Kebanyakan akhbar hari ini memaparkan dimuka depan keputusan kes hak penjagaan kanak-kanak yang melibatkan ibu-bapa berlainan agama iaitu Shamala dan Dr. Ridzwan. Mahkamah Tinggi yang dihakimi oleh Hakim Faiza Tamby Chik memutuskan ibu yang bukan Islam iaitu Shamala berhak memelihara kedua-dua anak hasil perkongsian hidup mereka iaitu Saktiswaran 4 tahun 10 bulan dan Theiviswaran 3 tahun 6 bulan. Namun Dr. Ridzwan diberikan kebenaran menziarah anak-anak beliau diwaktu-waktu yang ditetapkan. Beliau turut memutuskan bahawa Shamala perlu membesarkan anak-anak mereka menurut kepercayaan Islam dengan menyatakan:
"I put a caveat as I must not lose sight that they are mualaf (Muslim converts).
"The mother would lose her rights to actual custody if there are reasonable grounds to believe she would influence the children's present religious belief, for example teaching them her belief (Hinduism) or making them eat pork," Faiza said.
"The mother would lose her rights to actual custody if there are reasonable grounds to believe she would influence the children's present religious belief, for example teaching them her belief (Hinduism) or making them eat pork," Faiza said.
Di dalam kes ini kedua-dua terlibat yang asalnya beragama Hindu telah berkahwin secara sivil pada 1998. Anak-anak mereka dilahirkan antara tahun 1999-2001. Pada November 2002 si suami telah memeluk agama Islam dan pada November 2003 telah turut mendaftar kedua-dua anaknya sebagai beragama Islam dengan nama Muhammad Firdaus Jeya dan Muhammad Asraf Jeya.
Macam-macam telah diperkatakan namun yang paling penting disini adalah maruah Islam dan betapa pemerintah berusaha ataupun tidak untuk menjaga kepentingan Islam dan penganutnya. Pelbagai kes seumpama ini sebenarnya telah kita dengar. Seorang yang dikenali dengan nama glamournya "lepat" dari Pulau Pinang turut memiliki nasib yang sama apabila anaknya dilarikan oleh isterinya seorang berbangsa Inggeris dan kini tinggal menetap di UK dikalangan keluarga penganut Kristian.
Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Atau kita tidak berapa mahu ambil pusing, tak mengapalah ini kes suami-isteri, asal anak-anaknya elok tak masuk Hindu tak makan babi tak mengapalah......
Sesungguhnya si bapa memikul tanggungjawab dalam hal ini. Memeluk Islam bukan semata-mata kerana nak kahwin (biasanya sebab nak kahwin orang Melayu kena masuk Islam). Islam dianut dan diterima dengan penuh pemahaman dan penghayatan. Pemiliharaan akidah Islam adalah tanggungjawab penganutnya.
Selalu kita dengar sebab anak hendak berkahwin yang lain bangsa (dan agama) kita senang sahaja terima bakal menantu kita samada lelaki ataupun perempuan, cukup dah masuk Islam, selamat. Kita tidak menitik-beratkan pembinaan akidahnya, kita serahkan itu semua kepada pihak lain, PERKIM, masjid, sekolah, radio, TV dan seumpamanya. Kadangkala kita sendiri pun longgar Islam maka menantu tambah-tambahlah longgarnya. Tiba-tiba bila terjadi sesuatu yang tidak terduga seumpama penceraian, kita gelabah bila menantu larikan cucu kita dan kemungkinan kembali ke agama asalnya. Habis cucu kita turut di murtadkan. Kita heboh keluar akhbar masuk TV. Keturunan ku murtad....!!!
Siapa yang bersalah?
Ambillah prihatin sedikit soal akidah ini. Dalam kes Dr Ridzwan tadi sungguhpun hakim meletakkan caveat bahawa anak tadi perlu dibesarkan sebagai seorang Islam, siapa yang dapat menjamin ketulenan akidah anak-anak itu nanti?! Anak yang duduk bawah bumbung orang Islam pun boleh jadi terpesong akidah inikan pula duduk dalam suasana yang berlainan agama.
Kiranya bila mencecah usia dewasa anak tadi memilih untuk menganut agama Hindu bagaimana?
Memang Dr. Ridzwan mungkin sedang bergundah-gulana ketika ini, namun lihatlah apa yang telah terjadi. Kita tinggalkan si Hindu tadi dengan pelbagai alasan kini kita tersepit bila dia melarikan anak kita yang juga merupakan anak dia. Kita bernikah dengan wanita lain, kita sangka kita sudah bahagia namun akidah anak-anak kita sekarang berada di awang-awangan.
Ambil perhatianlah kita semua apabila terlibat dalam isu perkahwinan terutama yang melibatkan yang berlainan agama. Dalam kes ini masing-masing NGO bukan Islam bersimpati dengan Shamala termasuklah persatuan-persatuan wanita. Mereka melihat dari sudut penjagaan anak, mereka tidak memikirkan persoalan akidah.......memang itu bukan hal mereka, itu hal kita, terkenalah batang hidung kita semua yang mengelar diri sebagai orang Islam.
Lihatlah sekarang mahkamah sivil boleh memutuskan hak penjagaan anak walaupun yang melibatkan agama Islam, siapa yang memberikan kuasa ini kalau bukan kita semua. Walaupun hakim orang Islam namun perundangan yang duguna-pakai adalah perundangan sivil yang memerlukan hakim melihat diluar skop akidah, apa lagi nak cakap?
Aduhai lesunya perundangan Islam di Malaysia, aduhai lesunya umat Islam, aduhai lesunya pemimpin Islam........
No comments:
Post a Comment