Friday, January 05, 2007

Jawapan dari EPF

Kajian awal terhadap syarikat berkenaan mendapati ianya berdaya maju, demikianlah kenyataan pihak EPF berhubung berita bahawa ia hampir mengambil-alih sebuah syarikat yang cuma bernilai RM700,000 dengan harga RM15 juta.

Menurut EPF lagi kajian yang dibuat oleh private equity department nya telah dimajukan kepada panel pelaburannya dan telah pun diluluskan oleh panel tersebut. Dalam erti kata lain kajian secara menyeluruh dan komprehensif menurut perkiraan mereka telah pun dilakukan (sehingga syarikat bernilai RM700,000 boleh dinilai sebanyak RM15 juta iaitu lebih dari 20 kali ganda!)

Soalnya mengapa private equity department nya serta panel pelaburannya tidak mengesan yang syarikat itu sedang nazak. Mungkinkah laporan dan input yang diberikan tidak berdasarkan kenyataan sebenar, dalam lain perkataan EPF telah ditipu?

Kerana bagi saya dalam soal ini cuma ada dua kesimpulan yang dapat dibuat iaitu, pertama, EPF telah tertipu dan ditipu atau kedua, para pegawai EPF menyembunyikan fakta dan menipu EPF.

Saya tak tahu dengan yang lain tetapi saya tidak dapat mengesan kesimpulan selain itu.

Sekarang EPF telah pun membayar 10% dari RM15 juta sebagai pendahaluan yang khabarnya boleh dituntut semula, syarikat itu pula dalam proses digulung tikar, jangan sampai hangus duit tu sudahlah.

Kesimpulannya jawapan pihak EPF ini lemah, modal insan yang longgar, jangan esok lusa entah berapa buah lagi syarikat seumpama ini akan diambil-alih. Cemerlang, gemilang, terbilang!

Thursday, January 04, 2007

EPF hampir tertipu RM15 juta

Menurut akhbar THE STAR hari ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau EPF hampir sahaja mengambil-alih sebuah syarikat untuk RM15 juta bagi tujuan pelbauran. Setelah membayar deposit sebanyak 10% atau RM1.5 juta, EPF diberitahu oleh sumber dalaman bahawa syarikat tersebut sebenarnya dalam proses gulung tikar dan hanya bernilai RM700,000.

Mujurlah ada pihak yang memaklumkan demikian lalu pengambil-alihan itu dibatalkan.

Soalnya mengapa begitu mudah EPF mahu melabur dalam sebuah syarikat demikian rupa? Apakah proses kajiselidik terhadap syarikat tersebut tidak memaparkan hakikat nilai sebenar syarikat itu atau hakikat itu sengaja dikaburkan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan?

EPF adalah pemegang amanah kepada tabungan wajib para pekerja seluruh negara yang hanya boleh dikeluarkan diwaktu persaraan mereka. Sudah pastilah amanah ini besar, kerana disitulah para pesara kelak mengharapkan pulangan untuk menyara hari tua mereka.

Jika EPF dengan mudah boleh melabur dalam syarikat-syarikat seumpama ini saya khuatir wang yang diamanahkan kepada mereka itu kelak hangus dan membawa padah kepada para penyimpannya.

Kini pun pulangan 5% (2005) yang diberikan oleh EPF masih dikira kecil berbanding jumlah dana berbillion yang ada ditangan mereka (RM200 billion 2005). (LTAT contohnya memberikan pulangan 15.75% bagi tahun 2004).

Kita harapkan pihak EPF yang diberi amanah membuat kajian terhadap syarikat yang sebenarnya bermasalah itu disiasat oleh pihak berwajib dan mungkin juga BPR. Mungkin berbanding berbillion yang berada ditangan mereka, apalah sangat RM15 juta tu, tapi ingat, ini adalah wang dari titik peluh rakyat. Mereka dipaksa menabung lantaran peruntukkan undang-undang yang mewajibkan, jangan persia dan perdayakan harapan mereka.

Wednesday, January 03, 2007

Demonstrasi Anti Kenaikkan TOL
Tarikh: Ahad 7 Januari 2007
Jam : 4.00 petang
Di hadapan Sunway Pyramid (shopping complex)
Semua rakyat Malaysia yang prihatin & terjejas dijemput hadir
Selangor sudah tidak selamat lagi

Beliau pernah merupakan seorang pegawai kanan Majlis Perbandaran Kelang MPK. Lebih tepat lagi Dr Nasruddin Aspan pernah menjawat jawatan Pengarah Kesihatan MPK. Tetapi hari ini tidak lagi.

Pada bulan lalu, pegawai ini telah meletakkan jawatannya, dan menurut akhbar hari ini perletakkan jawatan itu diterima oleh pihak MPK.

Pada 27 November tahun lalu, pada jam 730 malam sejurus selepas meninggalkan rumahnya di Taman Menegun Indah untuk bertugas, kereta MPV yang beliau pandu telah dilanggar oleh sebuah lori 1 tan. Tidak cukup dengan itu, tiga orang yang tidak dikenali telah turun dan menyerang beliau dengan parang dan batang besi.

Mereka telah memecahkan cermin keretanya dan menyerang beliau sehingga Dr Nasruddin terpaksa menerima lapan jahitan di kepalanya disamping luka-luka lain seluruh badan.

Kemudian sepuluh hari selepas kejadian tersebut Dr Nasruddin menerima panggilamn telefon mengancam beliau. Kata pemanggil sekiranya beliau enggan meletakkan jawatan, beliau akan dibunuh.

Oleh kerana tidak tahan lagi dengan ancaman-ancaman yang diterimanya, akhirnya beliau meletakkan jawatannya.

Mengapa beliau diserang? (Menurut THE STAR 28/11/06):

Beliau mengesyaki ianya mungkin kerana tindakkannya menggantung lessen atau menutup pusat-pusat hiburan (di kawasan MPK) yang menurut beliau hanyalah sebahagian dari tugasnya.

Sehari selepas Dr Nasruddin diserang pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang menjejaki pemilik sebuah kenderaan Proton Gen2 yang digunakan dalam insiden serangan tersebut. Suspek dikatakan berusia antara 22 ke 40 tahun.

Malah kata pihak polis lagi sebelum kejadian ini Dr Nasruddin pernah diekori dan pernah juga berjaya melepaskan diri dari dilanggar!

Saya begitu terperanjat membaca berita perletakkan jawatan Dr Nasruddin ini. Saya tidak mengenali beliau tetapi jika kerana menjalankan tugas beliau diancam dan diserang saya ingin mengucapkan syabas kepada beliau.

Bagi saya pegawai bertaraf Dr Nasruddin ini biasanya hanya akan diperlakukan demikian apabila usaha untuk membeli dan mengula-gulakannya gagal. Oleh itu isunya di sini, apa sudah jadi dengan pihak keselamatan kita? Kenapa kes ini tidak diberi keutamaan dan siasatan besar-besaran dilakukan. Apakah ada pihak-pihak tertentu yang cuba melindungi samseng dan mafia tertentu di Kelang?

Hairan mengapa pengarah dan pegawai kanan lain tidak diserang, cuma Dr ini seorang sahaja?

Sesungguhnya PBT di Kelang memang diragui ketelusan dan kebersihannya. Kes Zakaria Md Deros, DZ Satay House dan ahli-ahli majlis MPK yang tidak memohon kelulusan membikin banglo masing-masing adalah contoh betapa longgar dan huru-haramya pentadbiran MPK.

Dr Nasruddin berhak meletakkan jawatannya lantaran ancaman terhadap nyawanya, tetapi Kelang akan kehilangan seorang Pengarah yang berani dan berwibawa. Mungkin ada pihak dalam MPK yang akan bersorak dan menari dengan perletakkan jawatan ini, lebih-lebih lagi samseng-samseng besar di Kelang yang kononnya gagal dikenal-pasti pihak polis itu.

Negeri Maju apakah yang telah dicipta oleh Khir Toyo sehingga para pegawainya yang telus terpaksa lari meninggalkan jawatan masing-masing kerana diugut dan diancam.

Kes yang membabitkan Dr Nasruddin ini adalah sesuatu yang serius yang jika pihak polis Kelang atau Selangor tidak berupaya tangani, maka lebih baiklah pihak Bukit Aman mengambil-alih. Sementara itu pihak BPR wajar berkampung di MPK untuk melihat dakwaan Dr Nasruddin kerana pasti ada inside job sehingga berlakunya kes malang ini.

Dan kepada Menteri Besar Selangor yang kononnya mahu melahirkan masyarakat madani dan insan rabbani, semak kembalilah angan-angan anda itu.
Bersama saya dalam rancangan: Apa Khabar Kelantan

PAS telah diamanahkan memerintah negeri Kelantan sejak tahun 1990. Dengan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, kerajaan negeri ini menerima kekangan dan pelbagai sekatan semata-mata kerana ia tidak sealiran dengan kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno-BN.

Dan salah satu cara menganak-tirikan Kelantan adalah dengan memotong terus ia dari arus perdana media elektronik dan cetak yang dikuasai Umno-BN. Maka apa sahaja yang berlaku di Kelantan akan dikhabarkan menurut selera dan nafsu Umno-BN. Seringkali yang hitam menjadi putih dan yang putih sebaliknya.

WTV8 telah mengambil inisiatif menerbitkan satu rancangan yang diberi nama APA KHABAR KELANTAN untuk memberi peluang dan kesempatan kepada Kelantan untuk memberikan maklumat dan perkembangan mereka dan bagi rakyat untuk bertanya terus tanpa perlu merujuk kepada authority yang kabur dan mengelirukan.

Sudah pastilah inisiatif besar ini tidak sehebat media eletronik dan cetak yang berada dalam genggaman Umno-BN tetapi sekurang-kurangnya ia suatu permulaan yang proaktif.

Rancangan mingguan ini akan memaparkan Setiausaha Politik YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan iaitu Sdr Anual Bakhri Haron dan saya diberikan amanah sebagai moderatornya.

Rancangan ini membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mengemukakan soalan, pandangan dan cadangan untuk dijawab dan diulas oleh SETPOL MB ini. Segala soalan, pandangan dan cadangan bolehlah dikemukakan kepada info@wtv8.tv

APA KHABAR KELANTAN siri 1 kini sudah pun ke udara dan boleh dilayari di http://wtv8.tv

Tuesday, January 02, 2007

Kembalilah kepada Islam yang sebenar

Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang sambutan tahun baru 2007 bagi Umno bahagian Pandan, Selangor pada tahun ini berbeza iaitu tanpa acara hiburan. Syabas diucapkan.

Menurut Ketua Umno bahagian tersebut aturcara sambutan dipenuhi dengan program-program keagamaan. Antaranya bacan ayat-ayat suci al Quran yang telah disampaikan kalangan pimpinan bahagian termasuklah Setiausaha bahagian, Pengerusi Biro Agama bahagian dan Ketua Puteri bahagian iaitu Zahida Zarik Khan.

Alhamdulillah mudah-mudahan seluruh Umno bahagian berbuat demikian pada tahun hadapan nanti.

Cuma saya rasa barangkali Pengerusi Biro Agama Umno bahagian perlulah memperbetulkan (bukan bacaan tetapi) pakaian Ketua Puteri itu yang agak tidak cocok dengan majlis tambahan membaca al Quran pula. (Malah dalam akhbar yang sama, terdapat gambar Ketua Puteri berkenaan turut membantu melapah daging korban di perkarangan bangunan Umno bahagian, kali ini dengan pakaian yang sama dengan ahli-ahli Umno (lelaki) yang lain)

(saya tidak dapat uploadkan gambar berkenaan hari ini, kerana penyakit talian internet masih belum kebah lagi, esok insyallah)

Marilah kita kembali kepada Islam yang sebenar-benarnya, insyallah.

Monday, January 01, 2007

Selamat Tahun Baru 2007

Mungkinkah tahun ini tahun pilihnaraya umum? Mungkinkah tahun ini harga petrol dan diesel akan naik lagi? Mungkinkah inflasi akan naik lagi?

Yang pasti mulai hari ini kadar tol bagi lima lebuhraya disekitar Lembah Kelang naik sehingga 60%. Yang pastinya juga sebagaimana diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri cukai jalan bagi kenderaan persendirian dan komersil turun.



Turun? Ya turun RM10 bagi kenderaan berkuasa 1000 cc ke bawah. RM10 sahaja? Kenapa tak dihapuskan langsung?

Ramai yang menganggap bahawa penurunan ini terlalu kecil berbanding beban besar yang terpaksa mereka terpaksa pikul ekoran kenaikkan harga minyak, barangan, perkhidmatan dan tol. Kerana itulah ada yang cadangkan bagi kenderaan 1000 cc ke bawah dihapuskan langsung cukai ini.

Malam tadi, tiada sambutan COUNTDOWN di Dataran Merdeka. Menurut TV3 ramai yang berkumpul di sana keciwa. Tiada pertunjukkan bunga api, tiada pertunjukkan atau SHOW sebagaimana biasa. Ramai yang keciwa yang ditemuramah TV3 itu orang-orang Melayu.

Tak tahu ke yang semalam adalah Hari Raya Eidul Adha? Umat Islam masih bertakbir setiap selepas solat waktu sehinggalah Hari Tasyrik. Rupanya ada orang Melayu yang tak mabil peduli semua ini dan lebih pentingkan COUNTDOWN dan SHOW.



Rupanya malam tadi juga HAPPENING sebenarnya berlaku di Bintang Walk dan The Curve di Mutiara Damansara selain Sunway Lagoon.

Menurut laporan TV3 dan RTM polis telah menahan beberapa pemuda yang dikatakan telah mengambil kesempatan dari HAPPENING di Bintang Walk dengan meragut dan meraba atau mencabul kehormatan kalangan wanita yang hadir meraikan detik 12 malam itu.

Di KL juga 2 diberitakan 2 orang warga Myanmar mati terbunuh dalam satu pergaduahn menjelang 12 tengahmalam semalam.

Saya pasti sekiranya sambutan besar-besaran dilakukan di Dataran Merdeka dan KLCC sudah tentu banyak lagi kejadian jenayah yang akan berlaku. Itu dalam suasan umat Islam masih meraikan Eidul Adha, tak tahulah.

Sementara itu menurut kalendar Cina, setiap tahun sebanyak 12 tahun bersilih-ganti dinisbahkan dengan seekor haiwan, samada arnab, ular, tikus, harimau, kuda dan lain-lain. Jika tahun 2006 adalah tahun anjing, tahun 2007 adalah tahun BABI atau YEAR OF THE PIG.



Masyarakat Cina beratus tahun dahulu percaya kepada perkara-perkara tahyul ini lengkap dengan ramalan-ramalannya seklai. Bagi umat Islam sudah pastilah ramalan-ramalan seumpama ini bertentangan dengan aqidahnya dan saya pun tak berhasrat mahu memaparkan ramalan-ramalan mereka untuk YEAR OF THE PIG ini, cumanya sekadar mahu memaklumkan kita bahawa itulah haiwan yang dikaitkan oleh masyarakat ini untuk tahun 2007.

Semoga Allah swt mengurnikan kekuatan kepada kita semua untuk berani membawa perubahan pada tahun ini demi agama, bangsa dan negara, amin.