Friday, July 23, 2004

Akhbar Malaysia biadap

 
Utusan Malaysia, The Star dan New Straits Times hari ini kesemuanya memaparkan gambar Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat yang sedang terbaring dengan alat pernafasan dan pelbagai tiub didadanya (adindanya Tuan Guru Nik Razi Nik Mat kelihatan membaca yasin disampingnya) di ICU Perdana Specialist Medical Centre di Kota Bharu.

Apakah wajar gambar sedemikian disiar sedangkan dikhabarkan pada waktu asar hari yang sama Tuan Guru telah minta untuk dibawa mengambil wuduk dan menunaikan solat asar manakala ketika Berita Utama TV3 disebelah malamnya seluruh rakyat Malaysia mendengar EXCO kerajaan negeri Kelantan YB Husam Musa memaklumkan Tuan Guru semakin beransur pulih malah memohon gunting untuk mengunting rambutnya.

Apa motif memaparkan gambar tersebut? Sedangkan kita tahu sebelum ini tidak pernah mana-mana kenamaan negeri ataupun negara yang dimasukkan ke dalam ICU, didedahkan gambarnya. Kita tidak berpeluang melihat gambar Dr. Mahathir di ICU keika diserang sakit jantung dahulu, begitu juga dengan yang lain-lain. Mengapa dalam hal Tuan Guru Nik Aziz berebut-rebut akhbat menyiarkannya?

Peliharalah etika sedikit, jangan terlalu biadap kerana ada agenda mahu berseronok dan beriang-ria di atas musibah orang lain. Insyallah kita yakin Tuan Guru berdasarkan perkembangan terakhir akan kembali pulih dan terus memimpin negeri Kelantan dan kepentingan umat Islam. Seluruh umat Islam yang "concern" samada yang berpendidikan agama, para profesyional, kakitangan kerajaan, pekerja swasta, pekerja kilang, buruh, nelayan, petani, para pelajar di dalam dan luar negara, mereka yang hafal Al Quran, umat Islam di dunia Islam yang lain sedang berdoa dan bersolat hajat untuk kebaikan beliau., insyallah doa dan munajat mereka tidak akan dihampakan.

(dari Harakah daily)

Kerajaan Negeri kesal media papar gambar tidak beretika
Friday, July 23 @ 10:44:19 MYT Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kelantan kesal dengan media yang memaparkan gambar Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan dalam keadaan yang tidak menyenangkan dan tidak beretika.Ahli Exco Kerajaan Negeri, Haji Husam Musa berkata, kerajaan negeri kesal media terbabit sengaja mengeluarkan gambar di muka depan akhbar hari ini yang disifatkan tidak beretika.

Katanya lagi, beliau dan seluruh pimpinan kerajaan negeri memohon maaf kepada rakyat Kelantan dan seluruh penyokong PAS atas kegagalan pihaknya mengawal keadaan hingga media dapat mengambil gambar Tuan Guru dalam keadaan yang tidak menyenangkan.
Beliau berkata demikian semasa ditemui oleh Ketua Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong yang membuat liputan di sana.
Sementara itu, Dato' Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) ketika ditemui di HUSM berkata, pihaknya kesal dengan perbuatan akhbar-akhbar tersebut.
"Jika gambar seumpama itu disiarkan akhbar di Barat, nescaya akhbar itu akan dicela oleh badan pengawal media di sana," tegasnya.
"Jika seluruh dunia mengkritik tentera Amerika Syarikat yang menghina rakyat di Iraq, kenapa media kita tak buat perkara yang sama di sini," jelasnya.
Justeru beliau sekali lagi melahirkan kekesalan beliau terhadap sikap media yang dikatakan keluar dari etika.

 

No comments: