Disaat parti-parti lain tertumpu
untuk turun ke jalanraya, berdemonstrasi dan menjayakan Bersih 5 pada 19
November nanti, PAS di Selangor mengerahkan tenaga menganjurkan majlis yang
berbeza.
Menggembeling rakyat turun ke
jalanraya berdemonstrasi sebagaimana agenda Bersih 5, atas alasan menuntut
pilihanraya yang bersih dan adil berbeza dengan LASAK 1311 yang dianjurkan oleh
PAS Selangor baru-baru ini.
Politik yang bertenaga adalah
politik yang berani meneroka lapangan baru. Politik yang berani menyentap
perhatian rakyat sehingga menggegarkan minat dan tumpuan mereka. Mengulang-ulang
pendekatan politik yang sama boleh dianggap politik yang ketandusan idea, basi
malah berkemungkian mencetuskan kebosanan dikalangan ahli dan penyokong.
Lebih parah lagi apabila
pemerhati yang tidak memihak kemana-mana mula muak dan benci.
LASAK 1311 diectuskan untuk
membawa kelainan dan ternyata ia telah berjaya menciptanya.
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Hj
Hashim Jasin yang hadir untuk menutup majlis berkenaan mengakui bahawa
inisiatif PAS Selangor itu sesuatu yang unik dan positif malah perlu dicontohi
dan diikuti oleh pihak lain.
LASAK 1311 atau “Ledakkan suara
rakyat” anjuran PAS Selangor bermaksud menghimpun rakyat dan pemimpin dalam
satu himpunan dimana suara rakyat diperdengarkan untuk perhatian pemimpin.
LASAK menyediakan gelanggang bagi rakyat jelata menyuarakan pandangan,
krtikkan, teguran dan cadangan mereka.
PAS Selangor menyertai kerajaan
campuran Selangor apabila menang dalam Pilihanraya Umum 2008, dan ianya
diteruskan dengan mandat yang lebih bear dalam Pilihanraya Umum 2013.
Duduk memegang kerajaan adalah
merupakan amanah yang besar, yang perlukan perhatian serius dan komitmen
maksima kerana bagi PAS sebagai sebuah gerakan Islam amanah ini bukan hanya
bermakna ia bertanggungjawab pada rakyat yang dipimpinnya tetapi lebih besar
lagi amanah tadi akan dipertanggungjawabkan ke atasnya di hadapan Allah swt
nanti.
PAS insaf dan sedar bahawa amanah
kepimpinan seumpama ini bukannya peluang untuk mengayakan diri atau keluarga,
bukan juga peluang untuk menyalahguna-kuasa dan menzalimi rakyat, tetapi ia
sebagai peluang yang diberikan oleh Allah swt untuk melaksanakan kepimpinan
bersandarkan ajaran dan ketentuan Nya.
Keadilan dan kesaksamaan Islam
wajib ditonjolkan dalam pemerintahan.
Rakyat yang dipimpin perlu dibela
dan dijaga kebajikan mereka. Kekayan dan hasil mahsul negeri perlu diurus
dengan penuh telus dengan membawa pembangunan dan kemajuan yang tidak
membelakangkan kepentingan rakyat sebaliknya kesejahteraan disusun untuk manfaat
rakyat dan negeri seluruhnya.
Atas dasar itu isi hati rakyat
perlu difahami dan diketahui agar perancangan dan penambahbaikan boleh
dilaksanakan dengan bijak dan teratur.
LASAK bermatlamat membuka
gelanggang bagi PAS Selangor untuk mendengar secara langsung keluhan dan
tuntutan rakyat. Ia menyediakan saluran buat rakyat menyuarakan nasib dan
pengharapan mereka, agar wakil PAS dalam kerajaan dapat mengambil maklum dan
segera merancang dan melaksanakan sesuatu bagi memenuhi hasrat rakyat itu.
Dalam majlis ini rakyat bebas
memberikan teguran, mengkritik dan mengemukakan cadangan untuk diangkat oleh
para pemimpin yang hadir.
Sesungguhnya peluang seperti ini
tidak pernah diusahakan dan LASAK merupakan permulaan yang berani yang diambil
PAS Selangor bagi membuktikan komitmen mereka dalam menjalankan tugas sebagai
pemerintah yang baik dan adil.
Dalam LASAK 1311 baru-baru ini
wakil-wakil pelbagai sektor dalam masyarakat telah bangkit menyata dan
meluahkan tuntutan dan pandangan masing-masing tanpa sebarang sekatan atau
larangan.
Wakil-wakil anak muda, mahasiswa,
wakil penduduk, pendidik, petani, peniaga kecil, wanita, bekas anggota
keselamatan, pemandu teksi dan wakil penggiat seni telah masing-masing naik ke
pentas dalam LASAK 1311 mengambil kesempatan menyuarakan isi hati
masing-masing. Ada yang beremosi, ada yang lantang, ada yang bersahaja dan
berjenaka malah ada juga yang sebak dan mengalirkan air mata, begitulah
cerminan penghidupan rakyat yang sebenarnya.
Pengalaman hidup mereka khasnya
dalam suasana ekonomi negara yang tidak menentu, dengan kenaikkan kos hidup,
harga barangan dan perkhidmatan yang mencacak naik, telah berjaya diluahkan
kepada pimpinan yang hadir.
Demokrasi dan pilihanraya satu
hal, tetapi pembelaan kehidupan dan nasib rakyat lebih utama khasnya dikalangan
mereka yang punya kuasa.
Rakyat sudah penat dan bosan
berdemonstrasi di jalanan, hari ini mereka mahu pembelaan dari kalangan
pemimpin yang jujur dan ikhlas,
LASAK 1311 mendedahkan betapa
rakyat bukan hanya di Selangor tetapi saya percaya di seluruh negara,
menanti-nantikan pembelaan yang lebih bermakna khasnya buat nasib dan masa
depan mereka.
Disinilah PAS berperanan, sebagai
sebuah gerakan Islam, ahli dan pimpinannya dilatih dan ditarbiyah sepanjang
masa untuk menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar terutama apabila
memikul amanah kepimpinan dan pemerintahan. Pemimpin Islam tidak korap,
memelihara akhlak dan sentiasa bertaqwa.
PAS perlu membuktikan
keberkesanan kepimpinan dan kerajaan Islam, lantas LASAK 1311 adalah platform
yang paling sesuai bagi memandu mereka untuk menyelami isi hati rakyat untuk
dijadikan agenda perjuangan.
Adalah diyakini apabila rakyat
nanti dipanggil untuk menilai kepimpinan PAS tidak mustahil dimasa depan,
rakyat tidak akan teragak-agak memberikan mandat yang lebih besar kepada Parti
Islam ini, satu-satunya parti yang bersungguh isitqamah dengan prinsip dan
tututan perjuangannya.
Syabas PAS Selangor.
No comments:
Post a Comment