Thursday, July 15, 2004

Bila buaya dengan buaya berlaga

Persidangan UMNO diperingkat bahagian sedang hangat berlangsung. Baik diperingkat Puteri, Pemuda, Wanita mahupun UMNO Bahagian sendiri.

Macam-macam diperkatakan dalam akhbar dan TV. Yang paling menarik adalah apabila calon yang kecundang mendedahkan punca kekalahannya dikhalayak ramai. Salah seorang dari ramai yang tidak berjaya merebut jawatan tertinggi bahagian adalah Rahim Tambi Chik, bekas Ketua Menteri Melaka yang gagal sekali lagi di Kota Melaka.

Keluhan Rahim diberi ruang oleh TV3 dan akhbar-akhbar utama. Kata Rahim wang yang banyak digunakan untuk menyogok para perwakilan. Menurut beliau para perwakilan Kota Melaka yang kemaruk wang telah datang berjumpa beliau minta antara RM1,000 ke RM3,000 untuk memberikan undi mereka kepada beliau.

Merah-merah biji mata Rahim menahan marah ketika keluar di TV3 tempuh hari. Bukan saya tidak boleh menerima kekalahan tapi mana nak tahan berlawan dengan wang, ujarnya.

Hari ini Utusan Malaysia memaparkan pula reaksi Datuk Wira Amid Nordin, EXCO Melaka yang berjaya mengalahkan Rahim bagi kali ketiga. Dalam pemilihan tersebut Amid memperolehi 235 undi manakala Rahim 125 undi.

Amid nampak tidak selesa dengan tuduhan Rahim dan mendesak agar bukti yang kukuh dikemukakan. Menurut UM :

Amid juga menafikan mengunakan wang untuk “membeli” perwakilan sebaliknya beliau sering berjumpa dengan rakan-rakan di warong kopi sambil makan kuaci.

“Kuaci sahaja yang saya makan, sampai bengkak-bengkak bibir makan kuaci. Saya tidaklah sampai membawa perwakilan ke hotel-hotel termasuk ke Bistro Saloma di Kuala Lumpur,” katanya.


Barulah padan masing-masing tuduh-menuduh. Siapa agaknya yang membawa perwakilan ke hotel-hotel dan Bistro Saloma di Jalan Ampang tu? Kalau perwakilan boleh dijamu di Bistro Saloma dan hotel-hotel memang “class” lah pencabar Amid tu!

Demikianlah bila buaya dan buaya bertelagah, yang nak direbutnya adlah tampuk kekuasaan, lubuk wang dan kemewahan. Mujur buaya tak ada bibir, taklah bengkak kalau makan kuaci……….

roslansms@hotmail.com

1 comment:

Anonymous said...

itulah yang terjadi kalau kita terlalu taksub kepada kekuasaan. apa ada pada kuasa manusia?


iwan http://berjenel.blogspot.com