Kata tokoh DAP, Lim Kit Siang sekiranya RUU 355 ini
dibenarkan dibawa dan diluluskan di Dewan Rakyat akan berlaku:
"tectonic
shift" to the fundamental basis of the Merdeka constitution and the
Malaysian agreement.
(Anjakan tektonik terhadap asas Perlembagaan Merdeka dan
Perjanjian Malaysia)
Nampaknya ancaman dan ugutan Kit Siang terhadap RUU 355 ini
semakin berani dan lantang. Beliau cuba mencetuskan kebimbangan seolah RUU 355
ini jika diluluskan boleh mengancam hak khususnya masyarakat bukan Islam
termasuklah rakyat di Sabah dan Sarawak.
Bagi Kit Siang RUU 355 ini suatu ancaman.
Bagi Kit Siang membenarkan RUU 355 ini bermakna merobah asas
Perlembagaan Persekutuan yang kononnya menjamin Malaysia ini sebagai sebuah
negara sekular.
Yang Kit Siang tidak jelaskan bahawa RUU 355 ini sebenarnya
meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) dan jika diluluskan
memberikan kuasa kepada
Hakim-hakim mahkamah berkenaan menjatuhkan hukuman atas
kesalahan tertentu menepati hukum syarak sebenar.
Yang Kit Siang sorok dan sembunyikan bahawa Mahkamah Syariah
di Malaysia hanya mengadili orang Islam.
Malaysia adalah sebuah Negara Islam, itu dinyatakan secara
jelas dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Orang Islam sebagaimana
penganut agama lain berhak mengamalkan agama mereka sebagaimana diperuntukkan
dalam Perkara 11(1):
“Tiap-tiap
orang berhak menganuti
dan mengamalkan agamanya”
Apa yang RUU 355 bawa adalah bagi memperkasakan mahkamah
syariah bagi membenarkan umat Islam di Malaysia mengamalkan agama mereka yang
sebenar sebagaimana yang dijamin Perlembagaan.
Kesimpulannya tindakan penentangan Kit Siang dan DAP ini
sebenarnya cuba menafikan hak umat Islam sebagaimana dijamin Perlembagaan.
Anjakan tektonik sebenarnya adalah apabila masyarakat bukan
Islam cuba ditipu oleh Kit Siang dan DAP dengan kebimbangan dan fitnah yang
bukan-bukan. Jika sebelum ini masyarakat Malaysia masing-masing hormat
menghormati antara amalan agama, kepercayaan dan budaya masing-masing, hari ini
Kit Siang dan DAP cuba mengadu-domba biar kita masing-masing punya syak
wasangka antara sesama kita rakyat Malaysia.
RUU 355 ini tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam. Masyarakat
Islam yang majoriti dalam negara ini sedang berusaha untuk dekatkan diri mereka
pada agama mereka melalui saluran yang dibenarkan oleh undang-undang, mengapa
yang minoriti perlu menentang?
No comments:
Post a Comment