Multaqa Ulama Kebangsaan yang berlangsung di Sepang menjadi gelanggang menghukum dan mengkambing hitamkan salah seorang tokoh Islam terbesar yang diiktiraf dunia. Assyahid Syed Qutb pejuang dan penyumbang besar terhadap ilmu dan pemahaman Islam telah dilabel sebagai pembawa ideologi radikal yang merbahaya dan boleh menjadikan pengikutnya anti kerajaan.
Dalam kertas kerja "Jati diri kemelayuan dalam pembinaan semula tamadun di Malaysia" Dr. Saodah Abdul Rahman - Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama UIAM telah mengkritik ideologi radikal yang kononnya dibawa oleh Assyahid Syed Qutb. Kata beliau:
"Ideologi radikal seperti yang dibawa oleh tokoh dari Mesir iaitu Syed Qutb yang mendokong fahaman kerajaan yang tidak berasaskan undang-undang Islam sebagai jahiliah sentiasa berusaha untuk mempengaruhi pelajar sekolah menengah dan universiti sekali gus menjadikan mereka anti kerajaan"
Kalau benar pun hendak membela dan memuji kerajaan yang ada tidak perlulah Dr Saodah mahu menafikan sumbangan mereka yang terdahulu yang telah berjaya membentuk dunia dan pemikiran Islam sejak sekian lama. Inilah masalahnya apabila yang berilmu menggunakan ilmunya untuk menyerang Islam. Pejuang dan ulamak besar diserang bagaikan pengganas, namun yang mungkar dan maksiat dipuja dan dijulang!
Multaqa Ulama sepatutnya mengeluarkan idea dan pandangan bagi mendekatkan kerajaan kepada Islam yang sebenar namun rupa-rupanya lebih ghairah meruntuhkan Islam sebenar dan mendirikan Islam tiruan yang sesuai dengan kehendak dan keinginan politik kerajaan yang berkuasa.
Apakah barangkali label sesuai bagi kerajaan yang tidak berasaskan undang-undang Islam? Kerajaan Islam Hadhari agaknya?
roslansms
No comments:
Post a Comment