Friday, July 30, 2004

Ulamak vs TV3 - siapa yang benar

 
Baru saja kita dikhabarkan darihal keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan peraduan SMS yang berunsurkan judi. Lantaran keputusan itu pihak-pihak yang terlibat termasuklah TV3 telah mengeluarkan kenyataan menggantung peraduan tersebut dan akan mengkajinya semula. Belum pun reda isu tersebut tiba-tiba hari ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Harakahdaily Mufti Perak pula mengeluarkan kenyataan bahawa Konsert Sure Heboh anjuran TV3 adalah haram kerana melalaikan para penontonnya.
 
Berikut kenyataan beliau sebagaimana yang dipetik oleh Harakahdaily:
 
Sementara itu, Ustaz Harussani dalam rancangan 'Menjawab Soalan Agama' siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ipoh pada pagi tadi berkata, persembahan hiburan 'Sure Heboh' adalah haram dan diwajibkan diberhentikan segera.

"Pada saya 'Sure Heboh' ini adalah suatu perkara yang tidak baik kerana ianya melalaikan orang. Maka perbuatan melalaikan orang itu hukumnya haram," ujarnya ketika menjawab soalan pemanggil sewaktu siaran langsung itu. Ujar Ustaz Harussani lagi, mereka yang menghadiri rancangan 'Sure Heboh' itu terdiri dari kalangan remaja Melayu yang beragama Islam.
Tambahnya, mereka yang hadir tentulah akan berseronok dari sebelum Maghrib lagi hinggalah ke lewat malam, malah ada yang meneruskan aktiviti lain selepas konsert itu seperti melepak hingga ke Subuh. Selain itu, beliau turut mengulangi kenyataan bahawa Pejabat Mufti Negeri Perak telah membuat laporan membantah pihak terbabit yang menganjurkan program 'Malaysian Idol', 'Akademi Fantasia' dan Persembahan Bakat Warga Emas.

"Semua program hiburan seumpama itu adalah perbuatan yang membuang masa dan melalaikan termasuklah melemahkan tumpuan pelajar terhadap pendidikan mereka," ujarnya.
Katanya lagi, sejajar dengan kenyataan Malaysia Negara Islam kerajaan perlu menghapuskan program-program yang melalaikan yang bertentangan dengan Islam.
 
Pasti kenyataan ini akan menggemparkan banyak pihak, soal "justification" keputusan ini barangkali tidak penting, yang akan jadi penting adalah ianya akan menghampakan ramai peminat termasuklah penganjurnya. Mungkinkah semua pihak akan akur pada pandangan Mufti ini termasuk pihak TV3, memandangkan Mufti adalah seorang yang diiktiraf "authority"nya oleh pemerintah atau mungkinkah Mufti ini pula akan diambil tindakan kerana bertindak lawan arus. Apa pun.....tungguuuu.....

Dari E-Group

(saya terbitkan jawapan saya kepada seorang sahabat yang memberi komen isu Tuan Guru - untuk dikongsi bersama)

Yang sahihnya kenyataan Tuan Guru mengandungi dua intipati. Yang pertama mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk PM, TPM, kerajaan pusat, Tuanku Sultan dan lain-lain yang telah memberikan bantuan kepada beliau semasa sakit.

Dan keduanya menyuarakan hasrat agar Dato Seri Anwar juga diberikan layanan sama.

Yang pertama disiarkan sepenuhnya oleh akhbar-akhbar manakala yang kedua cuma di "carry" oleh Harakah.

Bagi saya tidak salah Tok Guru mengucapkan terima kasih sedemikian rupa, tak mengapalah kalau Umno mahu "capitalise" isu yang namun yang tentunya Tok Guru telah menerima publisiti yang meluas yang bagi saya adalah sesuatu yang positif bagi PAS. Ucapan terima kasih Tok Guru sebagaimana ucapan minta maaf kepada rakyat semasa PRU ke 11 lalu saya yakin terbit dari keikhlasan hati seorang ulamak dan pemimpin contoh.

Darihal mengapa akhbar perdana tidak memuatkan isu yang kedua - biasalah kita tahu sikap mereka sekurang-kurangnya Tok Guru telah menyuarakan pandangan dan biar pun digelapkan namun "highlight" dari Harakah dapat mengambarkan betapa "freedom of the press" masih nazak di Malaysia.
 
ROSLAN SMS
 
jihad ikhlas wrote:

Nik Aziz minta Anwar diberi layanan perubatan seperti dinikmatinya
 Adakah BA akan tertipu lagi dengan sandiwara DollahBadawi ?


Media Massa UMNO menghebohkan kununnya Nik Aziz tersangat terhutang budi dan berterima kasih kepadalayanan baik PM dan kerajaan semasa beliau sakit.

Ini hanyalah satu lagi putar-belit puak penipu UMNO.Tujuannya tidak lain, agar dunia terlupa siksaan dankejahatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penipuan Mahajahat Pilihanraya ke 11 seperti tidakpernah terjadi.UMNO/BN kini seperti Parti Malaikat yang tidak pernahmenipu dan menindas.

Sebagaimana kata Mamakanda Mahathir ...... MelayuMudah Lupa dan Khayal dalam Syok Sendiri.



Monday, July 26, 2004

Lagi tentang Nik Aziz

 
Berita Tok Guru Nik Aziz diserang sakit jantung pada pagi Khamis lalu telah membimbangkan ramai pihak. Ada yang bersedih dan tidak senang duduk, malah ramai yang memanjat doa kehadrat Allah swt agar Tok Guru dikurniakan kesihatan, cepat sembuh seperti sediakala. Kebimbangan ini terasa khusunya dikalangan penganut Islam diseluruh negara termasuk di rantau sebelah sini.

Dalam membicarakan peristiwa ini kolumnis The Sunday Star, Jocelyn Tan mengandaikan bahawa kebimbangan khusunya dikalangan penyokong PAS adalah berpunca dari rapuhnya kedudukan politik PAS di Kelantan yang cuma bertahan memerintah negeri tersebut dengan majoriti 2 kerusi. Bermakna kiranya malapetaka menimpa Tok Guru, pilihanraya kecil terpkasa dipanggil dan kedudkan PAS yang meruncing itu akan menjadi bertambah membimbangkan.

Beliau menulis:

Nik Aziz, whom they call Tok Guru, is not only the party's Mursyidul Am or spiritual leader, he is also the glue holding together the fragile PAS government in the only state now under PAS control. Hence, Nik Aziz's health scare on Thursday sent ripples through the party, from the top echelon down to the grassroots

Memang kedudukan PAS di Kelantan rapuh, namun itu bukanlah punca utama mengapa rakyat khusunya yang beragama Islam bimbang pada hari Khamis lepas. Yang menjadikan mereka cemas adalah kerana kredibiliti dan peribadi Tok Guru itu sendiri. Ketokohan beliau, ilmu beliau, kewibawaan beliau, itulah yang dibimbangkan oleh ramai yang prihatin.

Beliau merupakan ulamak yang tersohor dalam negara, hakikat ini diterima oleh rakan dan lawan. Penguasaan ilmu Al Quran dan Hadis beliau terlalu tinggi dan meyakinkan. Beliau adalah pendakwah dan pengamal Islam contoh, yang sukar ditandingi (cakap serupa bikin). Sekiranya beliau pergi, pasti sukar untuk dicari ganti, lantaran itulah ramai yang hiba dan berdukacita.

Pernah Tok Guru Hj. Hadi dalam sebuah ceramah di Kelantan berkata bahawa kiranya Raja mangkat, penggantinya diambil dikalangan anak-anak Raja yang ada. Akan tetapi sekiranya seorang Tok Guru meninggal, penggantinya memang sukar dicari.

Itulah puncanya kebimbangan ramai, pemergian Alfadhil Dato Fadzil Nor, dikira masih baru, dan kini Tok Guru pula dirundung penyakit, itulah yang mencemaskan sebahagian besar masyarakat. Memanglah keadaan kerajaan di Kelantan tak stabil akan tetapi jika pilihanraya kecil ditakdirkan diadakan di DUN Cempaka, bukan nak cakap besar...... keputusan 24 -21 susah nak berubah, kerusi lain tak tahulah.

Kini Alhamdulilah Tok Guru beransur sembuh, kekuatan, ketinggian dan kemahiran ilmu beliau insyallah akan terus dapat kita nikmati sehingga ditentukan kelak.

Friday, July 23, 2004

Getting to know Nik Aziz

The Star whilst reporting the news on Nik Aziz's unfortunate heart attack mentioned:

"It is learnt shortly after waking up at about 4am, Nik Aziz called his wife and some of his children to his side. Already unwell and complaining of chest pains, he told them he wanted to cancel a planned umrah trip with some family members and aides on Aug 1. He asked them to donate money (to be used for the trip) to the poor. He then performed his tahajud prayers (obligatory prayers before the mandatory subuh prayers) and then his subuh prayers before his family accompanied him to the Perdana Specialist Medical Centre here in an ambulance."

Not many knows that though an obligatory prayer but Nik Aziz is a person that is known amongst those close to him, as not to have left his tahajud prayers unless really unwell. This is a feat not many Muslims are able to carry even in good health.

Nik Aziz is also known to be most charitable even before he was MB. Therefore its not suprising to read that his family fund meant for their umrah trip was instead asked by him to be donated to the poor.

Under normal circumstances one in pain would definetly insist that he or she be rushed to the nearest hospital, but as reported by The Star, Nik Aziz took time to perform the Tahajud and then the Subuh prayers before requesting that he be sent to the hospital, again another feat beyond that of a normal person.

Hence it is of no surprise that Muslims from many corners are presently praying for his health and wellness, an exemplary leader, a practising and God fearing Muslim not many could be compared with during our time.

roslansms@hotmail.com

 
Nik Aziz out of danger (as at 12.38pm)
News Update by The Star Newsdesk
KOTA BARU: Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat who survived a massive heart attack Thursday, was reported to be out of danger after an angioplasty procedure.
He underwent angioplasty at the Kubang Kerian hospital at about 3am Friday.


Akhbar Malaysia biadap

 
Utusan Malaysia, The Star dan New Straits Times hari ini kesemuanya memaparkan gambar Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat yang sedang terbaring dengan alat pernafasan dan pelbagai tiub didadanya (adindanya Tuan Guru Nik Razi Nik Mat kelihatan membaca yasin disampingnya) di ICU Perdana Specialist Medical Centre di Kota Bharu.

Apakah wajar gambar sedemikian disiar sedangkan dikhabarkan pada waktu asar hari yang sama Tuan Guru telah minta untuk dibawa mengambil wuduk dan menunaikan solat asar manakala ketika Berita Utama TV3 disebelah malamnya seluruh rakyat Malaysia mendengar EXCO kerajaan negeri Kelantan YB Husam Musa memaklumkan Tuan Guru semakin beransur pulih malah memohon gunting untuk mengunting rambutnya.

Apa motif memaparkan gambar tersebut? Sedangkan kita tahu sebelum ini tidak pernah mana-mana kenamaan negeri ataupun negara yang dimasukkan ke dalam ICU, didedahkan gambarnya. Kita tidak berpeluang melihat gambar Dr. Mahathir di ICU keika diserang sakit jantung dahulu, begitu juga dengan yang lain-lain. Mengapa dalam hal Tuan Guru Nik Aziz berebut-rebut akhbat menyiarkannya?

Peliharalah etika sedikit, jangan terlalu biadap kerana ada agenda mahu berseronok dan beriang-ria di atas musibah orang lain. Insyallah kita yakin Tuan Guru berdasarkan perkembangan terakhir akan kembali pulih dan terus memimpin negeri Kelantan dan kepentingan umat Islam. Seluruh umat Islam yang "concern" samada yang berpendidikan agama, para profesyional, kakitangan kerajaan, pekerja swasta, pekerja kilang, buruh, nelayan, petani, para pelajar di dalam dan luar negara, mereka yang hafal Al Quran, umat Islam di dunia Islam yang lain sedang berdoa dan bersolat hajat untuk kebaikan beliau., insyallah doa dan munajat mereka tidak akan dihampakan.

(dari Harakah daily)

Kerajaan Negeri kesal media papar gambar tidak beretika
Friday, July 23 @ 10:44:19 MYT Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kelantan kesal dengan media yang memaparkan gambar Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan dalam keadaan yang tidak menyenangkan dan tidak beretika.Ahli Exco Kerajaan Negeri, Haji Husam Musa berkata, kerajaan negeri kesal media terbabit sengaja mengeluarkan gambar di muka depan akhbar hari ini yang disifatkan tidak beretika.

Katanya lagi, beliau dan seluruh pimpinan kerajaan negeri memohon maaf kepada rakyat Kelantan dan seluruh penyokong PAS atas kegagalan pihaknya mengawal keadaan hingga media dapat mengambil gambar Tuan Guru dalam keadaan yang tidak menyenangkan.
Beliau berkata demikian semasa ditemui oleh Ketua Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong yang membuat liputan di sana.
Sementara itu, Dato' Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) ketika ditemui di HUSM berkata, pihaknya kesal dengan perbuatan akhbar-akhbar tersebut.
"Jika gambar seumpama itu disiarkan akhbar di Barat, nescaya akhbar itu akan dicela oleh badan pengawal media di sana," tegasnya.
"Jika seluruh dunia mengkritik tentera Amerika Syarikat yang menghina rakyat di Iraq, kenapa media kita tak buat perkara yang sama di sini," jelasnya.
Justeru beliau sekali lagi melahirkan kekesalan beliau terhadap sikap media yang dikatakan keluar dari etika.

 

Thursday, July 22, 2004

LATEST ON NIK AZIZ

3.28 pm

Kelantan Mentri Besar Nik Aziz conscious, but weak after heart attack
News Update by The Star News Desk


PETALING JAYA: Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat is "conscious but still very weak" after suffering a heart attack on Thursday morning, state Finance and Public Administration exco member Husam Musa said.
Husam, who saw Nik Aziz at the Perdana Specialist Hospital's intensive care unit, in Kota Baru, said his condition had improved slightly.

Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
"The doctors are considering a heart surgery for Tok Guru (as Nik Aziz is fondly called) in the next two days, after his condition stabilises" he said in a telephone interview.
This was the first time the 72-year-old mursyidul aam, or spiritual leader of PAS, had a heart attack.
Husam said all members of Nik Aziz's family were at his bedside except his son, Nik Adli, who was in detention in Kamunting, Perak.
He said well wishers should pray for Nik Aziz's full recovery

NIK AZIZ IN CRITICAL STATE

 
Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat tenat di Hospital Pakar Perdana KB setelah diserang sakit jantung sebelum subuh (semasa solat tahajud) pagi tadi.

YA ALLAH BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA AL FADHIL AGAR SEMBUH DARI PENYAKITNYA
 
YA ALLAH SUDAH TIDAK RAMAI ULAMAK YANG MUKTABAR DI MALAYSIA INI JANGANLAH KAMU AMBIL SEORANG LAGI SEDANG KAMI MEMERLUKANNYA

Please give your prayers to this outstanding man, may Allah protect him and shower him with kindness.....AMIN

Kes Shamala v Dr. Ridzwan : Ke mana arah Sisters in Islam

 
Nampaknya tak kunjung reda kes kontroversial ini yang diadili oleh hakim dan mahkamah yang sungguh kontroversial. Implikasi keputusan kes ini kedua-dua anak kecil yang telah memeluk Islam secara sah kini akan dibela sehingga dewasa oleh si ibu yang beragama Hindu. Syarat yang diberikan hakim, si ibu tadi tidak boleh mempengaruhi anak-anaknya bagi menukar agama mereka.

Umat Islam yang prihatin dan sensitif dalam hal-hal yang melibatkan akidah sesama Islam pasti akan merenung jauh memikirkan keputusan ini dan masa depan anak-anak yang terlibat terutama darihal keupayaan mempertahankan akidah Islam mereka. Sudah pasti samada seseorang itu "a practising Muslim" ataupun Muslim ikut-ikutan, siapa pun tidak akan senang berhadapan dengan isu ini. Siapakah yang akan memberikan pendidikan Islam kepada anak-anak kecil ini kelak dalam keadaan mereka dibesarkan oleh si ibu yang berlainan agama? Isu ini tidak dipertimbangkan oleh mahkamah kerana itu bukan masalah mahkamah sivil yang tidak terikat langsung dengan peraturan Islam.

Isu ini perlu dibangkitkan kerana dalam waktu kekuatan Islam tercabar sebegini, tiba-tiba ada NGO yang menamakan diri mereka Sisters in Islam, mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mempertahankan hak si ibu yang beragama Hindu tadi! Dalam satu laporan disebutkan:

ACTUAL CUSTODY & JUDGE'S CAVEAT. The Star reports that diverse groups are unhappy with the conditions placed on Shamala in the court decision giving her and her former husband, now a Muslim convert, joint custody of their sons. SIS legal officer Nora Murad said the group was concerned with the practical implications of the decision, as the caveat placed on the mother was unclear.

"If Shamala has a Hindu altar in her house as she practises Hinduism, does this mean she will be influencing her children?" she said yesterday.

"Concern" SIS ini bukan kepada kebajikan tarbiyah Islamiyah anak-anak tadi, akan tetapi lebih kepada tidak praktikalnya mahkamah mengenakan syarat tadi. Seolah-olah SIS mahu menegaskan yang anak-anak tadi perlu diberikan kebebasan...........

SIS bukan hanya mempertikaikan hal tersebut, malah pandangan Mufti Wilayah Persekutuan bahawa seseorang anak itu secara automatik menjadi Islam apabila seorang ataupun kedua-dua ibu-bapanya memeluk Islam turut dipandang rendah oleh mereka:

Nora Murat, Sisters In Islam legal officer:

The Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act does not provide for automatic conversion of minor children whose parent has converted to Islam, Sisters In Islam said yesterday.

SIS legal officer Nora Murat said Clause 95 of the enactment specifically states that a person who has not reached the age of 18 can be converted to Islam only with the father or mother or guardian's consent. [...]


Ih his ruling, Justice Faiza had cited a Jan 2 letter from the Federal Territory mufti stating that the children are automatically converted to Islam when one of the parents embraces Islam and that the conversion was effective even though the other parent opposed it.
"The mufti has given a conflicting opinion to what is already clearly stated in the law," Nora said, adding the legislative procedure should take precedence over a mere opinion.
Nora added that the Quran is clear in stating that there is no compulsion in faith, and the conversion of Shamala's minor children under the shroud of secrecy indicates an element of force.

She said nothing in the Quran or Hadith stipulates that a child's conversion is automatic upon conversion of a parent, citing that the FT enactment on conversion of minors differs from that of the Selangor Administration of Islamic Law Enactment which allows for automatic conversion


SIS ini ditubuhkan untuk membela Islam atau membela siapa? Cukuplah NGO yang bukan Islam bersuara dan mempertikaikan perlaksanaan penghakiman ini, mengapa perlu NGO yang mengunakan nama Islam turut bersama-sama menyuarakan ketidak-puasan mereka seiring dengan yang bukan Islam.

Kalau benar pada namanya SIS patut kehadapan bagi memastikan akidah anak-anak ini terus dipelihara. Soal pengislaman mereka tidak seharusnya dipertikaikan lebih-lebih lagi oleh masyarakat bukan Islam. Orang Islam di Malaysia tidak pernah mempertikaikan apabila ada kumpulan orang asli ataupun masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak yang asalnya tidak beragama diajak memeluk agama Kristian oleh "missionary" Kristian contohnya. Tetapi apabila seseorang itu, kanak-kanak ataupun dewasa, telah memeluk Islam, maka jangan sekali-kali ada mana-mana pihak cuba mahu mempertikaikannya!

Kes "Natrah" di Singapura yang berlaku sebelum Merdeka dahulu adalah satu "classic example" dimana kuasa penjajah memaksa seorang wanita Eropah yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang pemuda Melayu agar diserahkan kembali kepada ibu-bapa asalnya dan ditukarkan ke agama asalnya. Orang Melayu dan masyarakat Islam di Singapura dan sebahagian Malaya ketika itu telah bangun memberontak, akan tetapi negara ketika itu dikuasai penjajah, akhirnya ramai yang ditangkap dan kes tersebut berlalu begitu sahaja......tapi itu sebelum merdeka, kini kita sudah berdaulat, dimana maruah Islam dan harga diri kita sebagai seorang Muslim?

SIS ini lebih baik ditukarkan sahaja sifatnya, buang sahaja istilah ISLAM dari persatuannya, jadilah NGO biasa, jangan kelirukan masyarakat khususnya yang bukan Islam berhubung dengan Islam itu sendiri. Inilah akibatnya apabila yang jahil dan tidak ber "authority" turut mahu memberi pandangan dalam soal hukum. Jangan samapai kita nanti jadi macam di era "Natrah", kita marah dan benci, Islam disepak, ditendang, diperkosa  dan dihina didepan mata  tapi kita lesu dan tak mampu berbuat apa-apa.  

Berwaspadalah saudara-saudara se Islam tentang pertubuhan ini.......

roslansms@hotmail.com

Wednesday, July 21, 2004

Kes Dr Ridzwan Mogarajah satu pengajaran

 
Kebanyakan akhbar hari ini memaparkan dimuka depan keputusan kes hak penjagaan kanak-kanak yang melibatkan ibu-bapa berlainan agama iaitu Shamala dan Dr. Ridzwan. Mahkamah Tinggi yang dihakimi oleh Hakim Faiza Tamby Chik memutuskan ibu yang bukan Islam iaitu Shamala berhak memelihara kedua-dua anak hasil perkongsian hidup mereka iaitu Saktiswaran 4 tahun 10 bulan dan Theiviswaran 3 tahun 6 bulan. Namun Dr. Ridzwan diberikan kebenaran menziarah anak-anak beliau diwaktu-waktu yang ditetapkan. Beliau turut memutuskan bahawa Shamala perlu membesarkan anak-anak mereka menurut kepercayaan Islam dengan menyatakan:
 
 
"I put a caveat as I must not lose sight that they are mualaf (Muslim converts).

"The mother would lose her rights to actual custody if there are reasonable grounds to believe she would influence the children's present religious belief, for example teaching them her belief (Hinduism) or making them eat pork," Faiza said.
 
Di dalam kes ini kedua-dua terlibat yang asalnya beragama Hindu telah berkahwin secara sivil pada 1998. Anak-anak mereka dilahirkan antara tahun 1999-2001. Pada November 2002 si suami telah memeluk agama Islam dan pada November 2003 telah turut mendaftar kedua-dua anaknya sebagai beragama Islam dengan nama Muhammad Firdaus Jeya dan Muhammad Asraf Jeya.
 
Macam-macam telah diperkatakan namun yang paling penting disini adalah maruah Islam dan betapa pemerintah berusaha ataupun tidak untuk menjaga kepentingan Islam dan penganutnya. Pelbagai kes seumpama ini sebenarnya telah kita dengar. Seorang yang dikenali dengan nama glamournya "lepat" dari Pulau Pinang turut memiliki nasib yang sama apabila anaknya dilarikan oleh isterinya seorang berbangsa Inggeris dan kini tinggal menetap di UK dikalangan keluarga penganut Kristian.
 
Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Atau kita tidak berapa mahu ambil pusing, tak mengapalah ini kes suami-isteri, asal anak-anaknya elok tak masuk Hindu tak makan babi tak mengapalah......
 
Sesungguhnya si bapa memikul tanggungjawab dalam hal ini. Memeluk Islam bukan semata-mata kerana nak kahwin (biasanya sebab nak kahwin orang Melayu kena masuk Islam). Islam dianut dan diterima dengan penuh pemahaman dan penghayatan. Pemiliharaan akidah Islam adalah tanggungjawab penganutnya.
 
Selalu kita dengar sebab anak hendak berkahwin yang lain bangsa (dan agama) kita senang sahaja terima bakal menantu kita samada lelaki ataupun perempuan, cukup dah masuk Islam, selamat. Kita tidak menitik-beratkan pembinaan akidahnya, kita serahkan itu semua kepada pihak lain, PERKIM, masjid, sekolah, radio, TV dan seumpamanya. Kadangkala kita sendiri pun longgar Islam maka menantu tambah-tambahlah longgarnya. Tiba-tiba bila terjadi sesuatu yang tidak terduga seumpama penceraian, kita gelabah bila menantu larikan cucu kita dan kemungkinan kembali ke agama asalnya. Habis cucu kita turut di murtadkan. Kita heboh keluar akhbar masuk TV. Keturunan ku murtad....!!!
 
Siapa yang bersalah?
 
Ambillah prihatin sedikit soal akidah ini. Dalam kes Dr Ridzwan tadi sungguhpun hakim meletakkan caveat bahawa anak tadi perlu dibesarkan sebagai seorang Islam, siapa yang dapat menjamin ketulenan akidah anak-anak itu nanti?! Anak yang duduk bawah bumbung orang Islam pun boleh jadi terpesong akidah inikan pula duduk dalam suasana yang berlainan agama.
Kiranya bila mencecah usia dewasa anak tadi memilih untuk menganut agama Hindu bagaimana?
 
Memang Dr. Ridzwan mungkin sedang bergundah-gulana ketika ini, namun lihatlah apa yang telah terjadi. Kita tinggalkan si Hindu tadi dengan pelbagai alasan kini kita tersepit bila dia melarikan anak kita yang juga merupakan anak dia. Kita bernikah dengan wanita lain, kita sangka kita sudah bahagia namun akidah anak-anak kita sekarang berada di awang-awangan.
 
Ambil perhatianlah kita semua apabila terlibat dalam isu perkahwinan terutama yang melibatkan yang berlainan agama. Dalam kes ini masing-masing NGO bukan Islam bersimpati dengan Shamala termasuklah persatuan-persatuan wanita. Mereka melihat dari sudut penjagaan anak, mereka tidak memikirkan persoalan akidah.......memang itu bukan hal mereka, itu hal kita, terkenalah batang hidung kita semua yang mengelar diri sebagai orang Islam.
 
Lihatlah sekarang mahkamah sivil boleh memutuskan hak penjagaan anak walaupun yang melibatkan agama Islam, siapa yang memberikan kuasa ini kalau bukan kita semua. Walaupun hakim orang Islam namun perundangan yang duguna-pakai adalah perundangan sivil yang memerlukan hakim melihat diluar skop akidah, apa lagi nak cakap?
 
Aduhai lesunya perundangan Islam di Malaysia, aduhai lesunya umat Islam, aduhai lesunya pemimpin Islam........
 
 
 
 
 

Justice delayed is justice denied

 
Untuk kesekian kalinya kes rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim ditunda. Ramai yang tertunggu-tunggu mahkamah Persekutuan yang sepatutnya bersidang minggu ini bagi memutuskan rayuan terhadap Anwar yang didapati bersalah dalam kes liwat "sensasinya" itu. Tiba-tiba akhbar-akhbar tempatan pagi ini melaporkan peguam Anwar dimaklumkan oleh pihak mahkamah bahawa rayuan tersebut ditangguhkan kesuatu masa yang akan ditetapkan kelak.
 
Sesungguhnya penangguhan sedemikian rupa pasti menimbulkan keraguan dan syak-wasangka dikalangan ramai. Bayangkan beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000 (hampir 4 tahun lalu), rayuan diperingkat Mahkamah Rayuan ditolak pada 18 April 2004 (kira-kira 3 bulan lalu) dan Mahkamah Persekutuan yang sepatutnya bersidang minggu ini menangguhkan pula persidangannya. Bermakna sejak ditahan pihak berkuasa lebih5 tahun lalu sehinggalah ke hari ini (dah dua kali pilihanraya umum) nasib Anwar belum dapat diputuskan lagi.
 
Mahkamah sepatutnya bebas dari sebarang tekanan dan pengaruh mana-mana pihak. Samada keputusan rayuan Anwar kelak akan mencetuskan suasana tegang ataupun sebaliknya, bukan kerja mahkamah untuk memikirkan. Begitu juga samada pihak kerajaan sudah bersedia ataupun tidak bagi menerima implikasi keputusannya kelak juga bukan pertimbangan yang harus diambil kira mahkamah. Mahkamah mestilah dilihat bebas dalam setiap keadaan dan masa.
 
Tempuh 5 tahun yang berlanjutan ini telah mengakibatkan penderitaan ke atas ramai pihak terutama keluarga beliau, kenalan, penyokong dan orang-ramai. Yang penting sekarang adalah keputusan muktamad. Sekurang-kurangnya ini memberikan peluang kepada keluarganya untuk merancang tindakan selanjutnya yang wajar diambil. Jangan lagi biarkan mereka menderita menunggu khabar yang tak pasti.
 
Pada dasarnya menangguhkan kes ini sewenang-wenangnya sudah cukup membuktikan betapa keadilan telah dipersia dan dipermainkan. Menangguhkan keadilan sekaligus menafikannya. Menafikan keadilan adalah kezaliman yang tidak boleh dimaafkan. Soal samada mahkamah akan memutuskan Anwar tetap bersalah ataupun tidak kita serahkan pada Allah swt (sungguhpun ramai dah berani buat dugaan), isunya di sini, demi kemanusiaan janganlah ditangguh-tangguhkannya lagi. roslansms@hotmail.com
 

Friday, July 16, 2004

UMNO akan hancur kata Nakhaei

 
Petang Jumaat ini secara bersahaja saya capai akhbar Berita Harian untuk mengikuti perkembanagan pemilihan UMNO peringkat bahagian-bahagian yang sedang rancak berlangsung. Terbacalah artikel Pak Nakhaei Hj. Ahmad di bawah tajuk “Broker politik gugat perjuangan UMNO”.
 
Nakhaei rupanya mengunakan peluang melalui ruangan ini bagi menyatakan protes dan ketidakpuasan hati beliau terhadap UMNO itu sendiri. Rupa-rupanya beliau baru sahaja tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Baling, Kedah. Macam nasib Rahim Tambi Chik juga rupanya Pak Nakhaei!
 
Tapi tak seperti Rahim, bahasa yang digunakan oleh Nakhaei dalam artikelnya dikira cukup bias dan pedas. Memang Nakhaei masa dalam PAS dulu pun banyak mengeluarkan kata-kata bias dan padas yang banyak merugikan PAS.
 
Saya semacam kurang percaya, namun rasakan penting untuk berkongsi di dalam BLOG ini darihal rintihan seorang yang kecewa lantaran kegagalan beliau merebut jawatan dalam UMNO, kata beliau:
 
Jika dalam tulisan lalu, saya menyebut mengenai kerapuhan UMNO, melalui pengalaman yang saya peroleh, saya yakin bahawa UMNO dari segi cita-cita perjuangannya yang asal untuk agama, bangsa dan negara, SUDAH BERKUBUR.
 
UMNO SEKARANG SUDAH TIADA PERJUANGAN LAGI MELAINKAN SEBAGAI WADAH UNTUK MENDAPATKAN KEDUDUKAN DAN KUASA. Perjuangan dalam UMNO adalah semata-mata sebagai kegiatan pelaburan yang menanti keuntungan dalam bentuk kedudukan dan kuasa.
 
Betulkah ini tulisan Nakhaei? Bukankah Nakhaei dulu, bekas Naib Presiden PAS, lari meninggalkan PAS sebelum pilihanraya umum 1990 dengan melekeh dan merendah-rendahkan perjuangan PAS. UMNO dikatakan baik, mempunyai matlamat perjuangan yang betul dan sesuai untuk bangsa dan agama. Dipuji melangit UMNO dan pimpinannya ketika itu tapi sekarang apa dah jadi?
 
