Friday, August 12, 2005

Jerebu mendekatkan manusia kepada Allah


JUMAAT DI MASJID NEGARA SEBENTAR TADI

Suasana jerebu terus melanda sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur. Setakat jam 11 pagi tadi laman web Jabatan Alamsekitar (update terlalu lembab dalam laman ini) mecatatkan indek pencemaran udara ataupun API bagi Shah Alam pada 412 (berbahaya) Kuala Lumpur 365 (berbahaya) dan Pelabuhan Kelang 314 (berbahaya).

Dari pandangan fizikal nampaknya kawasan di sekitar Subang jaya dan Shah Alam semakin buruk petang ini berbanding dengan sbelah pagi dan tengahari tadi.

Jelas suasana jerebu ini banyak melembabkan aktiviti harian. Sekolah-sekolah terpaksa ditutup manakala aktiviti luar termasuk bagi mereka yang berniaga dan menjaja banyak yang terjejas. Rata-rata jerebu ini membawa nestapa kepada rakyat yang terlibat.

Walaubagaimanapun jerebu turut menganggu beberapa aktiviti hiburan yang dicadang dianjurkan oleh beberapa pihak tertentu. Contohnya menurut MALAY MAIL hari ini, acara Explorace 2005 anjuran Media Hiburan TV3 yang dijadualkan pada 13 Ogos di 1 Utama terpaksa dibatalkan. Begitu juga Bazaar Bersamamu anjuran TV3 yang sepatutnya diadakan di KL Sentral Ahad ini turut dibatalkan. Kesemua acara-acara ini dijadual diselang-seli dengan acara hiburan dengan penyertaan para artis dan penghibur.

Senario seumpama ini mengingatkan kita dengan dengan keadaan sejurus selepas bencana Tsunami menjelang perayaan tahun baru yang lalu. Habis semua acara sambutan dan hiburan dibatalkan. Manusia bergegas-gegas dan berbondong-bondong ke masjid dan surau.

Barangkali manusia ini hanya boleh diajar melalui bencana alam. Hanya apabila berlaku bencana seumpama ini barulah masjid dan surau dipenuhi (walaupun taklah banyak berbeza angkara jerebu ini). Dan para pemimpin negara pun kedengaran menyuarakan agar diadakan majlis solat hajat dan seumpamanya. Sebagaimana dilaporkan oleh Reuters:

As the call to prayers echoed from mosques around the mainly Muslim country, the premier called for Muslims, Christians, Buddhists and Hindus to seek divine intervention to wash the skies of a week-long haze that has threatened public health.

Sejurus kedengaran laungan azan dari corong masjid-masjid dalam negara umat Islam ini, Perdana Menterinya menyeru penganut Islam, Kristian, Buddha dan Hindu agar memohon menurut kepercayaan masing-masing agar suasana kelam yang menganggu kesihatam rakyat ini kembali pulih.


Tak tahulah apa akan jadi kalau API beransur baik, pakat lupa kembalilah agaknya, wallahualam.

Thursday, August 11, 2005

Isu AP : Kabinet gam Rafidah, Naza jual kereta curi

Sepanjang pengetahuan saya tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia merdeka seorang anggota kabinet tidak dibenarkan bercakap atau mengeluarkan kenyataan kepada media berkenaan hal ehwal kementeriannya.

Semalam sebagaimana dilaporkan oleh BULETIN UTAMA TV3 kabinet telah mengarahkan agar Rafidah Aziz Menteri Perdagangan Antarabangsa tidak lagi membuat sebarang ulasan ataupun kenyataan berhubung isu AP. Menurut maklumat mesyuarat kabinet semalam tegang apabila Rafidah para menteri kabinet tidak berpuas hati dengan penjelasan Rafidah.



Menurut THE STAR ramai anggota telah mempertikaikan penjelasan Rafidah, yang tidak banyak berbeza dari penjelasannya sebelum ini khusus semasa Persidangan Agung Umno yang lalu. Akhbar tersebut melaporkan:

She appeared to be combative and defensive. At some points during the meeting, there were exchange of words between her and some cabinet ministers.

Beliau kelihatan begitu bengis dan banyak bertahan. Dibeberapa ketika ketika semasa mesyuarat, berlaku pertikaman lidah antara beliau dan beberapa menteri kabinet.

Menurut NST beberapa anggota kabinet merakamkan kekesalan di atas sikap Rafidah. Selama 2 jam kabinet menumpukan perhatian atas isu ini semata-mata. Akhbar tersebut melaporkan seorang anggota kabinet sebagai berkata:

We were just not convinced by her explanation. And the worst thing was, she didnt seem to care whether we were convinced or not. It is as though she was right and all of us were wrong. That none of us know anything. This is sad.

Kami tidak yakin dengan penjelasan beliau. Dan yang paling malang sekali, beliau tidak peduli samada kami yakin ataupun tidak. Ianya seolah-olah beliau sahaja yang betul dan kami yang lain semua salah. Kami semua seolah-olah tak tahu apa-apa. Ini sungguh memilukan.

Solanya disini mengapa kabinet perlu menutup mulut Rafidah? Apakah bimbang barangkali mulut Rafidah akan memuntahkan banyak lagi isu-isu lain, laksana seorang yang hampir lemas, maka akan digagau apa sahaja disekelilingnya yang boleh dicapai untuk selamat. Akhirnya semua yang menggagau dan digagau akan turut lemas.

Sementara itu akhbar THE SUN hari ini melaporkan mahkamah sesyen Kuala Lumpur telah memerintahkan agar syarikat Raja AP, Naza Motor membayar balik (refund) seorang pembeli sebanyak RM165,000 kerana Naza telah menjual kepada beliau sebuah kereta Mercedes yang dilaporkan dicuri di England!

Semasa pembicaraan peguam Naza mengatakan mereka tidak tahu-menahu yang kereta tersebut dicuri.

Banyak lagi yang perlu diperjelaskan oleh Rafidah nampaknya.
Jerebu: Kehendak Allah yang tidak mampu ditolak

Menurut akhbar THE STAR hari ini indeks pencemaran udara ataupun API untuk Kuala Lumpur pada jam 5 petang semalam adalah 276 iaitu tahap tidak sihat. Manakala Shah Alam (349), Putrajaya (337) dan Petaling Jaya (304) semuanya telah mencecah tahap merbahaya iaitu melebihi 300.

Inilah kali pertama kerajaan mengeluarkan bacaan API ini setelah ianya dirahsiakan dizaman Dr Mahathir kononnya atas alasan tidak mahu menjejaskan kemasukan pelancong-pelancong asing.


Pagi ini nampaknya tidak ada banyak perubahan di KL. Saya tidak pasti bacaannya akan tetapi berdasarkan imej-imej berikut, ianya masih ditahap berbahaya rasanya.


KEADAAN DI DATARAN MERDEKA PAGI TADI

Sementara itu di sekitar Subang Jaya semalam, Allah swt menurunkan hujan ribut diikuti dengan hujan air batu ataupun hailstorm. Satu fenomena yang menakjubkan. Setelah diselubungi jerebu yang tebal sehingga beberapa sekolah di kawasan itu di tutup semalam tiba-tiba kira-kira jam 5.30 petang bunyi guruh yang kuat kedenganran diikuti dengan hujan rebut yang kuat sehingga menumbangkan beberapa batang pokok.


KETULAN AIS TURUN DARI LANGIT DI SUBANG JAYA

Hujan ini kemudiannya turut menaburkan ketulan-ketulan ais, subhanallah!

Tuesday, August 09, 2005

Judi di Malaysia: Masih subur walau diperangi lebih 40 tahun

Kami tidak setuju menggunakan wang Loteri Kebajikan Masyarakat untuk membaiki atau membangun masjid, tapi wang tersebutlah yang banyak dicurahkan kepada pembangunan masjid. Kami tidak mahu menggunakan wang ini kerana puncanya tidak bersih. Wang ini dikutip daripada perjudian, satu perbuatan haram dan bertentangan dengan Islam, tapi kerajaan tak peduli semua itu. Wang daripada Lembaga Loteri itu dimasukkan ke dalam Perbendaharaan Kerajaan dan dinamakan peruntukkan pembagunan luar bandar. Dengan wang inilah dibina masjid.

