YANG KALAH TETAP MENANG DALAM UMNO
Semalam Presiden Umno telah mengumumkan barisan kepimpinan Umno yang penuh selepas pemilihan Umno perigkat tertinggi baru-baru ini. Beliau menggunakan kuasanya untuk melantik 12 orang ahli Majlis Tertinggi tambahan, selain dari 25 yang menang dalam pemilihan tersebut. Selain itu beliau juga mengumumkan penjawat jawatan Ketua Penerangan dan Bendahari yang baru.
Yang menariknya kesemua calon-calon Naib Presiden Umno yang kecundang dalam pemilihan yang lepas iaitu Shahrir Samad, Adnan Yaakob, Mat Taib dan Mustapa Mohamad semuanya diberikan jawatan belaka walaupun telah ditolak oleh para perwakilan.
Shahrir, Adnan dan Mustapa dilantik ke MT manakala Mat Taib dilantik menjadi Ketua Penerangan yang baru menggantikan Megat Junid yang digugurkan.
Saya masih ingat calon-calon Naib Presiden yang kalah ini semuanya enggan bertandig jawatan MT walaupun dicalonkan oleh para perwakilan bahagian. Kononnya DO OR DIE BATTLE, dan pada saya taktik ini semata-mata dilakukan untuk meraih simpati para perwakilan semasa pemilihan. Kalau kalah Naib Presiden bermakna tak ada satu jawatanlah untuk saya diperingkat MT, demikianlah lebih-kurang. Dan Shahrir Samad meupakan salah seorang calon Naib Presiden yang sentiasa menegaskan pekara ini semasa beliau berkempen.
Walaubagaimanapun Pak Lah sayangkan mereka ini, Shahir memang merupakan BLUE EYE BOY Pak Lah dan demikian juga Adnan. Oleh itu tak hairanlah walaupun kalah, Pak Lah tetap tidak akan melupakan kroni-kroni yang disayanginya.
Tak percaya tengoklah pada Rais Yatim, Menteri Warisan yang dikira nasib politiknya akan menjadi sekadar warisan selepas ini, namun terus dilantik oleh Pak Lah sebagai ahli MT.
Sudah pastilah ini dilakukan oleh Pak Lah demi untuk meneguhkan kedudukan beliau dan orang-orangnya dalam MT.
Apabila ditanya pemberita mengapa orang yang tewas dilantik juga Pak Lah berkata:
Mereka yang kalah hanya bertanding Naib Presiden dan menganggap mereka, kalau tidak bertanding jawatan Naib Presiden, dan menjadi anggota MT mereka akan menjalankan tugas dengan baik.
Mereka akan menjadi anggota MT yang baik dan saya memang memahami dan tahu sangat prestasi mereka dan mereka tentu sekali sanggup untuk berkhidmat.
Siapa yang tak sanggup kalau dah dilantik percuma! Tanyalah Radzi orang kuat Pak Lah yang teguh di kerusi Setiausaha Agung.
Kesimpulannya kalau nak jadi ahli MT Umno secara pecuma, pemilihan akan datang bertandinglah jawatan Naib Presiden, barangkali Ku Li di Gua Musang perlu fikirkan perkara ini!
No comments:
Post a Comment