TIRU MACAM SAYA
Dalam akhbar THE STAR hari ini terdapat wawancara eksklusif bersama bekas PM Dr Mahathir. Dr M telah menghuraikan secara panjang lebar pandangannya berhubung isu-isu semasa. Yang menarik adalah komen beliau terhadap Umno dan wabak politik wang.
Beliau mendakwa politik wang sebenarnya telah wujud dalam Umno sejak sekian lama. Dalam tahun 1975 semasa beliau bertanding jawatan Naib Presiden terdapat orang tertentu yang menemui beliau untuk mendapatkan wang bagi membeli undi mereka ketika itu:
But usually corruption in Umno I know is giving money. There were people who came to me before I was elected vice-president (1975) and told me if I gave them money they were prepared to give me a bloc vote.
Tambah beliau ianya menjadi semakin kencang semasa Tengku Razaleigh mencabar beliau dan kini ianya semakin parah. Lantaran itu katanya imej Umno semakin rosak. Politik wang menjadi-jadi kerana Umno tidak berupaya mengatasinya dari dalam. Tidak ada sesiapa yang berani tampil kedepan mendedahkan perlakuan sumbang ini, keluh beliau.
Thats the problem with money politics. People talk about it but people do not want to do anything about it. In fact two of the most senior people who lost (in the Umno elections) have said they know who but they cannot reveal because it would hurt their friends. Now if you are thinking about your friends then of course lets not talk about money politics. But if you are thinking about the nation, the people, the morality of the people, the success or failure of the people whether we elect corrupt leaders or not, then we must start, we must say "He is the one who gave."
Bersungguh Dr M apabila membicarakan masalah politik wang ini. Yang anehnya politik wang dizaman Pak Lah ni Dr M menuntut agar yang memiliki bukti tampil kedepan, namu politik wang di zamannya, sebagaimana yang beliau sendiri dedahkan di atas, tak pula Dr M membongkar siapa petualangnya. Agaknya sebab dia menang macam Isa Samad maka tak perlulah mendedahkannya, macam Adnan yang kalah maka wajib mendedahkan petualangnya.
Masing-masing garu kepala nampaknya?
Sesungguhnya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini sambil kita berdiri solat tarawih di belakang imam hafiz dikebanyakkan masjid dan surau yang membawa satu juzuk setiap malam, eloklah kita renung-renungkan ayat berikut.
Allah swt berfirman dalam Surah An Nisa' ayat ke 135:
Hai orang-orang yang beriman jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri atau ibu-bapamu dan kaum kerabatmu samada dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih utama dari kemaslahatan keduanya. Maka janganlah kamu mengikut hawa nafsu sehingga kamu tidak berlaku adil. Dan jika kamu memutarbelitkkan keadilan atau menolak menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.
Selagi politik wang tinggal sebagai bahan sebutan tanpa ada yang berani tampil menjadi saksi atas dasar kebenaran, maka selagi itulah kredibiliti Umno akan semakin longgar dan pudar dari hari ke hari.
No comments:
Post a Comment