Demikianlah sebahagian daripada tulisan Allahyarham Khatijah Sidek, bekas Ketua Kaum Ibu Umno, bekas AJK PAS Pusat, bekas ahli Parlimen PAS kawasan Dungun (1959). Ianya ditulis pada pertengahan tahun 1963 dan terbit dalam sebuah majalah di Hong Kong dalam bahasa Inggeris sekitar pertengahan tahun 1960an. Pihak UKM telah berjaya mmenterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu dan diterbitkan semula di bawah judul Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesateria Bangsa (2004).



Kini telah lebih 40 tahun petikan di atas ditulis. Loteri Kebajikan Masyarakat sudah tidak ada lagi. Namun kerajaan telah meluluskan pula lesen-lesen perjudian baru yang telah menerbitkan berbagai produk judi yang kini lebih puluhan yang terdapat di pasaran. Loteri kebajikan telah menjadi bahan sejarah tetapi kegiatannya kini diganti dengan Toto, ENE, Sweepstake, kasino Genting dan banyak lagi.

Khatijah menulis lebih 40 tahun lalu bahawa perjudian itu satu perbuatan haram dan bertentangan dengan Islam. Ianya tetap haram hari ini dan akan terus haram sampai kiamat. Anehnya semakin maju negara semakin lanjut usia kemerdekaannya semakin galak pula perbuatan yang haram dan bertentangan dengan Islam ini!

Adakah perolehan dari wang judi masih digunakan untuk membina masjid, sekolah dan institusi agama hari ini? Yang pasti industri judi pada hari ini rata-rata merupakan badan-badan korporat antara yang terbesar dalam negara. Hasil samada dalam bentuk cukai langsung ataupun tidak langsung akan masuk ke dalam kantung kerajaan bercampur dengan hasil-hasil lain. Adakah masjid dan institusi Islam dibina dan dibantu dari wang ini, mengapa tidak?

Lebih 40 tahun lalu tokoh-tokoh negara yang prihatin dan sedar telah pun membangkitkan isu yang melibatkan kegiatan haram dan terkutuk ini termasuklah ke Parlimen. Tidak lama lagi negara akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 48, Malaysia kini didakwa sebagai sebuah negara Islam contoh, menganuti fahaman Islam Hadhari, walaubagaimanapun kegiatan judi yang haram terus maju dan tidak kelihatan akan dikawal apalagi diharamkan.

Tergamak sungguh kita berterus-terusan mengundang murka Allah sedangkan kuasa dan kemerdekaan telah dianugerahkan oleh Nya kepada kita. Renungkanlah menjelang 31 Ogos ini!

Monday, August 08, 2005

Judi terus kita beri muka

Dalam keghairahan kerajaan memperomosikan jenama Islam Hadhari, tidak melesetlah jika ada yang memiliki persepsi bahawa komitmen kerajaan terhadap Islam samada pemahaman mahupun perlaksanaannya akan semakim rancak dan bersungguh-sungguh. Definasi rasmi yang diberikan berbunyi:

Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.

Manakala prinsip pertama dari 10 prinsip Islam versi kerajaan ini adalah:

Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi.

Lantaran itu kita menganggap akan dibentuk dan dibinalah sebuah negara yang berpegang teguh kepada ajaran dan peraturan Islam. Tamadun Islam yang kita tahu menolak segala amalan dan peraturan jahiliyah yang bertentangan dengan Islam. Demikian juga tamadun Islam yang kita tahu terbina dengan penyuntikan dan pemberian nafas Islam ke dalam setiap aspek penghidupan rakyatnya termasuklah aktiviti sosial dan ekonomi menuju kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah Azzawajalla.

Begitukah Malaysia agaknya?

Akhbar THE STAR dalam ruangan STAR BIZ nya hari ini menonjolkan di muka depan tajuk:

BToto believed to have nod for new betting game

Menurut laporannya salah sebuah syarikat perjudian terbesar dalam negara iaitu Berjaya Sports Toto telah diberikan kelulusan oleh Kementerian Kewangan untuk mempromosikan satu lagi produk judi baru iaitu I Perm.



