sanggup memberikan undi kepada calon yang bukan Melayu/Islam sedangkan lawannya adalah calon Melayu/Islam mengapa begitu? Kalau yang bertanding tu dua-dua bukan Melayu/Islam tak mengapalah, ini jelas yang satu begini yang satu lagi begitu. Sedihnya orang Melayu buat tak hirau, sedangkan ini tanggungjawab yang penting yang perlu kita pikul bukan hanya di dunia malah sampai ke akhirat lantaran kita seorang Islam.

Contoh di Parlimen P.59 Bukit Gantang, Perak. 62.6% dari 53 880 pengundinya berbangsa Melayu. Tan Lian Hoe lawan Dr. Lo'lo' Ghazali. Yang menang Tan yang kalah Dr. Lo'lo'. Di N.14 kerusi DUN N.14 Bandar, Terengganu. Azmi Lob melawan calon Cina dari MCA. 60.9% dari 18,438 pengundinya Melayu Islam. Yang menang MCA yang kalah Azmi Lob. Dan banyak lagi contoh yang seumpama ini boleh diberi di seluruh negara.

Saya teringat dalam pilihanraya tahun 1990 dahulu di satu kawasan di pendalaman Selangor. Pertandingan antara calon India dan calon Melayu. Seorang pengundi tua bila ditanya nak pilih calon mana dia beritahu, kalau menang calon Melayu ni, ditakdirkan aku meninggal dunia, kurang-kurang dia boleh sedekahkan Al Fatihah, calon yang lagi satu wallahualam.

Renunglah perkara ini dalam kita sedang berlapar menghadapi menghadapi Ramadhan al Mubarak ini. Orang Melayu ke mana maruahnya kalau memilih pemimpin pun nak disamakan dengan memilih penghibur. Bukan saya bertujuan nak melaga-lagakan antara bangsa-bangsa di negara ini namun demikianlah hakikatnya kedudukan orang Melayu. Dalam hal ini saya yakin kalau ada calon Melayu bertanding di Parlimen Bukit Bintang yang hampir 80% pengundi Cina janganlah harap mahu dapat undi dari bangsa lain, undi bangsa sendiri pun belum tentu boleh dapat.



kREDIBILITI uMNO

Monday, October 18, 2004

KREDIBILITI UMNO DIPERTIKAIKAN: DR M

TIRU MACAM SAYA

Dalam akhbar THE STAR hari ini terdapat wawancara eksklusif bersama bekas PM Dr Mahathir. Dr M telah menghuraikan secara panjang lebar pandangannya berhubung isu-isu semasa. Yang menarik adalah komen beliau terhadap Umno dan wabak politik wang.

Beliau mendakwa politik wang sebenarnya telah wujud dalam Umno sejak sekian lama. Dalam tahun 1975 semasa beliau bertanding jawatan Naib Presiden terdapat orang tertentu yang menemui beliau untuk mendapatkan wang bagi membeli undi mereka ketika itu:

But usually corruption in Umno I know is giving money. There were people who came to me before I was elected vice-president (1975) and told me if I gave them money they were prepared to give me a bloc vote.

Tambah beliau ianya menjadi semakin kencang semasa Tengku Razaleigh mencabar beliau dan kini ianya semakin parah. Lantaran itu katanya imej Umno semakin rosak. Politik wang menjadi-jadi kerana Umno tidak berupaya mengatasinya dari dalam. Tidak ada sesiapa yang berani tampil kedepan mendedahkan perlakuan sumbang ini, keluh beliau.


Thats the problem with money politics. People talk about it but people do not want to do anything about it. In fact two of the most senior people who lost (in the Umno elections) have said they know who but they cannot reveal because it would hurt their friends. Now if you are thinking about your friends then of course lets not talk about money politics. But if you are thinking about the nation, the people, the morality of the people, the success or failure of the people whether we elect corrupt leaders or not, then we must start, we must say "He is the one who gave."


Bersungguh Dr M apabila membicarakan masalah politik wang ini. Yang anehnya politik wang dizaman Pak Lah ni Dr M menuntut agar yang memiliki bukti tampil kedepan, namu politik wang di zamannya, sebagaimana yang beliau sendiri dedahkan di atas, tak pula Dr M membongkar siapa petualangnya. Agaknya sebab dia menang macam Isa Samad maka tak perlulah mendedahkannya, macam Adnan yang kalah maka wajib mendedahkan petualangnya.


Masing-masing garu kepala nampaknya?


Sesungguhnya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini sambil kita berdiri solat tarawih di belakang imam hafiz dikebanyakkan masjid dan surau yang membawa satu juzuk setiap malam, eloklah kita renung-renungkan ayat berikut.

Allah swt berfirman dalam Surah An Nisa' ayat ke 135:


Hai orang-orang yang beriman jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri atau ibu-bapamu dan kaum kerabatmu samada dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih utama dari kemaslahatan keduanya. Maka janganlah kamu mengikut hawa nafsu sehingga kamu tidak berlaku adil. Dan jika kamu memutarbelitkkan keadilan atau menolak menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.


Selagi politik wang tinggal sebagai bahan sebutan tanpa ada yang berani tampil menjadi saksi atas dasar kebenaran, maka selagi itulah kredibiliti Umno akan semakin longgar dan pudar dari hari ke hari.


