Thursday, October 20, 2016

Teresa Kok dan DAP terus menyerang RUU 355

Dalam Pemberitahuaan pertanyaan, Mesyuarat ketiga, penggal keempat Parlimen ke 13 (2016) Dewan Rakyat”, bertarikh 20 Oktober 2016, di bawah nombor soalan ke 43, pertanyaan lisan dicatatkan soalan lisan dari ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok yang ditujukan kepada Perdana Menteri.

Teresa minta PM menyatakan:

“…. samada kabinet pernah mengadakan perbincangan yang menyeluruh tentang RUU Pindaan Akta 355 oleh YB Marang sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat dalam sidang yang lepas. Apakah kerajaan akan mempertimbangklan reaksi yang kuat daripada anggota kabinet dan juga masyarakat yang membantah pindaan Akta 355.”

Ternyata DAP masih tegar mahu menentang dan menggagalkan RUU 355 ini.

Menyedari terdapat tentangan dari segelintir anggota kabinet khasnya dari parti komponan BN selain Umno, Teresa cuba menyalakan api kemarahan dan kebencian agar RUU 355 terus gagal.

Penentangan segelintir anggota kabinet itu mahu beliau gunakan sebagai senjata mematikan RUU 355. Selain itu beliau turut membayangkan kononnya terdapat bantahan besar-besaran rakyat terhadap RUU 355 ini.

Terganggukah kehidupan Teresa dan rakan-rakannya dari DAP kiranya RUU 355 ini diluluskan?

Pada dasarnya RUU 355 ini merupakan usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah, Mahkamah syariah hanya membicarakan kes dan masalah yang berkitan penganut Islam sahaja.

Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu, mengapa DAP masih menentang?

Ini urusan masyarakat majoriti yang beragama Isla. Mereka mahu memperkasakan mahkamah syariah yang bertanggungjawab ke atas mereka agar menepati syarak. 

Mengapa perlu dibakar api kekeliruan dan kebencian?

Saya yakin umat Islam boleh memahami jika masyarakat bukan Islam termasuklah Teresa dan DAP tidak dapat menerima hukum dan peraturan Islam , itu hak mereka.

Tidak dapat menerima itu satu hal, tetapi jangan sampai menentang dan membakar api kebencian. Tindakan sebegitu memberi maksud Teresa dan Dap samada disedari atau tidak sesungguhnya menyerang dan membenci Islam.

Dalam keghairahan penentangannya terhadap RUU 355 dan Islam ini, Teresa turut menjolok kononnya terdapat bantahan besar-besaran terhadap RUU 355 ini. Kalau di sana ada bantahan kita boleh akur, tetapi tidak pula Teresa dan DAP sedar bahawa selain bnatahan dari golongan minoriti bukan Islam itu, majoriti umat Islam sesungguhnya menyokong RUU 355 ini. Bukankah demokrasi meraikan suara majoriti?

Ternyata samada disedari atau tidak, DAP berusaha menghalang umat Islam dari mengamalkan agama mereka, suatu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Haruskah kita terus memberi undi pada penentang Islam seumpama mereka selepas ini?


No comments: