Sunday, October 17, 2004

Polemik Hassan Shukri

SELESAIKAN SEGERA POLEMIK HASSAN SHUKRI

Ianya bermula dari Majlis Hi Tea anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas pada 26 September lalu. Tetamu khasnya adalah Senator Ustaz Hassan Shukri, Timbalan Presiden PAS. Yang menimbulkan kontreversial adalah "apa yang dikatakan" kenyataan Ustaz Hassan dalam majlis tersebut yang dilaporkan berbunyi:

Senator Ustaz Hassan Shukri

Kita jangan terlaju dalam menerajui isu Anwar kerana jika diteliti secara betul-betul tuduhan ke atas Anwar, dia tetap bersalah, cuma keraguan berlaku tentang tarikh kejadian. Sebab itu dia (Anwar) terlepas. Jika mahkamah bertindak semula, ini akan mengaibkan PAS.

Adakah benar Ustaz Hassan membuat kenyataan ini? Apakah kandungan sepenuhnya ucapan beliau, apa kesimpulan yang dibuatnya dari isu Anwar yang beliau ulas pada hari tersebut?

Ustaz Hassan adalah Timbalan Presiden PAS, beliau berjasa besar dalam parti, dan orang PAS memandang tinggi pengorbanan beliau yang konsisten dalam parti samada diwaktu senang maupun susah. Lantaran itu dalam pemilihan parti yang lalu beliau memenangi kerusi Timbalan Presiden.

Oleh itu semua pihak perlu bersikap terbuka dalam hal ini. Mesej yang cuba diketengahkan kini telah pun diketengahkan. Pasti siasatan terperinci perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati tanpa emosi dan prejudis. Saya mengesyorkan agar Dewan Pemuda PAS Kawasan dengan penuh ikhlas memberikan laporan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Dewan Pemuda negeri. Sekiranya berasas maka Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bertanggungjawab membawa isu ini samada dalam Dewan Harian Pusat maupun JK Kerja PAS Pusat, minta supaya Ustaz Hassan membuat penjelasan.

Jangan biarkan isu ini disepak terajang oleh pihak lain sehingga dapat dieksploitasi oleh pihak musuh. Kedudukan Ustaz Hassan hari ini ditentukan oleh ahli-ahli PAS lalu apa pun isunya biarlah ahli-ahli dan pimpinan PAS yang menyelesaikannya. Diperingkat ini atas nama persahabatan tidaklah wajar mana-mana pihak samada sesama BA atupun rakan reformis lebih-lebih lagi kalangan ahli-ahli PAS mengeruhkan lagi suasana. Janganlah institusi ulamak ataupun pengurusan parti PAS yang didokong oleh 1 juta ahli dan lebih ramai lagi yang bersimpati dijadikan alat untuk diserang oleh mana-mana pihak yang mengelar diri mereka sahabat.

PAS telah melalui pelbagai kontroversi yang lebih runcing dan mencabar namun telah berjaya mengatasinya dengan penuh matang dan bijaksana. Berilah peluang bagi semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan isu ini, sekali lagi saya menegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat perlu mengambil inisiatif dalam hal ini. Allah swt akan sentiasa berasama dengan mereka yang benar.


No comments: