Here I freely share my thoughts. Likewise please feel free to comment or criticize.
Friday, July 16, 2004
UMNO akan hancur kata Nakhaei
Petang Jumaat ini secara bersahaja saya capai akhbar Berita Harian untuk mengikuti perkembanagan pemilihan UMNO peringkat bahagian-bahagian yang sedang rancak berlangsung. Terbacalah artikel Pak Nakhaei Hj. Ahmad di bawah tajuk “Broker politik gugat perjuangan UMNO”.
Nakhaei rupanya mengunakan peluang melalui ruangan ini bagi menyatakan protes dan ketidakpuasan hati beliau terhadap UMNO itu sendiri. Rupa-rupanya beliau baru sahaja tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Baling, Kedah. Macam nasib Rahim Tambi Chik juga rupanya Pak Nakhaei!
Tapi tak seperti Rahim, bahasa yang digunakan oleh Nakhaei dalam artikelnya dikira cukup bias dan pedas. Memang Nakhaei masa dalam PAS dulu pun banyak mengeluarkan kata-kata bias dan padas yang banyak merugikan PAS.
Saya semacam kurang percaya, namun rasakan penting untuk berkongsi di dalam BLOG ini darihal rintihan seorang yang kecewa lantaran kegagalan beliau merebut jawatan dalam UMNO, kata beliau:
Jika dalam tulisan lalu, saya menyebut mengenai kerapuhan UMNO, melalui pengalaman yang saya peroleh, saya yakin bahawa UMNO dari segi cita-cita perjuangannya yang asal untuk agama, bangsa dan negara, SUDAH BERKUBUR.
UMNO SEKARANG SUDAH TIADA PERJUANGAN LAGI MELAINKAN SEBAGAI WADAH UNTUK MENDAPATKAN KEDUDUKAN DAN KUASA. Perjuangan dalam UMNO adalah semata-mata sebagai kegiatan pelaburan yang menanti keuntungan dalam bentuk kedudukan dan kuasa.
Betulkah ini tulisan Nakhaei? Bukankah Nakhaei dulu, bekas Naib Presiden PAS, lari meninggalkan PAS sebelum pilihanraya umum 1990 dengan melekeh dan merendah-rendahkan perjuangan PAS. UMNO dikatakan baik, mempunyai matlamat perjuangan yang betul dan sesuai untuk bangsa dan agama. Dipuji melangit UMNO dan pimpinannya ketika itu tapi sekarang apa dah jadi?
Nakhaei turut menambah:
Apakah pemimpin UMNO mampu membendung kepincangan dan elemen keruntuhan yang melanda parti Melayu yang terbesar ini? Jika pemimpin UMNO tidak boleh berbuat apa-apa lagi bagi membendung kepincangan ini, BAHKAN MEREKA SENDIRI TERBABIT DI DALAM MEMBESARKAN ELEMEN KERUNTUHAN ITU, MAKA NANTILAH SAAT KEHANCURANNYA.
Barangkali mengetahui hakikat inilah adik-beradik Tuan tidak pernah menyerati UMNO agaknya Pak Nakhaei…… roslansms@hotmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Brader, menarik jugak tulisan hang ni... boleh jadi tempat tumpuan diskusi. Tapi sayang kurang publisiti... kebanyakan orang pi baca Jeff Ooi (www.jeffooi.com) saje.
I rasa you kena publicize lebih banyak sikit, baru orang datang....
Post a Comment