Nakhaei turut menambah:
 
Apakah pemimpin UMNO mampu membendung kepincangan dan elemen keruntuhan yang melanda parti Melayu yang terbesar ini? Jika pemimpin UMNO tidak boleh berbuat apa-apa lagi bagi membendung kepincangan ini, BAHKAN MEREKA SENDIRI TERBABIT DI DALAM MEMBESARKAN ELEMEN KERUNTUHAN ITU, MAKA NANTILAH SAAT KEHANCURANNYA.
 
Barangkali mengetahui hakikat inilah adik-beradik Tuan tidak pernah menyerati UMNO agaknya Pak Nakhaei…… roslansms@hotmail.com
 
 

Thursday, July 15, 2004

Bila buaya dengan buaya berlaga

Persidangan UMNO diperingkat bahagian sedang hangat berlangsung. Baik diperingkat Puteri, Pemuda, Wanita mahupun UMNO Bahagian sendiri.

Macam-macam diperkatakan dalam akhbar dan TV. Yang paling menarik adalah apabila calon yang kecundang mendedahkan punca kekalahannya dikhalayak ramai. Salah seorang dari ramai yang tidak berjaya merebut jawatan tertinggi bahagian adalah Rahim Tambi Chik, bekas Ketua Menteri Melaka yang gagal sekali lagi di Kota Melaka.

Keluhan Rahim diberi ruang oleh TV3 dan akhbar-akhbar utama. Kata Rahim wang yang banyak digunakan untuk menyogok para perwakilan. Menurut beliau para perwakilan Kota Melaka yang kemaruk wang telah datang berjumpa beliau minta antara RM1,000 ke RM3,000 untuk memberikan undi mereka kepada beliau.

Merah-merah biji mata Rahim menahan marah ketika keluar di TV3 tempuh hari. Bukan saya tidak boleh menerima kekalahan tapi mana nak tahan berlawan dengan wang, ujarnya.

Hari ini Utusan Malaysia memaparkan pula reaksi Datuk Wira Amid Nordin, EXCO Melaka yang berjaya mengalahkan Rahim bagi kali ketiga. Dalam pemilihan tersebut Amid memperolehi 235 undi manakala Rahim 125 undi.

Amid nampak tidak selesa dengan tuduhan Rahim dan mendesak agar bukti yang kukuh dikemukakan. Menurut UM :

Amid juga menafikan mengunakan wang untuk “membeli” perwakilan sebaliknya beliau sering berjumpa dengan rakan-rakan di warong kopi sambil makan kuaci.

“Kuaci sahaja yang saya makan, sampai bengkak-bengkak bibir makan kuaci. Saya tidaklah sampai membawa perwakilan ke hotel-hotel termasuk ke Bistro Saloma di Kuala Lumpur,” katanya.


Barulah padan masing-masing tuduh-menuduh. Siapa agaknya yang membawa perwakilan ke hotel-hotel dan Bistro Saloma di Jalan Ampang tu? Kalau perwakilan boleh dijamu di Bistro Saloma dan hotel-hotel memang “class” lah pencabar Amid tu!

Demikianlah bila buaya dan buaya bertelagah, yang nak direbutnya adlah tampuk kekuasaan, lubuk wang dan kemewahan. Mujur buaya tak ada bibir, taklah bengkak kalau makan kuaci……….

roslansms@hotmail.com

Wednesday, July 14, 2004

Apabila Islam tidak lagi dibela

Lanjutan dari artikel terdahulu berhubung filem “Passion of the Christ”, sebagaimana diduga, kini kita bukan sahaja berhadapan dengan golongan bukan Islam yang tidak faham dan keliru akan tetapi lebih parah lagi turut berhadapan dengan sesama Islam yang turut bersikap demikian.

Ruangan “Letters” dalam akhbar NST hari ini (14 Julai 2004) memuatkan surat bertajuk “Let all watch “The Passion””, dan penulisnya tidak lain dan tidak bukan Dr. Chandra Muzaffar, seorang yang sepatutnyta dikenali sebagai pemikir Islam.

Dr. Chandra menyebut : “All Malaysians should be allowed to see the film The Passion of the Christ. To confine its viewing to only Christians tarnishes the international image of one of the most successful multi-religious nations on earth.”

Kita tidak mahu filem ini ditayangkan kepada masyarakat Islam bukan kerana kita tidak terbuka, tetapi isu disini adalah isu memelihara dan menyelamatkan akidah dan kepercayaan. Filem ini memaparkan Christ mati di palang salib, sedangkan umat Islam menganggap Nabi Isa a.s tidak mati tapi diangkat oleh Allah swt ke langit, yang mati dipalang salib itu bukan Isa a.s

“The slew him not, nor do they crucify him but it was made dubious to them” – An Nisa : 157

Filem ini kalau dibuka untuk tontonan ramai bermakna seluruh masyarakat Islam tua-muda berpeluang menontonnya. Umat Islam yang dalam pengetahuan agama dan yang tidak turut berpeluang menonton.

Kepada Dr Chandra: “I do not know about you Dr. Chandra but how am I to explain to a son who is 9 years old when he sees Christ being crucified as depicted in the film? Would he accept that what he sees is merely from the Christian point of view, or would he quietly rebel inside and accept that possibly what he sees might be the gospel truth?” Films would normally have lasting and strong influence to those who really absorbs them. Cases of children toying with real firearms and acting as superheroes merely to emulate what they see on films and TV have often been reported. I dread to think what impression would be left on my children after viewing the movie.

Mengapa Dr Chandra bersungguh mahu filem ini dipaparkan kepada umum menjadi tanda tanya? Beliau mengatakan melarang filem ini dari ditonton umum menjejaskan imej negara diperingkat antarabangsa sebagai sebuah negara berbilang agama yang contoh. Mana lebih penting, memelihara akidah umat Islam atau mengkayakan taukeh wayang? Membenarkan filem ini ditonton sesama bukan Islam dirasakan sudah cukup memadai dan berpadan.

Inilah padahnya apabila kita gila dengan konsep keterbukaan dan toleransi sehingga tergamak menggadai maruah agama yang tercinta. Pertahankanlah maruah Islam, jangan sampai tergadai!

roslansms@hotmail.com

Tuesday, July 13, 2004

Kes Norjan : Akhbar Melayu gelapkan berita

Saya terperanjat bila membaca akhbar The Star hari ini yang membuat liputan darihal kes bunuh bekas pemimpin Wanita UMNO Sabah Datuk Norjan Khan Bahadar. Perlakuan yang dilaporkan oleh akhbar tersebut sungguh menjijikkan, melanggar peraturan agama dan budaya. Terus saya mencari kedua-dua akhbar Melayu saluran perdana Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk membaca laporan dalam bahasa Melayu.

Rupa-rupanya kedua-dua akhbar enggan melaporkan bab tersebut, barangkali terlalu sensitif maklumlah Wanita UMNO sedang bersidang ketika ini diseluruh negara, malu nak dedahkan agaknya.

Saya memohon maaf tapi inilah laporan akhbar The Star "word by word"

Datuk Norjan Khan Bahadur asked her aide to give businessman Amir Khan Amjad Khan a massage in the hotel room where she was found murdered hours later.

Her aide, Baria Mohamad told the High Court yesterday that all three were at Shangri-La Hotel's Roon 208 when Norjan told her to massage him while she (Norjan) went to take a bath.

She told me Amir Khan was having a potency problem. I told the Datuk (Norjan) that I could not massage Amir as I was not feeling well but she insisted Baria said.

As she massaged his leg and waist, Amir Khan who was lying on the bed asked Baria for a massage to fix his impotency problem

I told him to think of me as sister and massaged his private parts and in a short while there was liquid coming out. I stopped Baria told the court.

She said Amir and Norjan were alone in the room when she left them to tend to her sick daughter in Room 205.


