Sebentar tadi di Dewan Rakyat ahli Parlimen Simpang Renggam Liang
Teck Meng (BN) telah memetik satu laporan dari portal berita Malaymail Online
berkenaan George Soros, seorang yang pernah dicap oleh bekas Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “penyagak mata wang” yang telah menyerang mata
wang dunia termasuk Ringgit Malaysia ketika beliau PM dulu.
Menurut Malaymail Online, DC Leaks (yang menjadi popular
apabila terlibat dalam menggodam dan mendedahkan email calon Presiden dari
parti Demokrat Hillary Clinton) telah mendedahkan minit mesyuarat antara OPEN
SOCIETIES FOUNDATION (OSF) dan kumpulan atau NGO tempatan tertentu.
OSF ini diasaskan oleh George Soros yang matlamat utamanyanya
adalah menyalurkan bantuan dan dana kepada kumpulan dan NGO yang bernaung di
bawahnya bagi maksud mempengaruhi politik tempatan satu-satu buah negara.
Menurut DC Leaks, di dalam minit mesyuarat berkenaan,
dinyatakan antara lain:
1. Usaha untuk memobilisasi rakyat menjelang Pilihanraya
Umum Malaysia yang dijangka pada tahun 2018
2. Pilihanraya Umum 2013 lalu dilihat penting buat Soros dan
beliau telah memberikan perhatian peribadi mengenainya. Beliau mahu pengajaran
dari PRU 2013 itu nanti digunakan pada PRU 2018.
3. Rakyat Muslim di Malaysia perlu lebih digembeling dan
dilibatkan dalam usaha mobilisasi ini kerana penyertaan mereka masih ditahap
rendah
4. Perhatian juga perlu diberikan untuk penyertaan lebih
dari kalangan kumpulan minoriti, wanita, orang Asli dan belia-belia di luar
bandar.
Mesyuarat antara OSF dan wakil-wakil tempatan itu dikatakan
telah diadakan pada 22 Jun 2015 lalu.
Menurut laporan lain antara mereka yang terlibat dan turut
serta dalam mesyuarat itu adalah Presiden OSF Christopher Stone, Timbalan
Pengerusi wakilnya di Malaysia Mary Agnes James dan Pengarah Eksekutif Merdeka
Centre Ibrahim Suffian.
Selain Merdeka Centre, portal Malaysiakini dan sayap
videonya KiniTV turut dikaitkan menerima dana dari OSF ini.
Apa yang didedahkan ini sungguh membimbangkan kiranya ia
terbukti benar.
Jika benar ini bermakna sejak PRU 2013 lagi telah ada usaha
pihak asing khususnya dalam kes ini yang melibatkan George Soros (seorang yang
pernah terlibat dalam mensabotaj ekonomi negara kita – sebagaimana didakwa Tun
Dr Mahathir ketika beliau PM dulu), yang telah camputangan dalam politk
Malaysia sehingga mempengaruhi pilihanraya berkenaan. Dan minit yang didedahkan
itu menyatakan bahawa Soros terus mahu mempengaruhi PRU berikutnya.
Sementara itu, berikutan pendedahan ini juga, akhbar NST
telah mengaitkan gerakan BERSIH dengan badan asing yang diketuai Soros ini.
Malah menurut NST penggerak BERSIH Maria Chin Abdullah
mengakui menerima dana dari OSF dan sebuah lagi badan asing iaitu National
Democratic Institute sejak 2010 dan 2011 lagi.
Pendedahan ini perlu disiasat dan dibuktikan.
Kerana jika benar, ternyata terdapat pihak dan agen asing
yang mahu campurtangan, terlibat dan mempengaruhi politik dan pilihanraya dalam
negara kita.
Jika benar, walau siapa pun terlibat, ia ternyata suatu
pendurhakaan terhadap kedaulatan dan kemerdekaan negara kita yang tercinta.
Semoga pihak yang bertanggungjawab segera menyiasat perkara
ini, sebagaimana kita tidak mahu elemen pengganas seumpama ISIS wujud dalam
negara kita, kita juga tidak mahu talibarut asing menjadi perkakas terlibat
dalam hal ehwal negara kita.
Kekal Malaysia berdaulat dan merdeka!
No comments:
Post a Comment