Polemik Hassan Shukri

Sunday, October 17, 2004

SELESAIKAN SEGERA POLEMIK HASSAN SHUKRI

Ianya bermula dari Majlis Hi Tea anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas pada 26 September lalu. Tetamu khasnya adalah Senator Ustaz Hassan Shukri, Timbalan Presiden PAS. Yang menimbulkan kontreversial adalah "apa yang dikatakan" kenyataan Ustaz Hassan dalam majlis tersebut yang dilaporkan berbunyi:

Senator Ustaz Hassan Shukri

Kita jangan terlaju dalam menerajui isu Anwar kerana jika diteliti secara betul-betul tuduhan ke atas Anwar, dia tetap bersalah, cuma keraguan berlaku tentang tarikh kejadian. Sebab itu dia (Anwar) terlepas. Jika mahkamah bertindak semula, ini akan mengaibkan PAS.

Adakah benar Ustaz Hassan membuat kenyataan ini? Apakah kandungan sepenuhnya ucapan beliau, apa kesimpulan yang dibuatnya dari isu Anwar yang beliau ulas pada hari tersebut?

Ustaz Hassan adalah Timbalan Presiden PAS, beliau berjasa besar dalam parti, dan orang PAS memandang tinggi pengorbanan beliau yang konsisten dalam parti samada diwaktu senang maupun susah. Lantaran itu dalam pemilihan parti yang lalu beliau memenangi kerusi Timbalan Presiden.

Oleh itu semua pihak perlu bersikap terbuka dalam hal ini. Mesej yang cuba diketengahkan kini telah pun diketengahkan. Pasti siasatan terperinci perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati tanpa emosi dan prejudis. Saya mengesyorkan agar Dewan Pemuda PAS Kawasan dengan penuh ikhlas memberikan laporan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Dewan Pemuda negeri. Sekiranya berasas maka Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bertanggungjawab membawa isu ini samada dalam Dewan Harian Pusat maupun JK Kerja PAS Pusat, minta supaya Ustaz Hassan membuat penjelasan.

Jangan biarkan isu ini disepak terajang oleh pihak lain sehingga dapat dieksploitasi oleh pihak musuh. Kedudukan Ustaz Hassan hari ini ditentukan oleh ahli-ahli PAS lalu apa pun isunya biarlah ahli-ahli dan pimpinan PAS yang menyelesaikannya. Diperingkat ini atas nama persahabatan tidaklah wajar mana-mana pihak samada sesama BA atupun rakan reformis lebih-lebih lagi kalangan ahli-ahli PAS mengeruhkan lagi suasana. Janganlah institusi ulamak ataupun pengurusan parti PAS yang didokong oleh 1 juta ahli dan lebih ramai lagi yang bersimpati dijadikan alat untuk diserang oleh mana-mana pihak yang mengelar diri mereka sahabat.

PAS telah melalui pelbagai kontroversi yang lebih runcing dan mencabar namun telah berjaya mengatasinya dengan penuh matang dan bijaksana. Berilah peluang bagi semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan isu ini, sekali lagi saya menegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat perlu mengambil inisiatif dalam hal ini. Allah swt akan sentiasa berasama dengan mereka yang benar.


Pak Lah tak layan CUEPACS

Friday, October 15, 2004

PAK LAH TAK LAYAN CUEPACS

CUEPACS yang mewakili lebih 1 juta kakitangan kerajaan telah menuntut agar kerajaan menyemak semula tangga gaji mereka. Desakan ini dibuat ekoran kenaikan harga produk-produk petroleum yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Lantaran kenaikan harga petrol, pengusaha-pengusaha pelbagai industri mula menaikkan harga barangan masing-masing, trend ini seolah-olah diluar kawalan dan CUEPACS merasakan diri mereka menjadi mangsa keadaan.

Petrol walaupun naik cuma 5 sen se liter namun ini merupakan kenaikkan kedua dalam tempoh kurang 12 bulan. Harga ayam turut naik yabg mebnambahkan lagi kebimbangan CUEPACS dan rakyat jelata.

Lalu padanlah ekoran kenaikan mendadak ini CUEPACS minta disemak semula gaji mereka. Tidak dapat dinafikan salah satu segmen yang gajinya tidak banyak berubah adalah kakitangan kerajaan. Ada orang kata, kakitangan kerajaan ada pencen.....Namun hakikatnya mereka sama-sama mengharung hidup sebagaimana kakitangan bukan kerajaan. Dahlah gaji kecil, bebanan hidup mereka semakin menekan. Sekolah anak, tuisyen, pakaian, buku, sewa rumah, pinjaman rumah, pinjaman kereta, sara hidup.......pihak lain naik gaji jauh ke hadapan meninggalkan mereka, orang dapat bonus berlipat ganda mereka dapat 1 bulan itupun kalau bernasib baik contohnya sebelum pilihanraya.

Bagi saya Pak Lah harus menimbangkan tuntutan ini. Kerajaan tidak ada mekanisma untuk menahan kenaikan harga barangan. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Dalam isu ini meja pengarang THE STAR menyebut:

If they should insist on a yearly bonus as well as demanding for more pay, then they are likely to kill the goose that lays the golden egg.

Seolah-olah meletakkan tuntutan CUEPACS ini bagai tidak rasional dan keterlaluan. Bukankah pihak kerajaan juga yang berbangga dengan banyaknya "golden eggs" mereka. Malaysia negara maju, pertumbuhan ekonomi yang terbesar di rantau ini, taraf hidup rakyatnya lebih baik dari penduduk Amerika, tiba-tiba minta gaji naik sikit, dikatakan mahu "kill the goose".

Barangkali THE STAR boleh contribute keuntungan dan bonus yang diberikan kepada kakitangan mereka sedikit kepada CUEPACS kalau sayang sangat "the goose".




Selamar berpuasa

Thursday, October 14, 2004

SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN AL MUBARAK

Insyallah umat Islam akan mula berpuasa Ramadhan mulai esok. Mulai malam ini kita dituntut menunaikan solat sunat tarawih samada di masjid-masjid, surau-suarau ataupun bersama keluarga masing-masing di rumah.

Yang pastinya Ramadhan akan menjadi satu kem ibadah yang akan membimbing diri kita semakin dekat dengan Allah swt. Rugilah mereka yang tidak memulia dan memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini.

Dari Ubadah bin AshShamit, bahwa Rasulullah bersabda:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do'a. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmatAllah di bulan ini. "

(HR.Ath-Thabrani)

Selamat berpuasa dan selamat membesarkan bulan Ramadhan al Mubarak

ROSLAN SMS

Selamatkan remaja kita

Wednesday, October 13, 2004

SELAMATKAN REMAJA KITA

THE STAR hari ini melaporkan penemuan dari kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengilang kondom iaitu DUREX GLOBAL SEX SURVEY 2004. Penemuan ini pasti mencemas dan membimbangkan mana-mana ibu-bapa dan anggota masyarakat yang menitikberatkan akhlak dan pembentukan moral keluarga.

Berdasarkan kajian tersebut dari 8,202 respondan di Malaysia dari kalangan remaja rata-rata didapati hitung panjang umur remaja yang mula mengadakan hubungan seks di luar nikah adalah 19 tahun. Manakala respondan dari kalangan remaja yang berumur 20 tahun ke bawah pula mengakui mula mengadakan hubungan seks seawal 17 tahun!

Inilah realiti golongan remaja kita pada hari ini. Suka tidak suka realiti ini turut melibatkan semua pihak termasuklah kita sendiri kerana pasti anak-anak kita, adik-beradik kita, saudara-mara kita ada yang terkelas dalam golongan ini. Bayangkan nasib dan masa depan masyarakat kita sekiranya trend membimbangkan ini berterusan. Remaja Islam yang terlibat sudah pastilah menanggung beban zina sepanjang hayatnya. Apa berlaku sekiranya hasil dari hubungan sumbang ini melahirkan zuriat pula?

Pengunjung Konsert Scorpion bertemu Pemuda PAS

Jelas remaja kita pada hari ini berada dalam situasi yang bebas sehingga tidak lagi mampu dikawal oleh keluarga, masyarakat dan negara sendiri. Tambahan pula pintu-pintu untuk terus mencetuskan maksiat dan kelalaian yang membawa kepada maksiat berterusan di buka dari hari ke hari atas nama kemajuan dan kemodenan. Gelombang dunia tanpa sempadan yang tiada kawalan semakin mempunahkan penghidupan.

Lalu ke mana nak kita tuju? Kerajaan kelihatan bersungguh mahu menerapkan Islam Hadhari memartabatkan rukunegara yang padanya terkandung rukun - KESOPANAN DAN KESUSILAAN namun kesemuanya dilihat retorik semata-mata, modal politik yang tiada nampak keberkesanannya. Hadhari sana sini namun yang haram tetap berleluasa, dilesenkan dan dibenarkan. Golongan yang ingin mengenengahkan formula penyelesian Islam dipandang dingin malah diperlekehkan pada pandangan masyarakat.

Lantas jadilah kita laksana tikus mahu membaiki labu, labu semakin carik, lopong dan lunyai kerana tikus yang sepatutnya membaiki labu tadi turut membaham dan memamahnya demi melayan nafsu dan perutnya yang kosong. Bilakah kita boleh serius menangani masalah besar ini atau kita hanya sekadar menjadi labu tadi menunggu masa dibaham tikus lapar yang dikatakan pakar!

MERITOKRASI

Tuesday, October 12, 2004

MERITOKRASI DR MARIAH: PAS PERLU PERTIMBANGKAN

Akhbar THE SUN keluaran hujung minggu lalu dikira menarik kerana memuatkan wawancara pemberita terkemuka JOYCELYN TAN dengan tokoh wanita PAS, DR SITI MARIAH MAHMUD yang juga AJK PAS Pusat.

Banyak isu yang telah disentuh dalam wawancara panjang lebar tersebut. Jelas dalam wawancara ini Dr Mariah telah menonjolkan suatu imej yang jarang-jarang didengari oleh orang-ramai khususnya rakyat Malaysia. Selama ini rakyat dimomokkan seolah-olah wanita PAS adalah warga kelas dua yang tidak mendapat tempat dalam parti tersebut. Melalui wawancara ini Dr. Mariah seorang profesional, pemimpin kanan PAS yang duduk sebaris dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden PAS di dalam JK Pusatnya, telah berjaya membuktikan betapa wanita di dalam PAS sebenarnya berperanan besar dan sentiasa bersama arus perdana parti tersebut.

Satu isu yang menarik perhatian saya adalah apabila JOYCELYN menyoal berhubung isu pendidikan dan jurang antara penduduk bandar dan luar bandar, Dr Mariah telah dengan berani mengulas langsung isu meritokrasi yang menjadi isu perdebatan besar dalam masyarakat hari ini.



DR SITI MARIAH MAHMUD - AJK PAS PUSAT

Kata Dr Mariah beliau bersetuju dengan meritokrasi sebagai suatu syarat di bidang pendidikan, namun meritokrasi itu tidaklah semata-mata bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata tanpa mengambil kira faktor lain. Beliau melontarkan beberapa syarat tambahan yang perlu diambil kira, termasuklah jurang antara sekolah bandar dan luar bandar tadi, pendapatan ibu-bapa, taraf hidup dan seumpamanya yang perlu turut dijadikan garis panduan kepada perlaksanaan meritokrasi.

