Menempuh alam persaraan

Sunday, August 21, 2011

Sudahkah anda bersedia menempuh alam persaraan?

Sudahlah anda merancang kewangan anda sehingga dapat menampung diri dan keluarga anda apabila usia telah mencecah lewat 50an atau masuk 60an?

Hari ini perbelanjaan kita ditampung sekitar pendapatan bulanan kita samada kita bekerja dengan kerajaan atau swasta atau bekerja sendiri. Bagaimana hari esok?

Sebahagian kita ada membuat tabungan sendiri bagi menghadapi tempuh berkenaan itu disamping tabungan “paksa” iaitu dalam KWSP yang dicarum setiap bulan dari pendapatan kita dan sebahagian merupakan sumbangan wajib majikan. Ada juga yang gagal mendisiplinkan diri lalu terpaksa bergantung pada tabungan KWSP semata-mata.

Menurut akhbar The Sunday Star hari ini Laporan KWSP 2010 menyatakan bahwa purata seorang pencarum berjaya mengumpulkan sekitar RM146,000 dalam tabungan KWSP nya sebaik ia bersara. Malangnya 70 peratus dari para pencarum membelanjakan kesemua tabungannya dalam tempoh 3 tahun ia bersara!

Anda nanti bagaimana?

Sekiranya kita bersara pada usia 58 tahun dan ditakdirkan Allah dapat hidup selama 20 tahun lagi iaitu sehingga ke usia 78, bermakna dengan RM146,000 tadi anda cuma boleh berbelanja sekitar RM600 sebulan. Cukupkah jumlah itu bagi membawa hidup anda selama 20 tahun ?

Itupun jika anda tiada hutang lagi, tiada hutang rumah, kereta dan lain-lain. Bagaimana dengan kos perubatan di usia tua?

Memang menakutkan jika kita fikir kan perkara ini. Memanglah hidup dan mati itu ketentuan Allah swt tetapi kita seharusnya membuat persediaan. Kita ada tanggungjawab, ada isteri ada anak-anak.

Menurut beberapa pakar yang memberi pandangan dalam laporan akhbar berkenaan sesungguhnya angka yang paling selesa dewasa ini untuk bersara adalah RM1juta dalam tabungan!

Berupayakah kita menabung sebanyak itu?

Dalsm kita sibuk mengharungi cabaran kehidupan ini, sewajarnyalah kita ingat-mengingati. Lakukanlah persiapan agar tidak menderita kita di usia tua nanti.

2 comments:

Along said...

Bukankah pakatan rakyat akan memastikan rakyat tidak akan menderita ??

Jadi perlukah rakyat duit RM146000 ??

Apakah pakatan rakyat terutama pas akan membiarkan warga tua terutamanya hidup susah ???

roslan sms said...

Ini bukan isu Pakatan Rakyat atau BN. Yang penting semua pihak perlu beri perhatian terhadap permasalahan ini.

Janji politik hal lain tetapi yang akan menghadapi dan menanggungnya adalah sanak-saudara anda dan saya