Bajet 2017 ataupun Rang Undang-undang Perbekalan telah
diluluskan diperingkat dasar di Dewan Rakyat pada jam 10.15 malam tadi setelah
berlaku undi belah bahagi.
Speaker Dewan mengumumkan seramai 117 ahli telah menyokong,
70 menolak dan 11 tidak mengundi.
Dan sekali lagi sebagaimana buat Bajet 2016 yang lalu,
ahli-ahli Parlimen PAS telah mengambil sikap berkecuali. Ini bukan kali pertama
PAS berbuat demikian.
Mengapa berkecuali?
Sebelum itu kita kena faham amalan demokrasi dan kebebasan
bersuara.
Sebagai sebuah parti politik PAS berhak mengarahkan wakilnya
samada menyokong, menolak atau bersikap berkecuali bukan sahaja terhadap Bajet
ini tetapi terhadap apa perkara sekalipun di Parlimen.
Pastinya sikap itu mencerminkan pendirian dan sikap parti
dan pastinya PAS punya alasannya tersendiri.
Apa pun mendakapi amalan demokrasi dan kebebasan bersuara,
apa sahaja sikap dan pendirian PAS itu sewajarnya dihormati. Itu hak PAS.
Sikap berkecuali PAS ini menunjukkan bahawa PAS tidak
menyokong BN dan begitu juga tidak bersama pakatan pembangkang yang menolak
Bajet berkenaan.
Sesungguhnya PAS memilih untuk berkecuali kerana ada perkara
yang dicadangkan di dalam Bajet berkenaan pada pandangan PAS perlu sampai ke
rakyat umpamanya belanja pengurusan selain peruntukkan pembangunan yang asas.
Namun demikian ada perkara-perkara yang PAS bantah, dan ini telah dilakukan
melalui perbahasan wakil-wakilnya dengan mengemukakan cadangan balas.
PAS mahu memain pernanan sebagai pembangkang yang
konstruktif bersesuaian dengan konsep amar makruf nahi mungkar yang ditegakkan
oleh Islam dan PAS akan terus menekankan kosnep ini semasa Bajet ini
diperingkat Jawatankuasa nanti.
Pada dasarnya sikap PAS ini adalah berasas, bukan bermakna
PAS menyokong BN kerana jika menyokong PAS sepatutnya mengundi menyokong, tidak
juga sebagaimana sikap blok pembangkang yang lain yang menentang tetapi di
dalam perbahasan memohon itu dan ini.
PAS merasakan rakyat Malaysia dahaga pada politik yang
matang dan sejahtera kerana itulah PAS memilih untuk berkecuali.
PAS bukan lagi anggota Pakatan Rakyat yang telah pun
terkubur. PAS tidak menyertai Pakatan Harapan, yang memilih untuk menolak Bajet
2017 ini. Lalu tiada pihak yang boleh memaksa atau menuntut PAS agar ikut sikap
dan jejak mereka. PAS bebas dan berhak bertindak lantaran ia tidak terikat
dengan mana-mana pihak.
Tindakan PAS adalah memilih untuk berkecuali, lalu
hormatilah pilihan PAS, itu hak PAS.
No comments:
Post a Comment