Dr Mariah menyebut:

So, a Malay in the urban area compared with a Malay in the rural area, definitely they are far apart. So, to me, in this set-up, if you want to look at meritocracy, it's not only grades. I do not agree with just grades. You have to have criteria for everything in education.

For instance, academic performance, you give a certain weightage. Schools! Which school do you come from? If you are in VI [Victoria Institution] and someone else can score a better result in, say, Sekolah Menengah Pokok Sena, where I come from, which is very rural, definitely, we know who will perform better.

So, the schools will also have to be graded. Urban, rural, family background. Come on, if I am a doctor and my children are hopeless, there's something wrong. There must also be family criteria. If my son can only get the same result as someone in the rural area, then the farmer's son deserves better than mine.

Similarly, when you draw up these criteria of meritocracy, we have to look into all aspects to be fair. And weightage to be given, everybody sit down ... MIC, MCA, DAP, PAS ... everybody, all walks of life, sit down and together we make the weightage, the criteria, for meritocracy, not just academic.

And from there, we stick to it. We will fight about it, never mind. We [can] sit down or throw chairs at each other and say how this should be... and if we all Malaysians can accept this sort of meritocracy and criteria, then everybody will be happier.

Bermakna disamping kecermerlangan akademik, murid di luar bandar dikenakan standard yang berbeza dengan yang di bandar, pelajar dari keluarga yang kaya dikenakan standard yang lebih tinggi dari yang miskin dan begitulah berikutnya.

Saya kira idea ini sungguh bernas dalam situasi masyarakat berbilang kaum dalam negara kita. PAS perlu mengkaji cadangan ini dan dijadikan sebagai dasar perjuangannya berhubung isu pendidikan. Rakyat malaysia di luar menunggu-nunggu pandangan PAS berhubung isu-isu seumpama ini. Jangan persiakan pandangan baik ini.

Jelas dalam wawancara tersebut JOYCELYN begitu tertarik sehingga bertanya adakah PAS akan mengemukakan tuntutan seumapam ini dalam isu meritokrasi. Oleh itu saya meminta agar pimpinan PAS segera bertindak demi kebaikan semua pihak.

Lagi cerita bintang-bintang

Sunday, October 10, 2004

LAGI CERITA BINTANG-BINTANG

Akhbar-akhbar tempatan masih belum reda melaporkan kontroversi penganugerahan bintang-bintang kebesaran sempena ulang tahun ke 66 Yang Dipertua Negeri Melaka. Melaka kali ini terjebak dengan kontroversi lantaran ramainya yang menerima gelaran Datuk pelbagai kelas, iaitu 84 penerima anugerah termasuk Pak Lah, Adnan MB Pahang, isteri Ketua Menteri Ali Rustam sendiri, Khalid Jefri dan lain-lain. Walaubagaimanapun rekod masih dipegang oleh Pahang dengan 96 yang dianugerah pada tahun 2002.

Ada orang mengatakan kalau dilontar batu ke langit di KL jatuh dan terkena seseorang pasti orang tersebut bergelar Datuk, nak menunjukkan betapa bersepahnya rakyat yang memiliki gelaran Datuk tak kiralah samada betul-betul layak ataupun dibeli pada harga pasaran melalui broker-broker tertentu.


MASITAH: TENGOK SUAMI AKU PUN DAPAT BINTANG

Sesungguhnya anugerah ini merupakan tradisi yang diamalkan oleh Raja-raja Melayu terhadap warga yang telah berjasa kepada negeri ataupun negara. Kemudiannya Yang Dipertua negeri-negeri turut menganugerahkan darjah yang sama, dan dalam kes Melaka negeri yang tidak bersultan jauh mengatasi negeri yang bersultan dalam memberikan darjah ini! Pernah dalam satu Perhimpunan Umno Dr Mahathir yang ketika itu Presiden dengan secara sinis berkata bahawa kita pun nak kepada Sultan kerana boleh dapat gelaran Datuk, itu sahaja.

Memberikan gelaran bagi mengiktiraf jasa seseorang bukanlah tradisi di Malaysia sahaja. Di UK gelaran Sir dan sebagainya dianugerahkan oleh Queen. Malah Rasulullah saw juga turut memberikan gelaran tertentu kepada para sahabat lantaran mengiktiraf jasa dan pengorbanan mereka antaranya Saidina Abu Bakar digelar "Assiddik", Omar digelar "Farouk" dan sebagainya.

Di Malaysia selain tokoh-tokoh tertentu disamping ahli-ahli politik dari parti kerajaan jarang sekali anugerah diberikan kepada tokoh dari parti-parti pembangkang. The few exceptions adalah Datuk Ahmad Boestaman - Datuk Sarawak, Tan Sri Dr Tan Chee Khoon - setelah bersara. Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Nor walaubagaimanapun menerima gelaran Dato' Kedah semasa menjadi Ketua Pembangkang, ketika itu Sanusi Jonid MB Kedah. Sepatutnya semua pihak kenalah bersikap lebih terbuka dalam hal ini dan mencontohi Sanusi.

Berbalik kepada isu Melaka, anugerah di negeri tersebut walaupun diberi oleh Yang Di Pertua Negerinya namun Ketua Menterilah yang sebenarnya berkuasa megeluarkan senerai penerimanya. Dikhabarkan setelah menang jawatan Naib Presiden maka ramailah yang terpaksa dibalas jasanya oleh Ali Rustam, lantaran itulah senarainya berjela-jela.

Adnan Pahang dikhabarkan mulanya enggan terima kerana luka dikalahkan oleh KM Melaka itu masih belum reda.