(Akhbar Berita Harian sekadar melaporkan : Katanya dia memberi alasan tidak boleh mengurut Amir Khan kerana tidak sihat tetapi terus didesak sebelum mengurut kaki dan pinggang lelaki Pakistan itu. Itu sahaja yang lain tidak dilaporkan)

Astarghfirullah........mudah-mudahan cuma ini sahajalah anggota Wanita UMNO yang berperangai demikian. Yang lain-lain jangan begitu......Bayangkanlah:

1. Baria mengurut senjata sulit Amir (Baria dan Amir tiada pertalian)

2. Norjan ditinggalkan berdua dengan Amir (Norjan baru selesai mandi) Amir pula baru selesai diurut oleh Baria (pasti dalam keadaan tak berpakaian)

Apa nak jadi makcik-makcik Wanita UMNO? Ya Allah selamatkanlah kami semua dari kemungkaran ini!

Monday, July 12, 2004

"The Passion of the Christ" - siapa yang mahu membela aqidah

Filem arahan Mel Gibson ini telah ditayangkan keseluruh dunia sejak awal tahun ini. Ianya mengisahkan saat-saat akhir hidup Jesus Christ menurut fahaman agama Kristian. Di Malaysia ia pada awalnya diharamkan akan tetapi setelah dirayu oleh pimpinan agama Kristian tempatan akhirnya kerajaan Malaysia memberikan keizinan dengan syarat:

1. ianya ditayangkan untuk tontonan yang bukan Islam sahaja
2. sebarang iklan dan publisiti terhadap filem ini tidak dibenarkan

Dalam akhbat The Sunday Times semalam Brenda Pereira dalam ruangannya "Plain talk" di bawah tajuk "Let all Malaysians see movie on Christ's last hours" telah memprotes keputusan ini dan memohon agar kerajaan menyemak semula keputusan tersebut.

Sebelum ini ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok turut menyuarakan bantahan yang sama di Parlimen. Menurut Teresa menonton filem seumpama ini tidak akan mengakibatkan seseorang itu menukar agamanya.

Brenda telah pergi lebih jauh lagi dengan memetik pandangan Ulamak Azhar serta memberikan angka dan bilangan penonton yang menonton filem ini dibeberapa negara Arab yang membenarkan penayangannya (140,000 di Lebanon kata beliau ).

Sudah tentulah Brenda tidak mengambil kira hakikat bahawa terdapat sebilangan besar juga penduduk Arab yang beragama Kristian di negara-negara tersebut. Berenda tidak menyiasat fakta ini cuma memungut sahaja angka dan bilangan kerana mahu mengukuhkan artikelnya.

Berbalik kepada isu di Malaysia, kerajaan bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat Malaysia yang bukan Islam bahawa terdapat perbezaan yang terlalu besar antara penganut Islam dan Kristian berhubung penghujung kehidupan Nabi Isa di dunia. Persamaan diperingkat awal mungkin ada namun dipenghujungnya berbeza sama-sekali dan ini sesuatu yang sangat sensitif dan serius kerana ia melibatkan akidah.

Mel Gibson sebagaimana yang terkandung dalam Bible mengambarkan Christ mati di palang salib. Kematian Christ diterima sebagai pengorbanan bagi menyucikan dosa sekalian manusia. Dan Christ adalah "Anak Tuhan" menurut penganut Kristian. Ini sama sekali berbeza dengan ajaran Islam sebagaimana yang terkandung dalam Al Quran dan ianya bukan sesuatu yang boleh penganut Islam kompromikan.

Berpadanlah dengan dibenarkan tayangan untuk sesama bukan Islam, jangan lagi dilayan sebarang rayuan dan permohonan. Jangan samapai terlalu melayan kehendak bertoleransi sehingga menggadaikan maruah dan akidah!

Apa halnya Brenda, Teresa dan lain-lain mahukan umat Islam turut menonton filem ini? Ianya suatu penghinaan terhadap kepercayaan Islam dan implikasinya kelak lebih buruk dari (letting) "people of Malaysia enjoy the freedom to watch movie of their choice" sebagaimana yang disarankan oleh Teresa dan Brenda.

Memang umat Islam di Malaysia barangkali tidak akan luntur akidahnya semata-mata dengan menonton filem ini, tetapi siapa yang boleh menjamin? Menjamin akidah umat Islam bukan kerja Brenda, Teresa dan lain-lain. Ini isu umat Islam, akidah kami, kepercayaan kami. Oleh itu kerajaan Malaysia sekali lagi digesa agar bertegas dalam hal ini.

Kata Brenda "remember that Malaysia is supposed to be a model of a progressive and tolerant nation". Yes we want to be progressive and tolerant but not at the expense of our religion and belief. Go watch the movie if you want to Teresa and Brenda, leave us Muslims alone!

roslans,s@hotmail.com



Hasrat Ku Li "tak halal"

Marah betul kalangan pimpinan UMNO bila Ku Li isytihar tawar diri bertanding jawatan Presiden UMNO. Itupun kalau dicalonkan,kata Ku Li maknanya kalau tak ada, tak adalah. Hari ini nak bertanding jawatan dalam UMNO bukan mudah macam dahulu. Peraturan baru menetapkan perlu dapat kurang-kurang 30% pencalonan dari 191 bahagian-bahagian UMNO. Bermakna minima perlu ada 58 bahagian yang mencalonkan kalau dapat 57 atau kurang menjadi tidak layak.

Sepatutnya semakin maju negara semakin majulah UMNO, tapi hari ni tak nampak gitu. First world country but third world politics -begitulah lebih kurang!

Dalam marah-marah tu keluarlah kenyataan Pak Shahidan dari Perlis Darul Mempelam. Kata beliau hasrat Tengku Razaleigh itu adalah TIDAK HALAL kerana bertentangan dengan persetujuan Majlis Tertinggi UMNO.

Alahai Shahidan, bila pulak Majlis Tertinggi UMNO ambil tugas Majlis Fatwa Kebangsaan? Halal-Haram dalam Islam Hadhari Malaysia tugas dan kerja Majlis Fatwa bukan Majlis Tertinggi awat kalut sangat hang ni?

Demikianlah al kisah bila UMNO bertanding, macam-macam ada, macam astro.........

Khairy yang mana satu..................

All most all Sunday papers yesterday carried a one page interview of Khairy Jamaluddin - the contender for UMNO Youth number two post. Minnguan Malaysia ada, Sunday Times ada macam-macam ada. Dah tak ada nama lain dah yang terbit Khairy,Kahiry, Khairy.....

The number one post, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia looks certain to be won by the incumbent Hishamuddin hands down, tapi yang number two mula-mula nampak nak berentap bila Aziz (adik Kadir Sheikh Fadzil)melepaskan jawatan tersebut atas faktor umur.

Khabarnya ramai dream to give it a shot, Azimi Daimlah, Khir Toyolah dan berbaris lagi aspirant macam calon-calon akademi fantasia.

Tapi bila Khairy Jamaluddin yang mula-mula malu-malu decline, mengesahkan masuk bertanding, habis semua gostan kebelakang.

What I want to highlight in this article is on Khairy's interview in the Sunday Times yesterday

Q : Some people may be supporting you because of your ties to the PM.

A : Firstly, I cannot read what's in people's hearts. I cannot read if they are supporting me only because I am the son-in-law of the PM.
I am taking that support as a trust and I will carry out my duties based on that trust.
Secondly, when I go down to the ground, I do so on my own platform. But there is very little I can do if some people look at me and say "he is the PM's son-in-law". I cant deny the fact that I am his son-in-law.
So if UMNO Youth members ask me what is my strength, I will tell them that my strength is my ideas and work ethic.


Kesian menantu Pak Lah, tak boleh pisahkan diri dari kenyataan demikian. Imagine if Khairy is not the PM's son-in-law......will he be able to go far at 28?

Look at Mukhriz Mahathir anak bekas PM. Those days when his dad was PM he needs no introduction. But nowadays its no more plain sailing. Bertanding Ketua Pemuda Bahagian Kubang Pasu pun kalah....setakat hari ini dah 130 bahagian Pemuda yang bersidang Mukhriz cuma dapat 6 pencalonan untuk jawatan nombor 2 pemuda UMNO berbanding Khairy yang sungguh pun ada perwakilan Pemuda bahagian yang tak pernah kenal beliau pun kini dah dapat 121 pencalonan !

Ada seorang mak cik dari Rembau bagi tahu, Khairy ni batang hidung pun tak pernah nampak di Rembau, tiba-tiba bila kawin anak Pak Lah terus naik..........macam roket.

If he is not the PM's son-in-law, will UMNO members give a damn if Khairy goes down on the ground? The fact is orang UMNO calonkan Khairy sebab Khairy anak Pak Lah FULLSTOP.

So kalau ada bakal-bakal pemimpin yang nak naik mudah dalam hiraki UMNO apa lagi carilah Pak Mentua yang berjawatan tinggi - pasti selamat, lepas tu jangan tunggu lama-lama, kalau dah pencen Pak Mentua, anda pun turut akan dilupakan, jajalah degree ke Masters ke Phd ke, anda sekadar jadi suratkhabar lama macam nasib Mukhriz anak Mahathir. Thats life..........

Thursday, July 08, 2004

Pirdaus dedah kes pelacuran "gay" di KL

Bekas Imam Masjid Negara Pirdaus Ismail yang sekarang ini EXCO Pergerakan Pemuda UMNO mendedahkan setelah turun ke padang di KL beliau dapati berleluasanya remaja lelaki Melayu menawarkan khidmat seks untuk golongan "gay".(Utusan Msia 8 Julai pg. 9)

Terperanjat sungguh bekas Pak Imam tengok keberanian anak-anak Melayu alaf baru ni. Alahai Pirdaus kata M.Nasir LIHAT DUNIA DENGAN MATA BURUNG JANGAN LIHAT DARI BAWAH TEMPURUNG. Kenapa Pirdaus tak singgah sekali ke Sun Complex, Choo Cheng Khay, Jalan Alor, Lorong Haji Taib.....dan banyak lagi, bersepah anak-anak Melayu wahai Pak Imam. Jangan lupa yang dah jadi GRO (kata kawan Pak Imam juga kononnya ada 13,000 mek kelantan jadi GRO kat KL!)Yang pondan dan macam-macam lagi.

Pirdaus dalam laporan akhbar tersebut marah-marah kepada JAWI (Jabatan Agama Wilayah). JAWI dan JAIS sebenarnya tak mampu buat kerja....tambahan pula ada tempat-tempat tak boleh masuk, silap-silap kena pecat. Mufti pun boleh kena pecat inikan pula pegawai cabok, tak ingat kes di The Ship Damansara Utama dan kes ratu cantik Melayu dulu?

Hakikatnya ia berleluasa bukan kerana kurang penguatkuasa tapi kuasa yang ada terlalu tumpul dan rapuh. Kesungguhan tiada, tutup satu lobang buka beratus yang lain, macam mana?

Orang Melayu dah hilang maruah dan kehebatannya kerana pemimpin Melayu sendiri tidak meletakkan agama sebagai agenda utama, sekadar sampingan bila boleh menguntungkan, itu sahajalah. Berani buat berani tanggung.

Bak kata pepatah APA YANG DISEMAI ITULAH YANG DITUAI, jangan-jangan Pirdaus baru tersedar, tersalah masuk kompeni kot?!



Wednesday, July 07, 2004

Cemas tapi benar.....

Akhbar Nanyang Siang Pau memberitakan lebih 50% mangsa rompak, ragut dan mencabul kehormatan tidak melaporkan kejadian kepada pihak polis atas alasan tiada keyakinan terhadap mereka.

42.5% dari 168 orang bekas mangsa mengatakan mereka tidak laporkan pada polis kerana merasakan pihak polis tidak mampu untuk membantu.

Cemas tapi benar, demikianlah besarnya angka mereka yang tiada lagi keyakinan terhadap pihak polis. Bukan nak mengatakan bahawa semua anggota polis itu tidak baik akan tetapi kebanyakkan yang berasa di luar sini hasil dari pengalaman masing-masing mula hilang keyakinan terhadap pihak polis.

Bila Dato' Seri Anwar Ibrahim melangkah ke mahkamah majistret PJ semasa gelombang reformasi dahulu dengan mata lebam, orang ramai mula semakin curiga. Dan apabila Ketua Polis Negara ketika itu yang didakwa dan kemuadian didapati bersalah membelasah beliau di dalam lokap dalam keadaan tangan anwar di gari kebelakang dan matanya ditutup kain, bukan orang awam sahaja malah sesama polis sendiri pun turut bimbang.

Inilah halnya dengan pasukan polis pada hari ini yang diamanahkan untuk menjaga dan menjamin keselamatan kita sebagai warganegara. H

Amankah lagi Bukit Aman jika demikian?

Tuesday, July 06, 2004

Puteri bertaring pemuda tumpul

Utusan Malaysia hari ini memaparkan “Azimi tarik diri, Puteri sengit” di kepala beritanya.

Azimi Daim ahli EXCO Kedah merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia mengisytiharkan menarik diri dari bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sebelum ini 3 orang lagi EXCO Pemuda turut berbuat demikian.

Apahal semua tarik diri ni? Berpuakakah jawatan tersebut, atau apa ? Rupa-rupanya alasan diberi kerana masing-masing nak beri laluan. Siapa yang nak lalu, yang handal sangat sehingga habis anak-anak muda UMNO kecut sehingga melangkah kebelakang ?

Siapa lagi kalau tidak KHAIRY JAMALUDDIN, 28 tahun.
Khairy mana ? 28 tahun sahaja ? Apa kelebihannya, apa kepakarannya, apa kehebatannya, apa sumbangannya dalam usia setahun jagung tu ?

Walaupun muda setahun jagung, tidaklah tertonjol sangat bagai tokoh-tokoh Pemuda yang ‘gostan’ tadi, Khairy ini ada keistimewaan dan kelebihannya. Apa dia ? Dia menantu Pak Lah, Perdana Menteri, pemangku Presiden UMNO !

Sungguhpun Khairy tidak pernah menyatakan kesediaan bertanding namun oleh kerana dia menantu Pak Lah dan ada angin-angin bersedia bertanding, kata Pak Lah ‘Itu hal Pemuda’, habis Pemuda semua kecut perut, beri laluan. Siapa berani berentap dengan anak number one, silap-silap di blacklist terus jadi nombor corot. Aduhai Pemuda UMNO !

Kalau politik dah jadi politik periuk nasi, tiada lagi matlamat perjuangan, membela nasib rakyat, bangsa , agama dan negara inilah jadinya. Kita pun bukan minat sangat nak tengok gelagat Pemuda UMNO tu tapi buat kerja biarlah berpadan, tak kan baru dengar guruh Khairy nak bertanding, habis kejantanan Pemuda disiramkan.

Sementara itu Puteri nampak lebih garang dan berani dari Pemuda, agaknya sebab anak Pak Lah tak bertanding Ketua. Aatau agaknya sebab bekas Ketuanya dulu taraf-taraf Ketua Pemuda........

roslansms@hotmail.com

UMNO POLLS : THE BATTLE FOR POWER BEGINS

Soon after the introduction of new electoral boundaries prior to the 11th General Election, the UMNO supreme council arbitrarily appointed pro-tem committees in all of its divisions including the newly created ones. Election for office bearers were however postponed because according to them UMNO would prefer to focus their strength and attention towards facing the impending general election. Arbitrary were the appointments because some incumbents were then indiscriminately dropped from the new line up at the whim and behest of its new acting President and his inner circle.

Ibrahim Ali in Pasir Mas for instance was one of the casualties which as a result sparked intense rivalry in that division till today even after Ibrahim was sacked from the party.

Now that UMNO has successfully maneuvered and slithered their way through the 11th General Election, claiming a resounding victory, they are more confident to conduct their party polls. Pak Lah and Najib are eager to get endorsement from their party as President and Deputy elect. Already sparks has ignited and blows have been traded in UMNO AGM’s at branch level, with over 100 branches directed to reconvene their AGM for various problems, soon more chaos are expected in the AGM at divisional level to be held beginning this month. At this level not only will incumbents and aspirants with the help of their die-hard side kicks go after each others throats, divisional delegates from 191 divisions will also get the chance to nominate individuals for top party positions in the supreme council.

