Friday, October 15, 2004

Pak Lah tak layan CUEPACS

PAK LAH TAK LAYAN CUEPACS

CUEPACS yang mewakili lebih 1 juta kakitangan kerajaan telah menuntut agar kerajaan menyemak semula tangga gaji mereka. Desakan ini dibuat ekoran kenaikan harga produk-produk petroleum yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Lantaran kenaikan harga petrol, pengusaha-pengusaha pelbagai industri mula menaikkan harga barangan masing-masing, trend ini seolah-olah diluar kawalan dan CUEPACS merasakan diri mereka menjadi mangsa keadaan.

Petrol walaupun naik cuma 5 sen se liter namun ini merupakan kenaikkan kedua dalam tempoh kurang 12 bulan. Harga ayam turut naik yabg mebnambahkan lagi kebimbangan CUEPACS dan rakyat jelata.

Lalu padanlah ekoran kenaikan mendadak ini CUEPACS minta disemak semula gaji mereka. Tidak dapat dinafikan salah satu segmen yang gajinya tidak banyak berubah adalah kakitangan kerajaan. Ada orang kata, kakitangan kerajaan ada pencen.....Namun hakikatnya mereka sama-sama mengharung hidup sebagaimana kakitangan bukan kerajaan. Dahlah gaji kecil, bebanan hidup mereka semakin menekan. Sekolah anak, tuisyen, pakaian, buku, sewa rumah, pinjaman rumah, pinjaman kereta, sara hidup.......pihak lain naik gaji jauh ke hadapan meninggalkan mereka, orang dapat bonus berlipat ganda mereka dapat 1 bulan itupun kalau bernasib baik contohnya sebelum pilihanraya.

Bagi saya Pak Lah harus menimbangkan tuntutan ini. Kerajaan tidak ada mekanisma untuk menahan kenaikan harga barangan. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Dalam isu ini meja pengarang THE STAR menyebut:

If they should insist on a yearly bonus as well as demanding for more pay, then they are likely to kill the goose that lays the golden egg.

Seolah-olah meletakkan tuntutan CUEPACS ini bagai tidak rasional dan keterlaluan. Bukankah pihak kerajaan juga yang berbangga dengan banyaknya "golden eggs" mereka. Malaysia negara maju, pertumbuhan ekonomi yang terbesar di rantau ini, taraf hidup rakyatnya lebih baik dari penduduk Amerika, tiba-tiba minta gaji naik sikit, dikatakan mahu "kill the goose".

Barangkali THE STAR boleh contribute keuntungan dan bonus yang diberikan kepada kakitangan mereka sedikit kepada CUEPACS kalau sayang sangat "the goose".




No comments: