Tun Dr Mahathir wajar berwaspada.
Dalam Konvensyen DAP Pulau Pinang siang tadi seorang
perwakilan Shamsher Singh Thind, telah mengumpamakan bekas Perdana Menteri itu
sebagai seekor “ular” dan “bapak ayam” (pimp).

Tambah Shamsher kenyataan paling bodoh yang pernah beliau
dengar mengenai Tun adalah apabila ada yang berkata kononnya “musuh kepada musuh saya
adalah kawan saya”
Tegas Shamsher Mahathir bukannya musuh kepada musuh saya
beliau adalah musuh saya.
Shamsher mempertikaikan mengapa hari ini Mahathir datang ke
DAP dan Bersih. Jawapnya kerana beliau takut, kerana jika pembangkang menang
dalam PRU, kita akan mendedahkan segala-galanya.
Shamsher menambah: “Ianya bagai seorang bapak ayam yang mahu
menyelamatkan pelacur, sedang dialah yang menyebakkan si pelacur tadi menjadi
pelacur.”
Walaupun Shamsher kemudiannya ditegur SU Agung DAP, Lim Guan
Eng, tetapi isunya terserlah bahawa di sana ada sentimen walau di dalam DAP yang
mempertikaikan kehadiran Tun Dr Mahathir dalam blok pembangkang.
Mungkin ada puluhan lagi Shamsher Singh Thind dalam DAP,
mungkin?
No comments:
Post a Comment