Kesimpulannya padanlah Rais Yatim dalam isu ini dipetik sebagai berkata:

Anugerah gelaran Datuk yang terlalu mudah diperoleh boleh mengundang sangkaan atau rasa syak kepada masyarakat.

Ditanya adakah anugerah itu kena mengena dengan pemilihan Umno baru-baru ini beliau hanya memberitahu - Apa yang berlaku di sebalik tabir, hanya Allah sahaja yang tahu.



Jeff Ooi dan PAS

JEFF OOI: KEPIMPINAN HUSAM MENDAPAT PENGIKTIRAFAN


Baru saja saya menulis berkenaan betapa PAS walaupun diserang oleh BLOG Jeff Ooi namun tetap pertahankan beliau apabila diserang oleh pihak kerajaan dan suku sakatnya, Alhamdulillah suasana semakin berubah. Hari ini Jeff memberi liputan meluas berhubung Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga ahli EXCO Kelantan Husam Musa.

Saya mengucapkan syabas kepada Husam kerana bersikap terbuka dan proaktif dalam menjalankan kerja-kerja memartabat dan membetulkan imej PAS dikalangan rakyat Malaysia. Pimpinan PAS yang lain perlulah mencontohi langkah ini, jangan duduk dalam kepompong defensif dan terus dibelasah oleh musuh. Saya difahamkan BLOG Jeff akan menerbitkan temuramah eksklusif dengan Husam, syabas Husam sekali lagi.

Berikut disiarkan laporan dalam BLOG tersebut:

Sunday, October 10, 2004

Husam Musa




Last year, I blogged no less than 30 entries on the RM14 billion double-tracking railway project till its indefinite suspension. Husam Musa did his part by dealing with the same subject in the Parliament, with defensible arguments backed up by facts and figures.

Our pace was in sync. We thought we ought to speak up for the good of our country, and not to tolerate the megabuck churners who line their pockets while piling up our foreign debts.
When we met up face-to-face in his hotel room this afternoon, I complained to Husam that he has left a void in the Parliament that PAS must find a replacement soon. He gave his reasons and shared some of the strategies he is currently implementing in Kelantan.

Unlike the neo-conservatives and the spin-doctors in the federal government - who usurp the deep past around
May-13 and ISA to execute their political agenda - Husam gave me the impression that he is not someone who looks into his the rear-view mirror. He talks about present, and future that can be built around it. He breathes my generation.

Watch out for an exclusive interview with Husam in Screenshots. He said the mainstream media is cruel.

Posted October 10, 2004 03:56 PM

Mudah-mudahan Husam akan mengunakan kesempatan ini untuk memberikan gambaran sebenar berkenaan PAS dan Islam kepada Jeff Ooi. Beliau seharusnya diperjelaskan berkenaan peranan ulamak dalam PAS dan betapa hurmatnya ahli-ahli PAS pada pemimpin mereka yang berilmu dan menterjemahkan ilmu tersebut dalam keperibadian mereka.

Nokia Communicator

ASAL USUL POPULARITI NOKIA COMMUNICATOR DI MALAYSIA

Menurut kisahnya sejurus Umno membentuk kerajaan di Terengganu selepas PRU lalu MB barunya Idris Jusoh bersunggoh mahu membawa imej baru serba serbi. Antara arahan beliau bahawa semua wakil rakyat BN dibekalkan dengan telefon NOKIA COMMUNICATOR 9210i yang harga pasarannya sekitar RM2200 - 2350 di KL, tapi tak tahulah kerajaan negeri Terengganu bayar berapa. Sebab diberitakan rupanya bukan hanya YB-YB sahaja yang dapat, semua para pegawai kanan sehingga penghulu masing-masing dapat seorang satu.

Sebagai bukti sebuah risalah yang diterbitkan oleh Unit Komunikasi Negeri Terengganu di bawah tajuk 4 BULAN LEBIH BAIK DARI 4 TAHUN menyebut:

MB, WAKIL RAKYAT & PEGAWAI KERJA 24 JAM

Pengunaan telefon mudah alih (Communicator) - EXCO/Wakil Rakyat/Pegawai Tadbir Negeri dibekal dengan sebuah telefon Nokia Communicator bagi memudahkan penyaluran maklumat/arahan. Dapat berfungsi 24 jam. 7 hari seminggu.





Hebat sungguh kerajaan baru Pak Yeh ni! Soal reti tak reti guna soal kedua, latihan boleh diberi. Praktikal tak praktikal soal kedua, barang free! Maka usunglah communicator seorang satu. Telefon lain tok leh ko?

Yang menariknya seorang pemimpin baru sebuah anak syarikat kerajaan negeri ada memberitahu darihal asal-usul sebenarnya handphone model ini digunakan. Kata beliau cerita bermula apabila orang Umno ternampak Pak Lah guna model ni maka selepas itu berebut yang lain nak turut guna. Bukan hanya di Terengganu sampai seluruh negara. Sampai kehabisan stok, ketawa besar taukeh-taukeh handphone.

Dan yang lebih menarik menurut beliau juga sebenarnya model ini sudah dianggap ketinggalan zaman kerana memiliki banyak kekurangan berbanding dengn contohnya model PDA yang turut beroperasi sebagai alat komunikasi. GPRS pun tak boleh support.

Sebagai contoh berikut diberikan review berhubung Model NOKIA ini:

Consider carefully 3 years ago, when the 9210 was first released, it was such a fancy device. It amazed everyone who saw me use it, and it was such a James Bond gadget. But as with any other computing device- 3 years is enough time for any computer to get outdated.
the 9210 uses Serial port (not USB) hence data transfer is EXTREMELY slow.

My communicator has developed display problem because the display wires are hooked at the axis of the opening part- so when you open and close it about 500 times, (over a year), the display starts to flicker, and now its like a junk TV that operates sometimes, and fails most times.

Also, the keyboard has developed a strange fault which doesnt allow the left hand side of many special keys to work anymore. Extremely annoying as the '@' symbol amongst many others doesnt work. I would never recommend the communicator to anyone. It is fancy, useful alright, but over time, you will realize it has more disadvantages than advantages. I prefer my MUCH smaller, Sony T610 now.

I would never recommend this to anyone. Consider buying a PDA- based phone if you want one. Symbian OS is extremely unreliable, it hangs up atleast twice a day, and booting time is almost 2 mins (terrible when you are making an emergency call, and your phone hangs up!!). its not a phone, its a Pda, with a crap operating system and terrible phone features.

Sementara itu YB-YB Umno dan orang-orang kuat kerajaan negeri yang lain terpaksalah pikul ke hulu ke hilir mesin usang ini SEBAB Pak Lah pun guna, patutlah outdated!

In defence

Thursday, October 07, 2004

IN DEFENCE OF JEFF OOI

I cannot deny that I am a follower of Jeff Ooi's blog SCREENSHOTS though I seldom subscribe to his ideas and that of his ardent followers. Recently the blogger was heavily criticised and attacked for a posting deemed degrading Islam Hadhari by certain Umno quarters. The draconian ISA was even thrown in to threaten the poor blogger.



However as rationality prevailed, people soon realized that the posting was beyond the bloggers control. Blame straight away shifted from Jeff to an unknown ANWAR (not DSAI) who posted the statement.

In his comments today Jeff thanked those who came in his defense. Among the many on his list includes - PAS Youth Chief Salahudin Ayub and PAS Deputy Information Chief Husam Musa. I find this slightly amusing, as the blogger through his many posting had never had at any time good things to say of PAS and their leaders.

I reproduce some glaring examples:

While scientists are trying to figure out some answers, bizarre opinions have come from a most strangest place: the Dewan Ulama PAS Pusat (Central PAS Ulama Council).
In an undated statement published on PAS official website, titled:
Takziah, penduduk Florida dilanda taufan, the Council offers its sympathies to the hurricane victims in Florida. It, however, says the weather phenomena are due to acts of "cruelty and vice" (kezaliman and maksiat) practiced by the people there

As a result of the above his ardent followers rushed in with blatanly unfair comments such as:

Only brainless people would make statements like what PAS did. Like my fellow bloggers said, by the same analogy, the bird flu was caused by PAS' 'kezaliman and maksiat'. Over to you PAS, how about that?Posted by: cfw at October 3, 2004 12:53 AM

For sure, by PAS' interpretations, definitely the Bird Flu in Kelantan is due to PAS' 'kezaliman and maksiat'.
What about Kelantan being the poorest state in Malaysia? PAS blames UMNO! Guess indirectly, PAS is saying that UMNO is PAS' Allah! Or is it also because of PAS' 'kezaliman dan maksiat'? Or something else?Posted by:
Freddy Toh at October 2, 2004 12:06 PM

Husam himself was not spared:

The paper quoted a party sources as saying that Husam was unhappy with the way a timber concession in Kelantan was awarded to a senior party worker.
"Husam felt that the concession should not be given to anyone without adhering to the proper procedures, even though the person is a PAS leader," the source said.
However, it proved to be a short-lived sandiwara as, according to the paper, Kelantan PAS leaders have rejected the resignation, and Husam has obliged and withrew it.
What will PAS' party elders - Dewan Ulama included - say about this, particularly the timber concession?
Posted by jeffooi at October 2, 2004 09:57 AM

Despite the blog being a non PAS sympathiser yet PAS leaders galantly came forward in defence of Jeff Ooi, in defence of freedom of speech, in defence of human rights.

Pirdaus hina demokrasi

Wednesday, October 06, 2004

PIRDAUS HINA DEMOKRASI

Semalam ada sahabat yang telah menghubungi saya minta masukkan komen tentang berita Pirdaus bekas Imam Besar Masjid Negara sebagaimana yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan. Saya tidak berkesempatan memuatkan komen semalam namun pagi ini ada masa sedikit, berita tersebut tetap sensasi dan hangat.



Utusan Malaysia Selasa 5 Oktober melaporkan:

Tindakan Pirdaus sepak peti undi hina demokrasi - Pengarah SPR

Akhbar tersebut melaporkan darihal perbicaraan petisyen pilihanraya bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh dimana calon BN yang kalah Pirdaus Ismail mengemukakan bantahan terhadap kemenangan calon Parti Keadilan Nasional, Kak Wan. Petisyen ini nampaknya lama sungguh menjalani pembicaraan sedangkan petisyen-petisyen yang melibatkan kerusi-kerusi lain telah lama diselesaikan dalam tempuh yang sangat singkat.

Dalam perbicaraan yang dilaporkan terserlahlah perangai Pirdaus seorang hafiz, bekas Imam Besar Masjid Negara yang kini memegang jawatan EXCO Pemuda Umno Malaysia. Semasa perhimpunan Umno yang baru lalu Pirdaus dengan lantang membicarakan hal agama, isu moral dan Islam hadhari. Rupa-rupanya perangai beliau sendiri tidak mencerminkan keluhuran akhlak yang cuba beliau ketengahkan. Pendek kata cakap tak seruipa bikin.

Dalam memaklumkan mahkamah darihal aksi biadap Pirdaus menyepak peti-peti undi Pengarah SPR Pulau Pinang dipetik sebagai menyatakan:

Saya terkejut dan kecewa di atas perlakuan beliau menyebabkan penghormatan yang sepatutnya saya berikan hilang sama sekali kerana peti undi diibaratkan sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang diamanahkan kepada saya dan kakitangan SPR.

Sebelm itu UTUSAN melaporkan:

Saksi itu mengaku bahawa perbuatan sedemikian telah menjejaskan perasaan hormat beliau terhadap Pirdaus walaupun calon BN itu dikenali sebagai orang yang berilmu, mempunyai kedudukan dalam masyarakat dan sentiasa menyeru ke arah kebaikan.

Sungguh memalukan berita ini. Tak kan sekonyong-konyong menyertai Umno perangai Pirdaus berubah dari seorang Tok Imam yang disegani menjadi samseng yang biadap dan kurang ajar! Kalau macam ni punya perangai memang layaklah pengundi Permatang Pauh menolak beliau. Mujur bukan semua bekas Imam Besar Masjid Negara berubah jadi samseng, Ustaz Taib kalah di Baling namun terima dengan hati terbuka dan terus menerima penghurmatan masyarakat.


Konsert Alternatif: Tahniah Pemuda PAS

Monday, October 04, 2004

SYABAS PEMUDA PAS

Malam semalam Dewan Pemuda PAS Pusat telah menganjurkan sebuah konsert di Taman Melewar sempena sambutan 2 Dekad PASTI. Menurut Harakahdaily konsert tersebut mendapat sambutan hangat dengan dianggarkan sekitar 5000 orang pengunjung.

Antara artis yang telah memberikan persembahan adalah Akil Hayy dan Ito dari Kumpulan Blues Gang. Harakahdaily memberikan komen:



Kemunculan Ito di pentas PAS sememangnya menjadi perhatian ramai pihak dan dikatakan bakal menjadi kontroversi berikutan imej penyanyi itu dan alat muzik yang mereka mainkan masih belum 'clear' atau dengan kata lain masih dipertikaikan kedudukannya dari sudut pandangan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS.

Walaupun PAS sebelum ini pernah menganjurkan program kesenian seperti sambutan Jubli Emas parti itu di Kota Bharu beberapa tahun lepas, parti itu belum pernah mengundang artis yang tampil dengan alat muzik bertali atau tiupan.

Bahkan PAS yang masih belum mempunyai garis panduan yang jelas terhadap hiburan masih lagi memperbahaskan 'halal-haramnya' alat-alat muzik tersebut. Apa yang jelas, nyanyian Ito pada malam itu di atas pentas PAS merupakan satu tindakan berani sayap pemudanya mencari penyelesaian 'konflik' tersebut.

Bagi saya PAS perlu berani mengambil langkah mengemukakan alternatif kepada masyarakat ramai. Kalau yang ini haram macam mana pula rupa yang halal. Kalau kita sekadar tahu menuding yang itu dan ini haram namun tak berdaya terbit atau memperkenalkan alternatif maka masyarakat akan melihat Islam ini bukannya penyelesai masalah tetapi lebih mendatangkan masalah.

Masalah di depan kita pada hari ini adalah gejala sosial dan pengaruh budaya kuning yang begitu serius sehingga telah banyak merosakkan remaja kita. Kalau kita sekadar berdiri mengharamkan perkara yang jelas haram namun tidak berupaya membuka lorong bagi memperkenalkan pilihan yang selamat maka kita akan dikenali sebagai penghukum dan bukan penyelesai masalah.

Memang isu ini kontroversial namun demi kecintaan kita kepada Islam maka masalah ataupun realiti semasa suka tidak suka perlu kita dakapi. Sebagai contohnya kita lihat anak-anak gadis kita memiliki kecenderungan di bidang sukan, tapi dari segi fizikalnya pergerakan mereka terbatas, lalu kita sekadar menghukum haram. Cuba kita lihat dalam sukan Olimpik yang lalu di Athens di mana seorang peserta wanita dari Timur Tengah telah berlari dengan pakaian menutup aurat. Beliau walaupun tidak berjaya namun adalah salah seorang atlit terbaik dari Timur Tengah.



Seorang saudara saya pernah menceritakan pengalaman beliau di Tehran dimana terdapat pusat hiburan yang dibenarkan oleh kerajaan Islam di sana. Menurut beliau kebenaran yang diberi bersyarat - pengunjungnya mestilah ada pertalian mahram. Suami dan isteri, adik-beradik, saudara-mara sehingga ada pengawal di pintu masuk bagi memastikan larangan tersebut dipatuhi. Bermakna sesama mahram boleh duduk berhibur, berkaraoke, sesuatu yang barangkali tidak terlintas dalam imaginasi kita!

Masyarakat di luar sana tahu bahawa Islam ini baik. Islam melahirkan pemimpin yang baik-baik macam Tok Guru Nik Aziz, mereka boleh lihat. Tetapi mereka tidak berani go beyond that kerana mereka melihat Islam ini terlalu banyak sekatan dan kekangan dalam hidup. Babi tidak boleh makan, arak tidak boleh minum, sedangkan apa yang boleh dan halal yang berjela-jela kalau nak disenaraikan mereka tidak nampak. Oleh itu kita perlu berterusan membuktikan kepada mereka bahawa memang Islam ini baik dan kita semua orang baik-baik dan Islam itu sesungguhnya adalah penyelesai masalah ummah sepanjang masa. Banyak alternatif yang boleh kita teroka demi menjuarai Islam.

Syabas Pemuda PAS keep up the good work.

