Tuesday, December 11, 2012

Status agama dalam kad pengenalan WAJIB dikemaskini (11/12/12)


Tiada sebarang peruntukan undang-undang mewajibkan saudara baru untuk menukar nama kepada nama Islam dan menukar kad pengenalan dengan maklumat baharu, demikianlah penjelasan pihak kerajaan di Dewan Negara semalam.
“Mereka hanya dinasihat menukar status agama dan nama di Jabatan Pendaftaran Negara,”demikian jelas Timbalan Menteri di JPM, Dr Mashitah Ibrahim.

Soal tukar nama mungkin tidaklah berapa penting dan tiada keperluan akan tetapi memasukkan status baru, iaitu Islam, dalam kad pengenalan setelah memeluk Islam, dirasakan sesuatu yang wajar dan penting kerana ia bakal menyelesaikan kemelut yang kita hadapi kebelakangan ini yang mencetuskan pelbagai kontroversi.

Apabla berlaku kematian, apabila berlaku isu hak penjagaan anak-anak di sanalah sering isu ini timbul, dan kita seakan tiada penyelesaian yang meyakinkan.
Akibatnya berlakulah insiden rampas-merampas mayat untuk dikebumikan, apabila pihak keluarga simati tidak tahu menahu darihal pertukaran status tadi.

Kerana itu satu mekanisma yang lebih kemas perlu diperkenalkan. Tidak cukup dengan pihak jabatan agama mengeluarkan kad memeluk Islam, yang penting adalah pertukaran status dalam kad pengenalan. Benar kadangkala yang memeluk Islam mahu atau perlu merahsiakan pengislamannya dari pengetahuan keluarga atas sebab-sebab tertentu, tetapi demi kepentingan semua khasnya memelihara maruah dan maratabat Islam sendiri, pertukaran status agama dalam kad pengenalan perlulah diwajibkan.
Kita tidak mahu melihat isu rampas-merampas mayat contohnya memberikan gambaran buruk terhadap Islam. Biarlah status dalam kad pengenalan, apabila telah diwajibkan ke atas yang memeluk agama Islam menukar statusnya, menjadi penentu agama akhir simati.

Kita mahu hidup aman dan lantaran menyedari hakikat berbilang agamanya rakyat Negara ini, kerajaan perlu serius dalam hal ini.

1 comment:

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum ya sahabat.

Saya berpendapat bahawa seandainya seseorang kafir itu memeluk Islam dengan penuh keimanan maka dirinya harus berani mengisytiharkan keIslamannya dihadapan umum.

Apa guna bersandiwara takut kepada natijah beriman kepada Allahu Ta'ala?

Apa ertinya ia memeluk Islam jika ia tidak berani mengaku dirinya sudah Muslim?

Bukankah munafik namanya mana mana individu yang secara diam diam mengaku beriman tetapi secara luaran tetap berdrama swasta selaku kafir?

Maka didalam perkara ini, saya tidak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) didalam Jabatan Perdana Menteri Dato Mashitah Ibrahim.

Ini menggalakkan para mualaf merahsiakan tentang keIslaman mereka dari pengetahuan ahli keluarga masing masing.

Bila mereka meninggal dunia nanti, heboh seantero dunia bahawa Jabatan Agama Islam merampas jasad mereka dari dikebumikan menurut agama asal mereka ataupun hendak dibakar menjadi abu!

Nak persalahkan siapa lagi jika tidak pihak Kementerian Hal Ehwal Agama Islam kerana DAYUS mengendalikan urusan keislaman ini!