(Untuk rekod: lesen perjudian dikawal oleh Kementerian Kewangan. Menteri Kewangan Malaysia adalah PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, lulusan Sarjana Muda Pengajian Islam, UM. Tokoh yang memperkenalkan Islam Hadhari)

Menurut laporan akhbar itu lagi:

The launch of I Perm is expected to boost BTotos bottom line as the new service would likely draw more customers to its outlets and raise the betting amounts.

Bermakna dengan bermurah hati Kementerian Kewangan yang diketuai Pak Lah memberikan keizinan kepada syarikat judi ini untuk memperkenalkan satu produk judi baru bermakna lebih ramai lagi kaki judi dijangka mengunjungi kedai-kedai judi syarikat ini dan dengan itu perolehan syarikat dijangka bertambah.

Bagi tahun berakhir April 2005 Berjaya Sports Toto mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM488.4 juta dengan pendapatan sebanyak RM2.67 billion pada tahun itu.

Tidakkah sepatutnya negara yang mendakwa mahu membina sebuah tamaddun Islam itu jika tidak pun serta merta mengharamkan judi, mempunyai program berjadual kea rah pembenterasan aktiviti perjuadian yang jelas diharamkan oleh Allah swt itu.

Kalau masyarakat bukan Islam menuntut supaya industri judi ini diteruskan untuk mereka sekalipun, namun kerajaan Islam Hadhari sepatutnya tidaklah pula mengambil langkah menggalak dan menyuburkan lagi industrinya dengan memberikan pelbagai kelulusan baru seumpama ini.

Kalau demikianlah rupanya maka negara Islam Hadhari kita sebenarnya menggamit dan mengundang bala dan murka Allah bukannya rahmat dan barakah Nya.

Saturday, August 06, 2005

Faux pas Najib Razak

Malam tadi dalam Buletin Utama TV3 apabila para pemberita bertanyakan TPM Najib Tun Razak, adakah benar para pegawai BPR telah berkunjung ke MITI untuk menyiasat dan mengambil maklumat berkenaan kes AP sebagaimana dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan, Najib secara bersahaja menafikan, dan beliau berkata:

I dont think so.



Hari ini mukasurat dua akhbar THE STAR memaparkan tajuk:

Ministry confirmas ACA investigation

Menurut akhbar tersebut Timbalan Menteri MITI Mah Siew Keong mengesahkan bahawa kementerian tersebut telah dikunjungi oleh para pegawai Badan Pencegah Rasuah yang datang bertanyakan hal-hal tertentu.

Menurut akhbar itu lagi adalah difahamkan para pegawai BPR telah berkunjung ke MITI di Jalan Duta dan telah merampas beberapa dokumen berkaitan dengan isu pengeluaran AP ini.

Adakah Najib benar-benar tak tahu, tidak dimaklumkan ataupun sengaja pura-pura tak tahu? Risau juga kalau seorang yang berstatus pemangku PM tidak tahu-menahu darihal apa yang sedang berlaku dalam negara sendiri!

(FAUX PAS adalah istilah Perancis yang bermaksud an action or remark that cause embarrassment because it is not socially correct. Maksudnya satu tindakan atau kenyataan yang mengaibkan sedangkan ianya tidak tepat atau tidak benar)
The undisciplined discipliner

Zaki Azmi is a name made familiar thorugh the infamous money politics fiasco of Umno. No he is not a black sheep like Isa Samad, but he is the Justice Bao, Deputy Chairman of Umnos self made court that deliberates and judges money politics goons and suspects in last years Umnos party elections.

A lawyer by profession, Zaki was constantly tracked and hounded by members of the press when he with a band of others were deliberating on the high profile cases of money politics involving Umnos bad hats.



Those hustle bustle days has since subsided. In the contrary now its Zakis turn.

Todays UTUSAN MALAYSIA reported:

Zaki Azmi mohon isytihar pernikahannya tidak sah

According to the report Zaki married a second wife, a 30 year oled company manager from Perlis on 19 May this year. The marriage however was solemnised by a purported Kadi from Thailand. Why? According to the report:

Atas persetujuan bersama dakwa Zaki lagi semua salinan surat nikah yang diperoleh daripada kadi itu telah dimusnahkan untuk merahsiakan perkahwinan itu daripada pengetahuan isteri pertamanya.

It has to be made in a coveted manner to conceal the marriage from the knowledge of his first wife. And know after hardly 2 months of this secret affair, Zaki openly declares to nullify the marriage. Why? According to the report:

Zaki mendakwa beliau telah menerima ugutan daripada responden baru-baru ini bahawa dia akan memburuk-burukkan nama baiknya (Zaki) jika beliau tidak membayar RM10 juta dan tidak mengambil langkah untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.

The secret finally had to be divulged as according to Zaki both of them were entangled in many arguments and exchanged heated SMS! And the straw finally broked tha camels back happended when according to Zaki, the wife demanded that he pay her RM10 million and take immediate steps to register their marriage here in Malaysia otherwise she would take steps to smear his good name.

Well this drama is even better than that of Isa Samads.

I believe this case should attract the attention of feminist group and women organization. Throw the book on Justice Bao for being indisciplined and exploiting a woman merely to justify his lust.

I can imagine seeing Isa smiling from ear to ear.

Pendisiplin yang tidak disiplin

Zaki Azmi adalah satu nama yang terkanl khususnya dalam kes politk wang Umno. Bukan, beliau bukannya mangsa seperti Isa Samad, akan tetapi beliualah laksana Justice Bao (Hakim terkenal zaman China purba), Timbalan Pengerusi mahkamah bikinan Umno yang membicarakan siapa saja yang diseret atas kesalahan politik wang dalam pemilihan parti tersebut tahun lalu.

Zaki adalah seorang peguam. Dan veliau acapkali dikerumun dan diserbu oleh wakil media semasa membicarakan kes profil tinggi yang meibatkan samseng politik wang ini.

Walaubagaimanapun hinggar-binggar itu telah pun berlalu. Menarikanya, kini giliran Zaki pula.

Akhabr UTUSAN MALAYSIA hari ini melaporkan:

Zaki Azmi mohon isytihar pernikahannya tidak sah

Menurut laporan Zakin telah bernikah dengan isteri kedua, seorang pengurus syarikat berusia 30 tahun dari Perlis pada 19 Mei tahun ini. Pernikahan tersebut walaubagaimanapun telah disempurnakan oleh seorang kadi yang didatangkan dari Thailand. Mengapa? Menurut laporan:

Atas persetujuan bersama dakwa Zaki lagi semua salinan surat nikah yang diperoleh daripada kadi itu telah dimusnahkan untuk merahsiakan perkahwinan itu daripada pengetahuan isteri pertamanya.

Pernikahan sulit ini rupanya terpaksa dirahsiakan dari isteri pertama beliau yang tidak tahu-menahu. Dan kini tak sampai 2 bulan menjalankan hubungan sulit ini, Zaki secara terbuka terpaksa memohon untuk membatalkan pernikahan ini. Mengapa? Menurut laporan:

Zaki mendakwa beliau telah menerima ugutan daripada responden baru-baru ini bahawa dia akan memburuk-burukkan nama baiknya (Zaki) jika beliau tidak membayar RM10 juta dan tidak mengambil langkah untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.

Rahsia ini akhirnya terpaksa dibongkar apabila menurut Zaki sudah tidak ada persefahaman antara mereka, sering bertengkar dan banyak SMS yang tidak menyenangkan dikirim oleh siisteri tadi! Dan kemuncak dari kemelut ini adalah apbila menurut Zaki, isterinya menuntut bayaran RM10 juta dan agar Zaki segera mendaftarkan pernikahan mereka jika tidak beliau akan memburuk-burukkan nama baik Zaki.

Nampaknya drama ini lebih menarik dari drama Isa Samad.

Saya percaya kes ini sepatutnya menarik minat dan diberi perhatian oleh kumpulan hak asasi wanita dan persatuan persatuan wanita. Kini giliran menggodam Justice Bao pula kerana tidak berdisiplin dan mengeksploitasi wanita semata-mata kerana nafsu.

Saya boleh bayangkan betapa gembiranya Isa disaat ini.