Umno dan AIDS

Sunday, October 03, 2004

UMNO LAKSANA PESAKIT AIDS

Perhimpunan Umno dah pun berlalu, Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden baru telah pun ditabal. Demikianlah halnya juga dengan pimpinan lain dipelbagai peringkat. Namun anehnya orang ramai masih lagi memperkatakan berkenaan dengannya.

Pak Lah menerima tampuk kepimpinan Umno sebagai Presidennya yang ke 6, beliau memperagakan imej MR CLEAN. Tak ambil rasuah, benci pada rasuah, mahu pada Islam itulah lebih kurang imej Pak Lah yang cuba ditonjolkan oleh orang keliling-kelalangnya sehinggakan tergiur para pengundi pada Pilihanraya Umum ke 11 lalu mengundi Umno dan BN secara besar-besaran. Pakcik-makcik di Terengganu sehingga sanggup merebahkan Tok Guru semata-mata kagum dengan penonjolan imej Pak Lah.


PAK LAH DALAM POSTER BN TULISAN CINA SEMASA PRU DIUMPAMAKAN BAGAI JUSTICE BAO IAITU TOKOH CINA YANG TERKENAL MEMERANGI RASUAH TAPI UMNO YANG BELIAU SENDIRI PIMPIN TERANG-TERANG MENGAMAL POLITIK RASUAH

Dalam pada melangit puji-pujian diterima, tiba-tiba diketika Pak Lah jugalah politik wang dikatakan paling sengit menyerang Umno. Sehinggakan TV menerbitkan iklan TOLAK POLITIK WANG yang kononnya memaparkan pimpinan dipelbagai peringkat memberi pandangan betapa jijiknya politik wang itu. Namun sindrom politik wang ini terus menyerang Umno, Umno laksana pesakit AIDS yang tiada lagi daya ketahanan, terus menerus parah dan tenat dibolisi virus ini.

Macam mana kita tak percaya politik wang bermahrajalela dalam Umno. Lihatlah sahaja kenyataan yang dikeluarkan selepas perhimpunan mereka. Yang tewas rata-rata menyalahkan sindrom ini. Ahhh itu orang kalah, tapi awas mereka ini bukan calang-calang orang.

Menteri keluar kenyataan, Menteri Besar keluar kenyataan, ahli EXCO keluar kenyataan, hai bukan kucing karap macam kita ni. Kalau orang biasa-biasa bolehlah ditepis begitu sahaja tapi mereka ini merupakan pimpinan negara dan negeri!

Kadir Sheikh Fadzil, yang tewas jawatan MT dipetik sebagai berkata:

the worst case of money politics in the 34 years he had held national-level positions in the party

Kadir ini Menteri Pusat, bekas ahli MT, tergamakkah beliau menipu? Beratlah kalau taraf taraf menteri pun penipu!

Adnan Yaakob yang tewas jawatan Naib Presiden hari ini dalam SUNDAY STAR sampai mencabar ahli-ahli Umno yang menang agar bersumpah dengan Quran bagi membuktikan mereka benar-benar tak terlibat dengan politik wang.

Adnan Yaakob ini bertaraf MB. Ketua eksekutif sebuah kerajaan negeri. Tak kan tak boleh percaya cakapnya!

Sebelum itu Adnan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa cuma dengan AS$2 billion pihak asing sudah boleh membeli 2000 perwakilan Umno bagi memastikan naik pemimpin yang mereka mahu.

Ada seorang EXCO di Perlis yang kalah jawatan MT sampai mendesak agar Lembaga Tatatertib Umno dibubarkan kerana bersikap pilih kasih dan berat sebelah. Sampai begitu sekali jadinya.

Jadi berbalik kepada imej Pak Lah tadi nampaknya walaupun pun rakyat semasa PRU begitu terpengaruh dengan imej Pak Lah namun parti yang dipimpinnya tidak pedulikan semua itu. Ketua parti bersih tapi anak buah semuanya mabuk kuasa dan buaya-buaya belaka. Tidak salah lah agaknya kalau orang mula beranggapan apa benar-benar bersihkah Pak Lah itu? Negara mahu melawan dan membenteras rasuah tapi bawah selimut bergelumang dengan dosa dan noda tersebut.


Husam letak jawatan

HUSAM LETAK JAWATAN EXCO: NST SINGAPURA

Reme Ahmad dari NST Singapura melaporkan bahawa EXCO Kelantan Husam Musa yang juga AJK PAS Pusat telah meletakkan jawatannya sebagai EXCO. Laporan ini dipetik dan diulas oleh Raja Petra dalam Malaysia Today dan Jeff Ooi dalam Blog Screenshots.

HJ HUSAM MUSA TOKOH YANG DISEGANI KAWAN DAN LAWAN

Menurut laporan tersebut Husam mengambil tindakan demikian ekoran ketidakpuasan hati terhadap keputusan menawarkan konsesi balak kepada seorang pimpinan parti. Kata Reme Husam tidak berpuas hati lantaran prosedur yang sepatutnya digunakan telah tindak dipatuhi.

Namun kemudiannya dilaporkan hasil perundingan dengan pucuk pimpinan negeri beliau telaj menarik balik perletakkan jawatan tersebut.

Betuk ke berita ini? Betul ke ada pimpinan parti telah ditawarkan konsesi balak tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya. Siapa tokoh parti berkenaan?

Yang jelasnya Kelantan perlu memenuhi expectation umat Islam Malaysia khususnya dalam mahu melihat pentadbiran Islam terlaksana dalam erti kata sebenar. Jika ada penyelwengan lekas-lekas ditangani agar tidak menjadi kudis buta.