For the record UMNO AGM’s of the past have seen numerous chaotic incidents whether it be during or in the days prior to the annual meeting. A local state leader was shot dead prior to a divisional election, another got himself chopped to pieces in the act of wanting to immerse himself with supernatural powers to win party elections, shots have been discharged, fights erupted to name a few. These are becoming a normal practice in UMNO elections, a tradition deeply rooted in their party since the Mahathir days.

The finale of UMNO party polls would be during their general assembly. This time round intense fight are anticipated particularly for the 3 top positions of vice president. The incumbent vice presidents are Muhammad Taib and Mahyuddin Yassin, while the other incumbent Najib Tun Razak has been elevated as acting deputy president. Nominations for the post are expected to come in during divisional AGM’s, and some who are expected to offer themselves and join the fray includes Syed Hamid Albar, Ghani Othman, Shahrir Samad, Isa Samad, Mustapha Mohamad, Zaid Ibrahim including perhaps a few more.

Recently Tengku Razaleigh Hamzah, Gua Musang MP and a one time Presidential hopeful has reportedly offered himself for any top party position. Ku Li is expected to go for the top most post if he can afford to win enough nominations. Under UMNO’s new “ridiculous” ruling one has to garner at least 30% nomination to qualify for a challenge, an arduous task for a challenger. Whether Ku Li can muster enough support or simply fade away only time will tell. Likewise the Youth, Wanita and Puteri wings are also expected to see intense challenge.

All in all one would wonder why such intense and bitter rivalry occurs every time UMNO party polls are conducted. Why are there attempts made to block potential challengers and why political clout are vehemently applied to influence delegates? Take Ku Li for instance, study shows that his offer to lead the party arose out of wanting to see a capable and able personality lead the party and the country. It is no secret that Pak Lah does not fit well into this criterion. In fact Pak Lah admitted in a recent interview with Lorraine Kahn of CNN that he failed his statistics paper and as a result had to switch from doing a degree in economics to Islamic studies. Imagine a Finance Minister with such credentials!

Yet in UMNO polls meritocracy is never the order of the day. You don’t get elected on merit, you are accorded power simply because those on top feels that you deserve it. The wishes of the grassroots are not important. Its simply a case of survival of the fittest, the one with power, the one with the most to offer and the one closest to the one in power are the one’s who would surely secure high ranks. As a result irrational rules have to be introduced to deter any prospective challenge against the incumbent. Political influence has to be flexed to ensure those in power remains so. Any attempt to challenge those clinging on to power would be seen as an act of sabotage against the party’s so called stability. A glaring example was when Rafidah the Wanita head chided several former Puteri heads who were ambitious to challenge Wanita heads at divisional level. According to Rafidah these youngsters are willing to see UMNO disunited simply to satisfy their lust for power.

Although there are talks that Pak Lah’s and Najib’s camp don’t see eye to eye, but at the end of the day with all the dirty play, it will be obvious that, the dirty ones would surely end up as survivors. And who are the dirty ones’ if not those who are currently right on the top. roslansms@hotmail.com

Monday, July 05, 2004

Kes Hanif - Noritta : Orang Melayu hilang arah

Seperti dijangkakan akhbar-akhbar mingguan tempatan mengambil kesempatan hujung minggu memuatkan ulasan, salasilah, komen dan laporan khas berkenaan kes sensasi ini yang diputuskan oleh mahkamah Khamis lepas.

Mahkamah memutuskan Hanif tidak akan dipanggil membela diri, bermakna beliau terlepas dari menjawab tuduhan terlibat dalam membunuh Noritta Samsudin.

Sepanjang kes ini berjalan masyarakat dipaparkan darihal peribadi Hanif dan Noritta serta kawan-kawan yang dikaitkan dengan mereka. Jelas dibuktikan oleh saksi-saksi di dalam mahkamah darihal hubungan seksual "luar nikah" antara Hanif dan Noritta. Malah profil DNA Hanif dibuktikan secara kukuh di dalam mahkamah dan Hanif sendiri mengakui sering mengadakan hubungan seksual dengan simati.

Masyarakat Melayu/Islam melihat sendiri aktiviti belakang tabir, hidup anak-anak Melayu di metropolitan Kuala Lumpur. Hubungan bebas yang berakhir dengan zina dipaparkan secara terbuka. Betapa anak Melayu bertugas sebagai GRO dan memiliki ramai kawan yang mudah berkongsi tubuhnya dengan balasan wang.

Namun bila kes ini selesai masyarakat Melayu dikatakan lega kerana Hanif tidak berakhir di tali gantung. "Saya dapat merasakan beliau tidak bersalah," kata seorang wanita yang diwawancara oleh TV. Seorang lagi berkata, "Memang Hanif handsome dan saya yakin beliau tidak bersalah," kata seorang makcik pula.

Soal Hanif yang sudah beristeri dan beranak berzina dengan simati tidak timbul. Soal jijiknya perangai sedemikian di kaca mata Islam tidak menjadi isu. Yang penting bagi masyarakat Melayu hari ini adalah bahawa Hanif bukan pembunuhnya.

Demikianlah rata-rata penerimaan orang Melayu hari ini sehingga melihat seolah-olah kerja zina Hanif itu sebagai perkara peribadi, masalah yang tidak menjejaskan masyarakat. Bak kata bapa Hanif, Pak Cik Abdul Rahman dalam akhbar The Star, apa yang Hanif lakukan (hubungan seksual luar nikah) adalah satu dosa, tetapi bukanlah dosa besar!

Jangan sampai orang Melayu terus hilang punca dan arah sehingga tak kenal antara kaca dan permata, dosa dan pahala..........

roslansms@hotmail.com


Thursday, July 01, 2004

Multaqa Ulama Kebangsaan "kambing hitamkan" Syed Qutb

Multaqa Ulama Kebangsaan yang berlangsung di Sepang menjadi gelanggang menghukum dan mengkambing hitamkan salah seorang tokoh Islam terbesar yang diiktiraf dunia. Assyahid Syed Qutb pejuang dan penyumbang besar terhadap ilmu dan pemahaman Islam telah dilabel sebagai pembawa ideologi radikal yang merbahaya dan boleh menjadikan pengikutnya anti kerajaan.

Dalam kertas kerja "Jati diri kemelayuan dalam pembinaan semula tamadun di Malaysia" Dr. Saodah Abdul Rahman - Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama UIAM telah mengkritik ideologi radikal yang kononnya dibawa oleh Assyahid Syed Qutb. Kata beliau:

"Ideologi radikal seperti yang dibawa oleh tokoh dari Mesir iaitu Syed Qutb yang mendokong fahaman kerajaan yang tidak berasaskan undang-undang Islam sebagai jahiliah sentiasa berusaha untuk mempengaruhi pelajar sekolah menengah dan universiti sekali gus menjadikan mereka anti kerajaan"
Kalau benar pun hendak membela dan memuji kerajaan yang ada tidak perlulah Dr Saodah mahu menafikan sumbangan mereka yang terdahulu yang telah berjaya membentuk dunia dan pemikiran Islam sejak sekian lama. Inilah masalahnya apabila yang berilmu menggunakan ilmunya untuk menyerang Islam. Pejuang dan ulamak besar diserang bagaikan pengganas, namun yang mungkar dan maksiat dipuja dan dijulang!

Multaqa Ulama sepatutnya mengeluarkan idea dan pandangan bagi mendekatkan kerajaan kepada Islam yang sebenar namun rupa-rupanya lebih ghairah meruntuhkan Islam sebenar dan mendirikan Islam tiruan yang sesuai dengan kehendak dan keinginan politik kerajaan yang berkuasa.

Apakah barangkali label sesuai bagi kerajaan yang tidak berasaskan undang-undang Islam? Kerajaan Islam Hadhari agaknya?

roslansms